Assalamualaikum ...
Aku tak faham kenapa masih ada boss yang tua tapi bersifat busuk hati?
Ada sahaja perkara yang nak didengkikan dengan staff sendiri.
Walhal, pangkat dan gaji staff dengan boss ... beza melangit kot!
Dah tua-tua pun nak dengki, kenapa?
Kubur, mari-mari
Rumah kata pergi!
Tapi hati masih hitam legam.
Boss, kau kenapa ar??
Ada masalah jiwa ke??
CK : Sudah-sudah la nak mendengki. Ingat balasan Allah sama.
Showing posts with label Boss. Show all posts
Showing posts with label Boss. Show all posts
Saturday, December 14, 2013
BUSUK HATI
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
9:00 AM
1 comment:
Label Suka Suki
Boss,
Cerita Office
Saturday, August 17, 2013
TAK SUKA BOSS
Assalamualaikum ...
Errmmm tak tahu nak mula entry nie macam mana ..
Patutnye lepas raya nie semuanya baik-baik je
Tapi aku tak tahu kenapa, last week aku keje awal lepas raya.
Isnin dah masuk keje, time tu immediate boss aku tak masuk keje lagi
Dia masuk keje pun dah penghujung minggu
Ntah macam mana bila dia masuk je office aku rasa tak suka sangat kat dia
Bila pandang muke dia rasa membuak nak tukar department
Seriously aku tak suka cara dia layan aku as his staff
Dia langsung tiada ketokohan untuk jadi boss, ketua ... pemimpin.
Hubungan aku ngan dia sebagai boss memang langsung tak baik
Cumanye disebabkan dia boss, apa yang diarah aku akan buat kecuali perkara yg diarah itu macam tak masuk akal untuk aku buat. Senang cakap, kalau aku buat jerat diri sendiri.
Sebab itulah immediate boss tu tak suka aku. Sebab aku bukan jenis yes, boss!! Bukan bukan ..
Kadang aku rasa tak dapat nak maafkan immeadiate boss tu sebab dia suka sebar cerita bukan-bukan.
Dia hasut pegawai atasan untuk hentam sesetengah pegawai lain.
Dia cakap pandai tapi last-last keje dia orang lain yang kena lap (i mean kena buat segala keje yang dia tinggalkan)
Paling tak suka immediate boss aku suka hasut staff sendiri buat keje bukan-bukan
Dan malangnye staff dia yang lelaki semua ikut cakap dia.
Cam tak berakal pun ada aku rasa dorang nie.
Benda salah pun pulun nak follow juga.
Disebabkan aku tak tahan sangat nak bendung rasa tak suka aku dekat immediate boss sendiri
Aku luahkan juga kat sini. Aku tak tahu sampai bila nak jadi staff bawahan dia.
Dan sampai bila aku perlu melawan bila apa yang dia buat aku tak suka sebab ianya salah.
Aku rindu boss-boss aku dulu. Walau garang tapi hati baik, tegas dan ada juga yg adil.
Tak hasut orang lain. Tak burukkan orang lain. Tak cuba jatuhkan orang lain.
Selalu ajar aku buat kerja dengan baik.
Walau kadang aku kena marah, tapi dorang still tunjuk contoh yang baik sebagai ketua.
Aku selalu pandang immediate boss nie dengan pandangan yang kosong.Kosong giler.
Kadang aku cuma anggap dia seakan tunggul kering yang bila-bila masa akan reput.
Aku sering berdoa, suatu masa aku akan dapat immediate boss dan juga boss besar yang adil, tegas, baikhati, ada daya kepimpinan, telus ... dan bijak menangani masalah!
#nasib baik boss besar dah tukar dan boss besar yang baru nie sangat baik orangnye ;=)
CK : Aku doakan immediate boss aku cepat naik pangkat ... supaya dia bukan lagi jadi boss aku. Amin.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
3:21 PM
3 comments:
Label Suka Suki
Boss,
Cerita Office
Saturday, July 13, 2013
HARI MINGGU
Assalamualaikum ....
