Wednesday, February 20, 2013

AKHIRNYA 800!

Assalamualaikum ...




Berjaya juga! Alhamdulillah .... akhirnya belog aku nie dapat juga merasa 800UV sehari. Sehari!! Ia adalah satu perkara yang menyeronokkan dan membanggakan diri aku. Macam aku dok war war kan pada korang dalam entry ini <----- Tercapai juga hasrat di hati. Semalam aku dok cerita UV aku tinggal lagi 2 je nak cukup 800 UV. Itu cerita semalam ..


Cerita hari ini ...


Sejak aku makin 'menyukai' yang teramat menjenguk akaun Nuffnang, hari-hari aku jenguk. Kadang sampai 4-5 kali dalam sehari. Sibuk check UV! Orang syok check earning tapi aku pulak dok syok check UV.


Angka pun cantik .... he he he


Ini UV malam tadi, 19/2/2013 sehingga jam 11.55pm. Akhirnya aku berjaya juga dapat 800UV plus plus sehari. Terima kasih kepada anda dan anda yang sudi menjengah ke belog yang kadang biasa kadang luarbiasa. Aku pasti, impian aku nak dapatkan 1000 UV sehari, In Shaa Allah menjadi kenyataan. Tapi aku kenalah bekerja dan berusaha dengan lebih baik. 



Aku tak sangka, menjadi blogger nie mempunyai kepuasan tersendiri. Kepuasan terutamanya kepada mereka yang suka menulis. Suka bercerita. Suka berkongsi. Bila kita tulis, cerita dan berkongsi .... dan ada pula yang sudi membaca, ia seolah bukan satu perkara yang sia-sia. Benda baik, apasalahnya dikongsikan. Ilmu makin dikongsi makin bercambah. Cuma, jangan terlalu banyak gossip sudahlah kat belog nie. Kalau boleh aku nak elak. Dan kalau boleh aku nak cerita tentang aku, pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling aku sahaja. Soal hidup orang lain, pandai-pandailah mereka bercerita sendiri. Ye tak??



Aku harap, lepas nie aku boleh menulis lebih baik daripada sekarang. Lebih santai. Lebih mudah faham. Lebih berilmu. Lebih matang ;=) In Shaa Allah!






CK : Harap-harap tahun 2013 dan tahun mendatang rezeki makin murah!

22 comments:

  1. alhamdulilah & tahniah kak..smga blog akak lbh suskses lg.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... terima kasih dik. In Shaa Allah, kalau usaha tu boleh berjaya hendakNya.

      Delete
  2. tahniah!!! saya nak dpt 100 sehari kdg2 pun susah. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... dulu akk pun sama. Nk dpt 100 jenuh juga. Tapi kena rajin bw ... dn kena belajar juga dunia belog nie

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih dik...Dik pun apa kurangnye. Lagi hebat....

      Delete
  4. wah..tahniah, kami yang masih lagi amatur ni dapat tengok jelah, hehe...gud luck utk 1000UV pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, tapi ramai lagi blogger hebat dr saya. Ini UV biasa2 je. org lain berlambak. Mcm kite nie kena pelan2 kayuh. In Shaa Allah berjaya ;)

      Delete
  5. dari pengalaman akak,sebenar nye uv tu lagi banyak dari yang dipaparkan nuffnang..

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnyer! kite ni baru brape je uv *sobs sobs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh....takpe, usaha pelan2 ins shaa allah boleh...

      Delete
  7. Sya visit tengok menu diet! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dtg sini, sila la jenguk apa yg patut

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!