Showing posts with label Menabung Untuk Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Menabung Untuk Anak-Anak. Show all posts

Friday, January 2, 2015

AGIHAN PENDAPATAN ASB 2014 DAN RANCANGAN SIMPANAN MASA DEPAN

Assalamualaikum ...


Dah ari kedua 2015! Tahun baru lagi. Aku dan hasben masih sambung cuti. Memilih untuk berehat-rehat je. Petang ini hujan pulak di Putrajaya. Sedapnye tarik selimut. Memandangkan aku ni cuma tunggu hari je, cuti pun sekadar stay at home. Tak jenjalan ke mana-mana pun. Lebih kepada masak, makan, kemas rumah, tengok tv .... rasa penat terus tido. Regangkan urat yang bersirat. Tak tahu nak ke mana-mana. Nak ke IOI City Mall Putrajaya pun rasa takde mood. Sebenarnya dah 2 kali ke sana. Belum ada yang menarik lagi. Jenjalan meregangkan otot kaki bolehlah. Masuk Tesco dekat di situ pun terasa macam masuk Pavillion plak, barang adalah mahal. Bagi orang macam aku tak digalakkan shopping barang dapur di situ. Boleh rabak poket seluar hasben aku! 

Tahun ini, tahun mengurangkan perbelanjaan yang merapu! Jauhi diri dari shopping mall.

Awal tahun, antara perkara yang dinanti adalah nak kemaskini buku ASB. Hiks, macam banyak sangat pelaburan yang ada. Walhal baru je nak start tahun nie serius menyimpan. Baki duit tahun-tahun sebelum ni berseredak macam seredak kue raya je. Buruk perangai, dah menyimpan asyik korek je. So, jangan haraplah dividen dan bonus ASB kau menimbun macam orang lain ye. Untuk tahun 2014 yang lalu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan adalah sebanyak RM7.50 sen seunit dan bonus adalah sebanyak RM1.00 sen seunit. So, korang dah boleh start update buku ASB korang tu. Macam biasa, dekat Putrajaya nie, pejabat ASNB di Presint 3 memang menjadi tumpuan. Beratur panjang giler sampai keluar pejabat. Pengsan kalau tengok! Kalau aku tak daya nak beratur macam tu. Tunggulah hujung Januari atau lepas deliver baby soleh solehah baru aku update. Dorang sumer pelaburan tak hengat punya banyak, tu yang sumer sibuk nak update awal-awal. Yang pelaburan ciput macam aku, kendian-kendian la update. kikikiki! Buat kerani kaunter tu gelak berguling je kalau aku update awal-awal cenggini. haks haks haks,

Untuk tahun 2015, aku dah buat perancangan simpanan sendiri. Menambah jumlah potongan gaji untuk akaun Tabung Haji aku. Memang paksa diri potong gaji lebih untuk tabung haji. 2014 aku cuma buat potongan gaji seratus je untuk Tabung Haji, selalunya aku kumpul syiling dan duit ketas seringgit untuk saving kat Tabung Haji. Bila fikir balik macam lambat je jadi banyak, so last year aku buat potongan gaji. Tahun nie aku tambah lagi amaun potongan gaji tu dah tu siap paksa hasben aku buat potongan gaji sama untuk Tabung Haji. Niat di hati nak sama-sama pergi menunaikan haji sesama. Macam  mak ayah aku tu. Hasben aku buat potongan lagi banyak dari isteri dia. he he he. Bajet nak lebih dari aku la tuh ...wakakakaka. Gurau je sayang! Insha Allah tahun 2016, aku akan up lagi amaun tu. Bila ada rezki lebih. Inshaa Allah. Dah anak soleh solehah keluar nanti, nak fikir untuk saving dekat anak lagi, beli insurans anak lagi .... banyak nak kena fikir. Terutama saving untuk pelajaran anak. Kalau boleh taknaklah pinjam PTPTN, sebab aku sendiri pun saraan JPA. Taknaklah anak menanggung beban PTPTN yang tak sudah tu. Tengok kengkawan aku yang kena bayar balik pinjaman PTPTN tu pun aku dah cukup kesian sangat. Itu perancangan aku untuk anaklah. Selebihnya Allah jua yang menentukan. 

