Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

"EH, DAH KAHWIN KE?"

Assalamualaikum....




“Eh, dah kahwin ke?”

Itulah ayat yang paling popular diajukan kepada aku sejak aku dan jadi isteri orang pada 1 November 2013. Ya, aku dah pun jadi isteri orang. Sudah bersuami. Sudah boleh sharing is caring cerita ceritit orang berkahwin. Hehehehe. Ramai yang tak tahu perancangan kahwin aku tu. Actually aku pun tak plan yang aku akan tamatkan zaman bujang tahun ini. Jodohkan rezeki. Jadi, anggaplah ia rezeki tahun 2013. 


Alhamdulillah. Bila hasben aku melamar bulan Januari ke bulan Mac 2013 ntah … aku masih lagi samar-samar untuk bagi keputusan. Nak kahwin ke tak … nak kahwin ke tak? Terukkan aku nie? Sampai 3 kali aku mencuba untuk meluahkan hasrat untuk mendirikan rumahtangga kat parent aku. Tak reti nak mula kat mana plus malu tapi mahu pun ada. Kah kah kah kah …. Saja buat kalut.


Memang benar aku diam-diam bertunang. Yang tahu cuma family kedua belah pihak sahaja. Kawan-kawan yang tahu cuma sorang dua sahaja. Mak aku cakap, bertunang ajepun … bertunang tu bermaksud baru merancang. Sebaiknya ia dirahsiakan. Masa tu hasben pun suruh aku rahsiakan pertunangan kami. Kalau dia tak suruh pun, memang aku akan rahsiakan juga. Kami bertunang tak lama … tolak campur bahagi …. adalah dalam 4 bulan.  Selama tempoh bertunang, aku langsung tak upload gambo-gambo bertunang kat FB. Ha ha ha … bila dah dekat 2 minggu nak ijabkabul barulah aku siarkan gambar tu. Itupun sekeping dua je.


Bila dah upload gambar, kengkawan sibuklah pm kat FB sinun. “oiiit bertunang tak bagi tau pun ….berahsia sangatkan ko ni!”. Itu baru satu contoh ayat, Ada juga ayat-ayat keras, tapi tak yah la share. Kita share ayat lembut je. Hikhoookhiikkhooook. Aku hantar jemputan pada kengkawan jauh dengan khidmat Pos Malaysia, sebulan sebelum majlis. Kengkawan dekat 2 minggu sebelum majlis … kawan-kawan camtu camtu je …  seminggu sebelum majlis.  Ha ha ha mcm nak tak nak je ajak orang kan? Takdelah aku tahu, pulun sakan ngajak pun … yg tak datangnye ramai, menyakitkan hati aku je.


Aku nie takdelah ramai kawan pun …. Yelah, kawan reramai semua dah kahwin. Semua dah ada anak besau-besau dah. Aku je baru diberi rezeki oleh Allah swt untuk berjodoh dengan hasben. Tolak campur darab bahagi dekat 8 tahun berkawan, bermusuh, berkawan, bermusuh, bercinta, berpisah, bercinta …. bertunang ….. barulah aku diijabkabulkan untuk menjadi isteri kepada hasben. Umor aku pun dah tue tapi still maintain comel. Tak boleh blaaah! *pangggggg*.


Aku juga tak buat sebarang jemputan kat pembaca blog dan kawan-kawan blogger. MAAF. Atas sebab peribadi aku tak share sebarang jemputan kat blog nie. Tapi sesapa yang jadi kawan kat FB personal aku, memang aku jemput. Aku bukan takut korang serbu majlis aku sampai tak cukup makan, cuma aku selesa besederhanaan. Hakikatnya aku seorang pemalu. Kah kah kah ….. la sangat!!


