Showing posts with label Tips Menabung. Show all posts
Showing posts with label Tips Menabung. Show all posts

Monday, January 12, 2015

SYILING DAN SERINGGIT : TABUNGAN 2014

Assalamualaikum ...


Selain cerita bab makan, tayang makanan sampai terliur semua orang ... bercerita tentang duit juga menjadi salah satu kesukaan aku. Termasuk korang juga aku rasa. Duit, apa yang tak bestkan? Dunia sekarang ni, segala-galanya perlukan duit walaupun duit bukanlah segala-galanya. Tapi, jangan sampai jadi hamba duit sudahlah. Kuasa duit ni sangat besar pada zaman sekarang. Kerana duit kadang kita hilang orang tersayang, hilang kawan, hilang harga diri dan sebagainya. Kerana duit juga kita boleh ada kawan, orang semakin sayang bila duit menipis sayang melayang dan menjadi sanjungan!

Seronokkan ada duit banyak. Boleh beli macam-macam. Shopping tak ingat dunia. Travel sana sini dengan sukahati. Dan jangan lupa bersedekah jua ;p! Kadangkala bila kita berduit sangat, kita diuji dengan kealpaan. Itu yang takut tu. Takut lupa diri dan lupa Allah swt.

Macam aku, tak adalah berduit sangat. Maksud aku kehidupan aku dulu dan sekarang bukanlah kategori mewah. Bukan kategori, kau sebut hari ini esok dah boleh beli. Bukan! Aku ni kategori sederhana sahaja bab kewangan. Gaji pun Alhamdulillah, cukup untuk aku dan keluarga termasuk mak ayah. Selesa. Kadang terasa nak keluar dari comfort zone. Namun, aku tetap bersyukur sebab dapat bagi mak ayah setiap bulan walaupun tak banyak dah satu rahmat dalam kehidupan aku. Sungguh! Buat hati jadi tenang. Macam aku pernah cerita dekat korang sebelum ini, mak aku selalu pesan, walau sekecil mana atau sebesar mana pun gaji/rezeki yang kita dapat ... bersyukurlah sentiasa. Syukur akan menjadikan yang kurang itu sentiasa cukup dan mungkin lebih. 

Dan kerana aku tahu aku bukan dilahirkan sebagai seorang anak dalam keluarga yang mewah dan sangat berada, maka aku meneruskan minat aku untuk menabung secara kecil-kecilan. Maksud aku bukan tabungan tetap la, macam menyimpan di Tabung Haji dan pelaburan insurans. Bak kata Tun Mahathir, nak menabung ni jangan tunggu kaya. Mulakan dari sekarang.

Sejak tahun 2004, aku dah suka sangat menabung syiling dan duit seringgit. Lepas tu masukkan dalam akaun, kadang tu tersalah langkah aku belanjakan dengan selamba. Penat je mengumpul. Kadang aku guna bila sesak sangat. he he he. Untuk tahun 2014, aku dah mengira hasil tabungan duit seringgit. Tengok gambar di bawah ini. Aku dapat lebih kurang RM530.00 untuk setahun. Siap ikat dengan getah kemas-kemas nak bawa pergi tukar. Kawan hasben aku yang ada restoran tu katanya nak tukar duit seringgit, bolehlah aku tukar dengan dia. Kalau dia taknak aku bawa je pergi ke bank harimau. Simpan sana sekejap. Pastu guna buat bayar bil apa yang patut. Selain duit kertas seringgit, aku juga gila menabung duit syiling.


Hah, nin dia, ini adalah duit syiling aku bagi tahun 2014. Ada lagi duit yang dekat office yang belum dilambakkan sekali. Duit syiling 2014 tak semeriah mana. Belum kira lagi ni. Aku harap bolehlah dapat dalam dua ratus ringgit. Campur dengan duit kertas seringgit tu adalah dalam RM700. RM700 setahun untuk simpanan suka-suka sebagai hobi ... banyak jugakkan? Boleh la lepas sesak-sesak. Kalau taknak belanjakan, sila simpan. Nanti hujung tahun boleh kira dividen dan bonus sekali lagi. kikikiki.


Eh, kerongsang pun terselit dekat situ. Nak memberatkan keadaanlah tu.  Sekarang ni semua tabung aku dah kosong. Termasuk tabung tin biskut. Mulai 2015, aku nak berlawan dengan hasben. Duit syiling sapa yang paling banyak. Lepas tu aku dah target untuk simpan sehari 2 keping duit kertas seringgit. Maknanya, sehari 2 hengget la! Mula-mula menyimpan dulu aku rasa macam susah je, tapi bila tengok hasil yang terkumpul, senyum terus jadi lebar. Rasa seronok menguasai diri dengan selambanya!

Simpanan suka-suka ini sebenarnya lebih banyak digunakan untuk kecemasan. Dan kadang-kadang tujuan simpan pun untuk membelanjakan secara suka-suka juga tanpa menganggu gugat simpanan tetap! keh keh keh .... baguih sungguh!



p/s : Nanti dah ada anak, syiling tu buat beli eskrem dia ajelah. 

Friday, August 23, 2013

KESEDARAN IBUBAPA ZAMAN SEKARANG TENTANG MENABUNG UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum ...


Aku baru lepas balik dari bank in duit dalam ASB. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sket masa dapat gaji semalam. So, dapatlah aku menabung lebih dalam akaun ASB aku. Asyik dok mengorek je, menimbunnya jarang ... bukit pun boleh rata nanti. Akaun Tabung Haji je aku amat jarang korek, nak menimbun pun kadang-kadang juga. Gaji aku sekadar selesa je (Alhamdulillah, cukuplah menampung diri sendiri dan mak ayah sket-sket), nak bermewah tu memang tidaklah. Kalau ada OT lebih, dapatlah aku menabung tuk masa depan ... tak pun bagi mak ayah sket-sket.

