Friday, November 29, 2013

GURAU SENDA MANJA HASBEN-N-WIFE (BUKAN 18sx)

Assalamualaikum ....




Korang jangan salah anggap dengan tajuk entry aku. Ini bukan cerita 18sx ke hape. Ini Cuma gurau senda dengan hasben yang biasa-biasa saja. Kalau yang luarbiasa tu biarlah kami hasben-n-wife je yang tahuk.  Kah kah kah. Haippp budak-budak dok diam.

Hasben aku nie walaupun serius dan muka ce-nge (orang Kedah la kata) tapi dia adalah seorang yang kelakar. Sifat dia nie aku kenal sejak 8 tahun lopeh sampai la skang. Tak berubah. Camtulah dia. Kot dia buat muke serius, BFF aku pun malas nak tegur.  So, aku selalu la kena pujuk BFF aku tuh, “muka hasben aku memang garang tapi dia baik … ha ha ha ha!”.


Kerana sifat diri hasben yang suke buat lawak, pastu aku yang memanjang terkena … apa salahnye kalau aku pula kenakan hasben dengan cara yang terhormat. Sorry yek hasben! Gurau senda dari isteri je neh. Sejak hasben dah berjauhan keje dari aku, sejak itu jugak hasben selalu call aku. Bukan call cakap rindu ke hape. Tapi call minta nasihat camne nak buat ayat cun dalam surat rasmi, nak buat itu nak buat ini. Akulah kena membantu dia. Sebab selama nie dia bukan bertenggek depan pc 8 jam sehari macam sekarang. Keje dia dulu banyak jumpa orang. Surat tak banyak buat. Sekang nasib dia kena buat itu dan ini, sampai aku pun sekali menjadi ter’terror’ dengan urusan keje dia.

Bila time aku call hasben kat office petang-petang, aku akan dapat dialog macam nie …
.

Hasben : Waktu pejabat telah tamat pada jam 5.30 petang. Sila hubungi semula pada keesokan hari. Tetapi memandangkan hari ini hari Jumaat, sila hubungi pada haRi Isnin dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tuuuutttt tuuuuuut:

Aku : Hubby tak yah buat lawak okeh …. Jom balik

Hasben : Ini office sila jangan panggil hubby, panggil hubby di rumah sahaja……hahahahhahah



Pastu dua-dua gelak! Camtulah hasben buat aku setiap kali aku call dia setiap 5.30petang. Adui, mula-mula dulu aku terkejut juga. Ingat mesin jawab call. Upernya suami sendirik! Aiyak! Petang nie aku plak kenakan hasben bila hasben call aku kat office tadi. Bila lagi kan nak kenakan dia …. Gurau senda hasben-n-wife moga bahagie hingga ke syurga Allah kan….



Hasben : Hello ….

Aku : Waktu pejabat akan tamat 10 minit lagi, sila hubungi semula pada hari Isnin kerana esok Sabtu pejabat bercuti.

Hasben : ........................(diam di hujung talian) kah kah kah kah ….. hubby ingat tersalah call pasaraya tadi. Dah macam kat Tesco je buat pengumuman waktu perniagaan tamat. Dah nak masuk 30 hari jadi hasben-n-wife nie, sayang dah pandai buat lawak macam-macam. Terserlah perangai pelik-pelik.

Aku : ha ha ha ha …. Tengoklah sapa gurunye….. Dah dah jom kite balik.



Itu je lawak yang mampu aku buat. Tu pun aku dok tengok perangai hasben. Sedikit sebanyak aku terikut dengan tak sengaja. Kadang hasben sendiri bengang …. Pastu mulalah cakap, “sayang nie dah macam-macam la, pelik tau!”.

Untung kot dapat isteri yang belajar buat lawak untuk hiburkan hati suami! Sila terharu ye hasben ku sayang. 8 tahun dulu tak jumpa perangai camnie. Dah jadi hasben-n-wife baru teserlah …. Hikhikhikhikhik……..



CK : Esok dah 30 hari ...... jadi suami isteri. Alhamdulillah

CUTI NUZUL AL-QURAN BUAT KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN BERMULA 2014

Assalamualaikum ...


Hari tu beriya up entry pasai jadual gaji, hari nie pasai cuti plak! Mula-mula plan duwet gaji, sekang plan cuti. Syiiok. Alhamdulillah, bermula tahun 2014 ... Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dapat cuti umum sehari bagi Nuzul Al Quran. Suke mak!

