Showing posts with label Pengasuh. Show all posts
Showing posts with label Pengasuh. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

ISKANDAR YANG BEHAVE

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, Iskandar dengar dan ikut cakap-cakap mommy dan babah. Semalam pengasuh cakap Iskandar okey-okey je. Tak meragam. Hari pertama ... LULUS! Thanks Iskandar bagi kerjasama yang baik. Mommy proud of you sayang!! Masa hantar pagi semalam Iskandar tido, kemudian bangun sekejap dan menyusu pastu tido balik. Pheewww lega rasa hati aku. Kalau tak memang gusar je memanjang. Tengahari aku call, pengasuh loud speaker .... pengasuh cakap Iskandar senyum-senyum lebar dengar suara aku. Part nie memang buat hati mommy sayu giler kot! Maklumlah dah setengah hari Iskandar tak dengar suara aku bebel-bebel kat telinga dia. Then bila suara aku hilang dari phone, Iskandar dah start menangis dan cari-cari suara aku. Owh, my baby!! Bila pengasuh cakap camtu, mata aku terus bergenang. Okey, mommy memang cewek sket. 

Petang Iskandar bangun dan nangis-nangis ... puas pengasuh pujuk, rupanya tak perasaan Iskandar dah yak-yak!! Bila dah basuh yak-yak barulah Iskandar happy macam baru dapat wang berjuta ;p, Actually, anak soleh aku memang penggeli. Setiap kali berak, walau sesedap mana mimpi sekalipun, pasti Iskandar akan celik mata. Kemudian heeek...heeek minta kita basuhkan punggung cepat-cepat. Hoish, kecik-kecik dah penggeli nie. Ikut sapelah tu kan ... Pernah satu pagi yang gelap gulita tu, Iskandar yak-yak dan aku tak terfikir untuk check diapers. Almaklumlah, mata bagai dilekatkan dengan gam gajah, sibuk bagi susu sebab nak suruh Iskandar tido cepat. Sian Iskandar macam kena paksa tido dalam masa yang sama poo poo melekat kat mooontoot! Gelilah kawan tu nak tido, dah tu mana boleh nak dapat mimpi indah lagi kalau dah berak time tido. hahahaha! Segala mimpi pun menjauh sebab busukkkkk ... kikikiki! Bila bangun awal pagi, tengok moontoot Iskandar, yeaaakkkk poo poo dah berlepat-lepat. Nasib baik baru 2-3 jam, itupun aku dah geli. Kalau dari malam sampai ke pagi ... hoish sian moonntot melecet. And sejak tu, aku akan check diapers Iskandar! My weakness kan! ermmmm, tak boleh tercalon ibu mithali lagi neh. Banyak ilmu kena gali. 

Time aku jemput Iskandar semalam, terus aku amek dari dukungan pengasuh. Iskandar siap nyondol-nyondol badan aku. Manja sangat....lebih manja dari selalu! Tangan letak atas bahu. Lepas tu, diam je. Lepas ambil Iskandar, aku dengan hasben pergi Alamanda sebab nak cari termometer untuk Iskandar. Dari rumah pengasuh sampai Alamanda dan sampai balik rumah, Iskandar diam je. Tak macam selalu resah je kalau pi shopping complex. Ini tak, memeluk aku macam taknak lepas. Serius buat aku pelik. Eh, dah nape plak Iskandar nie? Risau hati pun ada. Naik kereta aku breastfeed Iskandar, dia pegang je tangan aku. Aku plak ... eh, eh, eeeeehhh! Tak pernah camnie. Bila sampai rumah, aku panggil Iskandar ... ajak borak bagai, Iskandar taknak pandang muke aku. Ewah dengan babah bukan main sembang kuat. Dengan mommy pandang pun taknak. Kena siasat napelah anak mommy tertiba macam nak pinggirkan mommy....sebak sekejap!

