Wednesday, October 29, 2014

PENGALAMAN BURUK DENGAN AIR ASIA

Assalamualaikum …..



Aku nak sambung story pasal Airasia (AA) yang dijanjikan dalam entry semalam. Haih,  AA sekarang makin menjadi-jadi perangainye. Geram pun ada. Sekian lama juga aku jadi pelanggan setia AA selain daripada MAS. Malindo dan Firefly sumer tu aku tak pernah naik lagi. So, tak tau experience macam mana. Tak besar pun hal aku dengan AA nie, tapi bila hati dah geram ... terus rasa eh, eh, AA nie makin nak menjadi raja plak yek di arena penerbangan.

Nak dijadikan cerita, baru-baru nie sempena cuti Deepavali aku balik kampung. Utara sana. Tiket AA dah lama aku booking, masa 3-4 bulan kahwin terus booking  tiket flight balik kampung sebab time tu promosi. Tabiat aku sejak anak dara suke booking  tiket AA dan MAS sepanjang tahun kalau dorang  buat promosi. Time bujang tu nak balik tak kisah, sukahati aku nak balik bila pun. Tak yah sibuk nak minta izin sesapa. Sekarang dah berlaki, kenalah minta izin dulu. Nak matchkan dengan jadual hasben aku lagi. Dan bersyukur banyak juga sebab hasben dah berenti politik. Heaven kot sebab dia dah tak busy lagi macam sebelum kahwin. Kalau tak, asyik berkereta sana sini aje. Kesian pun ada. Masa beli tiket aku belum preggy lagi. Bila dapat tau preggy dah rasa ... eh...boleh ke naik flight preggy nie. Tahu ajelah AA kan, kesongehannye amat banyak berbanding MAS yang lebih prihatin dan friendly. So, a week before fly aku pun selidik la kat web AA. Boleh ke preggy mom naik flight? Sekali boleh, lagi pun aku baru 24 weeks. Kalau cecah 7 bulan, rasanya AA tak kasi dah. Kalau nak naik juga korang kena bawa surat doktor mengatakan korang nie fit untuk fly.

Perangai AA nie sukahati mak bapak diakan, takut aku kalau tak dapat naik flight balik kampung. Walaupun 24 weeks, aku tetap pergi amek surat doktor mengatakan aku nie fit sangat2 dah sihat bebenor untuk fly. Nak balik kampung sendiri, yang tak sihat pun jadi sihat. Biasalah aku nie, seminggu sebelum balik, hati dah sampai kampung dah! Pastu aku ingat nak web check-in lah terus. Senang sikit. Tahu jelah KLIA2 tu jauh nak kena menapak. Pastu flight aku plak kul 7.10am. Lagilah kena ada kat airport 2jam awal. Kalau LCCT dulu, ½ jam sebelum fly pun okey lagi kalau ko dah web check-in. Dekat nak jalan. Penat pun idak. Cuma keadaan LCCT tu ajelah macam stesen bas je upernye. Heh!

Bila aku check web AA, web check in memang tak available untuk pregnant guest. Ko kena pi check in dekat kaunter. Sebab nanti nak kena isi borang ‘release and indemnity (expectant mother). Aku cuma web check-in untuk hasben je. Aku punya check in dekat kaunter je. So, kenalah pi awai ke airport. 4.30am aku dengan hasben keluar rumah tau. Nasib baik Putrajaya dengan KLIA2 tu takdelah jauh mana. Pagi pulak tu, setengah jam dah sampai. Check-in dekat kaunter KLIA2 memang takde masalah. Staff AA tu siap tolong aku isikan borang lagi. Baik sangat dia. Dah tu takde kena sebarang caj pun. Sekejap je isi borang, sign bagai ... dah dapat boarding pass, maka bolehlah masuk.

Cuma menderita sikitlah nak menapak dari gate yang ada polis tuh. Jauh bebenor nak jalan pi ke flight. Rasa mengah perot aku. Dah la aku nie kejap-kejap nak terkucil je. Anak soleh/solehah aku pun tak senang pagi-pagi lagi mommy dia dah buat senaman. Ha ha ha. Sian anak mommy!