Baru la boleh plan balik kampung. Aku nie asal hujung tahun je dah print calendar tahun baru yang dekat outlook tu untuk plan cuti. Dah siap label cuti umum bagai kat calendar tuh. Senang nak balik kampung yang jauh. Rindu mak ayah membuak-buak dah nie. Sejak dah kahwin rindu mak ayah makin melampau. Siang malam dok ingat. Nak-nak ayah aku pulak tak berapa nak sihat. Sian ayah, moga cepat sembuh ye. *doakan kesihatan ayah aku ye*




Sekarang nie dah bersuami, cuti kenalah plan dengan suami. Tak boleh nak syok sendiri seperti tahun sebelumnye. Tak boleh nak beli tiket flight secara online dengan membabi bute dah. Dulu, asal tiket flight murah tak kiralah MAS ke AA ke ... mesti aku booking untuk setahun. Adalah 3-4 kali trip. Selebihnye balik drive sendiri ... malas drive baru naik flight. Kadang harga ticket flight lagi murah dari kos aku drive! Cuma sekang nie AA dan macam tak best dah. Hidden caj dia sesuka hati mak nenek je. Hye .... MAS plak tak selalu nak buat promo. Ntah apa yang kedekut sangat pun tak tau. Kadang aku balik A.Staq naik MAS .... flight tak penuh pun. Apasalahnye ko buat promosi ticket murah. Takde ruginye pun! Lagi untung ada lah kalau ramai guna servis kooo ... kan kan kan!!


Harap orang2 MAS nie bacalah entry aku .... buat promosi tu!!! hikhoookhihoook .... hehehhehe




CK : Balik nak masak, hasben nak solat jumaat. Takleh berjimba lagi dah.

Thursday, November 28, 2013

"EH, DAH KAHWIN KE?"

Assalamualaikum....




“Eh, dah kahwin ke?”

Itulah ayat yang paling popular diajukan kepada aku sejak aku dan jadi isteri orang pada 1 November 2013. Ya, aku dah pun jadi isteri orang. Sudah bersuami. Sudah boleh sharing is caring cerita ceritit orang berkahwin. Hehehehe. Ramai yang tak tahu perancangan kahwin aku tu. Actually aku pun tak plan yang aku akan tamatkan zaman bujang tahun ini. Jodohkan rezeki. Jadi, anggaplah ia rezeki tahun 2013. 


Alhamdulillah. Bila hasben aku melamar bulan Januari ke bulan Mac 2013 ntah … aku masih lagi samar-samar untuk bagi keputusan. Nak kahwin ke tak … nak kahwin ke tak? Terukkan aku nie? Sampai 3 kali aku mencuba untuk meluahkan hasrat untuk mendirikan rumahtangga kat parent aku. Tak reti nak mula kat mana plus malu tapi mahu pun ada. Kah kah kah kah …. Saja buat kalut.


Memang benar aku diam-diam bertunang. Yang tahu cuma family kedua belah pihak sahaja. Kawan-kawan yang tahu cuma sorang dua sahaja. Mak aku cakap, bertunang ajepun … bertunang tu bermaksud baru merancang. Sebaiknya ia dirahsiakan. Masa tu hasben pun suruh aku rahsiakan pertunangan kami. Kalau dia tak suruh pun, memang aku akan rahsiakan juga. Kami bertunang tak lama … tolak campur bahagi …. adalah dalam 4 bulan.  Selama tempoh bertunang, aku langsung tak upload gambo-gambo bertunang kat FB. Ha ha ha … bila dah dekat 2 minggu nak ijabkabul barulah aku siarkan gambar tu. Itupun sekeping dua je.


Bila dah upload gambar, kengkawan sibuklah pm kat FB sinun. “oiiit bertunang tak bagi tau pun ….berahsia sangatkan ko ni!”. Itu baru satu contoh ayat, Ada juga ayat-ayat keras, tapi tak yah la share. Kita share ayat lembut je. Hikhoookhiikkhooook. Aku hantar jemputan pada kengkawan jauh dengan khidmat Pos Malaysia, sebulan sebelum majlis. Kengkawan dekat 2 minggu sebelum majlis … kawan-kawan camtu camtu je …  seminggu sebelum majlis.  Ha ha ha mcm nak tak nak je ajak orang kan? Takdelah aku tahu, pulun sakan ngajak pun … yg tak datangnye ramai, menyakitkan hati aku je.


Aku nie takdelah ramai kawan pun …. Yelah, kawan reramai semua dah kahwin. Semua dah ada anak besau-besau dah. Aku je baru diberi rezeki oleh Allah swt untuk berjodoh dengan hasben. Tolak campur darab bahagi dekat 8 tahun berkawan, bermusuh, berkawan, bermusuh, bercinta, berpisah, bercinta …. bertunang ….. barulah aku diijabkabulkan untuk menjadi isteri kepada hasben. Umor aku pun dah tue tapi still maintain comel. Tak boleh blaaah! *pangggggg*.


Aku juga tak buat sebarang jemputan kat pembaca blog dan kawan-kawan blogger. MAAF. Atas sebab peribadi aku tak share sebarang jemputan kat blog nie. Tapi sesapa yang jadi kawan kat FB personal aku, memang aku jemput. Aku bukan takut korang serbu majlis aku sampai tak cukup makan, cuma aku selesa besederhanaan. Hakikatnya aku seorang pemalu. Kah kah kah ….. la sangat!!


