Wednesday, October 15, 2014

UJIAN MGTT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, kandungan aku sekarang dah nak masuk 6 bulan. Syukur sangat! Dan terasa betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan. Terkejut  dan gembira menerima berita gembira yang aku pregnant pun rasa macam baru je semalam. Dan sedar tak sedar juga aku dan hasben akan sambut anniversary perkahwinan kami yang pertama 1 November akan datang! Ya-Allah, rasa sekejap sangat. Rasa macam masih baru lagi. Rasa macam masih berkawan-kawan je pun. Rupanya dah nak hampir 365 hari bersama tidur sebantal setilam, makan sepinggan, berebut remote astro, cuit sana cuit sini, berperang teluk manja sekali sekala, pergi kerja sekereta dan tinggal sebumbung dengan hasben. Siapa sangka, bermula dengan cinta tin biskut … akhirnya ada jua jodoh kami bersama. Moga kekal hingga ke akhir hayat dan ke syurga Allah. Ameeen.

Aku bukan nak cerita bab kehidupan bersama kami, tapi nak share pengalaman sepanjang mengandung. Dan yang utama nak share pengalaman kena ambil ujian MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) untuk ibu hamil. Last week, aku kena pergi rutin checkup seperti biasa dan sebelum tu doctor dah mention aku kena minum air gula. Dengar bunyi air gula tu, memang rasa ngeri sangat. Sebab apa tau, adik aku, biras dan kengkawan cerita minum air gula ni serupa mimpi ngeri. Seksa kata dorang! Haih … dan dan tu aku terus kuatkan mental. Takkanlah seteruk macam tu detik hati aku. Bila nak pergi checkup tu rasa berdebor sangat. Bab checkup nie, aku takde masalah sangat sekarang nie. HB (hemoglobin) aku Alhamdulillah ok. Masa last check up untuk scan sahaja tup-tup doctor suruh minum air gula. Perghhh parah,, time doctor cakap tu aku dah down sikit. Ter’emo’ sekejap! Mulalah dalam kepala fikir macam-macam. Hasben plak yang kena kontrolkan emosi aku time-time tu juga. Tapi sebelum tu, wajiblah kena tazkirahkan. Ha ha ha. Dalam sedih-sedih dan down, tetiba leh plak kena tazkirah. Sabor ajelah. Urut dada mommy …. dan dan tu urut anak soleh solehah dalam tummy! Ohhhoiihoiiii …..

Akhirnya aku laluilah apa yang dorang ceritakan tentang ‘kengerian’ minum air gula untuk ujian MGTT. Untuk lalui ujian MGTT nie, ibu hamil kena berpuasa tau. Prosedur dia macam kat bawah nie, aku share dengan korang as persediaan awal. Apapun adalah lebih baik korang jaga pemakanan sepanjang 9 bulan pregnant. Itu lebih baik.

Prosedur am untuk ujian MGTT bagi ibu hamil. (Prosedur nie bagi Klinik Kesihatan di Putrajaya ye, klinik lain-lain tempat aku tak tau la pulak macam mana)

  • ·         Perlu berpuasa dari jam 10.00 malam hari sebelumnya.
  • ·         Hadir ke klnik sebelum jam 8.00 pagi
  • ·         Darah akan diambil sebanyak 2 kali (sebelum dan selepas minum air gula)
  • ·         Teruskan berpuasa sehingga pengambilan darah kali kedua (2 jam selepas minum air gula)
  • ·         Selepas pengambilan darah kedua barulah anda dibernarkan makan seperti biasa


Bila dah lalui proses minum air gula selepas ambil darah hari tu, baru aku tahu … tidaklah seteruk mana sangat minum air gula nie. Dekat Klinik Kesihatan Putrajaya, air gula yang dibagi ada 2 perisa. Satu perisa orange dan satu lagi rebina. Cuma tahap manis air gula tu memang akan buat korang rasa pening lalat. Sampai turn aku yang tinggal cuma perisa rebina je. Belasah je la. 3 kali teguk juga la nak habiskan setengah gelas plastik tu. Masa minum tu aku ok je. Takde apa-apa yang berlaku. Sejam lepas tu aku dah rasa pening dah macam nak pengsan pun ada. Dah la nak tunggu sejam lagi baru dapat ambil darah yang kedua dan barulah dapat nak makan!! Anak soleh solehah aku pun dah menendang dalam perut sebab lapar kot.