Aku bersyukur semasa hari majlis, walaupun kebanyakan kawan-kawan dah beranak pinak … duduk jauh, tapi ada juga yang datang dari jauh ke utara semata-mata nak saksikan aku jadi raja permaisuri sehari. Happy plus bersyukur bila tengok wajah kawan-kawan masa sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa.  Aku baru naik pelamin, tapi dorang datang dengan bawa anak-anak yang dah sekolah …. ada yang darjah tiga dah pun.  Segan mak! Tapi takpelah rezeki Allah swt kepada hambaNya tak sama kan? Lambat atau cepat itu bukan persoalan serius, sekurang-kurangnya aku bersyukur dapat juga aku menggalas tanggungjawab menjadi isteri. Tak gitu kawan-kawan?? He he he


Hari ini … hari ke-28 aku menjadi isteri. 2 hari lagi genaplah 30 hari. Alhamdulillah … aku diberi Allah swt kesempatan untuk melalui, merasai saat-saat menjadi isteri. Dengan doa aku juga berharap aku akan jadi mommy! Doakan aku.  Setiap kali sudah solat aku akan tadah tangan meminta dan memohon pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk anugerahkan kepada aku dan hasben zuriat yang soleh dan solehah. Aku tahu, usia aku nie dah lewat nau kahwin, tapi aku masih mengharap dengan doa dan usaha. Moga Allah swt memakbulkan doa aku.


Nanti aku cerita dekat korang  pasal majlis kahwin aku tuh….sambung di lain masa. Ini pun aku update dekat opis.  Berukband aku tuh lembap sesangat. Macam kura-kura tak cukup minum je rasanye. Nak update selalu memasng bermasalah sangat. Tengok berukband tu pun dah macam nak kena humban dari atas ke bawah dah. Grrrrrrrr …


Selamat diijabkabul Che Ta dan Zain


Majlis aku takdelah dapat sponsor macam Rozita Che Wan dan Zain .... RM13juta tuh...kau ade?? Dan juga bukan wedding of the year. Ikut hati aku nak akad nikah je .... buat yang wajib sudah. Tapi anak last sekali nie kahwin bukan bermakna aku anak bongsu, mak ayah kata wajiblah buat majlis macam abang dan adik-adik juga.





CK : Orang selalu cerita, dengan pernikahan rezeki kite akan murah …. Moga-moga aku dan hasben akan dimurahkan rezeki yang halal lagi berkat hendakNya.

Monday, August 26, 2013

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum ...



Perempuan yang dah lebih umur 30-an ... sering diajukan soalan cepu emas, gangsa, perak ... platinum ini.

"Bila nak kahwin?"

Aku rasa dalam dunia nie banyak lagi soalan yang boleh direkacipta oleh si penyoal. Tapi malangnya, hanya soalan ini sahaja yang dorang hafal. Pelikkan? Susahlah aku nak jumpa orang yang jumpa manusia yang belum kahwin lagi dan dia akan cakap ...


"Saya doakan awak dipercepat dan dipermudahkan jodoh ... 
moga awak dimurahkan rezeki juga ;)"


Cubalah kita jadi orang Melayu dan Islam yang keluar dari kotak. Bolehkan? Menjaga hati hamba Allah yang lain itu penting. Kita tak tahu sama ada dia terasa hati (mungkin) dengan persoalan kita.




CK : Aku lebih suke senyum dengan soalan sebegini. Rahsia Allah, ada ke yang tahu??

Wednesday, June 12, 2013

KAHWIN LAMBAT

Assalamualaikum ...



Aku tak faham, kenapa orang suka persoalkan tentang kehidupan orang lain. I mean, hal peribadi la. Dia kahwin ke tak  kahwin. Ada anak ke takda anak. Macam-macam hal lah. Dari orang tu takde boifren, sampai ada boifren sampai tahap dah putus. Tak pun tahap jadi suami atau isteri ... semua bendalah orang sekeliling nak persoal. 

Ada masa aku naik pelik. Memasing yang dok cakap hal orang nie semuanya ada anak. Anak perempuan dan lelaki. Macam aku, bila orang persoalkan kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi? Aku sendiri susah nak jawab. Serius, takda jawapan yang tepat untuk soalan tu. Kalau semua soalan tu objektif dan siap sedia dengan jawapan pun ... mungkin ko tanda satu pun betul, tanda semua pun mungkin betul. Atau sebaliknya. 

