Showing posts with label Suami Bantu Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Bantu Isteri. Show all posts

Friday, July 4, 2014

RAJINNYE SUAMI SAYA

Assalamualaikum ...


Tajuk entry tak boleh blah. Tak yah la nak muntah sangat dengan tajuk aku tuh. Jujur pujian isteri buat sang suami. Suami aku pun tahu, kalau aku nak puji dia ... aku akan puji! Dan kalau rasa takde benda nak puji, senyum lebih baik supaya tiada hati yang terluka. Selalunye aku dengar ceramah agama bab rumahtangga, ustaz/ustazah selalu pesan ... "puji isteri selalu, sebab isteri ni bla bla bla bla ...". Aku sokong apa jua kata baik dari penceramah. Apa sahaja yang baik aku cuba untuk praktikkan.

Hari ni sekali sekala, apa salahnye memuji sang suami. Dia pun ada perasaan ... ada kelebihan dan kebaikan yang perlu sang isteri puji. Sepanjang aku kenal suami aku hampir 10 tahun dan baru 8 bulan dia menjadi suami buat diri aku, aku rasa dia jauh berbeza ... dulu kawan, sahabat dan kekasih. Sekarang ini, kawan, sahabat, kekasih, suami dan kadang-kadang musuh dalam selimut ... >p<

Suami aku ni rajin membantu aku menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang tak suruh pun dia buat. Bila tengok isteri tu macam malas-malas je kan. So, dia buatlah. Sejak dua menjak aku tak berapa sihat nie, rajin dia tolong aku sidai baju, vacum rumah dan kemas apa yang patut. Terima kasih sangat sayang! Isteri mana yang tak suka kalau suami tolong, of course la sangat suka. Nak-nak rumahtangga nie tak boleh nak handle sensorang ... kena berdua. Kena ada persefahaman. Bulan pertama kahwin, aku rasa agak penat jugalah ... dulu, nak masak tak masak ... tak kisah sangat sebab sorang. Kini tidak lagi, masak wajib sebab suami nak makan. Dulu, ion baju untuk sorang, sekarang untuk berdua .... buat itu buat ini. Mula tu aku stress jugalah, bab lama-lama aku cuba menerima keadaan ... inilah namanya rumahtangga. Ada bezanya bujang dan jadi isteri orang!

Sampai suami aku pernah tanya, "apa perasaan jadi isteri??". Aku pernah jawab kat dia, "seronok ... tapi penat!". Jawapan jujur, hidup aku takdelah nak selindung. Suami aku senyum je jawapan macam tu. Lepas tu dia explainlah itu ini supaya aku faham. Sekarang, penat tu dah macam biasa. Lama-lama kita akan lali. Sebab itulah aku bersyukur sangat, suami aku rajin membantu ... orang kata masa bercinta lain dan masa dah kahwin lain. Cuma aku merasa sekarang, kahwin itu lebih rasa tenang. Dan suami aku lebih baik dari masa berkawan-kawan dulu. Tempoh 8 bulan menjadi suami isteri ... masih lagi banyak perkara yang perlu difahami antara satu sama lain. Ada juga sikap pelik aku yang suami baru kenal dan begitu juga yang baru kenal beberapa sikap suami yang sebelum ini tak pernah pun aku terbayang!

Mungkin juga dengan baca entry ini, akan ada yang berkata ... alah, baru 8 bulan kahwin, bukannye 8 tahun atau 18 tahun kahwin. Masih bau bunga. Harum semerbak. Tunggulah lama lagi. Eh, mak ayah aku dah menjadi suami isteri selama 39 tahun, dan mereka masih bau harum semerbak sebagai suami isteri. Jadi aku mendoakan kebahagian rumahtangga aku jua begitu. Till jannah! Tak kisah apa la orang nak cakap, buruk baik pasangan ni hanya diri kita sahaja yang tahu. Bagi aku, saban hari aku mendoakan agak harum semerbak ini sampai ke syurga Allah. Aku doa, aku minta ... aku sentiasa berharap segala ketenangan, kebahagian, kemurahan rezeki menyebelahi kami suami isteri dan keluarga.

