Assalamualaikum ....
Rajin pulak hari ni, petang² update blog. Mood baik kot pagi ni. Hehehe. Cerita tanpa gambar tentang lokasi makan yg sedap dan menarik di Alor Setar. Actually, list ni saya buat untuk rujukan sendiri.
Tapi apa salahnya share dengan korang juga. Mana tau kot ada yg berkunjung ke Alor Setar dan mencari lokasi makan menarik. Bolehlah cuba nanti ye ...
Saya cuma mampu listkan 9 lokasi je. Yang termampu aku share dengan korang ....
1. Roti Celaru - di Sek Teknik Alor Star (Lebuhraya Sultan Abdul Hamid) ➡ masuk laluan sekolah teknik dan belok kiri jalan kecil d hadapan sekolah. Akan jumpa 2 buah gerai di hadapan barisan banglo.
Waktu Operasi : Pagi
2. Restoran Aminah (Nan Cheese) - Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar ( Selepas stesyen minyak Petronas, ada flyover, 500m akan sampai ke restoran (sebelah kiri kalau dari Alor Setar)
Waktu Operasi - 2pm hingga tengah malam
3. Singgah Rasa Cafe - Jalan Tandop, Alor Setar (dari Alor Setar, sebelah kiri jalan betul² sebelah masjid) Roti Nan Cheese Meleleh sedap kat sini!
Waktu operasi - 4pm sampai 1am
4. Restoran Mee Sham Roti Doll (Dekat bangunan Mofa Bina), Jalan Gunung Keriang, Alor Setar - Kat sini femes roti doll. Iaitu roti canai kuah banjir dan atas letak telur 3 suku + sambal.
Waktu Operasi - Pagi
5. Iman Koeyteow - Lokasi di Persisiran Jalan Sultanah Sambungan(berhadapan deretan bangunan yang ada Bank Islam)
Waktu Operasi - Petang sampai tengah malam
6. Restoran Selera Pokok Pisang - Lokasi makan tengahari terletak di Jàlan Suka Menanti, Alor Setar (Berdekatan JPJ dan Mahkamah Tinggi). Menu gulai sembilang & ikan termenung panas² dan ikan bakar istimewa serta pelbagai jenis menu kampung. View bendang/sawah pagi, menarik dan cantik.
Tumpuan ramai, kena la dtg awal ya.
Waktu Operasi - Breakfast & lunch hour (hingga 3-4ptg)
7. Nasi Lemak Royale - Lokasi di 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai. Sebelah Sungai Raja, sebelum Pekan Rabu. Ada beberapa cawangan lain iaitu sebelah Istana Anak Bukit dan Kompleks Hijau Kuning. Nasi lemak dekat sini warna kuning, ada pelbagai pilihan lauk dan yg bestnya adalah kuah kari campur yg superb. Saya suka nasi lemak royale lokasi asal di Jalan Tunku Ibrahim.
Waktu Operasi - Time breakfast (kena pi awai kalau tak beratuq panjang). Dekat KL pun dah ada cawangan, kalau tak salah saya dekat Ampang dan lokasi terkini di Kota Warisan.
8. Alor Setar Breakfast Station - , Taman Puspa Kencana, Batu 3 Jalan Langgar Alor Setar (012-4050059). Menu best nasi lemak dan breakfast set ala western. Netto yg best. Roti Goyang, Roti Teloq Kapit, Roti Ghedik dan macam² lagi. Sila cuba
Waktu Operasi - 7.30am - 12pm (Isnin hingga Ahad)
9. Restoral Mikamal - Lokasi selepas Istana Anak Bukit. Menu best kat sini nasi kandar dan mee goreng + nescafe tarik kaw! Mee rebus dekat sini pun sedap ....
Waktu Operasi - 6am-10pm
10. Laksa Ikan Sekoq - Lokasi di Jalan Gangsa, Mergong Alor Setar. Laksa dia memang sedap. Ada sekoq ikan termenung kat atas kuah laksa.
Waktu Operasi - 11.30am sampai 7.30pm (Isnin sampai Sabtu)
Kalau korang melancong ke Kedah, boleh la try lokasi makan sedap dan menarik di Alor Setar ni. Ada banyak lagi lokasi, tapi ini yang pernah saya pergi dan try makan. Gambar non hado, malas nak godek album dalam pc 😂😂😂
Thanks sudi baca 😘.