Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, August 19, 2013

KENAPA PEREMPUAN, SELEPAS KAHWIN AKAN BERISI?

Assalamualaikum ...




Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.

[sumber dari sini <----]


Bagi aku, berisi atau tidak itu bukan persoalan dalam mencipta bahagia dalam rumahtangga asalkan setiap orang menerima seadanya pasangan masing-masing dengan penuh rasa syukur, In Shaa Allah rumahtangga akan rukun damai. Kalau kau kurus, langsing ... muka cun, putih melepak tapi pemalas nak mam***, nak masak tak tahu, basuh baju malas, rumah bersepah ... harap jaga muke ngan badan je memanjang ... suami pun give up! Tapi kalau kau cantik plus rajin melampau ... kira bonuslah tu.

Kalau tak cantik mana pun, tak yahlah risau sangat. Bagi aku bukan semua lelaki memandang fizikal dan luaran. Ada juga saki baki lelaki yang tahu hargai keluhuran dan keikhlasan hati wanita yang sanggup susah payah dalam jalani kehidupan bersama. Kadang lelaki nie, dapat wife punyalah baik ... jaga dia cukup sempurna tapi maybe gemuk sket ajelah, terus nak cari lain. Sekali bila dapat yang lawo ... apa pun tak bleh, tak perfecto cam isteri sebelumnya! Kan dah nyesal tinggalkan isteri yang baik. Aku juga perasan lelaki nie kadang masa dia mude hensem bergaya je sibuk ngayat perempuan lain, tapi bila dia dah tua ... tak larat dah itu ini, dia akan balik kepada isteri yang boleh menjaga dia.  Apsal dia tak patah balik kat binis dia yang lawo tu? Sorry lelaki, aku tulis berdasarkan kenyataan depan mate. 

Berisi atau tak ... hargailah pasangan kita. Kalau dia berusaha menjaga kita dengan baik, sempurna ... kenapa kita tidak menjaga dia dengan baik dan sempurna juga? Ingatlah pasangan yang baik itu adalah anugerah Allah swt yang tidak terhingga nilainye. Sekali kita abai, perginye mungkin tak kembali lagi. Tak ke menyesal nanti.

Eh, fikir sendirilah kan ....



CK : Emo plak ....

Tuesday, November 8, 2011

Bila Boss Kau Dalam Friend List FB! Inilah Bahananya ...

Assalamualaikum ...



Aku buka FB1 aku, biasanya macam-macam posting yang aku buat. Geram. Idea Aku. Apa Yang Aku Buat. Memang berbagai-bagai post. 30 minit entah berapa post yang aku buat, tambah-tambah bila aku kat rumah. FB macam jadi teman bila aku bosan!


Dan satu perkara, dalam FB1 tak semua orang aku add dan tak semua orang aku approve. Ya! aku memang pilih bulu sikit kat FB1. Bersebab. Ramai staff office aku  add aku as friend. Terpaksa aku reject. Ada yang aku approve tapi aku hide wall. Sorry! Tahu kenapa? Sebab kebanyakan adalah amat sibuk untuk ambil tahu kisah peribadi aku. Ada bahan boleh dijaja. Bukan aku buruk sangka, tapi hakikat. 


Semacam ada sesetengah mereka tidak senang dengan kehidupan peribadi aku. Aku adalah jenis manusia yang suka hidup dalam dunia ciptaan sendiri. Bersendirian adalah perkara wajib bagi aku sejak kecil. Aku suka berkawan dengan orang, tapi aku tidak suka ambil tahu kisah peribadi orang yang menjadi kawan aku. Busan! Kawan, kawanlah ... buat apa nak sibuk hal hidup dia.


Dalam friendlist aku, ada boss aku! 


