Sunday, September 30, 2012

PERCUMA

Assalamualaikum ....





Tiba-tiba dapat tazkirah percuma ... ermmmmm
Entahlah

Saturday, September 29, 2012

WALK FOR HEALTH

Assalamualaikum ....




Aku baru balik dari program Walk For Health.
Event nie berlangsung depan Kementerian Perusahaan dan Komoditi Presint 2, Putrajaya.
Sangatlah penat .... nanti aku upload gambar untuk tatapan korang ye!
Skang nie aku nak pergi rehat jap, mandi and siap untuk masuk office plak!





Lain masa aku patut join lagi event camnie.....sangat best! 
Tadi aku pergi sorang ... rasa cam pelik kat diri sendiri. ha ha ha






CK : Penat but happy!!


Friday, September 28, 2012

ALHAMDULILLAH .... BONUS SEBULAN GAJI!

Assalamualaikum ...





Petang tadi, dengar perbentangan bajet 2013 ramai-ramai dekat office. Tak sabar nak tunggu berita yang menarik. Walau pun hati aku sakit dengan perangai anak buah aku kat office. Abaikan! Sebab ia terlalu menyakitkan hati.


Dari perbentangan bajet 2013 tadi, Alhamdulillah .... bila DS Najib mengumumkan bonus sebulan setengah gaji termasuk yang telah dibayar sebanyak setengah bulan masa Aidilfitri yang lepas! Syukur sangat. Ingatkan dapat naik gaji 10% he he he. Takpelah, mana-mana pun tetap syukur seadanya. Baki bonus sebulan nie akan dibayar bulan Disember 2012 setengah bulan gaji dan selebihnya pada Januari 2013 tahun hadapan. 



So, aku dah decide ... duit bonus nie memang aku nak simpan untuk prepation masa depan aku ;=) Insya Allah. Betullah orang cakap, kalau kita ada niat membina masjid ... kita akan murah rezeki! Sekarang nie pun aku dah start menyimpan dan berdikit-dikit dalam kehidupan. Nak top up saving yang kurang sekarang nie dan juga saving untuk ke Sabah dan Bandung 2013 nanti. Insya-Allah! Kalau semua perancangan 2013 berjaya, maknanya sebahagian wishlist aku ... terlaksana dengan izinNya! Amin ...



Nak tengok apa wishlist aku, leh check kat sebelah kiri blog nie. Dalam kotak hajat tu. hu hu! Ada tujuh wishlist aku, tapi satu pun belum tercapai. Yang berat ideal tu aku sedang menuju. Samsung galaxy tu .... macam nak kena abaikan dulu je. Naik pangkat naik gaji tu, bergantung pada usaha dan rezeki yang diizinkan Allah Ta'ala. Bab ijabkabul ... Insya Allah, telah merancang! Kalau jodoh aku dan dia, bersatulah kami. Bab melancong ke Bandung dan Sabah .... tiket flight aku dah BOOOOOOOOOOOOOOOK!! Beli rumah sendiri, dah kahwin nanti la baru fikir beli. Join loan beli rumah besar sket. he he he!!


Bila PM umum pasai bonus tadi, memang rasa bersyukur sangat. Bersyukur dengan keadaan sekarang dan berharap banyak perkara yang aku dah rancang akan dipermudahkan oleh Allah Ta'ala. Lagi satu, orang bujang pun boleh mohon BR1M 2.0 tau ... bagi yang berpendapatan RM2K. Dapat RM250 kalau tak salah aku. Eh, rezeki juga tu. Simpan-simpan. Skang nie walau tak dapat bonus memang aku dah up amaun saving aku dalam RM200 ke RM500 sebulan bermula bulan Ogos haritu. hu hu. 


Apa lagi yang best pasai bajet 2013 petang tadi selain bonus sebulan gaji dan BR1M 2.0? Ada banyak lagi.  Peminjam PTPTN akan dapat diskaun bagi pinjaman mereka jika konsisten membuat bayaran mengikut jadual mulai 1 Okt 2012. Diskaun 10% setahun tu! Banyak la ... untunglah! Hutang tetap kena bayarkan, sebab ia akan dituntut diakhirat kelak. Kalau nak pendidikan percuma belajar rerajin dan bagi dapat cgpa 4.0!! Nasib baik aku dulu loan JPA. Selamatlah ... aku batch akhir untuk loan JPA masa tu. 



Pandai pinjam, pandai bayar! Nak tahu lebih lanjut intipati bajet ... kena googlelah ye. he he aku malas plak nak link. Esok pergi keje nak print bajet tu. Senang nak belek ;=)




ALHAMDULILLAH BERSYUKUR PADA MU YA-ALLAH, ATAS REZEKI YANG TIDAK DISANGKA. MOGA SEGALANYA MEMUDAHKAN URUSAN HAMBA-HAMBA MU DI DUNIA INI!! 




So, apa komen korang pasal Bajet 2013 nie??????

Terima kasih Datuk Seri Najib .... bentangkan bajet 2013 nie ...














CK : Tapi masih ada yang mencebik mulut ... "sebulan gaji je ke? ingat 2 bulan!". Patut ke kita cakap camtu???

NICE WORDS

Assalamualaikum ....






At time you may think everything is going wrong.
Yet you don't realize that Allah is setting everything right!






CK :  ....

MENGANTUK

Assalamualaikum ....




Salam Jumaat!


