Sunday, June 21, 2015

MAKAN SEDAP DI VIET THAI CANTEEN CYBERJAYA

Assalamualaikum ...


Dah 2 weeks tak menulis. Tinggalkan blog sebab kerja. Blog hanya sampingan, kerja adalah salah satu yang utama, so kerja didahulukan. Lama sangat tinggalkan blog, tup-tup dah masuk Ramadan. Hari ke-4. Belum terlambat rasanya aku nak wish korang, selamat menjalani ibadah puasa. Moga puasa tahun ini mendapat keberkatan dan moga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan yang seterusnya.

Ramadan ni seringkali juga dikaitkan dengan makanan, kalau pergi bazaar Ramadan tu memang pening nak pilih makan. Macam-macam ada. Boleh jumpa peniaga yang memang berniaga 365 hari ... dan masa ni juga korang akan jumpa peniaga yang 30 hari je dalam setahun. Sebab tu makanan semua rasa ke laut dalam, rege melangit ke langit tujuh. Mahal tapi kualiti menyedih. Pesan aku kalau beli juadah buka puasa tu, baik pilihan peniaga makanan yang 365 hari tu. Insha Allah tak sakit hati korang bila makan. 

Bulan puasa juga sesetengah orang biasanya plan nak berbuka dekat luar ... sama ada restoran, hotel, cafe santai atau sebagainya yang seumpamanya. Kalau korang ada cadangan dan tetiba ada niat nak berbuka puasa kat luar time gaji gomen masuk minggu depan nie, aku ada satu lokasi makan yang best dan baeeeek untuk korang. Percayalah! he he he. Rasa lain dari yang lain .... eh! Sesekali mencuba kelainan tak salah, lidah pun nak tukar citarasa jugak kheeeeen. Lokasi makan ini adalah di VIET-THAI CANTEEN Cyberjaya. Actually, aku menerima jemputan untuk food review oleh pihak cafe ini. Untung tau jadi blogger, dapat jemputan untuk food review, undangan ke function nuffnang ... bla bla bla. Tapi undangan ke function nuffnang nie aku tak pernah pegi sebab kekangan masa. Insha Allah masa hadapan aku pergi la jika masa berlebih-lebih lapangnye.

Okeh berbalik kepada jemputan food review oleh Viet Thai Canteen nie, memang sesuatu yang tidak disangka. So, 2 Jun aku dan family pergilah dinner dekat canteen nie. Sebelum aku menerima jemputan ni oleh pihak canteen iaitu Zahin, aku gugel dulu status halal. he he he. Nama viet thai kan ... risau la aku bab halal nie. Untuk makluman, makanan ni di canteen ini adalah halal. Dont was was yek!

Jom aku review satu-satu multicourse tasting menu yang dihidangkan pada aku dan suami. Si kecik Iskandar hanya pandang je la. Tak bleeeh makan lagi. Sian anak mommy ... tu yg tetiba meragam tak dapat makan eh ...

Menu pertama yang Zahin hidangkan pada aku and hasben, d.i.y vietnamese rice paper roll. Aku pernah makan sekali dulu masa jamuan kat office. So, ini kali kedua. 1st time makan aku dah jatuh cinta dengan menu ni. Kali kedua makan lagi bertambah-tambah kecintaan aku. Untuk menu ni kenalah buat sendiri semuanya ... namapun d.i.y kan. Korang nampak kan rice paper roll tu kan, aku dulu jakun sebab benda nie keras, camne nak makan? Nampak kampung sangat kat situ. Rupanya kita kena basahkan dengan air dulu rice paper roll tu. So, dia akan lembut dengan sendirinya. Zahin bagi 2 jenis dip ... satu pedas, satu masam. Dua-dua best. Hasben aku siap campur 2-2 sekali. Untuk makan menu ni, kena basahkan paper roll tu, then letas segala isi perutnye ... ada udang, isi ayam, pastu macam suhun ke hape ntah, ada sayur-sayur. Korang letak la plak perasa dia tu nak pedas ke masam. Then gulung terus masuk mulut. Ini aku puji melangit, bagi tekak aku sedap. Hasben aku pun suka ... dia macam nak request satu lagi je kat Zahin. ha ha ha. Pi makan free jangan ngada nak request lebih ye yunk ....

Dan minuman yang special dan pelik ini adalah minuman tradisi orang Vietnam kata Zahin. Orang Vietnam katanya suka minuman bersusu. Inilah Vietnamese Drip Coffee. Siap ada penapis pelik yang aku dan hasben tak pernah tengok sebelum ini. Unik. Dah siap air bertapis boleh masukkan susu. Kena tunggu la 3-4 minit untuk air kopi tu siap bertapis. Mulanya try taknak letak susu ... mak aih pahit! Terus letak susu .... perghhhhh terangkat. 