Rupanya baru aku tahu, Iskandar macam sedih ... selalu aku dengan dia 24/7 sejak lahir. Then sampai satu masa dia kena berpisah sekejap. Tahu tak macam mana aku boleh tahu semua nie? Bila Iskandar taknak pandang muka aku, bila malam Iskandar tido ... aku bisik kat telinga comel dia, "mommy minta maaf, mommy bukan sengaja nak hantar Iskandar ke rumah pengasuh. nanti mommy kena kerja ... mommy dgn babah cari duit untuk besarkan Iskandar, nak sekolahkan Iskandar nanti. kita bukan orang kaya sayang, so ... mommy dgn babah kena kerja utk teruskan kehidupan dgn baik dn sempurna. maafkan mommy tak dapat jaga Iskandar 24/7 tau. mommy harap Iskandar faham. apapun mommy sayang Iskandar dunia akhirat. terima kasih sebab behave di rumah pengasuh ya sayang. mommy love u!". Aku ulang-ulang cakap masa Iskandar tido malam tadi. Alhamdulillah, bangun pagi ni Iskandar nak pandang muke aku. Dah sembang dgn aku. Hati mommy berbunga balik ;p

Pagi ni nak hantar ke rumah pengasuh, Iskandar pandang je muka aku dari keluar rumah sampailah ke ofis hasben. Jari jemari dia tak lepas genggam jari aku. Sedangkan sebelum ni tak pernah pun Iskandar genggam jari aku walaupun aku dok usaha bagi dia genggam. Fikirlah, hati ibu mana yang tak sayukan kalau macam nie. 

Sampai kat rumah pengasuh pagi tadi, pengasuh terus amik dan dukung. Aku peluk cium, tinggalkan pesanan sikit ... aku tengok Iskandar diam je. Untuk sedapkan hati, aku cakap kat pengasuh, "iskandar dah mengantuk nie bangun awal, rasanya dia dah nak tdooo!". 

Iskandar kecik lagi, dia tak tahu cabaran hidup. Iskandar belum memahami sepenuhnya. Aku harap Iskandar akan terus 'behave' dan beri kerjasama yang baik pada aku, hasben dan pengasuhnya! Aku sendiri terkilan tetiba ... dan up status nie kat FB aku tadi. Ini hati kecik aku yang berkata-kata. Hati korang aku taktahulah macam mana. Sebab hati kita lain-lain! Kan ....


Ya, aku tahu .... jadi ibu hati memang kena tabah dan kuat semangat! 
Selama ini aku cuma pandang, sekarang ini aku lalui sendiri. 




Love, mommy Iskandar!

Friday, October 31, 2014

PENGASUH ... OH! PENGASUH

Assalamualaikum ….



Semalam hangat pasal kisah budak 3 tahun kena ikat kaki dan tangan oleh pengasuh di Kepala Batas. Mak budak nie siap buat spotcheck tengok anak dia kena ikat kat rumah pengasuh yang tak berhati perut. Oih, kejam giler babas kot pengasuh nie. Takde akal ke hape? Budak 3 tahun tu apalah cerdiknye sangat. Nama pun budak. Yang ko dah kenapa pi ikat kaki tangan dia .... kejam kot. Aku yang tengok gambar pun rasa geram, marah, sakit hati ... dan rasa nak pelempang je pengasuh tu. Hati ada tak? Ihsan ada tak? Akal ko ade tak? Kalau ye pun budak tu nakal or hyper active, aku rasa itu biasalah. Nama pun budak. Masa aku jaga anak-anak buah aku tu, sama je nakalnye. Habis bilik disiramnye dengan bedak powder. Satu bilik abang aku dorang sepahkan. Takdelah pulak aku nak rotan.  Nak ikat kaki dan tangan jauh sekali. Walhal hati marah membara neh. Setakat cubit sedas dua tu pernah la. Cubit-cubit sayang!  Cuma bebelan aku la panjang sket. Budak, dorang tahu aku marah sekejap ... kang datang berdempek balik kat aku. Tapi janganlah kau ikat kaki tangan dia. Dah tu tangan ko ikat kebelakang plak tu. Sakit weh. Meh sini aku ikat ko sekali, merasa sehari kena ikat. Nanti kau tau la rasa sakit tu macam budak tuh rasa.