Sekejap sahaja hari berlalu dah sampai Jumaat. Kejap je! Masa tak berulang, macam air mengalir ... kalau kita tak tadah, membazir macam tu sahaja. Begitu juga masa, kalau kita tak guna sebaik mungkin, ia tetap berlalu tanpa apa-apa yang bermakna berlaku pada diri dan kehidupan kita.



Aku bangun hari ini dalam waktu yang sangat awal. Bangun dalam keadaan masih mengantuk. Rasa tidur memang tak cukup. Semalam balik keje dekat jam 12.00am. Sampai rumah, mandi ... solat dan tidur. TV pun tak sempat nak tengok apa yang best. Lebih rela nak layan diri yang letih dan mengantuk yang amat! Rasanya seminggu nie memang tak cukup rehat. Pagi nie bangun rasa mood malas nak gi keje tu ada sket. Cepat2 aku tepis ... ha ha ha


kena belajaq aksi tidur camnie kalau mengantuk tahap melampau ..... 



Kadang-kadang aku rasa macam nak je layan mata nie supaya pejam untuk tidur. Yelah, dah mengantuk sangatkan. Takkan nak tongkat kelopak mata dengan batang mancis plak. Tapi bila fikirkan, takkan nak ikutkan hati. Tidur nie bila-bila masa pun boleh tidur. Cukup setakat 6jam ... sudah memadai bagi seorang dewasa!


Walaupun kadangkala aku nie tak cukup tidur langsung, tapi bila pergi office tak pula mata nie mengantuk. Cumanya kalau tidur lewat, bangun agak liat. Kalau tak fikirkan soal kerja, memang malaslah nak bangun. he he he. Jangan tiru aksi ini ya ;=)


Dan Alhamdulillah, setelah setahun lebih aku dah berjaya buang tabiat tidur petang hari. Kalau dulu-dulu kat office, lepas je solat Zohor mesti aku nak baring dulu kat surau. Itupun kalau takde keje urgentlah. Dalam seminggu tu adalah sekali dua. Tak boleh buat selalu, kang kena maki dengan boss plak. Time lunch plak, rela tak makan .... suka sangat layan mata mengantuk aku  nie. Kepala tu letak kat meja dengan sebiji bantal., terus tidur. Best! Itu tabiat dululah .... pastu entah macam mana tabiat tu bukan dah jadi tabiat aku dah. Mata nie cuma mengantuk nak tidur asal nampak bulan - malamlah tu!



Aku ni kalau penat sangat terus jadi species tidur mati! Takut gak kang gempa bumi ke hape ... lansung tak sedar. Macam kes tsunami tahun 2006 dulu, time tu aku tidur ... housemate aku kejut sebab dia tengok tv kat rumah tu bergegar. Time tu dok tingkat 10, memang terasalah gegarannya. Semua pakat berlari turun. Bila sampai bawah, bomba polis semua ada ... dah tu macam-macam pesen malam yang ada. Yang pakai suar baju tidur, suar pendek ... seksi seksa gak le nengok. he he he



Esok dah Sabtu, leh la aku bangun lewat sket pas Subuh tu. Malam nie kalau dapat balik keje awal .... nak sambung tido dan rehat sebaik mungkin. Penatnye!!



#Tak sabar nak tunggu perbentangan Bajet 2013 petang nie. Jangan lupa layan tau ...








CK : Asal bangun tidur je perut minta makan .... alahai!!


Thursday, September 27, 2012

TAK SABAR TUNGGU ESOK, BAJET 2013!

Assalamualaikum ...





Aku kat office lagi skang, esok pagi ada meeting ...
So skang siapkan report dulu mana yang sempatlah.
Kawan-kawan office semua dok sibuk cerita pasai perbentangan Bajet 2013 esok, 28/9/2012!


Tak sabar rasanya nak tunggu esok! Ada durian runtuhkan?
Belanjawan mesra rakyatkah?
Rakyat didahulukankah?
Bonus untuk kakitangan Kerajaankah?


Aku ada juga terbaca pasai CUAPECS minta bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan Kerajaan.
Seronoklah kalau dapat ... Alhamdulillah!




Bonuskan ... sapa yang taknak. Cumanya aku berpendirian secara jujurlah bab bonus nie
Bagi aku dari Kerajaan bagi bonus baik naikkan gaji 10% macam Tun M buat dulu.
Setiap kali semakan gaji, akan naik 10%.


Kalau bagi bonus nie, sekelip mata boleh habis kalau tak bijak nak manage duit yang dapat tu.
Cerita macam aku tamaklah minta 10% kenaikan gaji .... tapi ini cerita jujurlah


Orang susahkan kalau kita bagi ikan sekor dia bleh makan sekali je. Tapi ...
Kalau kita bagi dia pancing, dia bleh makan ikan seumur hidup dia.
Mungkin juga bleh jadi tauke ikankan?? Takdelah nak pancing ikan untuk isi perut sendiri je!!
Ini kira fikir jauh sketlah .... bisnes!


Itu cerita bab kenaikan gaji. Dan lagi satu ... aku harap sangat, Kerajaan bagi peluang sambung belajar bagi kakitangan sokongan ke peringkat yang lebih baik.
Aku perasan kalau kumpulan pengurusan & professional nie peluang sambung study memang bestlah.
Boleh cuti belajar tapi gaji penuh jalan.
Kalau kumpulan sokongan, biasanyalah dapat cuti separuh gaji. If dapat gaji penuh, maybe segelintir je kot! Aku tak pasti yang nie.