Kami juga dihidangkan dengan pandan chicken, hatyai fried chicken wing dan thai fish cake. Mai aku komen satu-satu. Pandan chicken ni sedap juga. Isi lembut, cuma rasa dia manis-manis sikit. Sesetengah orang mungkin tak suka. Macam aku, asal tak manis sangat ... laju je makan. Hoh, dasar pemakan mangsa aku nie. ha ha ha. Hatyai fried chicken nie rasa macam tomyam-tomyam sikit. bagi aku biasa ajelah. Dah selalu sangat makan ayam goreng. Kelainannya cuma pada rasa ala-ala tomyam je. Aku dan hasben paling suka ... thai fish cake. Ini memang rasa lain dari fish cake yang aku selalu makan. Lembut kot! Viet Thai Canteen bagi 2 je ... so, sorang satu ajelah. Tak cukup eh! ha ha ha. Paling win pencicah dia....tak pernah rasa lagi pencicah dia yang sodap tu. Kata Zahin pencicah tu di bawa dari vietnam sana. Hasil temubual kebanyakan sumber untuk menyiapkan menu di canteen ini datangnya dari vietnam dan thai. Yang pasti halal katanya. 

Perut macam boleh diisi lagi, si zahin bawa siamese laksa (refer gambar bawah sebelah kiri) dengan viet beef noodle soup dan viet chicken noodle soup. Dalam gambar bawah sebelah kanan tu chicken noodle soup ... gambar beef noodle soup lebih kurang sama je. Tak perasan tak ambil gambar menu tu. Siamese laksa nie rasa dia lemak-lemak sikit, spicy and sweet kuahnya. Kat atas dia ada tuna fish flakes lagi. Aku cuma rasa sesudu je sebab orang kata orang lepas pantang tak boleh makan laksa. Risau plak nak makan. Walaupun sedap aku telan ailio tengok hasben makan. Soup bagi aku biasa-biasa je. Rasa yang sama seperti aku pernah makan sebelum ni.

Aku ingat siamese laksa dengan soup ni dah last la untuk test menu dari Viet Thai Canteen. Rupanya ada lagi. Time tu perut ada space sikit-sikit je. Bolek melantak lagi la kiranya. Sampai aku tanya si zahin tu, "ni menu lastkan?". ha ha ha. Orang dah nak bagi makan free ko nak stop tetiba kan. Mcm mana la  yg jadi pengacara JJCM tu, kuat melantak aku tengok. Aku pun tak mampu.

Okeh, sambung menu seterusnya ... last sekali baru makan nasi. Patutnya gambar nasi tu letak bawah, tapi dah salah susun gambar. Harap korang pepaham le. Ini pun type entry hasben tolong jagakan Iskandar. Baik hati hasben aku jaga Iskandar semata-mata suh aku update entry nie. Last sekali kami dihidangkan dengan steamed rice dan grilled lemongrass chicken whole leg dan juga ... beef stewed with vietanemese shrimp paste. Sedap ko ayam dengan beef dia. Aku makan sambil berdiri sebab dodoi Iskandar nak tido. Buruk perangai sangat. Pergi sekali lagi menu ni wajib aku order. Sedap rasa ayam dan beef dia tu. Lembut baqq haaaaang! Walaupun posa tapi rasa beef tu macam terngiang-ngiang kat lidah ... eh boleh plak wat ayat camtu. Ingat lidah tu telinga ke hape ....hiks hiks.
Sebelum balik. Thai ice milk tea .... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mengingatkan aku minum teh ais yg sangat sedap dekat kedai kampung zaman aku sekolah dulu. Rasa sebijik. Dari pantang nak minum air terus jadi pantang nampak! Dah selesai makan semua, siap bergambar dengan zahin dan crew Viet Thai Canteen ... si sham, dapat lagi ramadan voucher. RM100 plak voucher yang dapat. Dah la makan free....dapat voucher lagi. Terima kasih sangat Viet Thai Canteen.



Ini susun autur canteen nie. Bersih, kemas dan simple.


Simple kan? Nampak tenang. Canteen ni baru dibuka April yang lalu. Menurut Zahin sambutan menggalakkan. Waktu operasi dorang dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Untuk bulan Ramadan ni, operasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Tengok retis pun datang tau. Dato' Khatijah Ibrahim. Dalam gambar tu, zahin yang sebelah kiri. Malu-malu orangnya. Cakap pun suara slow je. Aku ni kan kurang sikit dengar-dengar telinga nie. Asyik dok suruh ulang suara je. Sian zahin. heheheheh


Kalau korang merancang nak berbuka puasa dengan family dan nak merasa kelainan rasa masakan, boleh cuba makan di Viet Thai Canteen nie. Insha Allah sedap. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan NO GST tau! Service pun terbaeeek.


VIET-THAI CANTEEN
NO. 6, BLOK E, JALAN GC GLOMAC CYBERJAYA
CYBERJAYA 12, CYBERJAYA
03-83226986

Nak senang cari, korang cari Restoran Pelita Nasi Kandar. Lalu je dekat lorong sebelah restoran nasi kandar ni, pastu cari-carilah kot area lorong tu, ikut alamat yang aku bagi. hahahahha. Kot nak rasa masakan vietnam-thai plak kan. Baru tekak rasa happy. Asyik-asyik masak lomak je, kombang badan dek lomak sudahnye. he he he
Ni aku bagi sekali promo bulan ramadan, kidnap dari FB Viet Thai Canteen .... berbaloi juga rege dia.





p/s : Ramadan ni tetiba tekak teringin nak makan diy vietnameserice paper roll tu....heheheh tekak mengada ni. Baru 4 hari puasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!