Aku bersyukur semasa hari majlis, walaupun kebanyakan kawan-kawan dah beranak pinak … duduk jauh, tapi ada juga yang datang dari jauh ke utara semata-mata nak saksikan aku jadi raja permaisuri sehari. Happy plus bersyukur bila tengok wajah kawan-kawan masa sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa.  Aku baru naik pelamin, tapi dorang datang dengan bawa anak-anak yang dah sekolah …. ada yang darjah tiga dah pun.  Segan mak! Tapi takpelah rezeki Allah swt kepada hambaNya tak sama kan? Lambat atau cepat itu bukan persoalan serius, sekurang-kurangnya aku bersyukur dapat juga aku menggalas tanggungjawab menjadi isteri. Tak gitu kawan-kawan?? He he he


Hari ini … hari ke-28 aku menjadi isteri. 2 hari lagi genaplah 30 hari. Alhamdulillah … aku diberi Allah swt kesempatan untuk melalui, merasai saat-saat menjadi isteri. Dengan doa aku juga berharap aku akan jadi mommy! Doakan aku.  Setiap kali sudah solat aku akan tadah tangan meminta dan memohon pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk anugerahkan kepada aku dan hasben zuriat yang soleh dan solehah. Aku tahu, usia aku nie dah lewat nau kahwin, tapi aku masih mengharap dengan doa dan usaha. Moga Allah swt memakbulkan doa aku.


Nanti aku cerita dekat korang  pasal majlis kahwin aku tuh….sambung di lain masa. Ini pun aku update dekat opis.  Berukband aku tuh lembap sesangat. Macam kura-kura tak cukup minum je rasanye. Nak update selalu memasng bermasalah sangat. Tengok berukband tu pun dah macam nak kena humban dari atas ke bawah dah. Grrrrrrrr …


Selamat diijabkabul Che Ta dan Zain


Majlis aku takdelah dapat sponsor macam Rozita Che Wan dan Zain .... RM13juta tuh...kau ade?? Dan juga bukan wedding of the year. Ikut hati aku nak akad nikah je .... buat yang wajib sudah. Tapi anak last sekali nie kahwin bukan bermakna aku anak bongsu, mak ayah kata wajiblah buat majlis macam abang dan adik-adik juga.





CK : Orang selalu cerita, dengan pernikahan rezeki kite akan murah …. Moga-moga aku dan hasben akan dimurahkan rezeki yang halal lagi berkat hendakNya.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2014

Assalamualaikum....




Citer pasal gaji memang benda best yang ditunggu ramai. Korang macam aku tak? Time gaji ni lah syurga. he he he. Walaupun aku bukanlah spesies shopping lupa diri, tapi bila gaji tu bolehlah bermewah sikit. So, aku dengan sukacita persembahkan jadual pembayaran gaji bagi kakitangan awam untuk tahun 2014.

Tahun depan ... ala, dalam sebulan je lagi. Belum pun masuk 2014, jadual gaji dah keluar. Paling aku suka jadual gaji 2014 nie adalah ... gaji awal cuma 2 kali je. Aku paling tak suke kalau gaji awal. Biasanya Kerajaan akan awalkan gaji bila ada perayaan-perayaan utama kat Malaysia. Kadang rasa semput je nak sampai gaji bulan berikutnye. Yelah, nak manage duwet sendiri tak pandai sangat. Belanja je yang terlebih pandai.....hikhookhikkhoook....

Jadual gaji yang aku persembahkan dekat korang nie .... nanti bolehlah korang merancang perbelanjaan. Tapi jangan lupa menyimpan ye. Dinasihatkan agar korang menyimpan 10% daripada jumlah gaji yg korang dapat. Sebab kite tak tahu bilenye berlaku kecemasan..... ye dok?

Okeh selamat menelek jadual gaji ni dan selamat merancang kewangan anda dengan baik sekali!




CK: Dah berdua ... gaji suami, gaji aku jugak .... hak hak hak.

Wednesday, November 27, 2013

PUREEN - STOCK CLEARANCE PROMOTION

Assalamualaikum ...





Hi ... aku just nak share pasal Pureen - Stock Clearance Promotion buat para mommy!

Date: 30 Nov & 1 Dec 2013 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor.



Jenuh juga aku nak update blog. Aku skrg nie dok rumah hasben. Berukband maxis leeeembaplah sangat! Sampai tension aku memalam. Malam tadi pujuk hasben suruh bayar cepat, aku rasa bandwidth dia dah bengong kot. Kalau dok rumah aku senang, aku pakai steamyx, laju jelah berblog.

Asal sampai rumah je, lepas masak and makan aku terus buka lappy. Bila bb lembap nak m*mpus, mulalah muka aku pun jadi cencorooot! Moooncooong je hasben aku cakap. Yelah dah tak boleh berblog. Tu yang asik nak memoncong je manjang. Sib baik la hasben dah belajar skill memujuk aku ... kalau tak, memang sedih la semalaman.

