Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

PERSIAPAN RAYA

Assalamualaikum ....


Mood raya dah datang. Tapi tak beriya sangatlah. Sebab nak hadapi beraya jauh ngan mak ayah dan ia merupakan pengalaman pertama. Seronok ada. Sedih pun ada. Seronok sebab tahun ni beraya bertiga. Tahun lepas beraya berdua dengan hasben, dan masa tu Iskandar baru 2 bulan dalam tummy. Tahun nie, beraya dengan Iskandar ... dan usia Iskandar pun dah 5 bulan.
 
Persiapan raya? Tak semeriah mana. Tahun ini aku dan hasben banyak juga berjimat berbanding tahun lepas. Persiapan raya lebih tertumpu pada Iskandar. Memang excited juga shopping baju raya Iskandar. Anak lelaki soleh, takdelah nak fashion2 sangat. Setakat seluar dengan baju je. Kalau rezeki dapat anak dara solehah, of course rambang mata ... semuanya nak beli, dari skirt, baju kembang, baju kurung ... headband ... segala mak nenek perhiasan nak hadap kat anak tu. Harap next dapat anak dara lah pula. Ahaks! Doa bulan Ramadan yg mulia. Mana tau rezeki lagi kan.
 
Kuih raya tahun ni satu hapa pun tak buat. Asyik keje balik lambat je. Sampai rumah dah letih. Nasib baik hasben banyak cover jaga Iskandar. Thanks ye hubby! So, aku beli je kuih 2 jenis kat kawan then beli kerepek. Cukuplah tu. Hari tu dah balik Kedah, bawa balik kuih dan kerepek kat mak ayah. Selalunya aku buat je kuih, paling koman pun cornflakes madu kesukaan aku dan kanak-kanak. Cornflakes madu aku tu agak laris di pasaran, memang kesukaan bebudak je. Raya pertama je dah habis. Popia nestum gorjes pun aku tak buat, apatah lagi nak jual. Memang takdelah.
 
Tinggal 2 hari lagi nak raya, datang office pun buat syarat tunjuk muke je. Orang lain semua dah dalam perjalanan ke kampong. Memandangkan tahun ni balik kampong dokek ... so, petang karang lepas kerja baru gerak. Tengahari kejap lagi nak balik rumah kejap, nak ion baju raya. Dah sampai rumah omak mertua aku, ramai-ramai ipar duai kang berebut ion plak kan. Baik aku ion siap-siap. Nanti boleh relaks sikit. ha ha ha. Tahun ni bajet takde keje banyak sangat. Maklumlah sejak ada Iskandar, aktiviti dapur di rumah mertua agak kurang. Melainkan ada anak-anak buah tolong tengokkan Iskandar, aku masuklah dapur tolong omak mertua potong and basuh sayur. Masak? Omak mertua den yooo yang masak. Den tahu makan yooo! Bukan taknak masak, aku takut selera masak aku tu tak kena dengan tekak dorang. Cukuplah hasben aku je puji-pujian dan keji-kejian masakan aku tuh. ha ha ha ha. Setakat dok rumah omak mertua goreng ikan dengan ayam bolehlah. Janji ringan tangan menolong dan ringan mulut bertanya itu ini. Jangan ringan mulut nak makan je .... kena hamun plak kang. wakakawaka .....
 
Tahun nie pestime buat lemang bagi aku. Ini yang buat aku tak sabar sikit dan nak merasai kemeriahan bakar lemang. Tengoklah, lemang hangus ke  atau aku yang hangus dek api nanti. Kalau kat kampong aku, mak buat ketupat palas je. Mak ayah tak reti buat lomang bagai. Ketupat palas kat rumah mertua pasti ada tahun ni walaupun bukan raya kat Kedah. Mak aku dah frozen siap-siap ketupat palas yang dia buat tu. Gigih hangkut ketupat palas naik flight. Siap dengan serunding ikan kegemaran lagi. Balik Kedah baru ni, ikan kembung segar baru 3 hengget sekilo. Borong 4 kilo dapat 10 hengget je. Terus request kat mak nak serunding ikan. Pulunlah mak aku buat untuk anak kemanjaannya ini ;). Tu pun gigih hangkut naik flight, sampai sakit2lah pinggang aku nie. Nasib baik hasben yang dukung Iskandar. Lega sket tangan mommy! hohoho.
 
 
Nak cerita apa lagi yek? Macam dah takde idea plak. Sambung nanti lah ....

Friday, August 15, 2014

SYAWAL BUKAN BULAN GEMUKKAN BADAN YE

Assalamualaikum ...