Siang tadi, suami aku tolong kopek ikan bilis. Hari ni dia buka puasa sorang-sorang kat rumah. Sedih hati aku. Minggu ni cuma 2 kali dapat buka puasa sama kat rumah. Rasanya Ramadan kali ni cukup bermakna, ada teman makan kat rumah. Suami tolong sama-sama kat dapur siapkan juadah. Ya-Allah rasa macam syurga!! Tak pernah aku ada perasaan sehappy sekarang ini. *rasa nak nangis*.

Tolong masak. Buka puasa sesama. Sahur pun suami kadang bangun tolong basuh pinggan. Masak. Pastu sahur sesama. Nikmat Allah yang mana satu aku nak dustakan lagi.

Kadang aku terfikir, mungkin ada sebab Allah beri aku masa yang panjang sebelum aku lalui kehidupan sebegini. Semuanya ada hikmah. Tapi kerajinan suami, bukan alasan untuk isteri menjadi manusia yang bermalasan sentiasa. Suami cuma membantu seadanya.



#terima kasih Ya-Allah ....

Friday, May 16, 2014

SUAMI DAN KERAJINANNYA

Assalamualaikum ....


Hari ini aku lambat masuk office. Buat macam office mak ayah sendiri yek. hu hu hu. Malam tadi tido lewat, plan nak bangun 4.30 pagi untuk masak dan sahur. Tapi hanyut entah kemana. Minggu ni kan minggu puasa aku. Oh, belum cerita lagi la bab puasa dekat korang. Aku dah dapat 3 hari puasa minggu ni. Alhamdulillah. Target nak direct je untuk 5 hari dan Sabtu Ahad tak perlu puasa. Biasalah bila percubaan puasa ini, adalah syaitan yang datang menggoda. Goda bab makanlah. Orang ajak pi bersukanlah. Nak belanja makanlah. Semua ada. Betullah ustaz ustazah cakap, kalau kita nak sesuatu ke arah kebaikan, godaan akan datang dari setiap sudut. Atas, bawah, tepi, kiri kanan ... belakang, semua ada dugaan. Jadi, perlulah bertabah sentiasa dan bersabar. Kuat semangat! Lagipun aku memang dah niat nak puasa sunat untuk bulan Rejab dan Syaaban ni. Sebelum ketibaan Ramadan, baik aku bersedia dulu. Dan ini pulak adalah tahun pertama berpuasa sebagai isteri. Practice make prefect! muahahahahaha. Alhamdulillah, minggu ni aku dapat 3 hari puasa sunat. Boss aku dah pesan, isteri kalau nak puasa sunat kena minta izin suami. Boss aku ni memang lawak, sejak aku kahwin memacam dia nasihat. Kadang merepek je lebih!

Okey dah bab puasa. Intro je tu. Sebenarnya nak cerita bab lain tapi still ada kaitan dengan puasalah. Minggu ni adalah minggu sibuk aku. Stress achik tau! Nak kata minggu ni pun tak juga, sejak 2-3 bulan ni aku memang busy. Nak rehat kadang tak sempat. Dan sejak kahwin aku dah jarang balik keje jam 8 atau 9 malam. Selalunya before 7pm tu aku dah cabut balik dah. Sabtu Ahad pun aku dah jarang OT sangat. Baik dok rumah. Bermanjaan lagi best. ooopsssss. Cumanya bila masuk Mei, aku dah kelam kabut sebab beban keje tetiba jadi luar biasa. Dan Rabu baru ni aku balik keje 8.15 malam. 8.30 malam baru sampai rumah. Kesian hasben dekat rumah sensorang. Sambil buat keje sambil fikir, apalah hasben makan. Mesti dia dah lapar. Tetibanye aku dekat pintu grill rumah, nampak macam kelibat orang dekat dapur. Eh, hasben masak ke? Well, hasben aiollss memang pandai masak, cuma bila dah kahwin nie tugas masak memasak, basuh baju semua aku ambil alih. Hasben aiolls dok depan tv ajelah sambil goyang kaki. But ... but ... tak bermakna dia tak membantu aku. Hasben banyak tolong kemas rumah dengan lipat kain. Kadang dia bebel juga, eh macam dah satu tanggungjawab plak. Isteri plak dok jual ayat, "perkahwinankan satu perkongsian ... kenalah kita sesama berkongsi buat keje rumah!". Hangeeeen je hasben. he he he

