Monday, September 7, 2015

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah melanjutkan usia aku. Masih diberi ruang dn peluang utk menghirup udara di muka bumi Allah. Semalam usia aku dah menginjak satu tahun lagi. Setahun dua lagi dh nak masuk 4 series. Selamat ulangtahun kelahiran untuk diri sendiri. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yg Engkau beri. Syukur....syukur!

Ulangtahun kelahiran semalam bertambah bermakna dgn kehadiran Iskandar. Tahun lepas berdua dgn hasben. Tahun ini bertiga dgn hasben dan Iskandar. Semalam celebrate kecik kecik 3 beranak. Bangun awal pg semalam tgk dah ada kad dgn hadiah kt baby chair Iskandar. Hasben suka sgt surprisekan aku. Aku bgn buat susu takde pn kad ngn hadiah tu kat situ. Senyum sipu sipu bl nampak ada hadiah n kad. Tgk hp, hasben wassap ucap selamat jam 3 pg. Time tu aku dh berdengkur kencang sbb malam tu aku kena keje, balik dah 11pm. Makan then terus tido. Masa sampai rumah tgk Iskandar dn hasben dh tido time tu. Mesti time aku dah lena hasben wassap n letak semua hadiah tu. Speechless sekejap tgk hadiah! Tahun lepas hadiah smartphone....tahun ni...tunggu nanti aku share. Tak sempat amek gambar lg...hehehehehe

Lepas dh baca kad then belek hadiah bagai, terus hasben ajak breakfast kat luar. Kitaorg breakfast dekat simpang masuk ke Desa Saujana, Sungai Merab. Roti canai dekat warung tepi jalan tu sedap. Yang ni nanti aku story. Dah siap makan, perut dah penuh...jenjalan plak kat KUD, Presint 3 Putrajaya. Berpeluh ketiak kot jenjalan situ. Sempat la dengar Dato' Aliff Syukri terlajak laris bagi talk dn share pengalaman hidup dia dalam perniagaan. Dato' ni mmg humble. Dan sempat juga la no aku naik untuk cabutan bertuah. Alhamdulillah, bertuah sempena hari kelahiran. Thanks Allah. 2 jam juga la berpanas kat KUD. Nasib baik Iskandar tak cranky. Sampai tertido la Iskandar dlm stroller tu, panas berdenting pun anak soleh aku boleh tido dgn aman. Macam takda apa2 yang berlaku. Hye...sabarlah.

Letih kot jalan2 kat KUD .... Setakat jenjalan ajelah, tak membeli pun. Sekarang ni kena berbelanja berhemah .... Dapat berjalan pun dah cukup baik. Ngeeeee nampak sangat dh bosan dok rumah. Kul 1pm, baru keluar dari KUD. Hasben cakap nak singgah Darussalam dekat 4C11, Presint ... Katanya nak beli makanan untuk lunch. Aku lepak dalam kete je sebab Iskandar tido dr dalam stroller sampai ke kete tak bangun bangun. Anak soleh yg sangat bertuah! Macam nan bg mommy n babah bercintan cintun la tu ... Hehehehhehe.

Tungu punya tunggu ... Rupanya hasben aku bukan pi beli lunch kitaorang tapi pi secret recipe beli kek kat aku. Speechless sekali lagi. Senyum sipu sipu lagi. Hye hubby ... Tq so much, moga Allah sentiasa merahmati hubby dan memurahkan rezeki hubby. Dalam perjalanan balik hasben langsung tak bagi aku pegang kek tu sebab aku dok pegang Iskandar. Sanggup dia drive sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang kek. Aku suruh gantung kat belakang seat pun taknak. Katanya takut kek tu senget. Terharu lagi! 


Tengok gigih hasben aku pegangkan kek tu. Nak celebrate 3 orang je, so beli kek sepotong cukup la. Lagipun aku dn hasben bukan penggemar kek moden sangat pun. Sesekali teringin baru beli. Tapi kalau blueberry cheesecake dekat Shah Alam Convention Centre tu setiap kali pegi mmg wajib beli kalau ada. Sedap sangat kek tu!


Ni la cake tu. Apanama taktau la aku. Sedap juga. Makan share dgn hasben. Iskandar tengok ajelah sebab tak boleh makan lagi. Aku suapkan Iskandar puree je. 

Ini ajelah cerita sempena ulangtahun kelahiran aku. Doa untuk diri sendiri, moga dipanjang usia, disihatkan akal fikiran dan tubuh badan, moga rezeki aku dipermurah dan diperluaskan oleh Allah....moga berkat usia ku ini. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMu. Untuk abang, adik2, sahabat dan kawan2 yg ucap selamat serta mendoakan aku, terima kasih banyak banyak. Moga hidup kita semua diberkati Allah hendakNya. Amin....







3 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Rann...semoga terus bahagia disamping suami yang ternyata sangat2 mencintai.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!