Friday, October 31, 2014

PENGASUH ... OH! PENGASUH

Assalamualaikum ….



Semalam hangat pasal kisah budak 3 tahun kena ikat kaki dan tangan oleh pengasuh di Kepala Batas. Mak budak nie siap buat spotcheck tengok anak dia kena ikat kat rumah pengasuh yang tak berhati perut. Oih, kejam giler babas kot pengasuh nie. Takde akal ke hape? Budak 3 tahun tu apalah cerdiknye sangat. Nama pun budak. Yang ko dah kenapa pi ikat kaki tangan dia .... kejam kot. Aku yang tengok gambar pun rasa geram, marah, sakit hati ... dan rasa nak pelempang je pengasuh tu. Hati ada tak? Ihsan ada tak? Akal ko ade tak? Kalau ye pun budak tu nakal or hyper active, aku rasa itu biasalah. Nama pun budak. Masa aku jaga anak-anak buah aku tu, sama je nakalnye. Habis bilik disiramnye dengan bedak powder. Satu bilik abang aku dorang sepahkan. Takdelah pulak aku nak rotan.  Nak ikat kaki dan tangan jauh sekali. Walhal hati marah membara neh. Setakat cubit sedas dua tu pernah la. Cubit-cubit sayang!  Cuma bebelan aku la panjang sket. Budak, dorang tahu aku marah sekejap ... kang datang berdempek balik kat aku. Tapi janganlah kau ikat kaki tangan dia. Dah tu tangan ko ikat kebelakang plak tu. Sakit weh. Meh sini aku ikat ko sekali, merasa sehari kena ikat. Nanti kau tau la rasa sakit tu macam budak tuh rasa.

Bila keluar kes sebegini, hati aku jadi gusar. Yelah, aku dan hasben sekarang nie pun sibuk dok survey pengasuh untuk anak soleh solehah yang bakal lahir 3 bulan lagi neh. Kejap je tau masa berlalu. Dari sekarang dah kena cari dah. Nursery dekat ofis aku amek baby 6 bulan ke atas. Aku cadang nak amek cuti bersalin 3 bulan. So, tak dapatlah nak letak kat nursery ofis nie. Kena tunggu 3 bulan selepas tu baru boleh. Nak beranak banyak-banyak umur pun dah limit, itu yang amek cuti bersalin 3 bulan. Aku dgn hasben plan paling ramai anak soleh solehah yang boleh hanya 3 orang disebabkan faktor umur aku. Aku plak dok mengidam kalau boleh anak kedua tu biarlah kembar. Keturunan sebelah hasben ada kembar. Tu yang aku dok berangan sakan nak anak kembar tuh. Walaupun aku memang tahu, menjaga anak kembar ni mencabar dan kosnye pun double. Tapi percayalah setiap anak membawa rezekinya sendiri yang Allah swt akan bagi. Dah nak ada anak nie, soal pengasuhlah yang menjadi keresahan bersama suami isteri.

Aku dan hasben ada plan nak bagi adik ipar hasben jaga. Aku on aje kalau dia nak jaga. Cuma aku target kalau boleh, biarlah dia jaga sampai umur setahun atau 2 tahun je. Selebihnye aku  nak letak  dekat nursery. Aku nak anak aku nie berkawan dan bijak menjadlinkan silaturrahim dengan orang lain dengan cara yang berhemah. Biarlah networking dia luas. Dan pandangan kehidupan dia lebih luas. Lagi satu, aku taknak kasih sayang tu terbahagi ke sana ke mari. Aku pun risau kalau anak aku nanti lebih sayangkan pengasuhnye berbanding mak ayah. Sadis hati mommy nanti tau. Yelah, nak dapat anak bukannye senang. Kadang dapat pengasuh yang terlampau baik, anak kita dah macam anak dia. Itupun aku taknak jugak. Anak kena dera dengan pengasuh lagilah aku taknak.  

Kadang sampai terfikir nak jadi surirumah. Alasan utama of course sebab anak. Tapi keadaan tak mengizinkan. Hasben cakap, ekonomi kitaorang pun tak sebaik orang lain lagi. So, kenalah 2-2 orang kerja. Takpelah, sampai masa bila plan bisnes aku dah jalan ... ekonomi dah stabil, memang aku plan nak bersara awal. Apapun semuanya bergantung kepada keadaan nanti. Moga murahlah rezeki aku dah keluarga hendaknya. Kalau aku tak bersara awal sekalipun, aku memang mengharap yang aku dan hasben boleh bagi tumpuan sepenuhnya pada didikan anak, mengajar dia tentang kehidupan ini. Aku nak anak-anak soleh solehah aku nanti tahu menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Aku nak mereka bijak berdikari dan disegani. Itu impian dan harapan aku yang bakal nak jadi mommy nie.

Zaman sekarang mendidik anak sangat-sangat mencabar. Tak macam zaman aku dulu. Mak ayah adalah rujukan utama. Apa yang diarahkan ikut tanpa sebarang bantahan. Takde eeeekkkk ... takde ooook. Berani nak melawan, kang dapat status anak derhaka. Takmolah aku! Dah la nak mendidik anak pun  mencabar, nak cari pengasuh anak pun mencabar jugak. Dapat plak pengasuh dok ikat kaki tangan anak kita, mahu tak aman rasa hati neh! Hidup pun rasa tak senang. Dunia....dunia, rasa kiamat dah hampir dah! Manusia pun ko nak ikat macam binatang. Tapi aku tahu tak semua pengasuh kejam macam tu. Pengasuh nie aku rasa tak cukup kasih sayang kot .... tak pun kurang kewarasan dan keihsanan di hati dia. 





p/s : Rasa macam tak sabar nak lahirkan little khalifah nie. Makin lama makin cerdik dalam perut mommy. Haish, buat mommy geram je ngan kamu tau. 


2 comments:

  1. Itu yang susahnya bila saudara mara yang jaga anak kita..sebab diaorang akan manjakan macam anak sendiri sampai kadang2 anak kita lebih rapat dengan diaorang.kalau dengan pengasuh ni lain sikit susana dan perasaan nya tu..

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie memang susah nak mencari pengasuh yang betul2 boleh menjaga ank kita.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!