Friday, October 29, 2010

~BAHAGIA KE KLU TERLALU AMBIL TAHU DN MENYIBUK HAK PERIBADI ORG LAIN?~

Salam Jumaat.

Sepatutnya hari Jumaat ini adalah bahagia buat saya. Penghulu segala hari. Tentu dalam hari sebegini kita taknak buat onar sepanjang hari. Tapi amat menyedihkan bg saya krn makin sy diam...makin sy buat tidak tahu...makin sy cuba butakan mata hati sy...makin org lain menyibuk peribadi sy. Dengan siapa sy berkawan. Dengan siapa sy keluar. Sy buat apa. Sy hilang ke mana. Diri mereka yg menyibuk ttg peribadi sy, tidak tahu pun kisah kenapa, mengapa dan bagaimana sy dan dia semakin baik dan lebih baik dari dulu mungkin!

Sudah2lah bercakap ttg peribadi sy. Penat2kanlah mulut itu utk bercerita. Wahai wanita dr Kumpulan PNP yg nampak baik, nampak warak malah engkau juga nampak mulia. Tapi hati kau bersalut lumpur dan hanyir bagi sy. Maaf! Mungkin keji2 kata2 saya ini. Tapi saya rasa lagi keji org yg menjatuhkan hukum pada saya seorang tanpa tahu jln cerita yg sebenar! Diam lagi baik! Sy tak mungkin meraih simpati kali...w/pun dihati kalian tiada kesian buat sy.

Sbg manusia, sy tahu sy punya salah! Sy tahu juga sy punya silap. Sbb sy cuma manusia biasa. Cuma apa yg ingin sy tegaskan...sy tak pernah sesekali mcuit peribadi sesiapa! Mengapa kalian semua masih ringan mulut utk berkata2 mcm2 buat sy dan dia? Dan kesian pada org ketiga itu? Mmg dia bukan hak sy. Nampak salah bila sy dan dia berbaik. Malah rapat sekali. Ya! Mmg kami bersalah....tp org yg kamu ungkapkan kesian itu menjadikan sy dan dia mangsa pd keadaan.

Sy tahu waima perkara ini akan selesai dgn baik tidak lama lagi. Org ttp anggap sy bersalah! Salah sy cuma terlalu rapat dn baik dgn dia. Dan salah dia adalah kerana masih mjaga sy! Tp salah org ketiga yg org lain asyik ucap kesian tu....kalian x nampak kan! Sbb kalian x kenal dia! Dia lagi kejam krn membuatkan kami berdua mjadi mangsa keadaan dlm mcapai keinginan hidup dia.

Sy tahu saya ada salah. Sy tidak malu utk mengaku! Siapa yg patut kalian kesiankan bila perkara sebenar terbongkar? Kalian masih nk letakkan rasa kesian pada org ketiga yg mmg tak kesiankan langsung pada keadaan kami! Dia yg sy baik pun ada salah...dan dia telah menyesali perbuatan dia. Dia telah mohon maaf pada sy setahun dulu. Cukup2lah tu. Tutuplah kisah kami. Berhentilah bercakap ttg kami lagi. Mungkin ini pembalasan Allah buat dia. Dan Dia telah sedar...tp jgn terus2 mhukum sy yg menjadi mangsa pada 2 keadaan. Sy juga tahu bl semua ini selesai....ORANG TTP MELETAKKAN SALAH PADA SY...w/pun hakikat sebenarnya hny sy dan dia serta keluarga dia yg tahu.

Maafkan sy krn amat beremosi di Jumaat yg mulia ini. Sy telah penat mhadapi kata2 hina kalian buat sy. Seolah sy ini terlalu keji di mata kalian sdgkan sy hny mdiam di tempat sy. Setiap yg menaniayai sy pasti akan dapat balasan drNya. Bukan sy meminta...tp Allah akan mbalas...

