Thursday, December 1, 2011

Bukan Salah Dan Salah Orang Nampak Saja ... Laju Je Mengata

Assalamualaikum ....



Kadang, manusia sekeliling aku buat aku ketawa sendirian. Mana taknya, kalau salah orang laju sahaja ditegur. Soal itu ini mengalahkan polis pencen. Tapi diri sendiri pernah buat salah lagi teruk dari itu, tiada siapa yang teringin persoal. Sebab orang malas nak kecoh macam lu orang kecoh hal orang lain!



Kadang orang tak buat salah pun ditegur juga, sebab bagi dia apa yang orang lain buat salah tapi bagi diri sendiri bukan kesalahan. Aku memang pantang kalau benda tak salah, tapi disoal macam-macam. Seolah diri sebelum ini tidak pernah buat dosa. Bajet diri lu baik gile ... erghhh ngeri wa!


Macam hal office, orang lain cuti ada yang bising. Sedangkan proses bercuti berkenaan telah mengikut prosedur cuti rehat. Ini cuti rehat, bukannya ambil cuti kecemasan atau cuti sakit. Setahun, kakitangan Kerajaan diberi kelayakan cuti rehat untuk tempoh tertentu, jadi buat apa nak bising dan soal macam-macam bila orang lain mohon cuti dan bercuti? Lu cuti suka-suka hati lu tak ikut prosedur, takda sapa bising. Sebab orang lain bukan macam lu, kecoh!!



Yang diri kita sekejap amik cuti sakit sedangkan tak sakit ... apa cerita?? Soal diri sendiri dahulu sebelum persoal tentang orang lain. Buka mata celikkan hati ... bukan buka mata dan buta hati! Lu bajet diri bagus sepanjang masa ... tapi wa pandang lu, memanjang ZERO! Lu emosi sangat bab hal orang lain. Jaga diri lu lagi baiklah bro!










CK : Aku seringkali diam, malas campur hal office. Biar orang cakap aku nie tak berkawan dengan orang pun tak pa. Asal hati aku tak sakit ... ada aku kesah??

Bila Kasih Bertaut, Akhirnya ... Aku dan Dia Jatuh Cinta! Alhamdulillah

Assalamualaikum ...





Alhamdulillah, akhirnya aku dan dia sama-sama jatuh cinta. Sekian lama juga aku tunggu untuk dia jatuh cinta. Sabarkan aku? Asyik aku bercerita tentang perasaan memang tak sedap. Tak syiok. Tak seronok. Dan dia diam seribu bahasa. Aku nak 2-2 ada perasaan yang sama. Perasaan kasih sayang dan jatuh cinta!


Setelah sekian lama, Alhamdulillah MB juga ada perasaan yang sama. Lahir dengan ikhlas aku rasa. Ya, aku yakin ikhlas. Saat yang aku tunggu agar dia punya yang sama seperti aku. Jatuh cinta! Kalau aku over the limits, sorry ... hati aku sedang berbunga riang. He he he.


Semuanya bermula di bandar Muadzam Shah, Pahang. Detik 1 Muharram 1433H melahirkan rasa cinta MB yang buat aku rasa amat teruja dengan cinta kali ini. Cinta yang bakal menyenangkan hati aku, Insya Allah mungkin untuk selamanya! Amin ...


Selepas ini, kami akan melahirkan rasa yang sama. Suke! Tak perlu ada perbalahan bila ada keserasian.



























Semuanya kerana Majlis Pertunangan kawan baik aku, Kak Nora di Bandar Muadzam Shah pda tarikh 1 Muharram 1433H. Akhirnya MB suka dan jatuh cinta makan IKAN PATIN masak tempoyak. Sebelum ini aku setakat suka, belum lahir rasa cinta membara. Tapi selepas makan ikan patin masak tempoyak di rumah Kak Nora .... terus cinta terpaut. MB baru 1st time makan. Sebelum nie, dia memang tak makan ikan patin sebab ikan tu macam pelik katanya. Bila aku bercerita pasal enak rasa isi ikan patin, dia diam membisu. Tak pun dia cebikkan mulut. Dan aku pula sebelum ini, makan ... cuma feel makan yang ikut suka!


Ikan patin masak gulai tempoyak di rumah Kak Nora katanya dimasak oleh tukang masak istana Pahang. Memang sangat sedap, aku dan MB bertambah ikan tu sampai 2 kali. Dah tak malu dekat orang kiri kanan. Sedap punya pasal!


Sedap punya pasal, aku tak sempat pun nak ambil gambar. Bila dah sama-sama jatuh cinta, lepas nie mudahlah kami nak ke Temerloh. Cari gerai makan yang jual masak tempoyak ikan patin yang terbaik. Kalau korang tahu, sila roger di ruangan komen. Misi JOM (Jalan, Order dan Makan) mencari ikan patin masak tempoyak terbaik akan dimulai awal tahun depan. Insya-Allah!



Terus aku google resepi ikan patin masak tempoyak. Gambar ehsan dari SINI!




Inilah kawan baik aku masa kat Kolej Eon, UUM. Dia selalu tolong aku ambikkan lauk bagi tempat yang tinggi. Sesuailah dia tinggi dan aku nie katek. he he he. Aku bukan sahaja dapat tengok Kak Nora cantik atas pelamin yang sweet, tapi sebab jemputan Kak Nora aku dan MB merasa masakan ikan patin tempoyak yang sangat sedap!





Hari tu, Kak Nora dah macam artis. Semua orang nak bergambar dengan dia. Berseri je aku tengok dia. Alhamdulillah, jumpa juga jodoh yang dia dambakan selama ini. Aku doakan kakak aku yang sorang nie akan bahagia dunia akhirat. Amin ....






Sebabkan aku dan MB sama-sama jatuh cinta di Bandar Muadzam Shah, maka doakan cinta dan kasih sayang kami ini kekal lama ... kalau boleh selamanya! he he he  ..... jatuh cinta dekat ikan patin masak tempoyak yang mabeles! Tq orang Pahang ... 










CK : Patin oh! patin .... serius jatuh cinta dengan hebatnya.