Assalamualaikum ...
Dalam hidup ini tak semua yang kita sayang akan jadi milik kita. Sekalipun ia jadi milik kita, ada masanya tak mampu ia kekal lama. Perpisahan tetap ada. Perpisahan pasti terjadi.
Kadangkala kita terpaksa berpisah atas sebab-sebab yang tak mampu untuk diterima. Mungkin kita tiada punya masa untuk membelai ia lagi. Sayang ... tapi terpaksa jua lepaskan ia pergi. Hati ingin biar dia terus di sini. Tapi hari demi hari seolah ia semakin terabai. Kasih sayang makin kurang dan kurang. Yang datang dibiarkan sepi tanpa kata lagi. Tanpa jawapan.
Sayang teramat untuk berpisah dengan kamu!
Tapi pasti suatu masa aku terpaksa melepaskan kau pergi ....
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
SHOUTBOX YANG KU SAYANG!!
Saya tengah fikir-fikir untuk buang widget shoutbox!! Saya dah tak mampu nak usik-usik dan berbalas message kat shoutbox tu. Rasa bersalah pada mereka yang tinggalkan message tetapi tidak berbalas. Memang saya tak kenal rapat dengan semua blogger yang jengah ke shoutbox .. tapi rasa bersalah tetap ada. Mereka terabai tidak dilayan!
Cuma saya tak tahu bila akan saya keluarkan widget nie. Sayang memang sayang ... sebab dah lama ia ada kat situ dengan baik sekali memberikan khidmat. Cuma saya sahaja yang tak mampu "bermanja" dengannya lagi.
Erghhhhh .... nak buang widget kat blog pun boleh sedih!! Teruk tul la saya nie .... huk huk ...
CK : Makan nasi + ikan keli sambal kat satu kedai di Pinggir Putrajaya. Mahal ok ... harga dengan makanan tu tak berbaloi langsung.