Hasben aku memang dah tau habit aku ... sikit2 nak update blog katanya! Setakat nie dia kata blog okeh lagi, tapi FB personal tu ... silalah rehat! Kawan-kawan aku sibuk dok tanya aku mana menghilang lepas kahwin sbbnye FB kan dah deactive. Aku pun jawablah, "sibuk la ... sibuk jadi isteri, isteri kena jaga suami ... ha ha ha!"


Iklan kat atas tu selingan untuk entry ini .... tapi sebenarnya aku nak melepas rindu yang terpendam kat blog nie. Keciwanye takleh nak update blog hari-hari .... harap korang memahami situasi aku. Poyos kan ayat nie .... hahahaha




CK : Lepas kahwin nie ... paling ketara aku rasa, "jiwa makin tenang!"

Saturday, November 23, 2013

MURAH REZEKI SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum ....


Morning sweety...sweety ....


Lepas kahwin nie, murah plak rezeki aku berblog. Bulan November saja aku dapat 2 CPUV. Alhamdulillah. Harap-harap nanti murah juga rezeki dapat jadi mommy ;-). Hasben aku memang tahu aku ada blog, walaupun dia jarang-jarang kot nak baca. Untuk dia tak halang minat aku menulis dengan merapu nie, awal-awal lagi aku dah bagitahu pasal blog nie kat dia. Sebelum kahwin lagi dah cakap. Minta izin lagi baik supaya dapat blogging dengan tenang dan gumbira ;-)

Sekarang nie earnings aku ada lak juga ratus-ratus dalam akaun Nuffnang. Nak simpan lagi tu. Malas nak cashout sekarang. Nak dapat ratus-ratus tu pun kena tunggu setahun. Yelah, aku nie kan blogger suam-suam kuku. Blogger hebak lain dapat ratus-ratus tak sampai pun sebulan. Tambah la sekarang nie, update blog pun tenggelam timbul. So, hasilnye pun tenggelam timbul juga la. Salah siapa? Diri sendirilah kan. Nak hasil banyak kenalah usaha lebih. Ye doook?

But aku dont kisah sangat la, aku pun part time blogger. Berblog untuk seronok. Lebih kepada sharing is caring .... sharing is loving ... sharing is sexy (aaauuuwwww) je blog aku nie. Kadang banyak merapu. Tapi takpelah, merapu hal diri sendiri bukannya ngata orang ... so selamatlah sket tang tu. xoxoxoxo


CPUV aku yang terkini dari International Autoparts dan INTI Rebranding. Aku perasan, start bulan Julai 2013 ... hampir every month Nuffnang longgokkan aku CPUV. Thanks .... and Alhamdulillah. Sekali longgok tu adalah 2-3 juga. Pastu lama gaklah baru dia nak credited. Lagi lama ... lagilah banyak earning. Kalau banyak UV masuk masa iklan tengah running, lagi banyak earning yg dapat dan kalau para UV nie click iklan tu .... dapatlah CTR bonus. Senangkan? Tapi nak hasil lebih kena usaha lebih. Usaha dengan smart. Itu je jawapannye.

Aku skang nie bapak pemalas nak update. Cerita berlambak. Gambar berlonggok .... tapi mood berblog asyik ke laut je. Camne tuh??

Pagi-pagi dah cerita pasal CPUV .... rezeki bangun awal. Tapi sekarang takleh berlonggok lelama depan pc neh, dah ada hasben. Kena siapkan breakfast jap ... kalau masa anak dara dulu, melepek depan pc sampai kul doblas ... tak makan pagi tak lunch pun takda sape marah. Skang tak boleh dah! Hasben bagi izin berblog pun dah cukup Alhamdulillah dah. Cuma FB je hasben suruh deactive dulu skang nie. Yang tinggal pun FB khas untuk blog je. FB personal kena say good bye sementara waktu.


Okeh, aku cau cin cau dulu .... nak siapkan breakfast kat hasben sat!





CK : Hari nie nak ke Melaka ... pergi wedding kawan plak. Dah kahwin nie rajin plak pergi wedding ... hu hu

Friday, November 22, 2013

BILA ISTERI TAK SIHAT

Assalamualaikum ...



Isteri tak sihat. Akulah tu! Before majlis perkahwinan aku ... dah kena warded. Lepas tu dapatlah MC dekat seminggu. Best la jugak dapat MC. Dok hospital aku minta keluar awal ... sebab nak rehat dengan mak ayah kat rumah. Dari sebelum kahwin, sampailah hari nie .... hari yang ke-21 menjadi isteri, kesihatan aku masih lagi tak berapa nak ok. 

