Tuesday, January 28, 2014

ISTERI DI SISI SUAMI

Assalamualaikum ...



#semoga semua wanita dapat menjadi isteri dan ibu yg solehah. ameeen

Sunday, January 26, 2014

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE-28

Assalamualaikum ...


Layan AJL28 pun cenggitu cenggitu je. Tup-tup dah sampai ke keputusan. So, tak feel sangat la AJL nie berbanding time aku bebudak dulu. Kalau dulu, mahu tak tidur tunggu dengar AJL. Itu dulu ...

Sekarang nie layan pun celup celup je ... kejap buat keje, kejap tengok tv ... kejap sambung kerja. Tak mampu nak layan tv full time dah. Kesudahannye mari kita layan keputusan AJL ke -28 nie.


 Persembahan Terbaik - Hafiz

Vokal Terbaik - Jaclyn Victor

Tempat Ketiga - Awie Rafael & Altimet
"Kalau Aku Kaya"

Naib Juara - Hyper Act
"Hanya Aku"

Juara - Hafiz
"Bahagiamu Deritaku"


Ini lirik lagu yang menjadi juara itu ...


Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu


Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama


Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan


Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama


Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan


Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu







CK : Semoga kita bahagia bersama ... wahai hasben ku sayang ;=) ... eh, eh ...

MAGGI KARI

Assalamualaikum ....



Bila hujan ... akan sejuk
Kemudian lapar

Bila tengah malam ... akan sejuk jugak
Kemudian lapar

Menu pilihan ketika hujan dan ketika tengah malam buat hasben
Tetap maggi kari ... tak pun maggi sup!



#aku tak tahu kenapa hasben suka sangat dengan maggi kari/sup terutama time hujan! dia kata sedap ... bg aku biasa je kot. aku bukan peminat mee segera 100%




CK : Nampak cam senang nak masak ... tp letak macam2

Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, hari kita cuti sempena Maulidur Rasul. Tahun ni aku tak dapat menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Di Putrajaya. Teringin sangat nak join. Rasanya last year je dapat join. Takpelah bukan rezeki kan. Sempena Sambutan Maulidur Rasul nie, jom kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Junjungan kita. Walaupun Baginda sekian lama meninggalkan kita, tapi dakwah Baginda sentiasa bersama kita. Marilah kita contohi akhlak yang agung dan terpuji Baginda dalam menjalani kehidupan harian kita di dunia ini.

Sentiasalah kita berselawat ke atas Nabi S.A.W ....


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat JIbril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, Barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Isrofil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu (yang bershalawat).”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Bacaan Sholawat Nabi sangat beragam, ini adalah satu dari beragam itu.
Ya Nabi Salam Alaika Ya Rosuul salam alaika Ya Habiib salam alaika Sholawatulloh alaika.

Dalam Al Qur'an Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Qur'an S. Al-Ahzab ayat 56)

Nabi Muhammad saw. bersabda: "Bershalawatlah kamu kepadaku, karena shalawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu". (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih).


Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw. bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada". (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi).




CK : Jadikanlah Nabi S.A.W kita idola sepanjang hayat.

Monday, January 13, 2014

HARGA EMAS 916

Assalamualaikum ...



Semalam lalu depan Tomei Alamanda, harga emas 916 hari ini makin turun. Segram dah RM137.00. Boleh dikatakan agak murah berbanding masa aku nak beli rantai tangan batal air sembahyang masa akad nikah dulu, segram RM150.00.

Dekat Habib Jewel agak mahal ... segram RM145.00! Aku tak tahu kenapa dekat Habib harga emas lagi mahal. Hasben aku sibuk2 nak beli emas sebab tengah murah. Dia kata nanti dah mahal apa pun tak dapat nak beli. Baik beli masa tengah murah nie, boleh juga melengkapkan apa yang ada.

Tapi, aku tak gemar sangat pakai barang kemas bersarat bagai. Kalau nak beli pun, semua nak yang kecik-kecik. Kalau yang jenis gedabak tu style orang-orang lame je.



