Sempena meraikan birthday hasben dan anak soleh, awal April plan ke Zoo Melaka. Last pegi Zoo Melaka rasanya 5-6 tahun lepas kot, masa buat family day dgn kengkawan office. Kali ni hasben la excited nak bawa Iskandar melawat zoo. Lagipun Iskandar dah kenal banyak binatang, cuma tak pernah tengok live lagi. Nak la kenalkan dengan gajah, giraffe, badak, kuda dan lain² dgn lebih dekat. Nak tengok anak soleh excited ke idok? Ke mommy babah je excited?? Asalnya nak pegi Zoo Negara, tapi fee masuk terlalu mahal ... RM44/org dewasa ... Pitam rasa. Zoo Melaka baru RM17/org dewasa. Oklah kan ...
Kita orang pergi hari Sabtu, meriahlah ramai public. Takdelah rasa bosan. Zoo Melaka bagi aku tak luas mana ... anak soleh pun jalan kaki tak pun minta didukung. Kecuali masa nak tengok harimau dgn badak je suruh dukung sebab dia tak nampak ... Alhamdulillah, nasib anak soleh suka + excited. Dia kenal kebanyakan binatang ... especially lembu, gajah, tiger dan giraffe .... Paling teruja tgk gajah dengan giraffe la. Kita org siap bg gajah makan tebu. Ngeri pun ada. Risau belalai gajah tu sedut tangan ...
Tengok tu, dah besar dah anak soleh saya. Dah 2 tahun, sama tinggi dgn pinggang mommy dah π. Teruja tengok rabbit agaknye. Walhal kat rumah Uwan pun ada rabbit juga.
Badak sumbu ... Tak mandi. Busuk tau π
Si tapir ni agak malas ... Melepek je dia mmmmm
Giraffe ni sangat besar dan tinggi ...
Spesis lembu kot ... Panjang nau tanduk dia
Ni lah gajah yg kitaorg bagi makan tu .... Tengok belalai pun ngeri takut tersedut tgn kitaorg ππ
Anak soleh tengok dari jauh je. Time tgk gajah ni la bila ajak balik taknak dah. Budak² lain tengok dekat, dia dok belakang skali memerhati πππ
Bye bye gajah nak balik dah πππ
Jumpa lagi nanti
Siap berpayung tapi taknak Mommy bantu. Ai is lega sangat dpt anak soleh berdikari camni. Dah la melawat satu zoo tak sibuk nak berdukung ... Tapi bantai melanggah mineral water dekat seliter ... Panas kot!
Dah habis melawat zoo, memasing penat. Letih. Mommy la bermandi peluh. Almaklumlah dah lama tak berjogging mahupun jalan kaki. Sekali pusing satu zoo rasa nak pitam pun ada. Pastu gerak menuju ke Hatten Hotel. Best sangat hotel ni. Hadiah sempena hari lahir hasben. Untung la tahun ni dapat 2 hadiah.
Nanti saya review pasal Hatten Hotel ni. As usual booking through Agoda. Ai is sangat loyal dgn Agoda tau ... ππππππ
Wah..lama x pergi Zoo Melaka..last pergi dalam 2 thn yg lepas..best dapat jalan2 ni kan..
ReplyDeletebestnyer...
ReplyDelete