Sabar ajelah. Orang cakap, orang lepas kahwin memang selalu demam. ha ha ha. Ini aku sebelum kahwin dah demam. Dah kahwin bertambah plak demam. Bila tak sihat nie, kesian plak dekat hasben. Bila balik kerja, nak masak pun tak rajin dah. Nak membeli je memanjang. Sedih juga bila aku hanya 3-4 kali je dapat masak kat hasben. 

Hari nie, hasben aku yang masak. 2 hari lepas pun hasben yang masak. Tapi menu simple ajelah. Malam, takdenyalah dia nak masak yg heavy. Dua-dua menu maggi. Kejap maggi sup ... kejap maggi kari. Alhamdulillah. Dia kata kurang-kurangnya aku dapat rehat. Okeh, thank you sayang! Dapat rehat dari masak ajelah, tapi keje-keje lain still aku yang buat. Cuma beban terkuranglah sket bila hasben membantu. Syukur, harap-harap keringanan tulang hasben membantu dalam apa jua keadaan sampai hujung nyawalah hendaknye.


Ni maggi kari yang hasben masak 2 hari lepas. Isteri tak sihat ... hasben mampu masak maggi ajelah. Lagipun barang dapur dan bahan mentah yg lain tak beli lagi. Kalau tak aku dah suruh dia masak kuewteow bandung. Bila aku tak sihat ... or penyakit M besar masih bolehlah harapkan hasben untuk masak. Lagipun, zaman bujang dia pun ... dia masak sendiri. Takdelah aku risau hasben tak makan nanti. Takdelah dia nak lepak mapley je manjang. hu hu hu


Maggi sup malam nie. Aku request nak letak daging burger goreng. Gigih hasben aku masak. Tak sihat, tapi nafsu makan macam orang sihat. Thanks hasben melayan karenah isteri mu yang macam-macam. Sayang hasben ketat-ketat. he he he

Masa aku sibuk dok type entry blog nie, hasben aku plak sibuk dok nyanyi kat pc. Hambooooi bukan main laie ar.



CK : Type entry malam tadi....pagi nie baru sempat nak publish.

Thursday, November 14, 2013

BIHUN GORENG RICE COOKER

Assalamualaikum ...


Malam tadi, lepas balik kerja. Melepek je depan TV. Hasben pulak lapar. Nak masak nasi, siang dah lunch nasi dengan hasben. Cukuplah makan nasi sehari sekali. Kalau aku, nak seminggu sekali je makan nasi. hu hu. Disebabkan tadi lunch dengan hasben, maka makan gak separuh nasi dengan lauk pauk dan sayur yang melimpah. Kadang aku bisik-bisik ngan hasben nak diet ... tapi lom dapat greenlite lagi! Sabooo ajelah.

Nak senang dan nak cepat, malam tadi aku buat menu kegemaran hasben. Hasben aku nie asal breakfast je makan bihun goreng. Kadang setiap hari dia hadap. So, malam pun aku hadapkan dia dengan bihun goreng juga. Nasiblah hasben yek, harap hasben tak kisah. xoxoxoxo

Tengah syok goreng bihun, belum sempat pun nak masukkan sawi ... pluuup pluup pluuup ... api dapur padam. Ohw!! gas plak habis. Bihun tak sempat masak elok lagi. Adeeeh, hasben yang lapar tengah mandi. So, aku pun apa lagi ... kaut semua bihun dalam kuali masukkan dalam rice cooker. Tak pernah buat dek orang, tapi aku buat! Susah payah goreng bihun dalam rice cooker untuk hasben tersayang!


Bila hasben datang tanya, "yunk .... awak masak nasi ke?"

Aku dah sipu-sipu dah.

"Takdelah ... goreng bihun dalam rice cooker. Gas habis la .."

Lawak tul .... tapi takpelah boleh gak makan. Apa cara masak tak penting sangat, janji semua benda tu dimasak elok dan boleh makan. Niat baik tu yang penting ... ha ha ha. Poyo isteri tak sudah sudah!

Harap korang tak lalui la ... minggu-minggu awal menjadi isteri macam aku .... goreng bihun dalam rice cooker! Sejarah yang boleh diceritakan pada anak cucu aku nanti. kui kui kui





CK : Ada orang tanya aku ... "tak rasa rugi ke kahwin lambat?". Apa aku nak jawab? Sedangkan jodoh tu kan rahsia Allah. Soalan celah ketiak mana kau ambik kan .....



Wednesday, November 13, 2013

BARU SEMBANG TAK NAK MAKAN NASI MALAM ...

Assalamualaikum ...


Morning!


Entry lepas aku baru je dok gebang bagai nasihatkan hasben tak yah makan nasi malam. Masak dinner simple-simple udah. Tup tup malam tadi dia request nak makan nasi plak untuk dinner. Adeeeh, kalau dia makan nasi, aku pun kena jugalah meneman dia makan sekali. Aiyoook ... gemukslah jawabnya. Baru je gebang bagai taknak makan malam dengan nasi. Sekali ... gebang je lebey!!

