Monday, April 18, 2011
Rezeki Perlu Keberkatan
Saturday, January 1, 2011
::YA-ALLAH MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT::
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
credit : Iluvislam
CK : Moga-moga. Amin...
Berlian Dalam Diri Kita....

Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Tengah cari berlian dalam diri sendiri....harap2 jumpa..
Monday, December 27, 2010
JODOH : JANGAN MENCARI YANG SEMPURNA
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~
Kredit to : EMBUN SEMALAM [ Thanks dik]
CK : Jodoh itu ketentuan Allah...kita manusia hanya berusaha!!
Curang, SMS, jahil agama!
Utusan Online
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.
Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:
Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.
Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.
Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.
CK : Dunia akhir zaman......
Saturday, December 25, 2010
::JANGAN KAU TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU::
Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.
Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.
Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.
Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”
Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.
Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.”(QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.
Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.
Kredit to : EMBUN SEMALAM [Thanks Dik]
CK : Menghadapi kenyataan dan kebenaran itu susah...tp kita perlu menghadapinya dengan ketabahan dan rasa syukur. Ada hikmah di sebaliknya.
Thursday, December 23, 2010
::KISAH PENJUAL TELUR DAN PELANGGANNYA::
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.
Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi.
Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.
CK : Sesetengah daripada kita tidak tahu menghargai apa yang sedang dimiliki sehinggalah apa yang dimilikinya itu hilang....masa tu kalau baru nak tersedar, mungkin keadaan dah terlambat. Kita jarang mensyukuri apa yg Allah dah anugerahkan pada kita, malah kita merasakan apa yg berada di pagar org lain itu lebih baik, sedangkan hakikatnya apa yg kita ada adalah yg terbaik. Kadang2 kerana mempertahankan ego diri kita yg tinggi....kita melukai orang yg kita sayang. Sedangkan ego yg kita pertahankan itu merugikan diri sendiri di masa akan datang.....Sayangi dan hargailah setiap apa jua yg sedang anda miliki, sebelum segalanya telah terlambat buat kita......
Sunday, November 21, 2010
Kejayaan - Saling Kaitan Dgn Ibu Bapa
Bila anak2 berjaya dlm hidup, mak ayah akan tumpang bangga! Bila anak2 senang & kaya raya...adakah mak ayah akan tumpang merasa segala kesenangan anak2nya?? Kejayaan hidup kita kebanyakannya kerana doa & restu kedua ibu bapa...usaha kita cuma susulan daripada itu!Jgn sesekali mengatakan "aku berjaya krn usaha dan doa ...aku sendiri!" ....
Fikir-fikirkanlah...muhasabah diri di petang Ahad!!
p/s : Tanpa mak ayah...siapalah sy! Merekalah yg sentiasa berada di sisi disaat jatuh bangunnya sy dalam akademik, kerjaya dan juga cinta!