CK : Nantilah beli ....

Sunday, January 12, 2014

ROTI JOHN SIMPLE UNTUK BREAKFAST

Assalamualaikum ....



Semalam tunggu hasben balik dari kampung sampai tertido. Nasib baiklah bila dia sampai depan rumah, aku tersedar bila dengar bunyi henpong. Selalu aku dah tidur mati dah. Kalau tak sedar memang tidur dalam keretalah jawabnye hasben aku tuh. 

Hari nie bangun lambat juga, sedar-sedar anak-anak buah aku dah bangun. Memasing menunggu dapur. Aku tengok jam dah 8.30am. Lapar la tu! Terus aku bangun siapkan breakfast. Simple-simple je. Janji dorang suke makan. Buat roti john ajelah. Simple dan mengenyangkan. Lagipun budak-budak suke kalau buat roti john yang tak letak sayur tu. Sorang satu pun tak cukup!




Roti john ni aku guna daging burger je. Aku tak suka sikit daging/ayam cincang. Apa-apa menu yang menggunakan daging/ayam cincang mesti aku tukar guna daging burger. Sama je pun. Rasa lebih kurang aje. Leka melayan anak-anak buah, sampai sikit terhangit roti john .... nasib baik tak hangus terus. 

Dah siapkan breakfast untuk anak-anak buah, terus siapkan breakfast kat hasben pulak. Kat hasben aku buat bihun goreng. Letak sayur lebih sebab budak-budak tak makan same. Dorang dah kenyang hadap roti john pepagi. Kenyang makan memasing buat kerja sekolah and tengok tv. Kejap lagi nak hidangkan lunch kat dorang pulak.

Rasa macam kerja kat nursery dah ... ekkekekeke





CK : Petang nak pergi Putrajaya pula, bawa anak-anak buah jenjalan

JATUH CINTA DENGAN ALZA ADVANCED VERSION

Assalamualaikum ...



Sejak Perodua perkenalkan wajah baru ALZA untuk tahun 2014, terus aku rasa jatuh cinta. Siyes dari dulu aku memang suke dengan kenderaan keluaran Perodua. Aku pun skang guna kereta dari Perodua juga. Lagipun, buat masa sekarang kemampuan kewangan aku untuk kereta tempatan je pun. Impian untuk ada kenderaan buatan negara luar tu tetap ada. Tunggulah nanti, bila rezeki makin dipermurahkan. Manalah tau, usaha tangga kejayaankan.


Alza Advanced Version nie memang menarik. Colour pilihan aku mestilah putih sebab kereta aku sebelum nie dah hitam. Amboi, gaya cam nak tukar kereta je. he he he. Ini berangan je tau. Tapi kalau jadi kenyataan, Alhamdulillah sangat sangat! keh keh keh. 

Meh aku story sket tentang exterior AAV (Alza Advanced Version). AAV dilengkapi dengan sporty front bumper dengan skirting sekali, New Aerodynamic Spoiler Design, Black Rear Garnish, Sporty Rear Bumper (with skirting), Side Molding, Sporty Side Skirting, New Alloy Rim Design (with titanium finishing) dan lain-lain. Panjang nak kene citer neh. Baik korang refer sini <---- Lebih detail!


Kita sambung dengan interior AAV plak. Nampak cantik dan smart kan? Aku suke sangat tengok interior AAV nie. Mai kita selidik sket ape yang ada di dalamnye. Leather Seats (yang nie aku suke!), Steering Wheel with Audio Switches, New Meter Design, Armrest with Storage Compartment, Gear Shift Lever with Shift Lock (with skirting), ISOFIX System dan lain-lain yang korang boleh rujuk kat sini <-----

Multimedia untuk AAV nie pun menarik juga. Yang paling suke ada roof-mounted monitor. Senang la orang belakang nak layan cd. 


Manatau suatu masa if Allah anugerahkan rezki lebih .. bolehlah ... bolehlah ... bolehlah sambaq satu kot. Buat masa sekarang pandang ajelah dulu. keh keh keh ... berangan tak salah, bukan kena duit pun kan. 

