Friday, October 7, 2011

Sentap Dengan Kau!!

Assalamualaikum ...



Hari nie Jumaat! Serius hari mulia. Tapi aku tak tahulah kenapa manusia yang satu nie asyik nak cari salah aku. Aku memang sabar. Dia punya marah pada orang lain sedap sahaja nak tuju dekat aku. Tapi salah itu tetap ada pada diri kau juga .. sebab kau yang jadi ketuanya. Apahal kau!! Gaya marah kau macam meludah ke langit, jatuh ke batang hidung sendiri!!!!!


Aku dah lama sangat bersabar! Tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan ...


Memang aku bengang dengan seorang hamba Allah nie, serius jijik aku dengan perangai dia. Sampai orang office cakap dia nie cakap dia manusia hina berhati busuk! Memang, dia sangat berhati busuk bagi aku dan orang lain yang tengok perangai dia. Memang keji! Orang yang dia tak suka dia akan burukkan nama, menjaja cerita macam-macam, create cerita bukan-bukan dan menghasut orang atasan untuk percaya.  Sedangkan orang yang dia burukkan itu adalah baik. Manusia hina ini juga seorang kaki bodek yang amat keji di pejabat kami. Serius aku memang sentap dengan perangai #$$%^^%&^*&^*&(%$ dia hari nie!


Hanya orang bodoh dan buta hati sahaja ikut telunjuk manusia hina ini ...


Aku ada assistant. Walaupun pangkat aku tidaklah setinggi mana jika nak dibandingkan dengan manusia keji ini, tapi aku mampu buat kerja sendiri yg termampu. Aku bukan jenis manusia nak longgok semua kerja pada assistant sampai tak ambil tahu. Dan aku lebih senang buat kerja-kerja sendiri  dari photostat hingga yang susah-susah jika aku banyak masa. Aku tak kisah bab menghantar surat. Dan aku akan memberikan kerjasama yang baik bagi assistant yang beri kerjasama dengan aku. bab assistant suka cara aku atau tak, itu bab kedua yang aku fikirkan. 


Kau tak layak jadi ketua! Aku dengar kau naik pangkat sebab "BODEK" orang HR!!


Bagi assistant yang rajin report itu ini. Sama ada baik atau buruk aku akan layan dengan baik. Aku akan tolong yang boleh. Tapi kalau yang tak mampu aku akan minta dorang buat sendiri. Sebab ada masanya aku tak terkejar kerja sendiri. Banyak jugak!  Tapi bagi assistant yang tak pernah bagi kerjasama dengan aku ... susahlah aku nak tolong kalau apa-apa jadi sebab aku tak tahu apa masalahnya. Bila aku tanya semua ok. Tapi ada orang lain buat aduan/ hantar surat aduan kata tak ok! Macam mana aku nak tolong tu?? Aku jadi tension bila manusia hina keji tu adalah kena mengena dengan tugasan aku secara langsung. erghhhh gila babas jadinya.


Lebih baik aku buat hal sendiri! Aku rasa malu dan terhina bila terpaksa bekerjasama dengan kau manusia keji lagi hina. Rasa jijik! Macam nak samak pun ada.


Kejilah tengokkau angkut anak buah orang lain dan anak buah kesayangan kau pergi minum kat cafe mengumpat keji orang lain. Hiks. Umpat keji orang lain sana sini sedangkan diri sendiri tak buat kerja. Manusia keji lagi hina kat office aku nie memang dah jadi bualan orang ... suka sembang, menyibuk hal orang, ambil tahu peribadi orang itu orang nie,  menjaja kisah peribadi orang lain, malas kerja, kerja campak pada orang lain, bila yang elok ambil kat diri sendiri yang buruk campak kat orang lain.


Semoga Allah bagi kau petunjuk sebelum terlambat! Sebab kau hidup dalam sumpahan orang-orang yang kau aniayai sekarang ini. Hari-hari aku dengar orang sumpah yang buruk-buruk pada kau. Sampai aku tak lalu nak dengar lagi!!


Yang aku bengang sangat ... aku ada bagi aduan kalau ada tempat tak oke di bawah pengawasan. Manusia  hina dan keji nie selalu buat endah tak endah. Bak kata budak office aku, "dah species bangang dan bodoh melantun-lantun memang macam tu. Kerja sendiri tak nak buat, kerja orang nak disibuk!". Itu aku amat setuju. Ramai yang dah hilang hormat pada manusia laknat nie, bila kroni dia cuti ... dia akan terkontang kanting sorang-sorang. Mulalah hidup tak keruan. Siapa nak berkawan dengan orang yang berhati busuk dan sentiasa mengusaha memecahbelahkan orang lain?? Takda siapalah nak kawan! Tambah-tambah bila membodek boss cara yang hina ... burukkan staff dan kerja orang lain. Mestilah menaikkan kemarahan orang! 


Yang paling best ... aku tengok dia beli  kepercayaan orang lain dengan duit! Duit halal ke?? Dalam kerja pun kau menipu nak % untuk projekkan manusia kejikan...kan...!!! 


Berubahlah manusia laknat, sebelum kau dimakan sumpah oleh mereka yang sumpah hidup kau selama ini. Takkan tenang hidup kau. Kau burukkan hidup orang lain termasuk aku, dan aku percaya Allah akan balas pada kau nanti. Aku tahu aku tidak pandai berdendam dengan orang. Tapi aku juga tahu yang Allah itu Maha Adil. Kau jangan lupa bahawa, doa orang-orang yang teraniayai dan dizalimi itu akan dimakbulkan Allah!


Tadi tengahari ada orang mengadu pasal sikap keji kau pada aku. Aku malas nak campur. Aku tidak tahu! Kenapa kau nak tutup rezeki orang lain? Kau Tuhankah?? Ingat sebelum segalanya sudah jadi terlambat untuk kau. Aku doa agar Allah mengubah hati kau jadi manusia yang baik-baik walaupun kau pernah memburukkan dan menfitnah aku. Biarlah segalanya Allah yang membalas hanya Allah sahaja layak mengadili dah menghukum.



p/s : Maaf dengan entry ini, segala kemarahan telah keluar dan menjadi lahar di sini. Semua lahar ini diletus kerana tidak mahu diri terbeban!



CK : Kenapa pula Bajet 2012 nie umum persaraan 58 tahun  akan dinaikkan ke 60 tahun! Mampukah aku??? Alhamdulillah ... bonus setengah bulan gaji dibayar Disember 2012! Syukur ... boleh beli tv LCD.

2 comments:

  1. cool2..org camtu usah dilayan..mmg selfish...makin dilayan kita plk yg rs skt hati..

    erk lanjut smpi 60..mampu lg ke umur 60thn nk buat keje?tahap pengangguran makin tinggi la sbb peluang kerja makin berkurang..hee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!