Aku tak add boss aku, tapi dia add aku. Aku berbelah bagi nak approve. Berhari aku biar macam tu sahaja. Aku ambil keputusan untuk approve atas dasar dia boss then aku pernah jadi staff dia. Bila aku approve, aku lupa kadang-kadang aku post macam-macam benda kat wall. Dan hari ini dia tinggalkan mesej kat FB1 aku;




"banyaknye posting ...."




Cheh! malu sioooot ... dahlah semua posting luahan perasaan. Manalah nak letak muka bila tiba-tiba terserempak dengan dia kat mana-mana di office! Memang bahana sungguh!


Terus terfikir nak hide wall, tapi lepas nie pasti dia cakap apa pula. Adoilah .... kantoi beb! Nasib baik tak ada luahan tak puashati pasal office, kalau tak memang kes naya. ha ha ha ha ...


Lepas nie kena hati-hati! Korang pun ....






CK : Ini semua gara-gara sahabat baik aku yang add aku, sah-sah aku banyak post komen kat blog sahabat aku tu. Boss aku jumpa aku kat situ la, tapi masih tak nak mengaku ... hampeh je!

Wednesday, September 14, 2011

Sebab Aku Jarang Online Chat Facebook!

Assalamualaikum ....


Morning pwens! Baca doa sebelum mulakan tugas anda hari ini .... dah tu jom sambung apa isu aku pagi nie ..... pasal Facebook!


Kawan-kawan baik aku memang tahu yang aku ada 2 akaun Facebook. Satu akaun personal dan satu lagi akaun untuk blog. Kedua-dua akaun nie kalau log in amat jarang sangat aku on status online untuk chatting. Selalunya just update status kat wall. Layan komen kawan-kawan realiti and kawan-kawan maya. Taip madah-madah dan luahan perasaan pastu terus abaikan dan layan blog. Memang itu habitat habit aku sejak 3-4 bulan lepas rasanya.


Ada sebab yang buat aku tiba-tiba malas sangat nak online status chat FB tu. Ada satu masa sampai tahap menyampah. Kadang-kadang kita on kan chat sebab nak chat dengan kawan-kawan. Tapi kadang-kadang yang tak kenal pun nak chat juga. Cerita baik-baik oklah. Mahu juga aku layan. Ini cerita dan bersoalan ntah pape. Ish ... busanlah!


Pastu ada juga yang say hi kat chat sebab nak suruh klik page baru. Ntah apa-apa page yang disuruh kliknya. Dan aku juga pernah, asal on je chat kat FB Cik Kamoo pastinya ada yang suruh klik dorang punya link iklan. Eh! apa kes macam nie?? Setiap kali on setiap kali tu lah suruh aku klik iklan dia. Orang yang sama plak tuh. Ish! memang macam tak bestlah macam nie. Kita nak kawan-kawan kat FB nie biarlah jangan sampai orang lain terasa hati dengan kita. Sebaiknyalah! Minta tolong klik sekali dua tu oklah, boleh diterima akal nie. Tapi setiap kali on chat nak suruh klik iklan dia ... "apahal lak nie??!".


Dia tahu pula bila masa aku on chat tu. Asal dah green je ... terus muncul kotak chat minta klik iklan! Haru sungguh. Time tu lah aku mula garu kepala yang tak gatal. Apa kenalah dengan orang camnie???  Nak cepat kaya dengan paksa-paksa orang ke???!!


Disebabkan dah sampai tahap menyampah ... terus aku off kan chat kat FB! Biar padan muka aku ... tak dapatlah nak bertanya khabar dengan kawan-kawan. Sesekali je bila kawan aku suruh on, barulah aku terhegeh-hegeh untuk on! Sorrylah bukan taknak chat, kadang-kadang rimas bila yang nak chat tu mengada-ngada lebih dan asyik-asyik suruh klik link iklan. Menyampah tau!


Korang plaks ... takkan takde cerita membusankan kot pasal chat kat FB nie??? Cer share ngan aku ... he he 


Thanks ya datang sini and thanks for reading tooo...




CK : Mood keje yg datang sedikit demi sedikit