Pandang la dgn senget2 mata kamu itu! Semoga kamu bahagia. Dan sy akan teruskn kehidupan sebegini. Andai jodoh kami ada sbg kawan teman dan sahabat....kami akan terus bersama. Untuk jodoh yg lebih dari itu...biarlah semuanya dengan ketentuan Allah. Sy tidak meminta krn sy tlh meminta sbl ini lagi. Tapi bukan rezki sy. Berlaku @ tidak jodoh itu...kamu semua tlh mjatuhkan hukum pada sy tnpa diadili! TERIMA KASIH UNTUK ITU.....semoga kalian bahagia memandangkan sy dgn pandangan yg hina dan menganggap sy adalah penyebabnya.



p/s : Rasa ingin bawa diri ini terbang jauh! Tapi sampai bila kita perlu lari dr masalah. Bl dia ckp "sy perlu kuat...kita perlu kuat...bl semua selesai pun org akan ttp ckp. bkn ari ni sj mrk ckp ttg sy...setahun dulu pun. kuatlah". Sy diam. Jadi biarlah mereka kata! Cuma hati sy terusik, tersentuh mlh seakan sarat dgn beban ini. Tidak cukup2 mrk mhukum sy....sedangkan bukan kesilapan sy pun!!

Wednesday, October 27, 2010

Jalan, Order dan Makan : AUSTIN STEAK HOUSE....Bandar Baru Bangi

Semalam mmg tak tahu nk dinner kat mana. Kata gaji Oktober dah masukkan? So, mesti nk makan sedap drp biasa. Dia? Mmg tak suka western food...bukan favourite katanya. Sy pun tak adalah suka sgt. Tp cuma tekak nie teringin dah lama. Sesekali ye tak rasanya. Lepas settle cuci BlackAiman kat AUTO SPA, Sg Chua...bergeraklah kami mencari lokasi western food yg agak ok. Puas dah pusing Seksyen 7 Bangi tu...Oasis Cafe sudah tutup (agaknya perniagaan kurang baik la tu). Maka terus memecut ke Taman Kajang Impian S7 jugak.

Tiba2 mata dia terpandang..."eh kt sini pun ada westernfood"!. Apalagi kasi pusing 1 round dulu baru park BlackAiman. Masa kami di sana manusia belum melaut lagi. Tp x sampai 15 min di sana setelah semua ambilan order selesai...pelanggan semakin meramai.

Sy cuma order Chic Golden Blue + Nenas Kurang Ais...dan Incik Babah order Chic Chop biasa sajak + Kopi 'O'.....hikhik...western campur Melayu la ode kopi 'o' bang oi!! Tapi tak kisah asal Incik Babah sudi teman saya melepaskan kempunan kira baik la kan. Jom layan gambar ya kawan2....

Antara menunya

Ini Incik Babah punya ...Chic Chop....sedaaaap!! 2 thumbs up...Bro

Sy punya tak sempat nk amik pic...sampi je trus baca doa n ngap! Chic Golden Blue nie mmg sedap...Incik Babah pun ckp sedap

Jus Nenas nie...gelas besar! Harganya cuma RM2.50. Incik Babah ckp...murah n sedap!!


Kalau korang rasa nk pergi mmg sy syorkan tempat nie.....mmg berbaloi! murah dan sedap! Yang penting semua kt Austin Steak House nie...org Kedah! Tumpang bangga Cik Kamoo sekejap!! Masa bayar tu sempat la saya puji kt tokey Austin ni kot..."makanan mmg sedap la bro!"


CK: Ilang kempunan sudah!!

Thursday, October 21, 2010

Jom join OSTEEN! Register RM100 dn jana pendapatan sehingga RM4,500 sebulan

Kawan-kawan semua!!

Saya dah pun jadi ahli OSTEEN....sdg menunggu hasil nie! Hari makin hari keahlian semakin bertambah. Saya buat keputusan yg baik utk join OSTEEN yg merupakan produk utk kesihatan bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sambil itu....turut ingin mjana pendapatan sampingan (Insya-Allah bergantung kepada kerajinan dan usaha anda!)...Jom tengok apa ada dgn OSTEEN yg buat saya amat tertarik ini.....



1. BUKAN SKIM CEPAT KAYA
- Bukan skim cepat kaya sebab bayaran yang dibuat bukan berbentuk pelaburan, tetapi pembelian untuk Jus Manggis OSTEEN yang bernilai RM40 x 2 bottle @ RM80 + yuran pendaftaran @ RM20.
- Urusniaga tersebut sudah lengkap dan sah kerana bayaran yang dibuat dibekalkan dengan barang / produk.

