Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

ZIARAH RAYA 2015

Assalamualaikum ...


Stress betul aku dengan line internet dekat rumah nie. Kejap ok. Kejap k.o. Stress mak tau! Saja je nak suruh belek hp yang kecik cenonet. Asal on pc, tenet mesti buat hal. Dah kena jadi pomen seketika. huks! 

Nak cerita apa? Blur sekejap. ekekekeke. Sekarangkan mood beraya, lagi tak habis 30 hari semua orang sibuk bercerita pasal raya, makan .. open house, raya, makan...open house. Itu ajelah topik yg hot seketika ini. Ada lagi hot, tapi semua cerita pasal orang...orang...orang. Tak syok la kan. Baru je #kosongkosong dah nak mengumpat di sudut sana. Takmo-takmo. #kosongkosong terus sampai akhirat tau. Nanti dah takyah nak cari-cari u ntuk salam #kosongkosong lagi dah ;)

Terus kepada cerita raya. Semalam aku pi beraya rumah June. Dia kan bff aku. Tahun lepas tak pergi pun beraya rumah dia, sebab jadual hasben aku full! Jadinya sebelum jadual hasben aku full, baik aku book  terus tarikh kosong dia. Awal-awal lagi dah ajak hasben aku pergi ziarah raya rumah June. Ish, lama giler la tak pergi rumah bff nan satu nie. Dulu, ada juga la pi. Sejak kahwin, rasanya dah tak jejak kot rumah dia. Bukan buang kawan kesayangan nan satu nie, tapi masa tu tengah betulkan diri dengan title isteri orang. So, tak bleh la nak sesuka hati ke sana sini tanpa izin. Mau hijau muka hasben aku kang! Apapun. aku ada juga la berjumpa comolot ngan June kat ofis. Cuma tak selalu sebab June department lain. Panjang plak intro pasal hubungan aku dan June. huuuuu

Kiranya, rumah June adalah rumah pertama ziarah raya aku tahun ini selain daripada saudara mara. Rajin si June semalam masakkan lontong, ayam masak merah, mee goreng, karipap ikan, nasi impit, kuah kacang ... bla bla bla. Semua sedap-sedap tau. Memandangkan lepas puasa ni nafsu makan aku dah umpama nafsu buaya, main pelahap je apa ada depan mata. Balik rumah naik penimbang ... rasa nak tercabut jarum. Cheeeh dah gemuk! June plak siap bekalkan makanan balik lagi. Adeeeeh bff aku ni, saja la nak gebu kan aku. Jadi bonsai aku nanti tau! Hari ni terus aku tak masak sebab dok hadap lontong dengan ayam masak merah si June. Hasben plak takde kat rumah, sebab pergi beraya rumah MB Nismilan. Aku tak ikut, lepak rumah je ngan Iskandar. Last year aku join juga hasben aku pergi beraya rumah MB. Kawan hasben aku 2-3 kerat je yang bawa isteri. Yang lenlain datang bawa diri. Dah tu borak tak ingat kiri kanan. Baik dok rumah layan anak soleh aku tu. Kalau anak soleh tido, aku pun boleh tido sama. Alasan kan! Walhal hari ni langsung tak tido pun. Dok basuh baju ja dengan dok rebus belimbing buluh nak buat sambal hitam.

Sorry la, entry aku sekarang dah kurang gambar. Kadang kalau ada gambar banyak plak. Sejak ada Iskandar, dah tak rajin sangat nak amek gambar. Selalunya hasben la amek. Semalam pi rumah June lupa plak nak snap masakan June yng sedap tu. Kalau tak boleh tayang sini kasi korang menceceh ailio kan....hehehehehe

Esok ingat nak pergi ziarah raya rumah abang aku. Minggu depan nak penuhkan minggu beraya rumah ipar duai. Nasib ibar duai dekat Putrajaya juga. So, bolehlah ziarah raya memalam. Dah ziarah raya nie, mahu makan je. Aku harap nafsu buaya aku ni sekejap je la. Aku belum puasa 6 lagi nie.

Korang dah ziarah raya mana dah??
#kosongkosong tau!!

Thursday, July 23, 2015

CERITA DI HARI RAYA



Assalamualaikum ....
 