Yang separuh gaji jika sambung study untuk kumpulan sokongan memang aku pasti sangat.
Macam kes adik aku yang  sambung study dulu ..... dapat gaji separuh! Ikutkan orang macam kami, Alhamdulillah bersyukurlah .... lebih baik ada daripada takde orang cakap.
Cumanya tak salah mengharapkan peluang yang lebih baik. Sambung study ... cuti tapi gaji penuh!
Kami pun nak kembangkan kerjaya ke peringkat yang lebih baik juga,


Bak kata ayah aku dulu, kalau masuk keje Kerajaan sebagai pembantu tadbir N17, kalau boleh janganlah pencen pun dengan gred yang sama. Biarlah ada kenaikan pangkat yang lebih  baik.
Kena usaha dengan jujur dan penuh amanah dengan kerja katanya!



So, untuk perbentangan bajet 2013 esok .... moga-moga ada rezeki yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia. Apa jua, bagi aku Kerajaan Malaysia memang terbaik dan Malaysia bagi aku antara negara yang aman.



Aku bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Takmahulah ada pemberontakan atau apa-apa perhimpunan haram yang giler! Please .... jaga keamanan dan kestabilan Malaysia. Aku harap dan doa sangat .... Malaysia terus berada di bawah rahmat dan perlindunganNya!! Amin ...



Korang pulak bagaimana?? Apa pendapat korang???





CK : Makan, pakai dan tempat tinggal semua cukup, Alhamdulillah ....

REINDUCTION UNTUK ATKINS

Assalamualaikum ....





Aku sekarang dalam proses reinduction bagi atkins diet. Induction yang pertama aku buat bersungguh-sungguh selama 2 bulan, dapat turun 8kg ... kemudian sambung secara main-main selama sebulan, turun lagi 2kg. Total berat yang turun masa tu 10kg dari 65kg! Alhamdulillah ... semalam belek-belek pic lama aku, mak aih gemuks nye yang amat. Pipi bam-bam ... lengan besar ... peha bulat ... dah rupa pooh dah!


So, aku decidelah habis Syawal aku nak serius reinduction. Dapatlah follow seminggu, pastu cheat sehari ... camtulah seterusnya. Rupanya, bila nak reinduction nie ... aku cepat sangat ke laut. Disiplin 4/10. Nampak makanan karbo teringinnye nak rasa. Tadi BFF aku si June bagi cheese cake. Adus rasa teringinlah sangat .... terusnya aku kecundang merasa secubit. Bila rasa secubit .... sedaplah pulak cake tu, terus aku makan seketul. huh!!


Baru seminggu aku reinduction, baru turun sekilo. Sedangkan kalau aku serius buat atkins nie ... seminggu boleh turun 2-3kg. Maybe aku tak cukup makan dan kurang minum air putih. Dan mungkin aku terlebih  daripada 20gm karbo sehari. ermmmmm lepas tu aku dah tak buat diary macam dulu lagi. Main belasah je skang. Maklumlah cam dah terror sket. Kalau mula buat dulu, kemain lagi tulis .... makan apa .... minum air putih brape liter! Senang nak rujuk.


Bila sket-sket ke laut je, aku rasa nak kena guna balik diary atkins aku. Supaya aku tak tersasar. Lepas tu supaya aku lebih kuat semangat. Lemak-lemak degil mengelilingi perut aku. Wajib dah aku untuk turun lagi 8-10kg lagi. Sampai target 48kg. Insya Allah. Ambil masa pun tak pe, tapi tak mo lah sampai bertahun-tahun. Setahun aku bagi masa pada diri sendiri untuk capai target nie. Harap-harap berjayalah dengan usaha sendiri nie.



Untuk reinduction hari ini, pagi tadi aku bf dengan 2 ketul ayam goreng dan sebiji telur goreng. Untuk lunch aku makan sup ayam, ikan seketul dan tofu telur .... air suam cam biasalah, setakat nie aku mampu minum 3-5 liter sehari bergantung kepada tahap kesibukan aku bekerja.



Aku harap sangat proses reinduction kali ini untuk tempoh 2 bulan aku dapat turun lagi 6 ke 8 kg. Lepas tu aku nak slow-slow kayuh sampai capai target ..... doakan aku ye! Doa supaya kuat semangat.



Oh! aku belum sambung cerita pasai ketosis .... nanti yek aku sambung part tu.







CK : Risau takut aku gagal untuk berjaya ..... ramai yang bakal tertawakan aku nanti termasuk diri sendiri!!


BELUM MASANYA ...

Assalamualaikum ...





Tiada manusia di dalam dunia ini yang merancang untuk gagal ...
Yang berusaha tetapi tidak berjaya,
Yang menginginkan tetapi tidak memiliki,
Yang berharap tetapi masih tidak ketemu,
Yang berdoa tetapi masih belum dikabulkan Dia.

Jadi, janganlah mudah kita melemparkan kata ... mereka tidak bersungguh-sungguh dan "main-main" dalam melakukan sesuatu!

Mereka sedang berusaha
Masih inginkan,
Masih berharap,
Masih berdoa ... dengan penuh sabar!

Tetapi, masih belum masanya.
Masih belum ada izin Dia.


Jadi, hanya sabar yang menunjangi diri bila dihempap dengan kata-kata orang ...
Hanya senyum pengubat hati biar pun dalamnya menangis bagai hujan ...


Jika belum masanya, seribu tangan membantu ... tetap akan sia-sia
Tapi, andai tiba masanya ... seribu tangan yang menghalang ... tetap jua dimiliki kejayaan yang diidamkan!!