Baru kahwin nie, duit lebih kepada nak bina permulaan hidup. Nak beli kereta pun aku dan hasben dah ada sorang satu. Buat masa sekarang, kami decide untuk beli rumah dulu. Harap-harap dalam tempoh 2-3 tahun nie kami dapatlah beli rumah sendiri. Sampai bila nak dok kuarters Kerajaan kan? Kenalah usaha lebih untuk beli rumah sendiri walaupaun harga rumah skang melampau giler mahalnye!!





CK : Kawan2 lain sume dah beli rumah sendiri, aku je belum lagi. Moga murahlah rezeki aku dah suami nanti



Saturday, January 11, 2014

MASAKAN UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum ...



Anak? Eh, baru masuk bulan ke-3 kahwin dah ada anak ... hu hu. Okeh, bukan anak sendiri, tapi tetap darah daging sendiri juga. Anak-anak buah je yang aku ada skang nie. Alhamdulillah ... ada jua anak walaupun hanya sekadar anak buah je kan. Syukur T__T. Buat masa sekarang, aku sibuk menjaga anak-anak abang aku. Itulah yang aku cakap penat sikit tuh. Bangun pagi pun awal sangat. Selalunya selagi jam tak menunjukkan 6.45am, takdenye aku nak bangun. Sekarang nie, 5.00am dan kena kebil-kebilkan mata dan terus masak .... Tanggungjawab ibu, suatu masa nanti In Shaa Allah aku akan lalui jua.

Hari nie cuti, aku memilih untuk lepak kat rumah je. Malas nak ke mana-mana. Hasben pulak balik kampung sebab ada wedding dan juga mesyuarat surau. Sian, hasben kena balik sorang. Sejak bergelar isteri, inilah pestime hasben balik kampung dia sensorang. Takpelah, isteri nak menjaga anak-anak yang ramai kat rumah. Malas nak beriuh rendah kat rumah omak mertua. Kat sana pun dah ramai cucu. Kang kesian plak omak mertua aku nak melayan lagi.

Dah dok rumah kenalah masak. Mood memasak biasa-biasa je. Sebab sibuk basuh kain, layan anak-anak buah aku, buat breakfast sampai 2 kali lagi. Biasalah anak-anak buah aku memang kuat makan sket. So, asyik melayan masak ajelah. Lunch tadi pun aku masak lambat, kul 2pm baru masuk dapur. Yelah, dorang dah makan jam 9.30am dan 11.30am ... so, memang kena lunch lambat la. Untuk lunch aku masak simple je. Tahap malas. Badan ni memang nak rehat je. Nak tido, sebab seminggu ni memang tido sangat tidak cukup.

Kualiti gambar tak memuaskan .... pakai hengpong je 

Lunch, aku masak spaghetti bolognese yang simple-simple je. Tak cukup pedas dan tak cukup masam. Sesuai untuk kanak-kanak. Anak buah aku umur 11 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Termasuk aku sekali kena makan menu kanak-kanak nie. Takpelah, janji kenyang. Rezeki jugakkan....

Anak-anak buah aku asal bangun tidur je terus tanya aku nak masak apa? Kita nak makan apa? Nasib baik dorang nie bab makan tak banyak sangat karenah. Cuma jangan letak sayur je. Sayur yang dorang makan cuma carrot. So, carrot ajelah yang banyak aku masak. Sayur hijau jangan harap dorang nak makan. Aku pelik dengan bebudak sekarang, entah kenapalah tak suke makan sayur. Walhal sayur hijau tulah sedap. Macam aku dulu, aku cuma tak makan sawi, bendi dengan peria je. Sayur lenlain kebanyakannye aku memang melantak. Nak-nak bayam dengan kangkung .... sedap!

