Assalamualaikum ....
Bukan niat nak jadi garang
Bukan niat nak marah orang
Mungkin perwatakan aku yang serius dan suara yg tinggi orang salah anggap tentang aku.
Tak kisah.
Korang tak kenal rapat dengan aku.
Perkataan sombong untuk aku tak pernah lekang meniti bibir mereka yang hanya sekadar kenal aku gitu-gitu sahaja.
Mungkin juga ...
Mungkin juga aku sombong ... dan separa pendiam.
Tapi jangan buat aku marah! Emosi aku boleh meletus macam gunung berapi
Sampai lupa akibat!
Hari ini, rasanya puasa aku sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja aku dapat
Mungkin tiada pahala.
Kesabaran aku diuji oleh manusia-manusia-manusia yang tak faham bahasa
Dan juga yang sengaja menjadi buta huruf!
Aku cuba sabar, urut dada dengan harapan sabar meningkat ke langit ke tujuh!!
Harapan punah!
Gunung berapi meletus dan akhirnye lava kemarahan mengenai manusia-manusia-manusia yang melonjakkan kemarahan aku.
Terima kasih buat aku hilang sabar
Terima kasih menguji aku sebegini
Aku tak suka jadi garang
Tapi jangan buat aku jadi garang
Aku tak suka membebel
Tapi jangan buat aku membebel .... sebab akan tiada noktah nanti.
Harap kita-kita kita dan kita jumpa setahun sekali!!
Kalau boleh jangan jumpa lagi dah.
Sampai bila-bila!
Aku cuba belajar menjadi diplomasi ... tapi otak korang bila nak basuh bagi faham maksud kata-kata aku. Bosan ulang benda yang sama weeeeeh!
Tak paham korang-korang korang-korang cakap, "Eh, garang juga puan nie!".
p/s : Aku puasa la weh! Geram dan sakit hati. Ada akal tak fikir. Ada hati tak reti menilai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!