Amalkan doa murah rezeki ini ... moga usaha kita menemui kejayaan dan melimpah ruah rezeki anugerah dariNya! Amin ...







CK : Hidup penuh kesabaran .... sabar menerima kata-kata orang!

Wednesday, September 26, 2012

MASTERCHEF MALAYSIA musim kedua!

Assalamualaikum ...





Semalam aku baru berkesempatan nonton Masterchef Malaysia Musim Kedua. Slot semalam untuk cabaran sajian luar kalau tak salah aku. Lokasi memasak dekat Sekolah Menengah Sains Selangor. Bila tengok gelagat peserta, macam kelakarlah juga. Dan ada juga yang aku menyampah tengok. Over sangat! Kadang bukannya nak memasak bebetul ... tapi lebih kepada nak berdrama!



Macam semalam, aku tengok Che'Lah tu ... alahai, pantang nampak camera mulalah aksi-aksi dia yang buat aku rasa nak je tukar channel. Ngalahkan Azwan Ali pula aku rasa dia nie. Macam retis! Entahlah ... kadang kesian plak tengok orang lain yang macam tak suka ngan perangai dia. Panel Chef pun mesti rasa, "eh ... napelah dia nie camnie ...." he he he






Slot Cabaran Sajian Luar ... malam tadi!






CK : Bestnye jadi chef!

SARAPAN

Assalamualaikum ...






Morning!


Korang dah sarapan belum? Kalau belum meh sarapan kat blog aku neh, tapi sarapan mata ajelah .. he he he. Lepas dah sarapan mata pasni korang leh la turun cafe pi cari sarapan yek. Jangan biar perut kosong tau. Sarapan adalah penting untuk memulakan hari anda ... dengan senyuman ;=)


Ini adalah antara menu yang aku ambil ketika menginap kat hotel, tak kisahlah sama ada pergi kursus ataupun bercuti. Hotel biasa-biasa, makanya menu pun biasa-biasa je ... but walaupun biasa-biasa ada gak yang sedap ditelan! hu hu ...


Nasi goreng cina kat atas nie sangat sedap ... simple tapi best! Aku siap tambah 3 kali ... hu hu


Ini namanya takde keje ... siap dok buat muka smile kat teloq tuh! Cari mood makan ...


Bubur nasi ... antara menu wajib yang aku selalu makan kat hotel! Cam orang sakit kat spital plak makan bubur.


Menu nie cam biasa je ... tapi yang best dalam pinggan tu adalah sambalnye!! Sambal dia memang sangat sangat sedap!


Puding roti ...



Dalam banyak-banyak menu nie, kebiasaannya kalau aku breakfast kat hotel, mesti aku cari menu yang satu nie. Simple je ... tapi kalau dekat hotel rasa sedap plak ...

,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,

roti putih .... sedap bila dibakar dan ....


disapu pelbagai jem cam kat  bawah nie! nikmat beb ... aku tak tahu kenapa aku jatuh cinta pada menu simple camnie kat hotel. Kalau kat rumah tak plak rasa sesedap macam kat hotel. peliks aku ... hu hu



 




#hati nie mulalah rasa nak pergi kursus jejauh ... tak pun pi bercuti lagi. he he he .... semata-mata sebab roti putih dibakar dan disapu jem. giler ah!!







CK : Makan dalam keadaan waspada skang nie

Tuesday, September 25, 2012

TRY TEST KAMERA CAP AYAM JANTAN

Assalamualaikum ...






Malam ni taktahu nak buat apa. Sementara nak tunggu time jemput si teman dari office, aku layan Piala AFC2012. Macam tak best plak ... tu yang update entry nie. Saja nak share pic yang aku ambil kat Melaka aritu. Try test kamera cap ayam jantan kepunyaan dan kesayangan aku ;=)








Ada lagi gambaq, tapi malas nak letak watermark plak. Mata plak mengantuk. Risau  takut tertido. Kalau tertido, mahu si teman balik keje jalan kaki lagi. hu hu. Seminggu nie dia busy plak, so aku kena balik keje dulu. Mandi, rehat, makan then baru pi jemput dia dari office. Cepatlah berlalu kesibukan tu ...



Okey tak gambaq dari camera cap ayam jantan aku nie??







CK : Asyik menguap je!

BUTTER PRAWN??

Assalamualaikum ...




Aku nak cerita pasal butter prawn yang pelik kat korang .... layan intro dulu yek sebelum sampai ke cerita butter prawn berkenaan ... he he he





Semalam lepas kerja, aku dan si teman sibuk mencari lokasi untuk  makan. Lunch kita orang tak makan, masing-masing sibuk dengan kerja. Jumpa orang lagi. Sempat minum air dan makan roti sket (out atkins dah!). Lepas tu terus sambung kerja.


Habis waktu keje, memasing lapar! Perut dah masuk angin. Teruslah cari lokasi makan. Mulanya plan nak makan ikan bakar dekat Senandung Malam di Bagan Lalang. Makan kat situ best, harga pun berpatutan dan masakan pun boleh dikatakan sedap juga. Tapi si teman cakap jauh sangat, perut pun dah kritikal lapar. Then, kami decide ke Warung D'Dusun, Bangi. Elok sampai sana .... tutuplah pulak! Sedihnya. Then dia kuar lagi idea makan ikan bakar dekat MPI, Bangi jugak. Aku pun on je ... dah lapaq sangat bersuara pun tak mampu time tu.


But, on da way ke Medan Ikan Bakar dekat MPI tu .... si teman berubah fikiran. 