Selesai urusan di kaunter dah naik flight bagai, sampai je dekat ruang udara Kepala Batas, AA tak boleh mendarat sebab pagi tu kabus adalah sangat tebal. So landasan tak nampak. Bukan salah AA pun tang nie. Cuaca memang tak bagus. Kiranya delaylah. AA pun berpusing la 2-3 kali kemudian dia announce flight kita orang akan mendarat di Penang disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Selamat mendarat kat Penang, kitaorang kena dok je dalam kapal sampai sejam. Jangan cakaplah masa tu perut berkeroncong tak hengat. Aku ni dah la preggy. Yang ada kat dalam beg cuma roti gardenia 80sen tu je. Makan pun share dengan hasben. Tak sampai hati aku nak melantak sorang, sebab hasben pun lapar juga. Sharing is love!  Yang AA pun satu, dah tau kena stay je dalam kapal tu, ko juallah makanan yang ada. Lapar tau dak! Sejam dalam kapal, dekat 9.40am barulah terbang ke Kepala Batas .... 10.30am barulah turun dari flight. Nasib baik mak ayah jemput, terus ajak dorang pi makan dekat Restoran Mikamal sebelah Istana Anak Bukit. Melahap macam orang tak makan 3 hari dah aku. Lapar sangat! Ha ha ha.

Dah habis lepak kat kampung segala. Asyik melantak seafood je sepanjang dok kampung, maka tibalah hari nak pulang ke Putrajaya. Masa nak balik nie lah aku ada problem dengan kerani kaunter AA di airport Kepala Batas tu. Dah la time hujan lebat, aku plak risau ayah aku drive balik time hujan yang lebat yang amat, si kerani ni plak buat hal. Masa aku nak check-in dekat kaunter, dia cakap aku kena caj RM10.00. Aku pun tanya la dia pesal plak nak kena caj? Aku check in dekat kaunter KLIA2 takde kena caj apepun!!  Tetiba kau minta aku RM10.00. Apahalkan? Bukan aku takleh bayar duit tu, cuma aku nak tahu kenapa? Kenapa? 

Aku pun tanya dia,  “kenapa nak kena bayar sepuluh hengget neh??. Sedangkan saya check in dekat KLIA2 takde kena caj apapun.”

Tau apa awek AA nie jawab....”aritu puan naik flight balik sini delaykan ... flight tak boleh turunkan, tu kena caj RM10.00 nanti kita tak boleh keluarkan boarding pass dekat puan. Puan boleh je web check –in takde kena caj”. Hoih, flight delay ... guest kena bayar???? Gilor ke hape???

Aku balas balik, “Dah dalam web AA cakap pregnant guest tak boleh web check-in sekarang awak cakap boleh pulak! Kalau boleh pesal dalam web cakap tak boleh, mana satu betul??”

Awek AA, “Eh, boleh puan, kalau pregnant boleh web check in, Takde masalah”. 


Merah je muke aku menahan marah dengan alasan macam bangang. Dalam AA punya rules lain dicakap, pastu staff nie cakap lain. Dah tu delay kita plak kena caj RM10.00. Memang gilos!! Hasben aku kat sebelah dah hangin dah. Hasben dah bebel-bebel dah kat awek AA Kepala Batas tu. Aku dah malas dah nak pandang muke dia. Lain kali kalau nak caj apapun bagilah alasan yang logik kenapa perlu caj pelanggan ko tuh. Jangan main sedap mulut je cakap. Disebabkan aku malas nak layan, aku bayar ajelah. Aku siap cakap dia, “kat KLIA2 tak macam nie pun .....senang je saya check-in. Takde pun minta duit!”. Itu baru sejam flight delay kena caj RM10.00 ... kalau delay 4-5 jam ntah berapalah awek tu nak caj agaknye! Vengong sangat tau!

Nasib baik aku nie preggy, so kemarahan aku memang ada had. Cuma aku takleh terima sampai hari nie alasan awek tuh. Hasben aku plak terus on FB AA dan buat aduan. Tapi sampai hari ini tiada jawapan balas pun dari AA. Mana semua staff AA yang hebat tu? Kenapa tak bagi respon? Walaupun awak tuh yang terhebat tambang murah, tapi janganlah nak bagi alasan macam orang tak sekolah untuk caj pelanggan.

Sekian. Mood marah bebenor nieh.




p/s : Aku nie dah la jenis tak suke nak marah-marah hal remeh temeh. Tapi hati nie jadi geram tetiba.

3 comments:

  1. Diaorang tau diaorang salah la tu..tu pasal senyap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu salah takpe, harap jgnlah dorang ulang lagi alasan tak munasabah tu. geram pun ada

      Delete
  2. TQ info berguna... tak tau pulak ada caj utk lewat... kalau AA sampai awal tentu dapat diskaun kan?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!