 
Hye, Selamat hari raya ... maaf zahir batin. Semua orang sibuk update pasal raya. So, aku pun nak update juga la. Tapi jangan harap la blog aku ada gambar ketupat lemang bagai ye. Masa raya aritu aku lebih sibukkan Iskandar. Dukung dia sana sini. Walaupun Iskandar behave sangat, tapi tak gamak aku nak letak Iskandar tergolek depan tv. Anak cucu rumah omak mertua aku ramai, yang kecik-kecik pun ramai, so aku menrisau la kot ada yang berlari sana sini tak nampak Iskandar tengah tergolek baring. Untuk keselamatan, aku dan hasben bergilir-gilir dukung. Kalau ada kerja nak buat, baru bagi anak buah yang dah besar sikit pegangkan. Pestime beraya rumah mertua, aku tak tahu nak buat apa. Sebab ramai sangat ... dah buntu nak tolong yg mana satu. Time hari raya paling kuat aku basuh cawan je. Rasa kekok la pulak, sebab kalau beraya di Kedah, aku akan jadi tukang masak. Semua benda aku tolong. Tapi bila dok rumah mertua, terus tak reti nak buat apa. Bukan malas tau ... tapi kekok. Mungkin baru pastime raya sini. Lama-lama esok harap aku boleh la membiasakan diri.
 
Meriah juga la beraya kat rumah mertua aku. Sanak saudara dorang ramai sangat. Sehari sebelum raya, hasben aku sibuk bakar lemang. 25 batang juga la buat lemang tahun ni, tapi secubit pun aku tak rasa sebab takda keinginan dan penat pun ada juga. Aku plak sehari sebelum raya, tolong basuh ayam untuk buat rendang dan kari ayam. 10 ekor tau ayam. Memang macam nak kenduri dah. Memasing ada part memasing buat kerja. Ada yang masukkan beras pulut dalam buluh, basuh ayam, rebus ketupat nasi, cuci tingkap...mop lantai. Yang melepak saja pun ada, macam tak ada apa yang akan berlaku esok. So, mari kita buat tak tahu ...heeeeee! Yang ada anak kecik macam aku, kebanyakan masa bila Iskandar bangun, memang layan dia ajelah. Lumrah la tu. Dulu turn orang lain, sekarang turn aku plak belek anak ... tapi mana yang boleh tolong tu, aku tolong la ... termasuk tolong makan. ha ha ha ha. Takdelah nak kelek anak je manjang khaaaan.
 
Hari raya kedua, hasben aku masak soto. Terbaik. Biras plak buat nasi minyak. Terbaik juga! Aku kalau time raya tak makan sangat soto bagai ni. Perut aku mesti nak cari nasi je. Ntah kenapa ntah. Kalau dok rumah mak sendiri, petang raya je aku dah masak nasi. Goreng ikan bilis then letak kicap. Perghhhh sedap baqq hang!! Memandangkan dok rumah mertua kan, pls behave la kan. Jangan nak pelahap sangat. Walaupun perut aku minta nasi sampai kejung rasanya. Nasi baik ada ketupat nasi tu, so melantak-lantak la dengan rendang ayam. Sebut bab rendang ayam, mertua aku buat rendang memang meletops. Pedas kot! Dah nama kahwin orang nismilan, terpaksa melantak pedas-pedas pagi raya. Sudahnya raya kedua, akulah penghuni tetap mr. jam***! Seksa asyik berak-berak tau. Rendang cili api punya pasal. Siap aku cakap ngan hasben tak pernah aku sakit perut ketika beraya. Ini rasa macam nak pakai diapers dah! Makan sedap, bahana dia pun sedap juga! Sampai kan tengah menaip ni teringat-ingat rendang ayam mertua aku tu. Sedap. Pedas berapi.
 
Raya ketiga, hasben aku  masak mee kari. Aku? Aku cuma tolong yang ringan-ringan je. huuuuuu. Celur mee, celur sawi, potong itu...potong ini. Tu je aku buat. Pengakuan jujur. Aku bila dah ramai-ramai, kekok dekat dapur. Nak-nak bukan dapur sendiri lagi la kekok. Maka, aku serahkan je pada yg pakar. Tolong pun mana yang mampu je. Time-time beraya camni, walaupun orang lain suka suki ... hati aku teringat dekat kampong sendiri. Selalunya aku lah yang sibuk. Teringat mak ayah. Teringat abang adik segala. Tapi takpe, dapat juga beraya. Lagipun seminggu sebelum raya, aku dah balik jumpa mak ayah dan adik aku. Buat penawar rindu. Siap pergi berbuka puasa dekat rumah dia lagi.
 
