“Eh,
dah kahwin ke?”
Itulah
ayat yang paling popular diajukan kepada aku sejak aku dan jadi isteri orang
pada 1 November 2013. Ya, aku dah pun jadi isteri orang. Sudah bersuami. Sudah
boleh sharing is caring cerita ceritit orang berkahwin. Hehehehe. Ramai yang
tak tahu perancangan kahwin aku tu. Actually aku pun tak plan yang aku akan
tamatkan zaman bujang tahun ini. Jodohkan rezeki. Jadi, anggaplah ia rezeki tahun
2013.
Alhamdulillah. Bila hasben aku melamar bulan Januari ke bulan Mac 2013
ntah … aku masih lagi samar-samar untuk bagi keputusan. Nak kahwin ke tak … nak
kahwin ke tak? Terukkan aku nie? Sampai 3 kali aku mencuba untuk meluahkan
hasrat untuk mendirikan rumahtangga kat parent aku. Tak reti nak mula kat mana
plus malu tapi mahu pun ada. Kah kah kah kah …. Saja buat kalut.
Memang
benar aku diam-diam bertunang. Yang tahu cuma family kedua belah pihak sahaja.
Kawan-kawan yang tahu cuma sorang dua sahaja. Mak aku cakap, bertunang ajepun …
bertunang tu bermaksud baru merancang. Sebaiknya ia dirahsiakan. Masa tu hasben
pun suruh aku rahsiakan pertunangan kami. Kalau dia tak suruh pun, memang aku
akan rahsiakan juga. Kami bertunang tak lama … tolak campur bahagi …. adalah dalam
4 bulan. Selama tempoh bertunang, aku
langsung tak upload gambo-gambo bertunang kat FB. Ha ha ha … bila dah dekat 2
minggu nak ijabkabul barulah aku siarkan gambar tu. Itupun sekeping dua je.
Bila
dah upload gambar, kengkawan sibuklah pm kat FB sinun. “oiiit bertunang tak
bagi tau pun ….berahsia sangatkan ko ni!”. Itu baru satu contoh ayat, Ada juga ayat-ayat
keras, tapi tak yah la share. Kita share ayat lembut je. Hikhoookhiikkhooook.
Aku hantar jemputan pada kengkawan jauh dengan khidmat Pos Malaysia, sebulan
sebelum majlis. Kengkawan dekat 2 minggu sebelum majlis … kawan-kawan camtu
camtu je … seminggu sebelum majlis. Ha ha ha mcm nak tak nak je ajak orang kan?
Takdelah aku tahu, pulun sakan ngajak pun … yg tak datangnye ramai,
menyakitkan hati aku je.
Aku
nie takdelah ramai kawan pun …. Yelah, kawan reramai semua dah kahwin. Semua
dah ada anak besau-besau dah. Aku je baru diberi rezeki oleh Allah swt untuk
berjodoh dengan hasben. Tolak campur darab bahagi dekat 8 tahun berkawan,
bermusuh, berkawan, bermusuh, bercinta, berpisah, bercinta …. bertunang …..
barulah aku diijabkabulkan untuk menjadi isteri kepada hasben. Umor aku pun dah
tue tapi still maintain comel. Tak boleh blaaah! *pangggggg*.
Aku
juga tak buat sebarang jemputan kat pembaca blog dan kawan-kawan blogger. MAAF.
Atas sebab peribadi aku tak share sebarang jemputan kat blog nie. Tapi sesapa
yang jadi kawan kat FB personal aku, memang aku jemput. Aku bukan takut korang
serbu majlis aku sampai tak cukup makan, cuma aku selesa besederhanaan. Hakikatnya
aku seorang pemalu. Kah kah kah ….. la sangat!!
Aku
bersyukur semasa hari majlis, walaupun kebanyakan kawan-kawan dah beranak pinak
… duduk jauh, tapi ada juga yang datang dari jauh ke utara semata-mata nak
saksikan aku jadi raja permaisuri sehari. Happy plus bersyukur bila tengok
wajah kawan-kawan masa sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa. Aku baru naik pelamin, tapi dorang datang
dengan bawa anak-anak yang dah sekolah …. ada yang darjah tiga dah pun. Segan mak! Tapi takpelah rezeki Allah swt
kepada hambaNya tak sama kan? Lambat atau cepat itu bukan persoalan serius,
sekurang-kurangnya aku bersyukur dapat juga aku menggalas tanggungjawab menjadi
isteri. Tak gitu kawan-kawan?? He he he
Hari
ini … hari ke-28 aku menjadi isteri. 2 hari lagi genaplah 30 hari.
Alhamdulillah … aku diberi Allah swt kesempatan untuk melalui, merasai saat-saat
menjadi isteri. Dengan doa aku juga berharap aku akan jadi mommy! Doakan aku. Setiap kali sudah solat aku akan tadah tangan
meminta dan memohon pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk
anugerahkan kepada aku dan hasben zuriat yang soleh dan solehah. Aku tahu, usia
aku nie dah lewat nau kahwin, tapi aku masih mengharap dengan doa dan usaha.
Moga Allah swt memakbulkan doa aku.
Nanti
aku cerita dekat korang pasal majlis
kahwin aku tuh….sambung di lain masa. Ini pun aku update dekat opis. Berukband aku tuh lembap sesangat. Macam
kura-kura tak cukup minum je rasanye. Nak update selalu memasng bermasalah
sangat. Tengok berukband tu pun dah macam nak kena humban dari atas ke bawah
dah. Grrrrrrrr …
CK
: Orang selalu cerita, dengan pernikahan rezeki kite akan murah …. Moga-moga
aku dan hasben akan dimurahkan rezeki yang halal lagi berkat hendakNya.
slmt pengntin baru! bersederhana lg bagos.. =)
ReplyDeleteTerima kasih ;-)
Deletebersederhana lebih baik. :)
ReplyDeleteYup...betul tu...
Delete