Bila keluar kes sebegini, hati aku jadi gusar. Yelah, aku dan hasben sekarang nie pun sibuk dok survey pengasuh untuk anak soleh solehah yang bakal lahir 3 bulan lagi neh. Kejap je tau masa berlalu. Dari sekarang dah kena cari dah. Nursery dekat ofis aku amek baby 6 bulan ke atas. Aku cadang nak amek cuti bersalin 3 bulan. So, tak dapatlah nak letak kat nursery ofis nie. Kena tunggu 3 bulan selepas tu baru boleh. Nak beranak banyak-banyak umur pun dah limit, itu yang amek cuti bersalin 3 bulan. Aku dgn hasben plan paling ramai anak soleh solehah yang boleh hanya 3 orang disebabkan faktor umur aku. Aku plak dok mengidam kalau boleh anak kedua tu biarlah kembar. Keturunan sebelah hasben ada kembar. Tu yang aku dok berangan sakan nak anak kembar tuh. Walaupun aku memang tahu, menjaga anak kembar ni mencabar dan kosnye pun double. Tapi percayalah setiap anak membawa rezekinya sendiri yang Allah swt akan bagi. Dah nak ada anak nie, soal pengasuhlah yang menjadi keresahan bersama suami isteri.

Aku dan hasben ada plan nak bagi adik ipar hasben jaga. Aku on aje kalau dia nak jaga. Cuma aku target kalau boleh, biarlah dia jaga sampai umur setahun atau 2 tahun je. Selebihnye aku  nak letak  dekat nursery. Aku nak anak aku nie berkawan dan bijak menjadlinkan silaturrahim dengan orang lain dengan cara yang berhemah. Biarlah networking dia luas. Dan pandangan kehidupan dia lebih luas. Lagi satu, aku taknak kasih sayang tu terbahagi ke sana ke mari. Aku pun risau kalau anak aku nanti lebih sayangkan pengasuhnye berbanding mak ayah. Sadis hati mommy nanti tau. Yelah, nak dapat anak bukannye senang. Kadang dapat pengasuh yang terlampau baik, anak kita dah macam anak dia. Itupun aku taknak jugak. Anak kena dera dengan pengasuh lagilah aku taknak.  

Kadang sampai terfikir nak jadi surirumah. Alasan utama of course sebab anak. Tapi keadaan tak mengizinkan. Hasben cakap, ekonomi kitaorang pun tak sebaik orang lain lagi. So, kenalah 2-2 orang kerja. Takpelah, sampai masa bila plan bisnes aku dah jalan ... ekonomi dah stabil, memang aku plan nak bersara awal. Apapun semuanya bergantung kepada keadaan nanti. Moga murahlah rezeki aku dah keluarga hendaknya. Kalau aku tak bersara awal sekalipun, aku memang mengharap yang aku dan hasben boleh bagi tumpuan sepenuhnya pada didikan anak, mengajar dia tentang kehidupan ini. Aku nak anak-anak soleh solehah aku nanti tahu menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Aku nak mereka bijak berdikari dan disegani. Itu impian dan harapan aku yang bakal nak jadi mommy nie.

Zaman sekarang mendidik anak sangat-sangat mencabar. Tak macam zaman aku dulu. Mak ayah adalah rujukan utama. Apa yang diarahkan ikut tanpa sebarang bantahan. Takde eeeekkkk ... takde ooook. Berani nak melawan, kang dapat status anak derhaka. Takmolah aku! Dah la nak mendidik anak pun  mencabar, nak cari pengasuh anak pun mencabar jugak. Dapat plak pengasuh dok ikat kaki tangan anak kita, mahu tak aman rasa hati neh! Hidup pun rasa tak senang. Dunia....dunia, rasa kiamat dah hampir dah! Manusia pun ko nak ikat macam binatang. Tapi aku tahu tak semua pengasuh kejam macam tu. Pengasuh nie aku rasa tak cukup kasih sayang kot .... tak pun kurang kewarasan dan keihsanan di hati dia. 





p/s : Rasa macam tak sabar nak lahirkan little khalifah nie. Makin lama makin cerdik dalam perut mommy. Haish, buat mommy geram je ngan kamu tau.