Walaupun macam tu, hasben aku ada masa dia memang sangat memahami. Macam aku dah balik keje lambat baru nie, sampai rumah dia dah masak. Siap masak nasi, kemudian buat nasi goreng. Nasi goreng gorjes air tangan si suami! Bila orang lain yang masak, sesekali selera berubah ... terus rasa sedap. Yes, diakui hasben aku memang pandai masak cuma dia dah tak rajin masuk dapur T_T. Dari aku yang diet nasi ni, seminggu sekali je makan nasi itupun kalau balik rumah mertua, kalau tak balik ... memang aku tak akan makan nasi. Aku makan siap bertambah kot. Sedap. Hasben aku kalau dia tengok aku punya nafsu makan semacam, jadi apa jua keadaan dia akan offer aku untuk habiskan. Macam tau tau je. Dia akan makan cukup-cukup kenyang je. Takde terlajak kenyang. Aku plak dah orang lain yang masak kan, gelojoh lah sikit. Macam bertahun tak jumpa makan ... he he he 


Inilah rupa nasi gorengnye. Ada daging. Ada fishcake. Style hasben masak pun tak sama macam aku. Malam tadi rasa macam nak request je nasi goreng camnie. Tapi susah la nak dapat ... tunggu balik keje lambatlah pulak baru dapat nasi goreng sesedap camni. Lelaki sekali tunjuk power masak, terbalik segala perempuan. he he he.

Dan pagi ini, bangun lambat ... hasben juga yang ionkan baju keje aku. Alhamdulillah. Terima kasih yayang. Lebiu sangat! Hasben aku ni rajin bila saat mendesak. Itu yang kadang sukar nak jangka dia nak buat sesuatu atau pun tak kan. Walaupun tak selalu hasben tolong, tapi aku rasa sangat bersyukur. Yelah, aku keje ... dia pun keje. So, bila balik keje sesama penat. Jadi adalah lebih baik sesama bantu membantu untuk meringakan beban keje di rumah. Kadang aku penat sangat, aku tidur je. Dah tak terdaya ... nak buat macam mana. Paksa buat keje kang, pengsan plak. Hospitallah jawabnye! Oleh itu, marilah kita saling bantu sesama suami isteri supaya kita sentiasa sihat dan rasa tenang serta menambah kenikmatan kehidupan rumahtangga. Ewaaaah ... nasihat dari orang yang tak sampai setahun jagung kahwin. Bapakkk poyos!!

Sebulan sekali hasben aku tolong buat kerja rumah, boleh buat aku senyum seminggu. he he he. Isteri biasanya rasa seronok dan bangga bila hasben tolong dia. Tak banyak, sikit pun jadilah! Nak-nak zaman sekarang isteri semuanya bekerjaya, so ... suami amat diperlukan untuk membantu keje-keje di rumah. Alah, tolong lipat kain je. Tolong mop lantai ... yang tak perlu buat selalu tu. Okehlah kan ... kan ... kan ... itu tak bermakna isteri adalah queen control ye. Kang marah plak suami-suami kat luar sana dengan aku. Ampun yek! Aku cuma cerita realiti kehendak hati seorang isteri. Tu je .... jangan marah ok. Not gooooood!

Apapun, saya sayang suami saya. Eh ...!



p/s : Kadang tu ada gak selisih faham pasal keje rumah. Muahahahah gaduh-gaduh sayang.

Thursday, May 8, 2014

JANGAN SALAHKAN AKU SUAMI, BILA TIDUR BERDENGKUR

Assalamualaikum ...


Lately aku penat sangat. Penat travel (tapi best). Penat kerja. Penat buat kerja rumah. Semua penatlah. Kadang dalam penat pun aku pulun juga buat kerja mana yang patut bagi habis. Nak-nak bab kerja ofis dan masak untuk suami. Dua benda nie aku tak bolehlah nak kata penat sangat. Sebab memang tanggungjawab.  penat ke tak penat ke, aku cuba baut sehabis baik. Amanah. Yang lenlain tu boleh tolak tepi sat.

Actually aku baru je balik travel. Belum habis lagi penat travel, boss dah bagi kerja bertingkek-tingkek. Penat bertambah. Tengok rumah pula tak berkemas lagi. Hasil pindah barang rumah tak siap sepenuhnya. Macam mana nak siap, kalau setiap weekend asyik tiada kat rumah, dok berdempek rumah mertua. Sah-sah la kotak-kotak tu tersimpan tepi dinding tanpa usik.

