Apa habaq korang? Lama sungguh aku menyepi plus menghilang sekali. Sebelum tu, memandangkan masih Syawalkan ... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! Lambat bebenor nak wish selamat hari raya pooong. Sekarang nie, aku tak bermood sikit nak update blog ... apatah lagi nak blogwalking. Hoih, sekian lama la blog nie terdampar sepi. Nak update apa pun buat aku garu kepala berkali-kali! Sedihkan?
Walaupun aku 'abaikan' blog nie buat seketika, kasi dia rempit sendirian ... tapi bila aku check akaun nuff, traffic blog bagus dan boleh tahan juga! Ada juga yang sudi terjah, dah keywords selepas raya nie kemain yek koang sibuk google pasal diet atkins. Tak sabar nak kuruslah tu. Masa puasa berat dah turun berkilo-kilo, time raya dan sepanjang syawal naik double2 kilo kan? Syawal neh banyak open house ... makan tu hati-hati jangan main melantak je macam tak cukup makan. Makan takat padan sudahlah. Bak orang tua2 cakap, "makan macam merasa ... berhenti sebelum kenyang!". Ini tak, makan lemang sampai sebatang, ketupat 3-4 ketul, rendang ayam setengah ekor ... belum campur soto, satey, nasi tomato ... nasi arab ... bla bla lagi. Punggah la badan, habis berlemaklah badan tu.
Macam aku takpe, aku dah stop diet atas sebab-sebab kesihatan. Boleh makan apa yang aku nak ... tapi belum boleh makan sesuka hati la. Aku pun cam korang juga, even dah stop atkins untuk tempoh tertentu ... tapi aku tetap kurangman makanan manis, berlemak dan berminyak dalam menu aku. Makan pun ikut time ye bukannye semborono okeh! Lagi pun kantung perut aku tak besar mana, makan lebihkan buat termuntah je. Rugi. Kang penat plak muntah.
So, untuk korang-korang yang ahkak sayangi neh ... nak pi open house tu, janganlah penuhkan perut dengan semua makanan yang dihidangkan ye. Ala kadar sudah. Bersederhanakan lagi baik. Syawal nie walaupun banyak jemputan untuk makan preeeeee bukan beerti korang boleh melantak bagai ular sawa kenyang atau badak berendam ye. Kang kalau dah gemuk, airmata ngalir pun korang tak sedar. Sedar2 baju dah tak muat. Kancing dah tercabut. Seluar dah tak boleh zip! Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan tekak sendiri. Tapi, kalau korang makan dengan banyak nye ... dan rajin bersenam dan bersukan, ahkak tak kisah. Melantaklah selagi boleh! Asalkan badan leh slim n fit ye!
Pesan ahkak untuk korang walaupun sekian lama menghilang! Syawal bukan bulan gemukkan badan yek adik-adik ahkak sayang oi! .... Kalau ada jemputan open house kan ... bila nak jamah suapan pertama tu, ingatlah entry akak yek. Love korang!!!
#tahun ni sebiji ketupat palas pun aku tak buat, semua mak buat. maafkan anak dara perempuan mak neh.
#apapun ketupat palas mak tetap terbaik
#mak pun tanya, "bila nak belajar buat ketupat palas lagi?"
#sambil garu kepala pandang hasben. senyum.
p/s : pestime raya dengan hasben. rasa gorjes sangat. rasa Alhamdulillah. nantilah story pasal raya yek!