Hasben aku pesan, 2015 adalah tahun menyimpan dan berjimat cermat. Sejujurnya, kami dah berhorey-horey selamat 365 hari selepas kahwin. Ini tahun kedua perkahwinan kami, so kena lah cepat sedar untuk menyimpan. Kena paksa diri untuk istiqamah melakukan kebaikan. Bukan untuk sesiapa pun tetapi untuk keluarga kecil kami. Sekarang nie zaman menuntut duit sepanjang masa, kalau leka memang habis ... parah la jawabnya.

Saving yang jadi tumpuan sekarang ini, lebih kepada;


#tabung pembelian rumah ... untung sapa yang dah ada rumah awal-awal lagi. Kami baru nak mula ...

#tabung untuk anak....terutama pendidikan

#tabung menunaikan haji di tanah suci...harap dalam umur 50 tahun dah boleh jejak kaki bersama ke sana

#tabung kecemasan...wajib untuk kesihatan dan sebagainya yang seangkatan

#tabung melancong...sunat jika ada duit lebey. ha ha ha ha




Hasben pun siap pesan, kurangkan perbelanjaan yang tak sepatutnya. Walaupun gaji sama-sama kocik, tak bermakna tak boleh menabung. Pelan-pelan kayuh. Dan berusaha untuk tingkatkan pendapatan. Mana tahu, Allah murahkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Ameen. Senang cakap dan kesimpulannya, 2015 tahun menabung buat kami sekeluarga. Anda bagaimana???




p/s : Moga usaha ini membuahkan hasil yang baik. Ameen.

Friday, August 23, 2013

KESEDARAN IBUBAPA ZAMAN SEKARANG TENTANG MENABUNG UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum ...


Aku baru lepas balik dari bank in duit dalam ASB. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sket masa dapat gaji semalam. So, dapatlah aku menabung lebih dalam akaun ASB aku. Asyik dok mengorek je, menimbunnya jarang ... bukit pun boleh rata nanti. Akaun Tabung Haji je aku amat jarang korek, nak menimbun pun kadang-kadang juga. Gaji aku sekadar selesa je (Alhamdulillah, cukuplah menampung diri sendiri dan mak ayah sket-sket), nak bermewah tu memang tidaklah. Kalau ada OT lebih, dapatlah aku menabung tuk masa depan ... tak pun bagi mak ayah sket-sket.

Memandangkan ASB aku tu makin susut, aku decide nak top up balik dengan rezeki lebih yang aku dapat masa bulan puasa aritu. Dan masa kat PNB (Perbadanan Nasional Berhad) sambil dok tunggu no. gililiran, terus terniat dan berazam dalam hati ... "lepas nie nak top up terus duit ASB, berdikit pun tak apa ... nak janji dengan diri sendiri takmoh korek-korek lagi akaun nie mcm akaun Tabung Haji. Azam neh!".

Sambil dok tunggu giliran aku dipanggil, aku tengok ramai mak ayah yang nak simpan duit raya anak-anak dalam akaun ASB. Aku dulu tak lalui zaman-zaman camnie. Aku ada ASB masa dah sekolah menengah. Tu pun aku buka akaun kat sekolah. Yelah, sekolah kampung. Mak ayah pesawah. Apalah sangat kesedaran dorang tentang menabung nie kecuali dengan membekalkan tabung buluh serta tabung ayam kat aku dengan abang je masa tu. 1st akaun aku dengan Bank Simpanan Nasional. Jenis menabung yang style tampal setem 20 sen dekat kad BSN tu. Bila kad BSN tu dah penuh, ko boleh la bagi dekat van BSN bergerak yang datang kat sekolah. Nanti kerani BSN akan update buku akaun bank. Sebab itulah, masa sekolah dulu kalau ada duit lebih aku akan beli setem untuk tampal dekat kad menabung BSN. Kat rumah plak, mak ayah dah siapkan tabung buluh sorang satu kat aku dengan abang. Masa tu aku takde adik lagi rasanye, merasalah jadi anak bongsu dekat 5 tahun juga. Tuh yang manja semacam sampai ke tua. Bila dah ada adik, takleh terima hakikat kena jadi kakak ... apalah!