Janganlah hukum macam kahwin lambat nie satu dosa. Bukan semua perempuan yang umur dia dah masuk 3 series nie tak kan kahwin sampai  bila-bila. Maybe memang jodoh dia lambat. Bukan dia tak usaha. Dia dah kenal orang itu orang ini, tapi cinta tak kesampaian. Ko sape kan nak hukum bagai-bagai kenapa orang tu tak kahwin-kahwinkan? Atau memang dia dah sampai tahap berserah dah kat Allah swt. Redhalah mana jodoh yang datang, buat solat hajat dan istiqarah dengan doa agar dapat jodoh yang baik.

Buat yang belum kahwin, even dah masuk 3 series ... sampai masa korang akan redha juga. But bukalah hati luas-luas bahawa setiap apa yang Allah swt aturkan buat kita ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Cuma kita kadang tak nampak. Sama ada kita dah tutup hati sendiri atau sebaliknya ....

Aku pernah dan masih melalui fasa kehidupan orang kutuk-kutuk aku. Asyik tanya soalan cepu emas perak dan gangsa. "Bila nak kahwin nie .... bila nak makan nasi minyak?" .... "Bila nak dapat kad jemputan nie ...?". Kadang rasa cam nak lempang, karate do ... taekwando ... silat gayong bagai kat orang camnie. Macam nak lipat kasi rapat je. 

Itu perasaan aku masa tu. Dulu. Kadang malu pun ada bila orang tanya macam tu. Habis kuat aku senyum, tak pun aku cakap ... "Esok saya nikahlah ...!". Dalam erti kata aku nie masih berdoa agar ada jodoh yang baik dan sempurna utk aku. Tambah plak kalau ada kenduri kendara kat kampung. Makcik ... mak jemah ... mak ngah ... dan segala mak yang ada, sibuk dok tanya .."Bila lagi ... bila lagi ....!". Adoi, boleh migrainlah. 

But hari ni, aku bersyukur sangat Allah lambatkan jodoh aku. Sebab apa aku bersyukur? Aku bersyukur bila abang dan adik-adik aku kahwin, aku boleh tolong mak ayah aku dan dorang time kenduri. Aku boleh ambil cuti awal. Aku tak payah nak minta izin sesape nak balik kampung. Aku boleh balik cuti lama sampai kenduri settle. Aku boleh tolong jagakan anak-anak abang dan adik aku bila dia orang memerlukan. Bab nie pun aku tak perlu minta izin sesape dan tak perlu nak bahagi masa dengan sesapa. So, aku boleh tolong dorang dengan senang hati. Hari ini baru aku nampak, apa yang Allah aturkan dalam hidup aku cukup cantik. Allah nak aku belajar dari pengalaman hidup berkeluarga abang dan adik2 aku. Banyak bendalah aku belajar. Cuma tak tahu lah pandai ke idak nie ... he he he

Walaupun apa yang aku tolong tu takdelah banyak ... tapi lebih dan kurang dapat juga aku membantu mak ayah dan adik beradik kandung aku. So, untuk sape yang masih belum ada jodoh tu janganlah stress. Usaha, Doa, Tawakal dan Redha. Memang diakui ada masanya hidup nie sunyi sebab kita takda pasangan. Nak buat itu nak buat ini sesama. Diakui kadang ada rasa cemburu tengok kengkawan. Nak nak bagi orang yang pernah lalui zaman bercinta ... macam aku. Lagi sadis hati nie tengok orang bercouple. Sentap mak! Tapi untuk legakan semua tu, baiklah doakan kebahagiaan mereka. Hati ko senang, hati dorang pun bertambah senang.

Sekarang nie, bila aku sedang melalui fasa-fasa untuk menjadi seorang isteri .... dalam kepala aku banyak benda yang aku fikir. Terutama ... mampukah aku menjadi seorang isteri yang dapat menjadi hati seorang suami dengan baik? Mampu ke aku yang sekian lama hidup sorang nie jadi isteri solehah? Mampukah aku menjadi sebaik-baik hiasan kepada seorang lelaki yang bernama suami?


#doakan kehidupan masa depan aku ....





CK : Aku harap semuanya dipermudahkan oleh Dia Yang Maha Esa. Mudahkan dan akhiri dengan kebaikan.  Amin.

Wednesday, December 29, 2010

10 TANDA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Prof

Kredit to : Embun Malam [Thanks Dik]


CK : Jodoh owh jodoh....di mana di kau....he he he