Apa habaq korang? Lama sungguh aku menyepi plus menghilang sekali. Sebelum tu, memandangkan masih Syawalkan ... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! Lambat bebenor nak wish selamat hari raya pooong. Sekarang nie, aku tak bermood sikit nak update blog ... apatah lagi nak blogwalking. Hoih, sekian lama la blog nie terdampar sepi. Nak update apa pun buat aku garu kepala berkali-kali! Sedihkan?

Walaupun aku 'abaikan' blog nie buat seketika, kasi dia rempit sendirian ... tapi bila aku check akaun nuff, traffic blog bagus dan boleh tahan juga! Ada juga yang sudi terjah, dah keywords selepas raya nie kemain yek koang sibuk google pasal diet atkins. Tak sabar nak kuruslah tu. Masa puasa berat dah turun berkilo-kilo, time raya dan sepanjang syawal naik double2 kilo kan? Syawal neh banyak open house ... makan tu hati-hati jangan main melantak je macam tak cukup makan. Makan takat padan sudahlah. Bak orang tua2 cakap, "makan macam merasa ... berhenti sebelum kenyang!". Ini tak, makan lemang sampai sebatang, ketupat 3-4 ketul, rendang ayam setengah ekor ... belum campur soto, satey, nasi tomato ... nasi arab ... bla bla lagi. Punggah la badan, habis berlemaklah badan tu. 

Macam aku takpe, aku dah stop diet atas sebab-sebab kesihatan. Boleh makan apa yang aku nak ... tapi belum boleh makan sesuka hati la. Aku pun cam korang juga, even dah stop atkins untuk tempoh tertentu ... tapi aku tetap kurangman makanan manis, berlemak dan berminyak dalam menu aku. Makan pun ikut time ye bukannye semborono okeh! Lagi pun kantung perut aku tak besar mana, makan lebihkan buat termuntah je. Rugi. Kang penat plak muntah. 

So, untuk korang-korang yang ahkak sayangi neh ... nak pi open house tu, janganlah penuhkan perut dengan semua makanan yang dihidangkan ye. Ala kadar sudah. Bersederhanakan lagi baik. Syawal nie walaupun banyak jemputan untuk makan preeeeee bukan beerti korang boleh melantak bagai ular sawa kenyang atau badak berendam ye. Kang kalau dah gemuk, airmata ngalir pun korang tak sedar. Sedar2 baju dah tak muat. Kancing dah tercabut. Seluar dah tak boleh zip! Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan tekak sendiri. Tapi, kalau korang makan dengan banyak nye ... dan rajin bersenam dan bersukan, ahkak tak kisah. Melantaklah selagi boleh! Asalkan badan leh slim n fit ye! 

Pesan ahkak untuk korang walaupun sekian lama menghilang! Syawal bukan bulan gemukkan badan yek adik-adik ahkak sayang oi! .... Kalau ada jemputan open house kan ... bila nak jamah suapan pertama tu, ingatlah entry akak yek. Love korang!!!



#tahun ni sebiji ketupat palas pun aku tak buat, semua mak buat. maafkan anak dara  perempuan mak neh.
#apapun ketupat palas mak tetap terbaik
#mak pun tanya, "bila nak belajar buat ketupat palas lagi?"
#sambil garu kepala pandang hasben. senyum. 





p/s : pestime raya dengan hasben. rasa gorjes sangat. rasa Alhamdulillah. nantilah story pasal raya yek!

Monday, August 12, 2013

RAYA DULU, RAYA SEKARANG

Assalamualaikum ...



Apalah malas bebenor aku nak hapdet entry skang nie ... sengaja buat halangan dalam diri. Walhal kadang idea dan cerita melambak aje ada. Penyakit M besar kalau dah datang adakalanya susah nak dileburkan!

Okeylah, memandangkan skang masih mood raya, aku nak story pasal raya ajelah .... eh, aku nie raya ke sebenarnya? Raya yang sepatutnya jadi seminggu, cuma 4 hari je untuk aku. Selebihnya balik rumah sendiri dan lawat adik aku kat spital. Sambut ahli keluarga baru. Syioooknye ada baby comel hidung mancung mata bulat dan hitam. Rasa nak geget je! hah ....

Aku nak share sketlah pendapat aku soal raya dulu dan raya sekarang. Ini berdasarkan apa yang aku pandang. So, takde kena mengena ngan korang. Kalau terkena pun mungkin kebetulan ajelah kot ... yelah dah sama-sama dok kat Malaysiakan, cerita dan pengalaman maybe lebih kuranglah. Lain la aku nie sambut raya kat UK (ulu kelang ke ...ngeh ngeh). 