Ibu bapa sekarang nie, bila anak lahir je terus buka buku akaun bank. Terutamanya ASB dan Tabung Haji. Aku tengok majoriti kawan-kawan aku yang ada anak, mesti anak dorang dah ada buku akaun bank. Paling koman pun sorang satu. Macam adik aku, anak dia 3-3 orang sekali ada buku akaun bank. Umur sebulan dah ada duit ratus-ratus dah dalam akaun. Adik aku siap buka akaun ASB, ASN dan Tabung Haji untuk anak-anak dia. Duit raya semua longgok dalam tu. Pastu, untuk akaun Tabung Haji plak ... adik aku suami isteri buat potongan gaji sorang RM20 sebulan untuk masukkan dalam akaun anak-anak dia. Nampak sket, tapi kalau dah simpan sampai 20 tahun campur dividen lagi, mestilah jadi banyak. Itu belum campur collection duit raya lagi. Budak-budak sekarang nie yang jenis ibubapa ada kesedaran menabung sure duit dah ribu riban dalam akaun. Walhal belum keje pun lagi. Umur pun belum cukup 12 tahun, tapi duit dah banyak dari orang dah keje. Akulah tu ... asyik korek je! muahahahahahha

Sebulan RM20 x 12 bulan x 20 tahun ... dah berapakan? RM4,800.00 ... belum campur dividen .... belum campur duit raya ... belum campur duit anak-anak yang menabung sendiri hari-hari lagi. Cukup umur 20 tahun dah ada dalam RM20K. Eh, okeylah kalau golongan sederhana cam kita, anak-anak ada duit sebanyak tu. Tak yah kot nak sibuk pinjam duit PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) lagi. Tak yah sibuk nama kena blacklist sebab tak bayar duit PTPTN. Nasib baiklah aku belajar dulu loan dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Hui ... selamat sket, Alhamdulillah. Bayar loan JPA pun ikut sukahati je, tapi tetiap bulan memang aku konsisten bayar la. Hutang weh, boleh dibawa mati ... dah pandai pinjam kenalah reti membayar!



Itu bab ibubapa yang sedar tentang pentingnye menabung untuk anak-anak. So, nak menabung nie korang kenalah belajar atau cari tips bijak berbelanja dan cara mudah untuk menabung. Kenalah belajar set matlamat. Kena ada ilmu juga menabung nie. Jangan main hentam sajalah! Carilah cara mudah untuk menabung. Bukan masa depan korang je, tapi masa depan anak-anak juga ;)

Sesape yang belum menabung untuk anak-anak terutama untuk pendidikan anak-anak, silalah mulakan dari sekarang. Senang masa depan korang dan anak-anak nanti. Aku tertarik membaca tips menabung tabung bunian dari blogger Eyriqazz. In Shaa Allah, bila aku ada anak nanti ... aku akan follow tips dari Eyriqazz nie. Amat berguna!

Dan sekarang ini, konsep aku menabung lebih kurang sama dengan Nurul Jamian. Tapi dia lebih sikitlah dari aku. Aku kurang daripada dia. he he he. Boleh tengok sini tips menabung cara Nurul Jamian.

Itu ajelah kot aku nak share dengan korang. Moga dapat beri manfaat bersama ...happy reading!




CK : Aku ada tabung dekat rumah dan juga office. Semua duit seringgit dan syiling aku tabungkan ... tabung nak travel tu. Guna saki baki belanja hari-hari je