"Jomlah ke Ana Ikan Bakar Petai, saya tak pernah pergi lagi sana ... alang-alang dah lalu Bangi kan?"

"Haaaaaa Ana Ikan Bakar ke??" - gaya tak puashati sebab dah tahu kat sini memang tak best makan.

"Takpelah, ini je yang ada ... saya nak try ok ke tak? Awak dah makan dah kat sana aritu ngan family awak. Bolehlahkan??"

"Ermmmmm okeylah ....." 



Bila sampai dekat Ana Ikan Bakar Petai nie, punyalah ramai orang. Aku terfikir je ... apalah yang sedap sangat makan dekat sini. My parent pun cakap tak sedap. Takpelah, layankan ajelah. Elok sampai kami cari meja dan si teman yang pilih seafood. Aku duduk je then order sengkuang calit plus keropok lekor. Buat alas perutlah katakan.



Si teman amik ikan kerapu untuk dibakar petai, sotong dimasak goreng tepung .... aku order sup ekor dan sayur campur! Nasi order 2 pinggan. Aku suruh order satu dia sibuk nak order 2 pinggan. Risau takut tak cukup. Sekali sampai, punyalah banyak nasi sepinggan tu. Last-last aku kena cover dia makan nasi separuh. Dia suruh cheat gak diet atkins sebab kesilapan dia order sampai 2 pinggan nasi .... ergghhhhh geramnye!!


Nasi, sup ekor ... sotong goreng tepung ... sayur campur semua dah sampai. Nak tunggu kerapu bakar punyalah lambat giler!!! Aku nie dah lapar lah sangat ... pastu si teman tanya nak tambah udang tak. Aku on je ... tapi akulah yang pilih. Sebelum pilih udang tu, aku dah tanya ngan pekerja kat Ana Ikan Bakar Petai nie, "boleh buat butter prawn tak??". Jawapanya boleh. So pilihlah udang!!



Dekat 40minit baru ikan kerapu bakar siap ... pastu datanglah butter prawn yang ditambah tadi. Sekali bila tengok butter prawn yang datang, terkejut aku!! "Inikah rupa butter prawn?? Tak pernah pula aku makan rupa butter prawn cenggini!" Detik hati kecik aku yang mungkin tak berapa kecik sangat ....



Rupa butter prawn nie cam pelik bagi aku. Nak tengok??? Nak tengok .... scroll lagi dan lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Inilah rupa butter prawn yang pekerja dia cakap boleh buat tu. Butter prawn ke cenggini???
 Cer korang explain kat aku sat!!




Dua kali makan dekat Ana Ikan Bakar Petai nie ... memang sangat mengecewakan. Tak berbaloi pada harga yang dibayar. Macam semalam, sotong goreng tepung dia tawar ... butter prawn rupa dia pelik sangat, rasa lagilah pelik .... kerapu dia dah takda kemanisan ikan .... yang ok pun cuma sup ekor dan sayur campur je! Lenlain ... outlah!! Total makan semua RM72 .... baiklah pergi Bagan Lalang. Tapi disebabkan penat ... pasrah ajelah dengan menu camtu!!



Serikdah .... cukuplah dua kali tu. Rasanya tak pi dah kot. Pi semalam pun sebab si teman nak sangat makan kat situ. But lastly, dia pun cakap tak sedap!! Pangkah restoran nie ..... wassalam!!!



#servis lambat bebenor ... cashier tak reti senyum! haissshhhh





CK : Rezeki, makan ajelah. 

Monday, September 24, 2012

KARNIVAL PANCING PUTRAJAYA 2012

Assalamualaikum ...










PENGUMUMAN:
KAUNTER PENDAFTARAN KARNIVAL PANCING PUTRAJAYA 2012-
21-28 September kaunter pendaftaran dibuka di I-Centre Dataran Putra dan Lobi Blok A Kompleks Perbadanan Putrajaya jam 10.00 pg hingga 5.00 ptg.
29 September kaunter dibuka di tapak memancing P4 (belakang bangunan AG) mulai jam 8.00 pagi
30 September kaunter masih dibuka untuk pendaftaran di tapak memancing





Sape-sape yang berminat ... dan memang kaki pancing, jom join Karnival Pancing Putrajaya 2012!!
Kot-kot rezeki dapat bawa balik MYVi sebijik kan ... kan ... kan ....







CK : Kalau pancing pakai joran buluh tu, terror la juga aku nie ... he he he kampung style!!

Sunday, September 23, 2012

APAKAH KETOSIS??

Assalamualaikum ...




Bagi sesiapa yang mengamalkan atkins diet, wajib tahu APAKAH KETOSIS dan bagaimana ia berlaku! Wajib tahu ye, nak diet bukan setakat diet bodo je ... tapi wajib cari ilmu juga. Kalau tak tahu tanya, Insya Allah tak sesat jalan ;=)


Bagi korang yang terasa atau terbuka hati nak buat atkins diet nie, aku sangat galakkan korang join group KDA (Kelab Diet Atkins) dekat facebook. Kat sana ada sifu-sifu yang akan guide korang macam mana nak mulakan diet ini. Apa yang penting dalam diet ini adalah disiplin dan mental yang kuat!! Baru boleh berjaya ... macam aku belum dikategorikan berjaya lagi sebab belum sampai sasaran yang sepatutnya. Sekarang nie masih lagi dalam proses reinduction!!