 
Inilah menu berbuka puasa kat rumah adik aku di Kedah. Masak simple-simple je, tapi bila makan beramai ... sedap sangat. Berselera je. Nak-nak makan menu kampung. Sedap tak terkira. Teringat-teringat kari ikan kembung rempah basah tu. Sedap sangat. Takpelah raya haji nanti turn dekat Kedah plak. Beraya la puas-puas. Makan ketupat palas sampai lebam. 
 
Raya keempat, aku dan hasben beraya ke rumah sedara mara sebelah hasben. Raya sampai lebam jugalah. Tengah malam baru balik. Ingat keesokkan harinya nak beraya lagi, tapi memasing dah letih. Akhirnya melepak kat rumah je. Yang rajin tu, tolonglah kemas rumah.
 
Raya keenam dah start kerja. Pengasuh Iskandar plak masih cuti. Jadinya, semalam Iskandar lepak kat ofis hasben. Tengahari aku pi lepak plak kat ofis hasben sampai petang. Rindu anak dengan bapak sekali. ha ha ha. Kat ofis aku takde orang sangat. Dah la sejuk gedi. So amek kesempatan la meninggalkan ofis sendiri. Main-main dengan Iskandar. Tidurkan dia. Kul 3 petang hasben ajak pi cari makan. Lapar. Dekat Putrajaya kedai makan melayu memasing masih beraya. Suka tak suka aku ajak hasben pi makan dekat Rasa Alamanda. Punyalah banyak menu, hasben ajak pi makan nasi mamak. 
 

 
Ni la nasi mamak dekat Rasa Alamanda yang mahai aku rasa. RM23.00 kot!! Kalau pi makan dekat Restoran Darussalam Presint 16 ke Presint 9 ke, mesti baru belas-belas je rege. Sentap betul dengan rege dia. Tapi dah amek, bayar ... makan ajelah. Jangan banyak songeh.
 
Hari ni plak aku bawa Iskandar ke ofis aku. Ofis aku pun sejuk sangat. Nasib baik Iskandar behave sangat. Sedap dia tido dalam econ. Lena je. Takde merengek takde apa. Aku plak yang jeles, rasa nak join je 2 kaki. Sejuk-sejuk econ ni tido sedap. Tapi tak bagus sangat orang kata. Aku plak bukan jenis tahan sejuk sangat. Hasben aku sorang je layan sejuk econ ni, aku rasa Iskandar pun ikut perangai dia. Nasib baik kat rumah takde nak pasang econ, kalau tak mommy memang dah lama  tidor luar. Nanges la.
 

Sekian, cerita hari raya aku yang campur aduk bagai. Tak tahu nak cerita apa lagi dah. Hati tak sabar nak balik keje ni. Boring melampau dok ofis. Mood raya je lebey!



p/s : 1st day masuk raya terdengar umpatan, haish...apa la, baru je 1 Syawal orang bermaafan. Tapi dia tu bantai mengumpat sesedap rasa.

Monday, August 12, 2013

RAYA DULU, RAYA SEKARANG

Assalamualaikum ...



Apalah malas bebenor aku nak hapdet entry skang nie ... sengaja buat halangan dalam diri. Walhal kadang idea dan cerita melambak aje ada. Penyakit M besar kalau dah datang adakalanya susah nak dileburkan!

Okeylah, memandangkan skang masih mood raya, aku nak story pasal raya ajelah .... eh, aku nie raya ke sebenarnya? Raya yang sepatutnya jadi seminggu, cuma 4 hari je untuk aku. Selebihnya balik rumah sendiri dan lawat adik aku kat spital. Sambut ahli keluarga baru. Syioooknye ada baby comel hidung mancung mata bulat dan hitam. Rasa nak geget je! hah ....

Aku nak share sketlah pendapat aku soal raya dulu dan raya sekarang. Ini berdasarkan apa yang aku pandang. So, takde kena mengena ngan korang. Kalau terkena pun mungkin kebetulan ajelah kot ... yelah dah sama-sama dok kat Malaysiakan, cerita dan pengalaman maybe lebih kuranglah. Lain la aku nie sambut raya kat UK (ulu kelang ke ...ngeh ngeh). 