Dulu aku kecik-kecik tak suka sangat beraya dari rumah ke rumah semata-mata nak kaut duit raya. Sebabnya aku masa kecik spesis pemalu, kedua bila ko dah jalan jauh-jauh (maklumlah kampung, kalau rumah flat naik turun tangga ajelah) nak patah balik ke rumah sendiri dah penat. Panas pulak tuh! Habis cair make up ai kang. Melecetlah kaki sebab pakai kasut raya baru. So, aku akan beraya 3-4 buah rumah sebelah kiri ... 3-4 buah rumah sebelah kanan ... pastu 1-2 buah rumah depan rumah aku. Pastu aku balik rumah tolong mak aku hidang kuih kat tetamu. Eh, baikkan aku nie ... sebab tu lah sampai ke tua keje aku bancuh air, potong ketupat dan hidang kuih muih setiap kali hari raya. Sudah tu, basuh gelas bagai. Tension mak! Apapun jua keadaan .... walaupun aku pernah nangis sebab tak larat nak basuh gelas sampai merajuk sbb adik aku tak nak tolong, bagi aku raya dulu tetap meriah! 

Dulu, budak-budak kalau beraya reti hormat orang tua. Datang bagi salam. Duduk ... makan minum pastu siap salam bila nak balik. Bila bagi duit raya ... Terima kasih makcik! Uihs ... bagus budak-budak dulu ;p Tu yang aku suka sangat. Budak-budak datang je, aku dok sebelah mak ... aku lah tukang bagi duit raya kat dorang walaupun dorang sebaya sesaiz aku je pun. Part nie rasa bangga la dorang kena salam aku untuk amek duit. he he he

Itu cerita dulu. Cerita sket sudahlah ....

Itu dulu. Sekarang ni, aku tengok anak-anak buah aku ... spesis sama gak dengan aku. Malas nak beraya. Leka nak dok rumah. Daripada 7 orang anak buah aku yang balik kampung untuk beraya ... cuma 2 orang je rela pergi jalan kaki untuk beraya dari rumah ke rumah kutip duit raya. Itupun yang sorang tu balik awal, dan yang sorang lagi sambung beraya sampai penat .... then abang aku la pi jemput anak dia balik. Takut sesat ... dah la tak biasa ngan kampung. Cuma bezanya dorang nie .. dok rumah leka main smartphone pastu layan tv! Hoooih .... makcik juga basuh gelas pinggan bagai. Makcik juga potong ketupat. Sabar ajelah ... makcik nie urut dada ajela. Bila malam aku pun geng ngan anak buah aku layan candy crush! Siap anak buah aku ajaq camne nak kasi menang ... ho ho ho ... dasar mak sedara tak mereti main games. Budus sket bab games nie. Asyik failed je kalau main!

Sekarang nie, budak-budak jenis beraya depan pintu. Tak reti nak masuk rumah walaupun diajak. kadang masih atas basikal .. hulur tangan minta duit raya. Kuang ajaq weh. Aku pandang rasa nak lem*** pun ada. Tapi disebabkan raya, terus aku jadi pemaaf ... ekekkeke. Yang tak boleh blah tahun nie pasai budak-budak yang beraya nie, masa ayah aku dok hulur duit sorang sengget .... ada sorang budak nie siap minta duit lebih kat ayah aku, budak ni siap cakap, "bagilah dua ringgit ...!". Ewah .. ko demand plak berapa banyak duit raya ko nak. Ayah aku cakaplah, kalau nak dua ringgit datang beraya tahun depan. Sebabnya ayah aku nie jenis up duit raya setiap tahun. Maybe sebab tu kot rezeki ayah dan mak aku sentiasa murah. Walaupun ayah mak aku bukan orang kaya pun ... tapi dorang nampak senang dan selesa. Rezeki sentiasa ada. Mak aku kata sedekah adalah salah satu punca murah rezeki. Ok mak ... pasni nak sedekah dengan banyak. Mak aku plak sambung, pastikan ikhlas!! Gulp ...

Raya skang nie aku tak rasa macam raya pun. Mana taknye ... memasing sibuk dengan gadjet! Bila nak menziarah nie weh .... raya nie patut ziarah sedara mara, bukan ziarah gadjet!


Kemeriahan raya dah suram bagi aku. Tahun depan minta-minta tak suram lagi ... he he he ;p


Okeh dah ... citer raya sket je. Merapu ke lain je lebih aku nie. Nanti sambung lainlah ... aku nak balik keje dah. Bapak bosan keje time orang syiok beraya .....





CK : Lapar ketupat palas la plak.