Okeh, back to the title ... aku nak share info tentang ketosis kepada korang. Bak kata sifu Mohd Fazrin, bab ketosis ini korang perlu tahu .... wajib tahu! Info nie aku godek dari files KDA sendiri. Tujuannya untuk korang lebih mudah faham, bagaimana atkins diet ini dapat turunkan berat badan korang dengan lebih cepat dan selamat tanpa berlapar. Insya Allah (semuanya bergantung kepada disiplin dan izinNya jua).



Apakah ketosis??


KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES....

Bayangkan keadaan ni, kite sekarang ni gemuk...kenape gemuk? sebab banyak lemak dalam badan..nak kurus macam mane?mestilah dengan hilangkan lemak? macam mane nak buat tu kalau badan kite menggunekan CARBOHYDRATES sebagai punca tenaga...hanye CARBOHYDRATES yang akan dibakar dan lemak akan terbiar macam tuh saje..

Sebab tuh kite tukar badan kite drpd menggunekan CARBOHYDRATES sebagai tenage menjadi LEMAK sebagai tenage...jadi,tu la ketosis...bile kandungan CARBOHYDRATES kite rendah,badan akan mengesan kekurangan CARBOHYDRATES dan badan akan membakar LEMAK sebagai punca tenage.


So,kenelah ikut rancangan makanan yang ade dalam bab 1 iaitu pengambilan CARBOHYDRATES 20g saje sehari...then baru la dapat melalui proses ketosis...




Maklumat ini aku ambil dari files KDA untuk korang senang faham dan menjawab persoalan kenapa hanya makan tidak lebih 20gm karbohidrat sehari sepanjang proses induction. Selagi korang tak faham mengenai ketosis ... berbagai tanda tanya akan timbul dalam kepala. Dan bila orang tengok korang mulakan atkins diet ini tanpa makan nasi, mee, bihun, pasta, spaghetti, pelbagai jenis ubi, pelbagai jenis makanan yang menggunakan tepung dan sebagainya .... mulakan ayat-ayat yang menyakitkan hati nanti. Contohnye ...


"eh, tak makan nasi ke? tahan ke nanti??"

"ooo diet karbo ye ... kenapa yek? alah klu tak diet karbo pun boleh kurus!"

"eh ... bihun pun tak boleh makan ke ... habis tu makan apa?"

"Buah pun tak boleh juga ke? Buah bukannya karbo pun ...!"



Ini adalah antara ayat-ayat sengal yang bakal korang terima bila buat atkins diet ini. Antara kuat mental dengan tak je untuk korang hadapi. Kalau korang tak kuat semangat ... memang boleh out punyalah!! Aku jamin beb .... Sebab itulah sebelum memulakan atkins diet ini, aku nasihatkan korang untuk buat persediaan mental terlebih dahulu ... ini part yang sangat penting. Sebab korang hidup dikelilingi oleh manusia yang semuanya punya mulut dan pandai bersuara untuk buat orang lain down. 


Unless, korang hidup sensorang ... dalam hutan contohnya, tak buat persediaan mental pun takpe aku rasa. Which is ... korang boleh get along punyalah dengan diet nie tanpa sebarang tamparan suara yang hebat!! Bukan suara semangat ye, suara nak bagi korang gagal untuk kurus!! So, sapa yang rugi ... korang jugakkan???



Bila mental dah kuat, rasa dah kebal giler ... barulah korang susuli dengan disiplin!! Disiplin yang tahap dewa ke lapan punya. Kalau mental je kuat, tapi disiplin non hado, kim salamlah weh ... jangan kata kurus slim melim, lagi berat macam badak air adalah nanti!! Itu kejadian aku dulu masa berat 65kg. ha ha ha. Memang cakap diri sendirilah. Skang nie aku tengah reinduction sebab disiplin tak kuat masa bulan Ramadhan dan Syawal. Okeh, ini adalah salah satu contoh kegagalan dalam disiplin yang menganiyai diri sendiri ;=) ha ha ha ha!!




Okehlah, nanti aku akan share dekat korang tanda-tanda ketosis itu berlaku!! Aku dah share ilmu nie, kalau rasa wajib cuba tu, silakan!! Aku sangat-sangat memberikan korang semangat untuk atkins diet nie tanpa rasa lapar!!




Kita nak yang sebelah kiri tu ye ... ;=)







CK : Bangun lambat tadi, kul 6.50am baru sedar ... tak dapatlah pergi Larian Amal Avon dekat Presint 3, Putrajaya tu. Adus ... rugi!!!

Saturday, September 22, 2012

KEJE KEJE KEJE

Assalamualaikum ...




On lappy pepagi ...
Rasa macam nak update citer kat Melaka tu, tetiba rasa cam malas plak. Hu hu
Boleh ke lagu tu? "lagu apa .. ?" Cam citer P.Ramlee!


Pagi nie nekad nak pergi kerja.
Nak siapkan semua failing.
Nak check semua report yang terbengkalai.
Nak buat semua surat yang boss suruh buat sekian lama tu ;=)


Banyakkan keje tak siap.
Bukan tak buat kerja
Tak menyempat lor
Asal aku buat satu-satu sampai siap
Yang datang bertimbun-timbun ... hu hu
Sudahnye kepala aku pusing ... biarlah dulu, kang stress pasai keje.
Aku gak yang susah
Boss apa tau kan. Yang dia tau KEJE MAU SIAP!!


Aku tergolek ke ... terlangkup ke ... lantaklah! Dia tak peduli pun.
So, aku punya style ... buat kerja biar ikhlas.
Nak ngomel-ngomel lebih baik jangan buat langsung
Biar kena marah pun takpa.
Kang buat keje sambil ngomel, jadi tak ikhlas ... hati pun sakit!