Memandangkan ASB aku tu makin susut, aku decide nak top up balik dengan rezeki lebih yang aku dapat masa bulan puasa aritu. Dan masa kat PNB (Perbadanan Nasional Berhad) sambil dok tunggu no. gililiran, terus terniat dan berazam dalam hati ... "lepas nie nak top up terus duit ASB, berdikit pun tak apa ... nak janji dengan diri sendiri takmoh korek-korek lagi akaun nie mcm akaun Tabung Haji. Azam neh!".

Sambil dok tunggu giliran aku dipanggil, aku tengok ramai mak ayah yang nak simpan duit raya anak-anak dalam akaun ASB. Aku dulu tak lalui zaman-zaman camnie. Aku ada ASB masa dah sekolah menengah. Tu pun aku buka akaun kat sekolah. Yelah, sekolah kampung. Mak ayah pesawah. Apalah sangat kesedaran dorang tentang menabung nie kecuali dengan membekalkan tabung buluh serta tabung ayam kat aku dengan abang je masa tu. 1st akaun aku dengan Bank Simpanan Nasional. Jenis menabung yang style tampal setem 20 sen dekat kad BSN tu. Bila kad BSN tu dah penuh, ko boleh la bagi dekat van BSN bergerak yang datang kat sekolah. Nanti kerani BSN akan update buku akaun bank. Sebab itulah, masa sekolah dulu kalau ada duit lebih aku akan beli setem untuk tampal dekat kad menabung BSN. Kat rumah plak, mak ayah dah siapkan tabung buluh sorang satu kat aku dengan abang. Masa tu aku takde adik lagi rasanye, merasalah jadi anak bongsu dekat 5 tahun juga. Tuh yang manja semacam sampai ke tua. Bila dah ada adik, takleh terima hakikat kena jadi kakak ... apalah!

Ibu bapa sekarang nie, bila anak lahir je terus buka buku akaun bank. Terutamanya ASB dan Tabung Haji. Aku tengok majoriti kawan-kawan aku yang ada anak, mesti anak dorang dah ada buku akaun bank. Paling koman pun sorang satu. Macam adik aku, anak dia 3-3 orang sekali ada buku akaun bank. Umur sebulan dah ada duit ratus-ratus dah dalam akaun. Adik aku siap buka akaun ASB, ASN dan Tabung Haji untuk anak-anak dia. Duit raya semua longgok dalam tu. Pastu, untuk akaun Tabung Haji plak ... adik aku suami isteri buat potongan gaji sorang RM20 sebulan untuk masukkan dalam akaun anak-anak dia. Nampak sket, tapi kalau dah simpan sampai 20 tahun campur dividen lagi, mestilah jadi banyak. Itu belum campur collection duit raya lagi. Budak-budak sekarang nie yang jenis ibubapa ada kesedaran menabung sure duit dah ribu riban dalam akaun. Walhal belum keje pun lagi. Umur pun belum cukup 12 tahun, tapi duit dah banyak dari orang dah keje. Akulah tu ... asyik korek je! muahahahahahha

Sebulan RM20 x 12 bulan x 20 tahun ... dah berapakan? RM4,800.00 ... belum campur dividen .... belum campur duit raya ... belum campur duit anak-anak yang menabung sendiri hari-hari lagi. Cukup umur 20 tahun dah ada dalam RM20K. Eh, okeylah kalau golongan sederhana cam kita, anak-anak ada duit sebanyak tu. Tak yah kot nak sibuk pinjam duit PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) lagi. Tak yah sibuk nama kena blacklist sebab tak bayar duit PTPTN. Nasib baiklah aku belajar dulu loan dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Hui ... selamat sket, Alhamdulillah. Bayar loan JPA pun ikut sukahati je, tapi tetiap bulan memang aku konsisten bayar la. Hutang weh, boleh dibawa mati ... dah pandai pinjam kenalah reti membayar!



Itu bab ibubapa yang sedar tentang pentingnye menabung untuk anak-anak. So, nak menabung nie korang kenalah belajar atau cari tips bijak berbelanja dan cara mudah untuk menabung. Kenalah belajar set matlamat. Kena ada ilmu juga menabung nie. Jangan main hentam sajalah! Carilah cara mudah untuk menabung. Bukan masa depan korang je, tapi masa depan anak-anak juga ;)

Sesape yang belum menabung untuk anak-anak terutama untuk pendidikan anak-anak, silalah mulakan dari sekarang. Senang masa depan korang dan anak-anak nanti. Aku tertarik membaca tips menabung tabung bunian dari blogger Eyriqazz. In Shaa Allah, bila aku ada anak nanti ... aku akan follow tips dari Eyriqazz nie. Amat berguna!

Dan sekarang ini, konsep aku menabung lebih kurang sama dengan Nurul Jamian. Tapi dia lebih sikitlah dari aku. Aku kurang daripada dia. he he he. Boleh tengok sini tips menabung cara Nurul Jamian.

Itu ajelah kot aku nak share dengan korang. Moga dapat beri manfaat bersama ...happy reading!




CK : Aku ada tabung dekat rumah dan juga office. Semua duit seringgit dan syiling aku tabungkan ... tabung nak travel tu. Guna saki baki belanja hari-hari je