Selidik punya selidik, siang hasben lunch dengan chicken grill je. Tak kenyang katanya. Patutlah beriya sangat dia nak dinner dengan nasi. Isteri gigihlah masak. Sebelum tu pi pasar tani Putrajaya dulu. Beli sayur. Ikan semua dah ada dalam fridge. Sampai rumah dah 9.00pm, nak masak lagi. Letak je barang terus bersilat kat dapur. 10.00pm baru siap masak.

Aku masak simple je. Mula nak masak asam pedas ikan tenggiri, tapi hasben cakap memalam nie masak yang simple sudahlah. So, aku decide untuk masak sayur sawi goreng, ikan tenggiri goreng dan sambal telur pecah. Cuma weekend tu kenalah aku masa yang tak simple. Jenuhlah fikir menu nanti.


Amacam, best tak menu dinner untuk hasben aku? Simple tapi superb! xoxoxoxo .... poyo seorang isteri. Hasben aku memang suke giles babas dengan sambal telur pecah tu, cuma komengnye ... kuahnye sikit. Nanti nak kuah lebih. Hah, ingatkan tak sedap ke hape. Habis licin makan. Memandangkan aku adalah isteri yang comel cute dan cuba jadi isteri solehah, maka aku pun makan nasi same dengan hasben malam tadi. Isteri kan kena jadi peneman suami selalu!

Usah bicara soal diet meninggalkan nasi buat masa ini, entah bila aku akan kembali berdiet. Bila aku cakap kat hasben nak start balik atkins ... jawapanya adalah, "takyah nak diet sangat ... dah kahwin pun, makan ajelah". Dia tak kisah gemuks. Aku kisah kalau terlebih gemuk. Aku taknak bazir duwet beli baju baru. Rugi kot. 

Ini pun baru hari ketiga belas jadi isteri ... badan dah naik macam belon aku rasa. Hye ... letih camnie! Pasnie kena tarik perhatian hasben ke arah menu lain selain dari nasi pada malam hari. Kalau setiap malam makan bihun goreng pun hokeh gak ... menu pertama aku untuk hasben.

Bila bergelar isteri, bihun goreng nie la jadi menu pertama aku untuk hasben. Simple kan ... xoxoxoxo


Malam nie aku tak tahu hasben nak aku masak ape plak ... hu hu boleh tahan juga la tanggungjawab isteri. Dulu time bujang, kalau malas nak masak for dinner ... terus tarik selimut then tidoooor sampai pagi. Sekarang kalau buat perangai camnie, alamat makan kat mamak la hasben aku. Pastu dengan aku tumpang order sekali. Itu kalau bernasib baiklah, kalau nasib tak baik ... terbang pinggan mangkuk jadi UFO. ha ha ha.


Aku harap, aku dapat jadi isteri yang rajin dan tahu menjalankan tanggungjawab. Doa-doakan ye ;=)




CK : Doakan aku cepat2 jadi mommy!!

Tuesday, November 12, 2013

MACAM MANA JADI ISTERI?

Assalamualaikum ...



Hari nie hari yang kedoblas jadi isteri. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Bersyukur sangat Allah swt menganugerahkan aku seorang suami yang penyayang tapi tegas sket la. Hasben aku ada sedikit pe'el suka bebel kat isteri dia yang kadang suka mengelamun. Perkara ini dia dah sedia maklum dari dulu lagi. So, bertabah ajelah wahai suami! xoxoxo

Bila baru menjadi isteri dan terlewat menjadi isteri berbanding kawan-kawan yang lain ... bila dorang call je, mesti tanya .... "macam mana jadi isteri??". Susah juga nak jawab tu ... sebab baru doblas hari kot. Makan pun masih lagi beli kat luar. Bukan taknak masak kat hasben, tapi memandangkan aku dok rumah hasben, so kelengkapan masaknya agak kurang. Kalau dok rumah aku memang dah memboyot perut hasben rasanya. ha ha ha. Kepoyoan di situ.

Malam tadi, hasben request nak makan maggi goreng yang aku dok tayang kat blog. Dia cakap untuk makan malam tak payah susah-susah nak masak nasi berlauk bagai. Leceh sebab dua-dua kerja. So, better masak yang simple sudah. Aku lagi suke! Sekaranglah suke ... esok-esok  tak tahulah. Cuma aku dah nasihatkan hasben, malam  tak yah la amek nasi. Bukan nak buat kerja berat sangat pun. Paling kuat dia nak kena sidai baju je. Nasihat dia sebenarnya lebih nak senangkan perut aku ... aku yang taknak makan nasi. Tapi idea asal memang dari hasben la. Nasihat tu aku ulang tayang supaya hasben tak lupa pada idea asal dia sebelum kahwin. ha ha ha .... baguih dak perangai isteri?? Aku bab peringat memang no. 1!