Bila dah penat ni, mulalah  datang dua penyakit aku .... tidur tanpa sedar dan berdengkur tanpa rela! kikikiki. Boleh kadang dok syok borak, hasben aku kata ... aku tidur tanpa sebarang kata. Tengok-tengok dah hanyut. Pastu siap dengkur lagi. ha ha ha ha. Nasiblah ye hasben. Hasben cakap sejak akhir-akhir ni memang aku tidur dengkur, katanya maybe aku penat. Biasanya kalau aku dah berdengkur, dia tak akan kacau aku tidur. Dia dah tahu, aku akan bangun awal ... pukul 5am aku dah bangun untuk masak. Malam kadang penat sangat, lepas masak dan makan aku terus tidur. Ion baju kerja semua pagi-pagi je. Maafkan aku suami. Jangan salahkan aku bila tidur berdengkur. 

Biasanya aku masuk tidur dalam pukul 10 atau 11 malam. Bergantung kepada keadaan dan cuaca. wwooowowowowow. Kalau aku makan malam, lagi cepat aku waktu mengantuk aku datang. Kesian suami sorang-sorang layan tv. Kadang aku paksa dia tidur awal. Alasan takde sape nak tepuk belakang aku, jadi susah nak tidur. Baik punye alasan. muahahahahhaha.

Baru aku tahu, hakikatnya jadi seorang isteri bekerjaya adalah penat. Ermmmm. Sampai terkadang aku fikir nak jadi surirumah sahaja. Supaya rumah aku kemas berkilat dan berseri-seri. Supaya aku boleh masak sedap-sedap dekat suami aku. Ini bukan cakap kosong, ini memang impian aku. Suatu masa, biarlah aku stay at home jadi surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan online ... boleh jaga anak, masak sedap-sedap, belajar jahit baju, tanam pokok sayur belakang rumah dan tunggu hasben balik keje dengan girang. Memang ini salah satu impian hidup aku sebenarnya. Jujur! Aku tak tahu bila ia akan jadi kenyataan, tapi aku letakkan ia sebagai impian yang aku ingin dan hendak capai sepenuhnya.

Kalau suami aku baca entry ini, janganlah salahkan aku bila aku tertidur dengan tak sengaja dan berdengkur tanpa rela. Isteri terkadang penat. Berfikir banyak di office. Tapi isteri sentiasa mendoakan agar diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus melayani kerja-kerja di rumah dan pastikan diri kamu tidak terabai. Ayat baikkan? ekekekekek.

Sekarang ini, jadual kehidupan aku bergantung kepada suami, kalau dia sibuk ... maka aku pun akan sibuk membontot dia. Balik kampung, program kemasyarakatan, kenduri kendara .... mesyuarat, bila dia sibuk aku pun turut sibuk jugak!

Aku bukan mengeluh dengan kepenatan. Tapi just nak share pengalaman jadi isteri beberapa bulan ini. Bagi yang dah lama menjadi isteri dan ibu mungkin dah biasa. Cuma aku masih dalam proses menyesuaikan diri lagi ;). Setiap perjalanan kehidupan ada cabarannya yang tersendiri.

Baru aku tahu, bukan senang nak jadi isteri ... dan juga ibu! Suami kerja di tempat kerja sahaja, tapi isteri, kerja di tempat kerja dan balik rumah ada lagi kerja-kerja rumah kena settle. Selagi mata belum lelap, pastinya isteri/ibu belum boleh rehat. Baru aku tahu kenapa mak aku dulu tidur pun sekejap sekejap sahaja. Para suami kenalah rajin membantu isteri di rumah untuk meringankan beban isteri ... bagi aku kalau isteri boleh membantu suami dari segi sumber kewangan apa salahnya kalau suami juga meringankan tangan membantu isteri di rumah ... sidai baju ke, cuci tandas ke ... lipat baju ke ... sekurang-kurangnya, isteri dapat juga duduk berehat selain tidur sebagai rehat. Barulah terasa makin indah dan bermaknanya perkahwinan itu. Barulah bahagia makin tertambah-tambah. Cinta makin meluap-luap.

Perkahwinan juga perlu wujud kerjasama, maka marilah kita berkerjasama dalam apa jua bagi memastikan keindahan perkahwinan berkenaan. Ye tak? Ini pendapat orang yang tak sampai setahun putik jagung kahwin, tuh yang gabra dan poyo semacam .... kehkehkehkeh!



p/s : apapun, saya sayang suami saya. eh .....