Lepas dorang lunch, aku suruh rehat dan main sejam, lepas tu semuanya aku kerah suruh tidur. Cheh, macam gaya kat nursery je. Siap ada time makan dan tidur bagai. Aku bagi si adik tidur dulu, dia nie keje nak ketuk kepala orang je. Yelah baru 3 tahun ... apalah yang dia reti sangat. Nasib baiklah dia jenis ikut dan dengar cakap aku. Senang nak jaga. Aku pun happy kalau jaga budak yang tak banyak sangat karenah. Paling best pepagi dia akan peluk aku. Siap cakap dia anak aku. kehkehkhe. Ikut kaulah dik. Nanti mommy and Dada dah balik Malaysia, takdenye nak peluk-peluk lagi tu. 


Untuk dinner aku memang masak awal, kul 6.30pm aku dah masuk dapur. Dorangkan tidur petang, for sure bila bangun akan lapar. Aku taknaklah perut dorang  berkeriuk je bila bangun. Memandangkan spaghetti tengahari  tadi aku rebus lebih. So, yang lebih tulah aku terus buat spaghetti goreng. Senang keje mak sedara korang nie. Macam malas je. Siang malam asyik makan spaghettti. Rasa je lelain. Tajuk utama tetap spaghetti.

Dah kenyang, aku suruh dorang naik atas ... then rehat sambil layan tv. Aku plak curik peluang update entry nie untuk korang. Korang tak tahu betapa tak keruannye aku kalau tak update blog. Resah mak nak oooi! Dah nama pun blogger, hati tu kengkadang asyik teringat je kat blog ... walaupun sekadar blogger picisan je kan. ngeh ngeh ngeh....


Nanti sambung citer lagek!




CK : Layan cerekarama ... pintu lain ke syurga. Dah lama tak tengok Remy Ishak berlakon ... dengar cerita dah ada cinta baru. eheeem eheeem



Thursday, January 9, 2014

UPDATE

Assalamualaikum ...


Tahun 2014 baru sekali dapat update blog.
Ini entry kedua 2014
Masuk je 2014, aku busy
Komitmen tetiba terlebih ....


Ada masa aku akan update lagi .... hidup agak penat 2 minggu nie
Bangun 5.00am ... tidur kul 11.00pm!
Orang lain mungkin biasa dengan keadaan ini, tapi aku tidak!
Penat tapi aku seronok dengan pengalaman ini. Nanti aku story yek.




CK : Sabar ada hikmahnye

Thursday, January 2, 2014

SEMAKAN DIVIDEN DAN BONUS ASB

Assalamualaikum ...



Masuk je tahun baru, kalau boleh hari pertama tahun baru 1 Januari setiap tahun ... ramai pelabur-pelabur menyerbu pejabat ASNB. Semua nak semak dividen dan bonus ASB memasing.  Nasib baiklah WP Putrajaya nie, 1 Januari adalah cuti umum. Bolehlah kerani-kerani ASB rehat sat. Tapi hari ni, aku tengok ramai sangat orang serbu ASNB. Aku merujuk kepada pejabat ASNB di Presint 3 Putrajaya tau!

Aku tak faham kenapalah mesti nak berebut-rebut update buku pelaburan tu pada hari pertama dibolehkan mengemaskini? Kalau kita kemaskini buku tu next week ... tak boleh ke? Susut ke nilai dividen dan bonus tu? Sanggup tau dorang ni bersesak-sesak dan menunggu berjam-jam semata-mata nak check dividen berkenaan. Mungkin memasing ada saving 200K kot! Tuh, yang taksub semacam. 

Saving aku takdelah banyak tahun lopeh, so .. 2 minggu lagi aku akan update la buku pelaburan tu. Bukan nak lari pun pejabat ASNB. Kalau terbakar mungkin la, ish .. kalau terbakar pun banyak lagi cawangan dia. Kalau update hujung tahun nie pun aku rasa dividen dan bonus tetap sama juga aku terima. Takde beza pun. So, malaslah aku nak beratur penat-penat, nak berduyun-duyun ... bersesak-sesak .. berpeluh-peluh kat dalam pejabat ASNB tuh. Buat bau masam peluh orang je ... tak pun buat sesak hidung bau kentut orang je! ekekekeke ....