Bacaan MGTT aku masa FPG (Fasting Plasma Glukose) adalah 4.97 mmol/L. Pastu 2 jam kemudian lepas minum air gula 2HPG (2 Hours Plasma Glukose) adalah 10.29! Tinggi kot bacaan dia. Disebabkan bacaan yang tinggi masa 2HPG tu kan, so semalam aku kena berjumpa dengan Dietitian!! Kenalah dengar ceramah pemakanan. Semalam Puan Siti Hajar dari Hospital Putrajaya bagi taklimat tentang pemakanan semasa hamil. Mula tu aku sorang je dalam bilik seminar. Tunggu sampai kul 3 baru datang sorang lagi. So, kira best la dengar taklimat orang tak ramai. Senang nak tanya apa-apa soalan. dan Puan Siti Hajar nie pun muda lagi … bagi taklimat pun best. Memang enjoy dan tak bosan langsung. Seronok je! Aku ada jugak tanya dietitian, bacaan gula yang normal semasa ujian MGTT. Katanya bacaan yang normal semasa FPG adalah antara 3.5-5.3 mmol/L. Dan masa 2HPG bacaan mestilah antara 4.0-6.7mmol/L. 

In Shaa Allah, aku akan cuba jaga pemakanan aku. Takutlah kena kencing manis semasa pregnant nie. Kata dietitian tu, kencing manis ni berpontensi kekal hingga selepas mengandung. Harap-harap dijauhkan. So, untuk itu aku nie gigih jugalah jaga makan. Sebelum ni pun jaga makan juga. Kuih muih manis memang aku tak makan, air manis pun sangat kurang. Biasa 2 hari sekali aku minum segelas air manis. Maybe gula aku berpunca dari nasi. Sebab aku sangat suka makan nasi ketika pregnant nie. Selalunya nasi dengan buahlah yang paling  banyak.

Nanti aku kena amek darah yang 4 kali tuh .... huh, part amek darah nie aku memang ngeri sikit dengan jarum. Namun, demimu anak soleh solehah ....mommy sentiasa bertabah dan kuat semangat untuk kamu!!





p/s : Hasben cakap .... sekurang-kurangnya dah lalui pengalaman mengandung nie. Seronok, walau kadang cam penat dan mengah sikit. Maklumlah perot dah membesau kata kau.

Tuesday, October 14, 2014

BAJET DAN BONUS BERPISAH TIADA ....

Assalamualaikum ...


Dah beberapa hari berlalu cerita Bajet 2015. Tapi masih ada ngomel dan keluh kesah sana sini. Aku pulak malas nak mengulas perihal Bajet 2015 pada awal pembentangan. Dan rasanya, aku memang jaranglah nak mengomel bab-bab bajet nie. Bukan menyokong sepenuhnya dan juga bukan membantah keseluruhannya. Bajet 2015 ada pro and kontra! So, memasing dah besar … pandai-pandailah menilai.


Musim bajet, musim yang ditunggu oleh kebanyakan orang. Ada khabar baikkah? Atau sebaliknye. Budak-budak ofis aku pulak asal bajet, pasti tanya … “agak-agak tahun nie dapat bonus tak??”. Sapa yang tak suke bonuskan … aku pun suka, cuma untuk mengharap dapat bonus memang tak sama sekali. Itu prinsip aku sejak sekian lama. Sampaikan hasben pun cakap aku nie jenis tak excited bab bonus! Bagi aku bonus tu kalau dapat, ALHAMDULILLAH! Kang berharap tak dapat, akan rasa kecewa pulak. So, marilah hidup macam biasa-biasa dan bertindak luar biasa. Itu lagi baik. Kang dok pong-pang pong-pang cerita bab bonus, sekali masa bentang bajet … non-hado! Tak ke ko tetiba nak meroyankan! Mulalah cakap … “apalah pak jib ni tak kasi bonus … bla…bla..bla!!”. Tak dapat imbuhan masa raya puasa pun dah kecoh, ini kan pulak bonus hujung tahun kan. Aku selalu pesan kat hasben, kita jangan mengharap bonus dari Kerajaan nak-nak time raya atau hujung tahun. Kadang-kadang benda nie boleh jadi khayalan semata-mata. Lebih baik kita saving duit siap-siap dengan perancangan bajet kita sendiri. Itu lebih selamat. Bak kata mak aku le, berbelanja ikut saiz periuk sendiri supaya esok-esok kita tak ikat perut sangat!!