Setting time baik-baik, tengok dateline ... baru aku start buat!
Janji siap dengan baik masa dateline tu
Kalau dapat siap lagi awal lagi baik ...

Kalau yang susah, aku letak tepi dulu ... buat yang senang dulu
Macam cikgu dok pesan setiap kali exam


"Jawab soalan yang senang dulu, jangan dok bazir masa dekat soalan yang susah. Nanti kelam kabut"!


See, aku masih ingat pesanan cikgu-cikgu ku sampai sekarang walaupun dah kerja!
Terima kasih cikgu cikgu ku di TADIKA AJ, SKAJ, SMAJ, STAR, SMTM, UUM dan IIU Ifla!!



Paling berterima kasih kepada mak and ayah, sebab hantar ku ke SEKOLAH dan IPTA!!! Love love love





CK : Eeee entry apa nie? he he he


Friday, September 21, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG, MELAKA

Assalamualaikum ...



Sambung lagi pasai jalan-jalan ke Melaka hari tu. Sorry terstop sat. Eh, ada yang kesah ke? Ke ... ada aku kesah? hu hu Ada banyak lagi entry pasai Melaka. Semuanya bab makan ... bagi berat naik pastu diet atkins sampai lebam hu hu. Masa makan tak pikiaq pun badan naik ke hape ... janji sedap dan perut kenyang. Bila berat dah naik kecoh sekampung. hak hak hak ...


Okehlah, sebelum merapu meraban aku panjang berjela baik aku sambung je bab lokasi makan baru yang bolehlah nie kat korang! Sebelum pi Melaka haritu, aku dah review dekat blog-blog yang cerita pasai asam pedas best dekat Melaka. Kalau pi Melaka tak makan asam pedas pure dari air tangan orang Melaka ... cam tak bestkan? Wajib cari yang best jew ...


Bila aku dok google sana sini tu, semua pakat cakap asam pedas dekat Restoran Asam Pedas Selera Kampung adalah sedap!! Sedap ke?? Bila menjadi tanggungjawab aku google bab makan, si teman cuma follow je. Kalau aku suruh dia cari, satgi dia suruh aku balik ... so sama ja kan? Sebelum dia suruh baik aku usaha cari sendiri. 


Yang bestnye ... kitaorang memusing bagai nak rak cari restoran asam pedas nie. Adoi ... sesat barat. Myvi aku dahlah takde gps ... tab pun takde ... last-last si teman suruh keluarkan lappy yang besar gedabak tuh. Nasib baik bawa broadband sekali. Dapatlah cari guna google map. Itupun dah berpeluh sesat. Dah lah time tu kul 2.00 petang. Perut memang berkeriuk je lapaq semacam ... pikiaq nasi ajelah. Time tu memang aku tak diet pun. So, semua menu aku belasah je. Rugi kot kalau travel nak diet aku rasa. Rugi ... rugi ... hehehe. Aku manjang berfikiran camtu! Bila gemoks, baru kau sentap dan pulun diet sampai tak hengat dunia ....


Dekat 45minit memusing cari restoran nie ... padahal depan dengan Dataran Pahlawan je pun. Dekat Pahlawan Walk. Lalu berulang kali tapi langsung tak perasan pun. Ermmm. Aku bersyukur sebab si teman nie jenis ingat jalan ... kalau sesat pun tahu jalan keluar. Lelaki kebiasaannya plak pandai baca map ... kalau harap aku .... ermmmm ke lautlah jawabnye!! Tengok map pandai .... tapi haram tak faham pun jalan dia cmne. Macam mana map tu serabut aku tengok, camtulah serabutnya aku nak cari jalan.


Setelah puas memusing, akhirnya jumpa juga Restoran Asam Pedas Selera Kampung nie dekat Jalan PM3!! Perot memang lapaq gilerlah time tu ... kalau orang bleh makan, aku dah makan si teman tu ... ha ha ha ... tipu!!



Time nie plak battery camera dah out, so pakai hp ajelah amik gambar. Dalam kepanasan. Perut lapar ... ambil gambaq pun tak daya ... dari jauh jelah bang oi aku snap ...

 sambal belacan wajib bagi aku ;=)

Nasi? Setelah berbulan tinggalkan nasi ... mari kita makan nasi dengan asam pedas ikan parang! Komen? Ikan parang tu sedap ... rasa dia manis. Tapi kuah asam pedas dia ... biasa je ... biasa je! Macam aku makan dekat restoran area Putrajaya. Rasa tak puashati pun ada. Macam nak pergi cari yang lebih kick. Memang kami cari pun asam pedas yang lagi kick sekali lagi. Yang ni kite cerita kemudian ya.


Ini nasi si teman. Dia ambil ikan tenggiri goreng. Telur asin. Kepala sotong goreng kunyit dan kupang. Pastu curah kuah asam pedas yang aku amik. Hari tu aku kesian sangat pada si teman bab ikan tenggiri goreng dia tu. Ikan tenggiri lama ... rasa macam ikan tenggiri goreng semalam je. Adus ... aku mulanya excitedlah nak ngecek sama. Tapi bila rasa, adus ... awat buat lagu nie kat kami yang datang dari jauh nie??? Terus selera makan si teman macam tenggelam timbul. Tapi makan jugalah nasi tu sebab lapaq. Apa jadi dengan kepala ikan tu akhirnya?????