Dah tahu dah, ASNB dah umum pun dividen ASB adalah 7.70 seunit then bonus pulak 1.00 sen seunit. Kiralah sendiri ... dapat la anggaran lebih kurang .. kan kan kan. Tak yah la nak berebut sangat sampai berduyun-duyun kat opis ASNB tu. Sesak napas den tengok! Korang yang berhimpit2 dalam tu tak rasa sosak ko??



Sambil-sambil tu aku nak ingatkan, korang tak boleh sewenang-wenangnya mengemaskini buku pelaburan pihak ketiga ikut suka hati mak ayah sendiri seperti sebelum ini, kecuali jika pemegang unit membenarkan pihak ketiga mengemaskini buku pelaburanya maka pelaburan unit perlu mematuhi perkara berikut ;

  • Melengkapkan borang kebenaran wakil - boleh ambil di kaunter-kaunter cawangan atau memuat turun dari laman web asb ------>>>>> www.asnb.com.my
  • Wakil yang dilantik hendaklah membawa Borang Kebenaran Wakil yang telah dilengkapkan bersama buku pelaburan pemegang unit ke cawangan-cawangan ASB atau cawangan cawangan agen ASB untuk tujuan kemaskini. Sahaja! Keluarkan duit pemegang unit tu tak boleh ye ... jangan sesuka hati korang plak keluarkan duit orang tu, memang tak dapek la!


Sekian ...

 

CK : Saving aku tak seberapa ... tapi Alhamdulillah, ada juga la savingnye ;=) Tu yang tak kecoh sangat awal tahun nak melawat ASNB. Biasa aku pi bulan June, lengang sket!


Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 DARI PENULIS REMPITKEHIDUPAN DOT MY BUAT SEMUA PEMBACA TERSAYANG

Assalamualaikum ...


#Entry pertama di tahun baru 2014 dengan tajuk yang agak panjang T_____T.....#

Fara Fauzana dan Faizal Ismail jadi emcee semalam di Putrajaya!


Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Putrajaya .... meriah dengan artis yang superb best sangat ... Amy Search, Ramli Sarip, Hattan, Ella ... dll yang tak sempat aku tengok dgn detail! Best dengan Putrajaya Lighting Festival ... Live Band ...



Alhamdulillah, masih dipanjang usia oleh Yang Masa Esa. Dapat jua bertemu di tahun baru 2014. Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca rempitkehidupan dot my! Dengan adanya pembaca ... dan minat yang masih mendalam untuk terus menulis, walau kadang tenggelam timbul. Maafkan kekhilafan aku kiranya ada tulisan yang merobek hati kalian yg membaca sepanjang aku menulis blog ini sejak 2010 dengan seriusnye. Serius?

Tahun baru 2014, aku harap ada pengharapan dan sinar baru buat aku. Kini bukan lagi sendiri, tapi harapan dan sinar baru dengan suami yang tersayang. Dan Alhamdulillah juga, hari ini genap 60 hari aku menjadi isteri buat sang suami. Love you sayang! Azam 2014? Aku belum lagi merangka sebarang azam walau ia telah disoal oleh hasben beberapa hari sebelum 2013 melabuhkan tirainya. "Kita perlu duduk bincang bersama sayang .... cakap-cakap suami buat isterinya!". 

Ya, 2013 yang penuh pancaroba, tangisan airmata ... ketawa ria, ranjau dan duri serta senyum dan ketawa. Alhamdulillah yang tak terhingga ... aku dapat mengharunginya dengan tabah walau terkadang tenggelam dalam emosi yang sukar untuk aku kawal. 

2013, sendirian selama 10 bulan dan baki 2 bulan itu aku menjadi suri hidup sang suami. Hadiah yang paling berharga dan anugerah yang tak terhingga dari Allah swt dengan restu ayahbonda serta ibu mertua akhirnya aku disatukan dengan hasben dalam suasana yg meriah dan sederhana ... dan aku menjadi penutup untuk sebarang majlis perkahwinan kami 4 beradik. 

