Wednesday, December 2, 2015

HYE DISEMBER 2015

Assalamualaikum ....


Pejam celik, pejam celik ... dah masuk Disember 2015, kurang 30 hari lagi dah masuk tahun baru 2016. Nak kena karang cerita sepanjang 2015 ni. Apa yang best 2015 ni, mestilah lahirnya Iskandar dalam hidup aku suami isteri. Masa aku terisi sehebatnya, sampai kadang tu ada juga la berbunyi dekat hasben, "Sayang letih la B, nak rehat sat naaa!". huhuhu. Fasa menjadi isteri dan ibu sebenarnya tak semudah dipandang dan tak sejelas yang didengar! Mencabar. Hampir setiap hari belajar perkara baru. Tentang menjadi isteri dan tentang menjadi ibu. Apapun bagi aku hidup berkeluarga memang menyeronokkan. Ada masam manis, pahit kelat, turun naik .... macam kat tengah lautan la kira, kadang tenang dan kadang gelora! Bila time gelora tulah kapten kapal kena cekap kemudiakan kapalnya. Faham yek??

Dek kesibukan menguruskan keluarga, diri sendiri dan kerja jugalah blog kesayangan pun terabai. Sebulan sekali hapdate. Apakejadahnyeeee! Sian readers ai tau. ahaks! Ramai ke readers akak ni?? Perasan bagi mood blogging tu meluap2. Kadang aku dah type dah entry kat hp, tapi terlena je lebih. Asal on hp nak type new entry ... sudahnya hp je kat tangan mata dah lelap. Letih! Walaupun 2015 ni tahun yang sangat best bagi aku, tapi aku tetap tak sabar nak menjengah 2016. Tak sabar nak tengok Iskandar berjalan. Sekarang dah Disember, Iskandar akan genap 10 bulan pada 12.12.2015! Cukup 10 bulan. Sekarang Iskandar dah boleh berdiri dan berjalan meniti kat tepi sofa atau rak tv. Nampak sangat chomel melampau!

Aku tak sabar nak habiskan Disember ni sebab aku nak cuti seminggu sebelum masuk 2016. Aku nak rehat. Nak bagi tumpuan kat rumah yang dah sepah2 tu. Nak buat 5s ngan FIFO (First In First Out!) kat rumah. Harap rajinlah! Nak bagi tumpuan kat tanaman aku yang comel2 kat balkoni. Aku nak bagi tumpuan pada diri sendiri. So, cuti seminggu aku taknak fikir pasal kerja. Hujung tahun keje tgh banyak juga. tapi ada masanya diri sendiri penting. Kesihatan diri sangat penting! Dan kalau sempat nak juga belek blog ni, make up sikit ka! Kalau boleh la .... sekarang ni masa 24jam pun nak kena celah2 juga. 

Sekejap je kan dah habis setahun! Tahun depan usia pun meningkat. Amalan untuk bekal di sana masih lagi secoet. Bila terbaca Pak Yus Jambu telah pergi dan Seniwati Mariani juga telah pergi mengadap Ilahi .... dalam usia yang berbeza, terus terfikir diri sendiri. Bila masa aku? Amalan aku bagaimana??


Sekian!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!