Sepanjang doblas hari menjadi isteri nie .... mestilah terlalu banyak kekurangan dan aku masih lagi dalam proses belajar menjadi isteri yang baik. In Shaa Allah. Doakan aku ye. Doakan aku juga cepatlah jadi mommy. Hari-hari minta maaf kat hasben, minta redha dengan apa-apa je yang aku buat. Yang baik la. Suami, isteri memang poyo sket. ha ha ha. Bertabah yek suami dengan isteri mu ini! Poyo sejak dulu. 

Sejak jadi isteri .... aku tak sabar nak tunggu 5.30 petang. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat, sebab esok tu kan cuti Sabtu Ahad! ha ha ha sebab nak dok dengan hasben je. Aku cerita kat hasben aku, dia gelak je. Dalam garang-garang pandai juga dia senyum. xoxoxoxo


Okeylah nak cau cin cau. Nak pi Pasar Tani Putrajaya....nak sopping barang basah untuk masak kat hasben malam nie. Sukeeeeeeeeeeeeee ;-)






CK : Gigih cari lokasi nak honeymoon dalam Mesia neh.....weh, mana best??


Monday, November 11, 2013

MINTA IZIN

Assalamualaikum ...



Hye sweety sweety .... amboi bukan main riang lagi sejak jadi isteri. Ada yang cakap muke aku berdouble seri dari sebelum kahwin. Yolar ar, nampak nau nak menipu ke nak membodek aku tuh. Tak laku kot kalau nak bodek bagai. Cumanye dah kahwin nie happy la sebab ada penenang jiwa. Ada sumber ilhamku. Ada tempat mengadu dan tempat nak golek-golek manja. 

Bezanya bila dah jadi isteri kat hasben, pi mana-mana konolah minta ijin aka izin. Jangan main suko hati je kau nak ke mana. Pernah lah dalam tempoh tak berapa hari nie aku sesuka hati je buat itu ini. Nampak sangat lupa diri yang aku dah jadi isteri orang. Dikebanyakan masa, aku lupa nak minta izin. Yelah, aku belum lagi serasi dalam kehidupan suami isteri sebenarnya. Baru sangat kot!

Bila aku ingat, terus aku akan sms tak pun call hasben minta izin. Walhal benda tu aku dah buat. Kadang bukan minta izin pun, just bagitahu je. Belum pun dia izin aku dah buat! Bagusnye isteri. Tapi nasib baiklah dia faham. Harap sampai hujung nyawalah. Cumanya kenalah sedikit tazkirah. Cair jugalah taik telinga dengar tazkirah hasben. Aku tak kisah. Dah biasa ... lagipun apa yang hasben cakap memang salah aku pun. 

Kadang aku set dating ngan kawan-kawan aku sesedap rasa. Terlupa yang aku dah jadi isteri orang. Bila tersedar tu, kenalah minta izin. Hasben dah izin baru aku pergi. Aku rasa amik masa jugalah perubahan hidup yang satu nie. Bukan senang nak jadi isteri solehah. Hasben aku cakap, kadang benda-benda kecik yang isteri careless dan pandang ringan boleh jadikan seseorang isteri itu derhaka pada suami. Perghhhh seram!!


Banyaklah buku aku nak kena khatam pasnie......bukan senang nak jadi isteri solehah! Kena banyak belajar nie.





CK : Takda dah nota hati ....


AKHIRNYA BERSATU JUA ....

Assalamualaikum ....



Kalau dah jodoh tak ke mana! Alhamdulillah, akhirnya Allah swt menentukan si teman menjadi suami aku. Lepas nie bulih type hasben dah dalam semua entry. Sah sudah! Dah dapat lesen. Syukur sangat. Aku baru 11 hari bergelar isteri. Boleh senyum lebar sampai telinga. Dah boleh pegang tangan hasben pi jalan-jalan kat mana2. Tak malu dah! Boleh balik lambat ... boleh dating hari-hari. hu hu hu

2nd day jadi isteri aku boleh cakap kat hasben, "macam tak percaya saya dah jadi isteri awak dan awak jadi suami saya. macam mimpi kooot!". Serius aku rasa macam mimpi siap tampaq pipi ... owh, ini bukan mimpi. Ini kenyataan. Tak sangka, namum aku bersyukur dalam perhubungan dilanda ombak badai kehidupan akhirnya kami bersatu juga. Semua ini rezeki Allah swt ... ketentuan Dia Yang Maha Esa. Moga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Aku harap aku mampu menjadi isteri yang baik untuk hasben. Dan semoga hasben dapat menjadi suami yang soleh dan mampu membimbing aku ke jalan Allah swt yg terbaik. 

