Jumaat last week, aku terpaksa emergency leave. Anak soleh demam. Huih lama dah dia tak demam. Sekali demam dekat 5 hari. Selalu 2-3 hari dah baik. Suhu pulak maintain 38-39. Paling tinggi 39.7. Malam memang aku tido tak lena. Takut weh, kalau panas naik mendadak ... boleh kena sawan orang cakap. So, setiap masa aku spray je air kat badan Iskandar. Aku lena sekejap sekejap je sampai jem segala saraf. Sakit badan Allah saja yang tahu. Dengan esoknya pulak ada konvoi berbasikal.
Anak dah demam, ibu mana yang nak tido lenakan? Masuk malam ke-3 baru aku lena sikit, bagi hasben cover. Iskandar pun dah kurang panas. Tapi tetaplah dipantau. sampai 2 kali kami ulang alik ke klinik. Hari ke-4 terus kena amik darah. Bila doctor check, Iskandar kena infection. Darah putih dia pun ada kuman sikit. Doctor cuma bagi anti-biotik dan ubat demam je. Actually aku dan hasben tak berapa gemar bagi Iskandar makan anti-biotik. Kalau dia demam tak pernah sekali pun aku bagi dia anti-biotik kecuali ubat demam sahaja. Anti-biotik ni ada baik dan buruknya la. Sila google. Tapi kali ni mengalah bagi juga anti-biotik ni. Teruk sangat demam kali ni. Flat terus. Melepek.
Now, Alhamdulillah ... Iskandar dah makin baik. Dah boleh senyum. Dah boleh berlari. So, hati mommy pun ceria la bila tengok anak soleh dah sihatkan. Kalau tak, mommy pun tak selera nak makan. 3 hari anak soleh demam. Time Iskandar demam, dia taknak menyusu dan minum sangat ... makan jauh sekali. Tonsil dia dah merah dan bengkak. Beli aiskrim vanilla pun dah taknak makan. Kalau tak dialah orang 1st nak menyibuk makan aiskrim sampai comot muka-muka.
Hari ni baru Iskandar school. Itupun kejut pagi tadi taknaknye dia nak gi school. Siap baring golek-golek dengan bantal peluk. Bangun mandi pun masih leka melayan tv pulak. Setiap pagi macam tulah, nak gi school ... nak layan cartoon dulu la. Nak itu la. Nak ini la. Melayan la mommy selagi asap tak keluar telinga ... hu hu hu ...
Harap anak soleh mommy sentiasa sihat hendaknya. Luluh hati kalau anak demam ai! Dah masuk dua tahun ni, demam macma-macam akal dia. Maklumlah, cakap tak berenti ....
Anak soleh ku tahap peramah mak ayah aku cakap.
Harap anak soleh mommy sentiasa sihat hendaknya. Luluh hati kalau anak demam ai! Dah masuk dua tahun ni, demam macma-macam akal dia. Maklumlah, cakap tak berenti ....
Anak soleh ku tahap peramah mak ayah aku cakap.