Friday, October 16, 2015

REBAN AYAM YANG COMEL

Assalamualaikum ...


Salam Jumaat. Kejap je dah Jumaat kan ....

Hari Jumaat yang mulia ni nak cerita pasal ayam plak kat korang. heeeeeee! Aku kalau ada rumah landed, nak juga bela ayam ... itupun kalau dapat buat reban ayam yang super comel macam dalam gambar ni. Siap dengan tempat untuk tanam pokok lagi. Sesuai la ngan hobi aku, "home gardening". Sekarang ni dah banyak plak hobi, dulu cuma suke cooking ngan blogging je. Skang ni dah tambah, "home gardening" dengan sewing plak. heeeee .... added value tuk diri sendiri.


Comel kot reban ayam ni .... terus rasa nak makan rendang ayam ! hahahaha




Ini pun cute gak!

(Sumber gambar dari Facebook)

Mak aku dulu ada gak bela ayam kampung. Reban ayam dia besau. Tak comel camni. Yelah mak aku bela ayam banyak ekor. Setakat sekor dua boleh la buat reban gaka voque camni ar. But, now mak dah taknak bela ayam. Tau dak sebab apa? Mak aku penat-penat bela bagi besar ... takdan nak jual atau sembelih pun, pastu kawaq (pencuri) yang lagi awal angkut ayam-ayam mak aku. Dah tu style mencuri plak, depa ni dok pi salotape mulut ayam then ikat kaki. Takleh la ayam tu berkiok kiok ... dah mencuri pun malam. Mak ayah aku dah tido time tu, apa lagi depa hangkut la ayam-ayam mak aku. Sian mak aku, bela bagi makan pagi petang, orang lain yang dapat hasil.

La ni, mak aku pun dah tak semangat nak bela ayam. Asyik kena curi ja. Geram la dia. Sekang mak aku banyak berkebun plak. Habis depan rumah mak aku tanam nenas. Dengan pokok kucainya sampai sebatas. Sawi lagi, pokok cili api ... oih tu yang berjangkit penyakit gardening ni kat aku. Geram dok tengok mak aku berkebun. Syiok tau berkebun nie. Cuma aku ni dok apartment, memang menanam dalam pasu ajalah! Cuma pasu-pasu aku belum cun, hasben pun tak beli rak nak letak pasu lagi. Dah cun-cun nanti aku tunjuk kat korang yek .... menciwi sekali sekala. ha ha ha.


Okeylah stop tang ni dulu. Sembang nanti okeh!



2 comments:

  1. SA pun minat bela ayam..nak-nak ayam daging ke..ayam kampung ke kan...tp memang betul la..zaman sekarang kalau rumah tanah sekangkang kera..x dapek nak bela ayam de..nak plak duk condo ke apartment ke kan....haih rindunya zaman dulu...

    ReplyDelete
  2. Dulu ada 1 time..persatuan xxx (xigt la jbtn apa) bg aym free suh kita jaga tgk susah jaga aym ni..
    mmg kiut jaga aym..lg kiut kalo reban dia cmne..silap hb..kucing pon tompang sekaki..haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!