Yang kelakarnye wedding aku langsung takda tema kaler. Main hentam ikut suka ja. Combine 3 color peberet aku dan hasben. Aku suka merah dan biru. Hasben pun suka biru juga. Pastu hasben aku pilih color champagne untuk baju sanding. Aku follow ja. Serius aku tak fikir soal tema. Bagi aku, asal majlis berjalan lancar dah cukup. Ikut hati nak buat majlis akad nikah je pun, jimat banyaklah duit aku. Ha ha ha  dasar kedeng! Yang penting aku taknak bazirkan duit. Namun, memandangkan majlis perkahwinan aku ni yg terakhir dalam family ... kena jugalah wat kenduri, sewa pelamin, meja makan pengantin bagai ... hu hu ...

Apapun aku bersyukur majlis aku berlangsung dengan lancar ... Allah swt telah melancarkan segala urusan aku dan keluarga. Cuaca pun baik. Makanan yg dihidang turut mendapat pujian para tetamu, ayah aku cakap. Alhamdulillah. Untuk menu pengantin ... abang aku berbesar hati untuk masak nasi beriani special dan ayam beriani super sedap. Thanks you abang!

Perasan aku skang, rasa nak repeat lagi moment sanding tu. huhuhu. Satu perasaan yg sukar untuk aku gambarkan dgn kata-kata. Rasa mcm nk ajak hasben sanding sekali lagi. Bila aku cakap kat hasben, mula dia cakap aku merepek. Disebabkan persiapan majlis ... dan sibuk jadi isteri dalam tempoh 11 hari nie, aku tinggalkan dulu blog. Nasiblah blog terabai sejak bersuami ni. Untung la, hasben masih bagi greenlite untuk blogging. Tapi FB aku yg satu lagi dia suruh aku off sementara sewaktu. Sebagai isteri .... mendengar dan mengikut katalah jawabnya. Baik suami!

Malam akad nikah yang akan dikenang selama hidup aku! Syukur Alhamdulillah.

Sekarang nie bila celik mata je, suami ada kat sebelah. Heaven! he he he ... tapi kehidupan aku berubah 360 darjah. Dulu, celik mata fikir diri sendiri. Makan ke tak makan ke ... tak kisah sangat. Nak tidur sampai tengahari pun bukan satu masalah. Tak bangun terus dari katil pun takda sapa nak marah. Sekarang nie ko nak lentuk kat katil sampai tengahari, risau hasben jeling sampai bergolek bijik mata. ha ha ha

Dulu, ion baju sendiri pepagi nak pergi keje. Kul 7 am tu dah kelam kabut nak ion baju. Sekarang nie, hasben cakap baju kerja ion malam, tak pun weekend ion semua baju keje. Hah, ameeek ko! Nasib baik sangat hasben tolong basuh and sidai baju. Sejak dia bujang dah reti buat sendiri. Dah ada isteri, nasib baik sangat dia masih nak bantu. Alhamdulillah, harap keringanan tulang hasben sampai hujung nyawalah hendakNya. Isteri nie bukannya rajin tahap melampau sangat pun. Nak nak kena lipat kain baju, kalau ada 1000 alasan boleh diluahkan dalam masa seminit, memang aku dah longgok 1000 alasan tuh. Namun, bila bergelar isteri ... suka tak suka aku kena layan jua. Pahala kot! he he he he

Dalam masa 11 hari nie, aku belum kesempatan nak masak yg enak2 kat hasben ... aku baru masak kat hasben bihun goreng dan bihun sup. Hasben suruh rehat masak dulu. Syiooook! Lap u darling. Tapi dah tau, lepas nie hari-hari aku kena masak. Minggu nie balik rumah mertua, bukan main syioook lagi mertua ngan akak ipar aku masak. Aku? Owh ... keje aku adalah makan dan makan. Aku tolong siang-siang apa yang patut je. Lenlain mertua aku wat. Thanks omak! Menantu dia lepas makan je tengok tv. Baguih! Baru-baru bolehlah, lelama camtu ... mahu mertua angkat tongkol kayu kang ... ha ha ha. But, Alhamdulillah my MIL baik walaupun aku tak paham sangat family dorang nye dialek. Dorang  borak, aku tumpang golak je.


Semua orang sibuk tanya mana kami nak honeymoon? Tunggu dulu, majlis sebelah lelaki belum selesai ... dah settle semua kita honeymoon sampai pengsan! Honeymoon dalam Malaysia belum lagi decide kat mana .... honeymoon luar Malaysia dah siap booking ticket flight dah. Tapi 2 bulan lagi baru pi ....


Lepas nie takyah heran sangatlah aku tak update blog. Sibuk layan suami nooo. he he he .... nak rebut title isteri solehah plus ibu mithali. Tapi aku tetap akan usahakan update blog nie jika ada kelapangan. Banyak story kot nak share....


Okehlah nak sambung tugas .... ion baju hasben dan baju sendiri punya. Dah double keje sekarang!



#doakan aku cepat-cepat jadi mommy!!





CK : Akhirnya, aku adalah seorang isteri buatmu .... suami!