Sebelum cerita pasai kepala ikan, kita tengok sedikit gambaq restoran. Bolehlah, dikatakan agak bersih ... masa aku senduk lauk pauk kat sini ... aku ingat nak ambil daging salai masak lemak. Aku nie kan pantang nampak daging salai. Nasib baik belum senduk, aku ternampak rambut dalam kuah tu... terus tinggal! Biarlah tauke dia amek lauk tu. Amik lauk lain la ... aku nampak udang galah, nak ambil kang takut mahai sangat terus terfikir niat asal. Datang nak makan asam pedas, tu yang amik asam pedas ikan parang. Nasib baiklah ikan parang dia sedap. Cuma kesian kat si teman la pasai kepala ikan tenggiri goreng tu ....



Kesudahannya, kepala ikan tenggiri tu terbiar camtu je. Sape nak makankan ... macam dah bau je ikan nie. Bayar tetap bayar ... aku kadang cam pantang sket kalau pi restoran tapi dia hidang lauk pauk semalam yang dipanaskan. Tak pun lauk pauk yang dah lama simpan dalam fridge kemudian keluarkan dan masak ... sampai kemanisan lauk pauk tu dah tak ada. Bayaq mahal tapi tak puehhati cam tak bestlahkan ....


Kerana tak puashati makan dekat sini, makanya kami mencari restoran lain untuk makan petang tu .... nanti aku cerita ya. Bagi aku, asam pedas dekat sini still ok ...  kebersihan ok gak la. Cuma layanan  tak berapa nak best. Tak mesra gitu. 



Satu pengalaman, tapi ... menarik jugalah pergi Melaka sibuk cari asam pedas. hu hu








CK : Makan kalau tak sedap still ok kalau layanan semesra alam  ;=)

Thursday, September 20, 2012

KEMBALI BER'ATKINS'

Assalamualaikum ...





Diet yang paling sebati dengan jiwa aku ... atkins!


Walaupun aku belum sampai sasaran 50kg-48kg, tapi aku beratkins je sampai lebam. Cumanya start puasa sampailah berakhir Syawal baru-baru nie, diet aku banyak yang ke laut. Cuba-cuba nak ke pantai, still gagal sebab banyaknye jemputan open house. Tak pergi, rumah kengkawan ... kang tak ngaku aku kawan dorang plak.


Itu belum campur open office raya lagi yang rata-ratanya menyajikan menu yang sangat best giler! Alang-alang dah bulan raya, aku sebat je semua menu. Cumanya makan sekadar rasa. Takdelah nak makan nasi berpinggan-pinggan, mee bermangkuk-mangkuk ...


Orang kata rezeki jangan ditolak ...


Jadi aku merasa semua menu yang dihidangkan di open house dan open office sempena raya. Apa yang tak masuk dalam perut nie selama sebulan raya. Semua masuk kecuali kayu dengan batu je ... Lontong, nasi beriani, soto, laksa, spaghetti, mee goreng, kuih muih, sate (wajib bedal 10 cucuk dan ke atas ... peberet!), rojak buah, kuewteow goreng, nasi impit kuah kacang, bihun sup ... bla bla bla bla! Banyaklah menu yang dah masuk dalam perut aku nie sepanjang Syawal. Diet masa tu tenggelam timbul aku rasa!


Hasilnya ...


Dari berat aku time puasa 55kg telah naik kepada 58kg. Sangat sangat goodkan sayang!!!! Naik 3 kg ... perut dah melebar, terasa makin pendek plak ...lemak keliling pinggang. fuuuuuuuh. Tak rela berat naik kepada 65kg, makanya aku dok pulun kembali atkins. Itu pun tersasar gak sket-sket!


Masuk hari ni, dah 3 hari aku kembali beratkins. Rasa selesalah juga ... nak buang rindu kat nasi goreng cam susah. Tapi aku paksa je diri aku. Alhamdulillah ... ok je sampai hari nie.


Hari pertama atkins selepas raya ...


Breakfast - sebiji telur rebus dan sebiji telur goreng dan air suam 500ml

Minum teh cina 1 liter

Lunch - Ayam goreng dan sayur sesenduk dan air suam 500ml

Minum teh cina 1 liter

Dinner - Sup ayam dan telur dadar dan 2 liter air suam


Hari kedua atkins selepas raya ...

Breakfast -  sebiji telur rebus dan sebiji telur goreng dan daging sambal dan air suam 500ml

Minum teh cina 1 liter 

Lunch - Ayam masak lemak seketul dan sayur sesenduk dan air suam 500ml

Minum teh cina 1 liter  

Dinner - Sup ekor dan telur dadar  dan air suam 500ml

Minum teh cina 1 liter


Hari ketiga atkins selepas raya ... agak kantoi!!

Breakfast -  3 batang sosej grill air suam 500ml

Air mineral 500ml

Lunch - Ayam goreng dan daging dan sayur dan buah oren. Sirap llimau segelas Kantoi dekat sirap limau dan buah oren nie ;=(

Air mineral 500ml

Dinner - Sosej grill

Minum teh cina 1 liter




Esok aku akan diet lagi sampailah dapat berat 50kg .... tak tahulah akan ada cheat day ke tak. Sedih tengok perut sendiri weh. Kalau diri sendiri tak jaga, sapa lagi nak jaga kan ... kan ... kan?? Aku nak berat yang buat aku selesa dan boleh pakai semua kemeja aku. Seluar slack dulu dah boleh pakai ... so, dok target kemeja plak ... huhu



Usaha tangga kejayaankan ...





CK : Nak pi masak sat ... lapaq!!