Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts

Sunday, August 19, 2012

DOAKAN!

Assalamualaikum ....




Tidak terlalu mengharap, tapi berdoa moga sedikit harapan tidak lagi dimusnahkan,

Membenam kisah silam demi sebuah kebahagiaan
Memperbetulkan kesilapan lalu dengan memohon rahmat dariNya,

Melangkah dengan sabar walau menerima umpatan kiri dan kanan
Berdiam kerana kesabaran masih tunjangi diri
Pedulikan mereka kerana tiada siapa yang tahu kebenaran
Hanya pandangan zahir mereka membenam semua keb
enaran!

Sampai masa, kebenaran terpampang ...
Buat mereka yang menikam kehidupan ini
Terima kasih kerana menjadikan diri ini kental dan tabah!

Andai esok, bahagia dan senyuman itu milik saya semula
Mohon doakan ia sampai hingga ke syurga
Mohon doakan cinta kasih ini sentiasa bersama waktu senang dan duka

Setiap manusia melakukan kesilapan
Antara sedar atau lupa
Hanya keinsafan yang akan menyatukan kasih yang nyata
Izinkan kami bersama jika ia berlaku atas izin Tuhan Yang Satu dan Esa





P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog saya! Maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang perkenalan melalui blog ini ada entry-entry yang mengguris hati kalian. Lemah itu, silap itu datang dari saya ... ampun dan maaf saya hulurkan dari hati yang tulis ikhlas buat semua!!







CK : Malam raya yang buat diri rasa derita ...... sebab sakit perut!!!


Wednesday, February 1, 2012

BANGKU KOSONG

Assalamualaikum ...








Bangku kosong yang terdapat di Putrajaya nie selalu menjadi tempat aku dan MB lepak untuk makan tengahari dan malam. Terutama bangku kosong di area Presint 2, 3, 4 dan 6 yang dekat Taman Ampangan tu. Dulu memang rajin lepak makan dekat area berkenaan. Cuma sekarang nie je dah kurang banyak sebab sibuk. Balik kerja dah lewat dan terus je balik rumah. Kalau tidak mesti masak makanan atau yang beli kemudian lepak sampai 1 jam sebelum balik. Sejam ajelah paling lama pun. Nak lepak lama-lama rasanya balik rumah tengok TV lagi best kot. he he he.


Terima kasih bangku kosong!

Cuma last week kami lepak lagi dekat bangku kosong depan Istana Kehakiman Presint 3. Ini kira dah sekian lamalah tak "berkelah". Dah tak tahu nak pergi mana, masak-masak kemudian pergi makan depan IK. Makan sambil ambil angin. Asyik makan di kedai selalu, boleh lari bajet kami. ha ha ha.




Menu hari tu, tomyam ayam ... simple! Tomyam nie peberet aku. Dah lama pasang angan-angan masak tomyam sendiri. Tomyam dekat kedai terlampau pedas. Rugi kalau pedas sangat sebab aku tak boleh hirup kuah nanti ...



Brocolli goreng kunyit dengan ayam! Peberet pakcik tu le ...



Plus ikan dan telur dadar goreng! Ini pun dah cukup best walau simple teramat. Makan sambil ditiup angin sepi bahasa. Tiba-tiba tengah sedap makan, hujan turun rintik-rintik. Sebab setakat rintik je, teruskan makan tanpa ada perasaan akan basah dek air hujan tu. Perut lapar mesti diisi dulu, kalau hujan lebat nie aku rasa kuah tomyam tu penuh balik kot...he he he


Disebabkan hujan dah berhenti bila kami sudah makan, dia siap lepak baca suratkhabar. Aku bab baca suratkhabar kat luar nie, feel kurang sikit. Aku selesa baca suratkhabar dekat rumah je. So, biar dia habis baca dulu kang aku pinjam bawa balik ... he he he! Dan kerja aku aritu selepas makan adalah ............


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kerja aku layan camera la! Dari ada camera hp sampai ada compact camera, memang inilah kerja aku. Kadang sampai dia geleng kepala tengok perangai aku. Aku rasa penyakit suka camera ni berjangkit dari abang aku sendiri.  Okeh, sila layan gambar yang tak seberapa dari budak baru belajar.


Batang pokok!

Lokasi berkelah!

Gerbang Perbadanan Putrajaya


#Hari nie Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan! Rasa macam ada hati nak berkelah lagi ... he he he








Okeh ... that's all! TA-TA!








CK : Teringin nak berkelah dekat tepi pantai .... bilalah?

Monday, December 19, 2011

MALAS DAN MESYUARAT

Assalamualaikum ...




Hari dah petang. Ya, semua orang tahu waktu sekarang memang dah petang. Lantai-lantai ciptaan Maha Kuasa di Putrajaya baru sahaja dibasahi oleh hujan rahmat yang tidak selebat mana. Alhamdulillah. 


Hari ini aku tidak rajin sangat bekerja, memang santai dalam ketawa. Usik sana sini. Happy kot! Sebab hari inikan semua penjawat awam dapat bonus 1/2 bulan gaji.  Aku yang separa awam pun dapat bonus jugak. Alhamdulillah. Nak buat apa dengan bonus tu? Nanti-nantilah cerita.


Petang ini, MB ajak aku teman ke mesyuarat masyarakat kampung. Kampung selalu buat mesyuarat malam hari. Siang kebanyakan sibuk mencari rezeki. Mesyuarat untuk program kemasyakatan pada 26 Disember akan datang. Sehari selepas Krismas. Aku pula, malas!


Bila aku cakap malas nak ikut. Dia seakan monyok. Malam ini mesyuarat. Esok malam pun dia mesyuarat lagi dengan pihak BTN. Sehinggalah program itu selesai pada 26 Disember ini, barulah dia akan rehat. Tapi betul ke dia akan rehat? Rasa aku tidak, seakan dia bekerja siang malam kadang-kadang.


Bila aku merungut, dia cakap, "awak kena terima saya macam ini, saya berkhidmat untuk masyarakat!". Huu, ye aku tahu. Pilihan di tangan aku. Aku yang terima  maka aku harus menerima dia bukan untuk aku sebagai kawan, teman dan sahabat malah dia juga untuk masyarakat.


Kalau aku cakap pada dia macam ini, "awak juga harus terima saya, sebab kadang-kadang saya malas untuk ikut sama". Sesuai tak aku cakap macam itu? Adakah dia akan monyok macam tikus mondok??


Ha ha ha ha .....





CK : Oke ... jom balik