Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

TENGKU ADAM

Assalamualaikum ....



Drama Ariana Rose dah pun tamat. Mesti semua pulun layan drama tu sebelum ni. Aku dan suami je jarang sangat nak layan. Dah nak last episode barulah terhegeh-hegeh suami isteri melayan Ariana Rose. Hati isteri tengok Tengku Adam @ Keith Foo, "amboi hensemnye ...". Tak boleh cakap kuat-kuat nanti suami jeles. kikiki. Mesti dia akan cakap, "eh, bukan hubby lagi hensem dari pelakon nie kan .... ha ha ha ha!". Of course la suami hensem di mata dan hati isteri!

Last episode hari Khamis, suami aku pun layan sama. Aku layan episode last tu sambil curi curi pandang cara suami aku tengok cerita tu. Perghhh ... macam hayati bebenor. Nak-nak part dah nak habis tu, masa Ariana melarikan diri dari Tengku Adam then Tengku Adam terserempak isteri dia dengan Sam. Aku tengok feeling suami aku lain macam je. Bila part Ariana pergi dekat Tengku Adam nak minta maaf bagai, tup tup suami aku hulur tangan pelan-pelan then genggam tangan aku. ha ha ha. Pastu pandang aku senyum-senyum. Hye suami, ada perasaan menjiwai drama melayu juga awak rupanya. Nak gelak pun ada, tapi taknaklah spoilkan mood suami sendirik kan.

Aku dan suami tak follow cerita tu dari awal. Part-part tengah jalan baru kami layan. Suami aku macam suke je drama tu. Dia cakap best juga. Selalunya takdalah sangat dia nak layan drama cintan cintun ni. Lagi satu sebab drama Melayu ni jalan cerita lebih kurang je pun cuma pelakon je lain-lain katanya. Yang menjadikan dia tak berapa gemar sangat drama Melayu nie, sebab banyak berkisarkan sifat dengki, busuk hati, pecah belah, mengumpat .... ermmmm realiti kehidupan sebenar. Realitikan?

Tadi godek-godek kat google baru tahu, bahawa Tengku Adam yang dibawa watak oleh Keith Foo tu orang Nogori Sembilan, kek Bahau. Padanlah .... satu nogori dongan suami den. Padan suami den suko bonar nengok aih. Aku ingat dia pelakon Indonesia. Ish silap banyak, rupanya orang Malaysia. Cuma Keith Foo ni banyak berlakon kat Indonesia. Padanlah muka pun dah ada gaya orang-orang sana.


Terus teringat time sanding aku dan suami haritu ... macam nak berlakon naik pelamin sanding sekali lagi jek!

*wiiwiiiit*

Tengok gambar kahwin Tengku Adam dengan Ariana, terus terimbas sanding haritu. Macam nak pi sewa baju pengantin sekali lagi jek. Sanding sekali lagi. Kalau cakap ngan suami mesti dia cakap isteri buang tebiat. Perempuankan memang macam tu, suka sangat feel pelik-pelik. Kesian! ngeh ngeh ngeh.

Dengan berakhirnya episode Ariana Rose ni, tak perlulah tergopoh gapah balik office cepat. Tak perlulah nak tunggu 8.00pm baru nak masak. he he he. Teruk betul penangan Ariana Rose nie. Jangan layan drama sampai tinggal solat Maghrib sudahlah ye. Not good. TV3 pun satu, macam takde time lain nak slotkan drama dia. Time orang solat Maghrib juga dia nak letak drama. Ish, lagha lagha .... apapun kita ni sebagai muslim kenalah bijak, solat dulu baru sambung tengok drama. Tak gitu, anak-anak? Masak takpa, kemudian-kemudian boleh masak .... sebab suami pun layan drama juga, so ambil kesempatan di situ. Bijak tak isteri?? keh keh keh....





p/s : Aku bukan kaki layan drama bersiri sangat .... selalunya last2 baru nak layan. hu hu hu


Thursday, August 15, 2013

IJAB DAN QABUL

Assalamualaikum ....



Korang layan tak drama ijab dan qabul semalam?
Drama kat TV3 tu, lakonan Nora Danish dan Ady Putra.
Mula layan rasa cam tak best. Drama simple je, tapi boleh leleh juga aku nie.
Biasa ah jenis sensitip tak kira tempat. Asal citer touching je dah berderau ayaq mata. Puiihhh


Citer kasih sayang suami pd isteri dia
Ketabahan suami dia
Kerinduan isteri dia
Citer pasal sahabat baik .... bg aku yang tak brapa baik la bl amek kesempatan camtu
Nasib baik dia tak kahwin dengan suami kawan baik dia sendiri
Tapi si suami tu pun nak try juga kawan baik isteri sendiri. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ... lempang juga kang!


Papepun kesudahan dia, sehidup semati
Suami tu memang tul sayang wife dia
dan wife tu pun memang sayang suami nie.
Sooooobssssssssssssssss!


*nak kahwin cepat....huhu* - ape kene mengena nie?





CK : Ady Putra tu cam .... kacaklah pulak. he he he