Dulu aku kecik-kecik tak suka sangat beraya dari rumah ke rumah semata-mata nak kaut duit raya. Sebabnya aku masa kecik spesis pemalu, kedua bila ko dah jalan jauh-jauh (maklumlah kampung, kalau rumah flat naik turun tangga ajelah) nak patah balik ke rumah sendiri dah penat. Panas pulak tuh! Habis cair make up ai kang. Melecetlah kaki sebab pakai kasut raya baru. So, aku akan beraya 3-4 buah rumah sebelah kiri ... 3-4 buah rumah sebelah kanan ... pastu 1-2 buah rumah depan rumah aku. Pastu aku balik rumah tolong mak aku hidang kuih kat tetamu. Eh, baikkan aku nie ... sebab tu lah sampai ke tua keje aku bancuh air, potong ketupat dan hidang kuih muih setiap kali hari raya. Sudah tu, basuh gelas bagai. Tension mak! Apapun jua keadaan .... walaupun aku pernah nangis sebab tak larat nak basuh gelas sampai merajuk sbb adik aku tak nak tolong, bagi aku raya dulu tetap meriah! 

Dulu, budak-budak kalau beraya reti hormat orang tua. Datang bagi salam. Duduk ... makan minum pastu siap salam bila nak balik. Bila bagi duit raya ... Terima kasih makcik! Uihs ... bagus budak-budak dulu ;p Tu yang aku suka sangat. Budak-budak datang je, aku dok sebelah mak ... aku lah tukang bagi duit raya kat dorang walaupun dorang sebaya sesaiz aku je pun. Part nie rasa bangga la dorang kena salam aku untuk amek duit. he he he

Itu cerita dulu. Cerita sket sudahlah ....

Itu dulu. Sekarang ni, aku tengok anak-anak buah aku ... spesis sama gak dengan aku. Malas nak beraya. Leka nak dok rumah. Daripada 7 orang anak buah aku yang balik kampung untuk beraya ... cuma 2 orang je rela pergi jalan kaki untuk beraya dari rumah ke rumah kutip duit raya. Itupun yang sorang tu balik awal, dan yang sorang lagi sambung beraya sampai penat .... then abang aku la pi jemput anak dia balik. Takut sesat ... dah la tak biasa ngan kampung. Cuma bezanya dorang nie .. dok rumah leka main smartphone pastu layan tv! Hoooih .... makcik juga basuh gelas pinggan bagai. Makcik juga potong ketupat. Sabar ajelah ... makcik nie urut dada ajela. Bila malam aku pun geng ngan anak buah aku layan candy crush! Siap anak buah aku ajaq camne nak kasi menang ... ho ho ho ... dasar mak sedara tak mereti main games. Budus sket bab games nie. Asyik failed je kalau main!

Sekarang nie, budak-budak jenis beraya depan pintu. Tak reti nak masuk rumah walaupun diajak. kadang masih atas basikal .. hulur tangan minta duit raya. Kuang ajaq weh. Aku pandang rasa nak lem*** pun ada. Tapi disebabkan raya, terus aku jadi pemaaf ... ekekkeke. Yang tak boleh blah tahun nie pasai budak-budak yang beraya nie, masa ayah aku dok hulur duit sorang sengget .... ada sorang budak nie siap minta duit lebih kat ayah aku, budak ni siap cakap, "bagilah dua ringgit ...!". Ewah .. ko demand plak berapa banyak duit raya ko nak. Ayah aku cakaplah, kalau nak dua ringgit datang beraya tahun depan. Sebabnya ayah aku nie jenis up duit raya setiap tahun. Maybe sebab tu kot rezeki ayah dan mak aku sentiasa murah. Walaupun ayah mak aku bukan orang kaya pun ... tapi dorang nampak senang dan selesa. Rezeki sentiasa ada. Mak aku kata sedekah adalah salah satu punca murah rezeki. Ok mak ... pasni nak sedekah dengan banyak. Mak aku plak sambung, pastikan ikhlas!! Gulp ...

Raya skang nie aku tak rasa macam raya pun. Mana taknye ... memasing sibuk dengan gadjet! Bila nak menziarah nie weh .... raya nie patut ziarah sedara mara, bukan ziarah gadjet!


Kemeriahan raya dah suram bagi aku. Tahun depan minta-minta tak suram lagi ... he he he ;p


Okeh dah ... citer raya sket je. Merapu ke lain je lebih aku nie. Nanti sambung lainlah ... aku nak balik keje dah. Bapak bosan keje time orang syiok beraya .....





CK : Lapar ketupat palas la plak.