Dapat juga berehat pagi nie. Tadi aku bangun sahur time kecemasan. Sempat teguk air je sikit. Alhamdulillah la daripada tak teguk apa-apa kan? Balik semalam, 1.30am baru sampai rumah. Penat jangan cakaplah. Rasa nak pergi spa time tu juga. Kerja sungguh bulan Ramadan tahun nie.
Walaupun sebenarnya aku kerja hari nie .... dari 4pm sampai 12.00am, aku minta excuse sebab ada hal personal. Minggu nie jelah dapat minta excuse sebab ramai yang bertugas. Kalau masuk minggu depan susah dah nak excuse sebab satu group beberapa kerat je pun yang ada. Jadi kalau 'hilang' dari tugas orang akan perasan. Orang takkan perasan masa kita tengah sibuk buat kerja, tapi orang akan perasan bila kita hilang dari kerja. Sifat manusia kan macam tu, mencari salah orang macam satu keseronokan.
Memandangkan aku tak kerja, so ... bermalasan sekejap kat rumah. Tapi yang tak bestnya .. pepagi boss aku dah sms suruh buat itu buat ini. Hello boss ... hari nie Sabtulah! Bagilah aku rehat. Kalau ye pun nak sms soal kerja janganlah waktu pagi sangat. Terganggu emosi aku. Terganggu hari minggu aku. Macam spoil pulak! Fhuhhhh sabaq .... bulan puasa nie!
Itu peel boss aku. Dia memang tak reti hormat masa dan hak orang. Asal dia senang. Orang lain susah pun takpa. Aku pun malas nak kecoh ... sebab dia boss. Kalau mana yang mampu aku buat, akan aku buat. Tapi kalau arahan dia bukan-bukan memang aku akan menjawab bukan-bukan dengan dia. Biar dia sedar sikit bahawa orang lain pun ada masa lapang yang perlu dihormati.
So, senang cakap emosi aku di hari minggu nie agak terganggu kerana sms boss aku di pagi hari. Kalau dia sms tengahari kang ke, maybe aku ok sketlah kot. Ini orang baru nak menghayati puasa di hari minggu ... dia plak dok keluar perintah kerja plak. Haish....sabarlah sabarlah *urut dade la sat*.
Boss, boleh tak bagi saya berehat sat??
CK : Tak kira masa perintah turun....apa da ...
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
10:04 AM
No comments:
Label Suka Suki
Boss,
Lepak Rumah Je,
Luahan Hati,
Office Aku
Wednesday, June 19, 2013
TAK DENGAR CAKAP
Assalamualaikum ...
Kadang aku bukan tak nak ikut arahan boss aku. Nak-nak arahan ntah pape. Arahan ikut suka tanpa kaji dan fikir terlebih dahulu. Bak kata kuar arahan main sedap mulut je.
Memandangkan ada boss baru sorang dua ... why not aku refer pada yang lebih logik dan dapat selamatkan tengkuk serta mengelakkan masalah di masa hadapan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tapi untuk kebaikan semua pihak. Supaya semua orang tak kena marah dengan boss-boss yang lagi besar kuasanya pada masa akan datang.
Kalau boss terdekat aku nie nak kecik hati kerana aku tak dengar cakap dia sangat, aku rasa dia patut fikir bahawa dia banyak menyeksa diri aku dalam kerja. Tapi aku tak berdendam. So, kat situ pun dia dah kena pandai dan reti untuk bersyukur.
Sekarang bukan masa untuk mengipas ... tapi kerjalah dengan jujur. Boleh?
CK : Sampai masa kita akan ke bawah, jadi jangan terlalu gembira tak tentu pasal.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
12:58 PM
4 comments:
Label Suka Suki
Boss,
Cerita Office,
Ketua
Subscribe to:
Posts (Atom)