Alhamdulillah! Walau berdepan dengan fitnah manusia lemah sekeliling yang tidak tahu apa-apa kisah benar tentang kami, namun ... Allah swt menyatukan kami. Tertulis aku adalah tulang rusuk kiri sang suami. Tertulis akhirnya kami tetap disatukan dengan halal. Aku harap, manusia lemah sekeliling yg menfitnah jalan cinta dan kasih kami dan ada yang sanggup memutus silatur-rahim akan diberikan hidayah oleh Allah swt. Mereka lemah! Tidak tahu apa-apa. Yang tahu hanya Allah swt sahaja. Solat 5 waktu masih gagal membersihkan hati hitam mereka buat masa ini, moga ada sinar hidayah yang Allah swt kirimkan buat mereka. Ameeen.

Aku harap ... 2014 adalah permulaan yang baik buat kehidupan aku sekeluarga (keluarga comel ini). Permulaan yang baik buat kehidupan berkeluarga yang baru bermula ... buat kerjaya yang selama ini berhadapan dengan boss yg giler kuasa dan menafikan hak2 aku sebagai staffnya .... buat perniagaan kecil kami yang bakal bermula ... buat segala-galanya yang aku idamkan. Moga ia menjadi suatu kenyataan. 

Moga 2014 ini, aku dan hasben dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah ... yang sempurna akal dan fizikal serta sihat tubuh badan. Ameeen!! Doa yang tak pernah putus. Moga aku ... moga jiwa dan hati aku lebih tenang, sabar, gembira ... moga segala urusan aku dipermudahkan dan diakhiri dengan kebaikan dan keberkatan. Moga korang jua lalui perkara yang sama seperti aku. 

Hidup yang sekejap ini, yang tidak tahu bila akan berakhir ... aku inginkan kegembiraan dan ketenangan jiwa, terutamanya dalam kerjaya yang aku tidak temui dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini. Aku inginkan zaman kegemilangan kerjaya dulu kembali semula! Ya-Allah kembalikan keseronokan bekerja aku yang dulu. Ameeen!!

Dunia blogging rempitkehidupan dot my ... sebahagian daripada jiwa aku. Susah senang ... suka duka, baik buruk aku pernah kongsikan di sini. Tidak semua! Cuma yang padan-padan dan aku rasa yg wajar untuk aku kongsi dengan korang ;=). Walaupun kini, tiada lagi sepenuh tumpuan pada blog, hingga UV sehari yang pernah hampir mencapai 1000UV sehari telah menurun dengan mendadak menjadi 300-400UV sehari .... aku tetap  terus menulis. Dengan senyuman dan kadang dengan airmata! Menulis tetap menulis ... itu minat aku dari kecik. Tertulisnya ayat yang kelamkabut dan kadang tunggang langgang ...aku terus menulis, aku tahu korang masih faham untuk membacanya! terima kasih kerana ada di antara kalian yang setia di sini walau hanya menjadi silent reader. Aku terharu!

Dengan 1362 followers aku telah menulis sebanyak 327 entry di tahun 2013. Jauh di sudut hati ... ingin aku ulangi zaman kegigihan berblog 2011 dengan 717 entry! Apalah yang aku merapu sebenarnya di ketika itu aku sendiri tidak pasti?

Banyak lagi kisah 2013 yang tak tertulis oleh aku, hingga ada yang menjadi pekasam yg bakal lebam T__T


2013, selamat tinggal ... dengan melabuhnya tirai 2013 semalam, 2014 menjelma ... moga ada senyuman dan kebahagiaan yang lebih bermakna buat diri aku, keluarga, sahabat-sahabat, kawan-kawan, musuh-musuh??, pesaing-pesaing ....dan korang semua! 


Suasana pagi di hari pertama 2014 ;=)! Cerah ... tenang ... dengan langit membiru, moga ada harapan yg menjadi kenyataan ... moga kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan hingga syurga Allah SWT.



SELAMAT TAHUN BARU 2014!





CK : Umur makin meningkat dari hari ke hari ..... dah terasa tuanya aku!