2. BUKAN SISTEM PIRAMID
- Juga bukan Sistem Piramid kerana Ahli yang mendapat Bonus, akan mendaftar semula untuk membantu Ahli di bawah pula mendapat Bonus.
- Situasi itu akan berulang tanpa henti berbanding sistem pyramid yang akhirnya bakal menyaksikan Ahli terakhir mendaftar tidak mendapat apa-apa keuntungan kerana tiada lagi ahli baru akan membantu beliau.

3. TIDAK DIPAKSA MENJUAL
- Ahli yang mendaftar tidak dipaksa menjual produk yang diperolehi / mana2 produk syarikat
- Tetapi berpeluang menjual menggunakan Voucher Diskaun (VD) yang diberikan.

4. PELAN PEMASARAN MUDAH
- Pelan Pemasaran yang cukup mudah – Ahli akan membentuk kumpulan promosi seramai 6 orang dan terus mendapat Bonus Komitmen @ RM120
- Kumpulan promosi pun dibentuk oleh sistem secara auto, kecuali Ahli baru yang ditaja akan diletak terus dalam kumpulan anda.

5. MODAL YANG AMAT RENDAH
- Modal yang cukup rendah dan murah iaitu sebanyak RM100 sahaja.

6. KEUNTUNGAN LOGIK DAN BERTERUSAN
- Keuntungan Runcit @ 35% untuk setiap produk (sekiranya menjual).
- Sekiranya terus kekal sebagai ahli, anda berhak mendapat Bonus Komitmen @ RM120 setiap kali kumpulan promosi anda genap 6 orang
- Kalau perkenalkan Ahli baru, anda boleh dapat Bonus Rekrut @ RM30

7. BUKAN MLM
- Bukan MLM kerana Bonus yang diberi tidak melebihi 3 jenis.

8. TIADA BELIAN BULANAN
- Ahli tidak perlu membuat belian bulanan (maintain) kerana setiap ahli yang memperolehi Bonus akan dikitar semula secara auto

9. PRODUK BERKHASIAT
- Produk Jus Manggis OSTEEN ini amat baik untuk meningkatkan kesihatan tubuh kerana mengandungi Anti-Oksida yang tinggi dan kaya dengan Vitamin C. Rasanya juga sedap dan sesuai untuk diominum oleh semua ahli keluarga

10. PRODUK MUSLIM, DIIKTIRAF HALAL, IMP DAN 5’S
- Produk bekualiti ini dikeluarkan oleh Usahawan Muslim 100% dengan kilang pengeluaran yang terletak di Jitra Kedah mempunyai pengiktirafan IMP, Halal serta 5’s.



Untuk kawan2 yang berminat utk join n dapatkn more info...sila daftar di sini
http://www.osteen.com.my/?id=6

Anda usaha lebih, maka pendapatan yg anda jana....lebih la!!



p/s : Osteen in love...ahli makin bertambah2...masyuk!!!

Saturday, October 16, 2010

Resepi : Chicken Soup Walawe

Jom main masak2!
Hilangkan stress anda dengan memasak...
Mungkin ia terapi yg terbaeeeek utk anda!
Masak wif love...rasanya pasti mabeles!

Jom2..kita masak *CHICKEN SOUP WALAWE*

Sy malas nk citer panjang lebar..so, kita layan gambar ajelah yek...

Bawang merah + Bawang putih utk menumis

Kentang

Ayam (yg best...letak yg bahagian ada tulang!)

Slps tumis semua bawang, masukkan ayam & empukkan...then masukkan kentang

Tambahkan air sesbyk yg anda suka

Sbg penyedap....masukkan sedikit gula batu

Masukkan bunjut (sy guna sup bunjut ADABI)

Bancuh serbuk sup (Adabi jugak) dgn sedikit air

Masukkan bancuhan serbuk sup...

Masukkan serbuk lada sulah

Serbuk lada hitam (kasi hot sket!!)

Masukkan garam secukup rasa

Renehkan dgn api yg perlahan

Tengok...dh mendidih...

Walawe....ermmm dah siap utk dimakan *CHICKEN SOUP WALAWE*



SEKIAN, MENU MASAKAN KITA UTK MALAM NIE



P/S : Kenyang perut suka hati!!