Hasben aku pernah persoalkan nape aku cam tak excited sangat pasai bonus. Aku cakaplah bukan tak excited, cuma pengharapan tu agak kurang. Kalau Kerajaan nak bagi bonus aku tadah je dengan rasa syukur. Mean, aku suka juga bonus, cuma tiada istilah berharap. Dalam kerja nie, aku lebih berharap untuk naik gaji je! Sungguh! Sebab bonus boleh habis dengan sekali pejam kalau tak bijak nak mengurus. Tapi, kalau kenaikan  gaji contohnye 10%, tau tak berapa banyak boleh dapat kenaikan dalam sebulan. Dah lebih dari bonus tau. Apapun tengok la pula berapa gaji pokok kau kan. Untuk Bajet 2015, hati aku biasa-biasa je. Takda apa yang nak didebatkan sangat. Kalau debat pun antara aku dan hasben je lah. Walaupun ada aku baca kat FB sampai ada yang sanggup cakap bajet tahun nie … bajet haram jadah, bajet kroni pak menteri lah, bajet bengonglah! Kenapalah nak cakap sampai tahap macam tu.  Tak tahulah kenapa orang Malaysia sekarang sanggup nak keluarkan kenyataan macam tu, nak-nak orang Islam. Aku sendiri pun ada perkara yang tak setuju dalam bajet tu, cuma untuk menghentam dalam laman social macam takde faedah je. Kalau pak-pak menteri nie baca dan take action, ok lah juga. Kang kita meroyan tak tentu hala … Nampak sangat kebodohan dan kebangangan kita. Dari apa yang kita emosikan kat laman social tu, orang dah boleh agak keperibadian kita nie macam mana.  


Aku selalu juga cakap dengan hasben bajet tahun nie takde apa yang indah sangat. Dengan harga RON95 dah naik 20sen, secara tidak langsung kos sara hidup kami dan korang-korang pun naik.juga. Aku lebih prefer untuk mengamalkan gaya hidup sederhana. Dan masih memegang prinsip mak ayah aku, “bersyukur sentiasa dengan rezeki yang kita dapat, kadang walau rezeki tu sedikit tapi lebih berkat dari rezeki yang banyak!”. Alhamdulillah, rezeki aku sejak dah pindah ke Putrajaya dan sejak kahwin, lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Harapan aku, moga rezeki aku dan keluarga berkatlah hendaknya. Ameeen. Dengan gaya hidup ini bukan bermakna aku dan family biarkan kehidupan ini ditindas dengan kezaliman sesetengah pihak bak kata-kata keyboard warrior di alam maya …. Tapi aku nak kehidupan yang tenang. Hati tak sakit, kepala pun tak pening sangat. Lagipun kehidupan aku sekarang jauh lebih baik dari dulu.  Orang lain pergi bercuti, kami pun pergi bercuti juga … cuma takdelah sampai ke negara omputih sana, ke negara matahari terbit ke. Paling dekat negara jiran sebelah pun dah ok.  Janji bercuti! Periuk kecik, so bercuti pun dekat negara jiran sudah le. Namun, hati tetap ada impian nak ke Jepun .... ke Istanbul sana. Ha ha ha. Orang lain pakai kereta, kami pun pakai kereta … cuma takdelah sampai kereta beratus-ratus ribukan! Namun, hati tetap ada keinginan nak pakai kenderaan beratus ribu tu. Tunggu 5 tahun lagi yek…. Kihkihkih. Impian dan perancangan hidup mesti ada. Kereta skang ada 2 tahun lagi nak habis bayar! Nak rehat jap … pastu baru nak diskusi ngan hasben nak maintain kete skang atau nak yang lebih besar untuk keperluan family. Target nak ada 3-4 orang anak, so … kena fikir juga yang lenlain tuh!


Sekarang aku tambah dalam bajet dan perancangan utama masa depan kami sekeluarga adalah nak beli rumah je! Itu perancangan aku dalam masa 2-5 tahun lagi. Mulanya aku dan hasben plan nak beli tanah jiran sebelah rumah mak mertua aku. Tanya khabar itu ini, orang tu tak nak jual pulak. Kalau dia jual, senang lah sikit nak design rumah idaman sendiri. Dah ada tanah, kepala tak pening sangat nak beli rumah. Cuma kumpul duit, then 10 tahun lagi sebelum nak pencen baru buat rumah. Itu impian, harapan dan doa kami suami isteri. Moga-moga tercapai impian yang satu nie. 


Panjangnye bebelan aku malam nie, harap korang baca sampai habislah kan. he he he. Bukan senang aku nak type pepanjang macam nie. Nak-nak tengah bawa budak. Idea susah nak datang kadang tu. Ada masanya merepek je lebih. Dah sudah cerita bajet. Dah sudah cerita bonus. Maka, aku nak tamatkan entry malam nie. Sebelum tu, selamat meleleh air liur dengan lauk dinner aku sekejap tadi. Ikan patin masak tempoyak habaq hang!!! Sedap sangat ..... #silaterliur! ha ha ha ha


Alhamdulillah, dah kenyang! 
Baby soleh solehah mommy malam nie makan ikan patin yang superb!!






p/s : Bajet. Itu tak kena, ini tak kena. Kadang bila dah tak suka semua kita pandang buruk. Manusia!!