Korang
jangan salah anggap dengan tajuk entry aku. Ini bukan cerita 18sx ke hape. Ini Cuma
gurau senda dengan hasben yang biasa-biasa saja. Kalau yang luarbiasa tu
biarlah kami hasben-n-wife je yang tahuk. Kah kah kah. Haippp budak-budak dok diam.
Hasben
aku nie walaupun serius dan muka ce-nge (orang Kedah la kata) tapi dia adalah
seorang yang kelakar. Sifat dia nie aku kenal sejak 8 tahun lopeh sampai la
skang. Tak berubah. Camtulah dia. Kot dia buat muke serius, BFF aku pun malas
nak tegur. So, aku selalu la kena pujuk
BFF aku tuh, “muka hasben aku memang garang tapi dia baik … ha ha ha ha!”.
Kerana
sifat diri hasben yang suke buat lawak, pastu aku yang memanjang terkena … apa
salahnye kalau aku pula kenakan hasben dengan cara yang terhormat. Sorry yek
hasben! Gurau senda dari isteri je neh. Sejak hasben dah berjauhan keje dari
aku, sejak itu jugak hasben selalu call aku. Bukan call cakap rindu ke hape.
Tapi call minta nasihat camne nak buat ayat cun dalam surat rasmi, nak buat itu
nak buat ini. Akulah kena membantu dia. Sebab selama nie dia bukan bertenggek
depan pc 8 jam sehari macam sekarang. Keje dia dulu banyak jumpa orang. Surat
tak banyak buat. Sekang nasib dia kena buat itu dan ini, sampai aku pun sekali
menjadi ter’terror’ dengan urusan keje dia.
Bila
time aku call hasben kat office petang-petang, aku akan dapat dialog macam nie …
.
Hasben
: Waktu pejabat telah tamat pada jam 5.30 petang. Sila hubungi semula pada
keesokan hari. Tetapi memandangkan hari ini hari Jumaat, sila hubungi pada haRi
Isnin dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tuuuutttt tuuuuuut:
Aku
: Hubby tak yah buat lawak okeh …. Jom balik
Hasben
: Ini office sila jangan panggil hubby, panggil hubby di rumah sahaja……hahahahhahah
Pastu
dua-dua gelak! Camtulah hasben buat aku setiap kali aku call dia setiap
5.30petang. Adui, mula-mula dulu aku terkejut juga. Ingat mesin jawab call.
Upernya suami sendirik! Aiyak! Petang nie aku plak kenakan hasben bila hasben
call aku kat office tadi. Bila lagi kan nak kenakan dia …. Gurau senda
hasben-n-wife moga bahagie hingga ke syurga Allah kan….
Hasben
: Hello ….
Aku
: Waktu pejabat akan tamat 10 minit lagi, sila hubungi semula pada hari Isnin
kerana esok Sabtu pejabat bercuti.
Hasben
: ........................(diam di hujung talian) kah kah kah kah ….. hubby ingat tersalah call pasaraya tadi. Dah macam kat
Tesco je buat pengumuman waktu perniagaan tamat. Dah nak masuk 30 hari jadi
hasben-n-wife nie, sayang dah pandai buat lawak macam-macam. Terserlah perangai
pelik-pelik.
Aku
: ha ha ha ha …. Tengoklah sapa gurunye….. Dah dah jom kite balik.
Itu
je lawak yang mampu aku buat. Tu pun aku dok tengok perangai hasben. Sedikit
sebanyak aku terikut dengan tak sengaja. Kadang hasben sendiri bengang …. Pastu
mulalah cakap, “sayang nie dah macam-macam la, pelik tau!”.
Untung
kot dapat isteri yang belajar buat lawak untuk hiburkan hati suami! Sila
terharu ye hasben ku sayang. 8 tahun dulu tak jumpa perangai camnie. Dah jadi
hasben-n-wife baru teserlah …. Hikhikhikhikhik……..
CK : Esok dah 30 hari ...... jadi suami isteri. Alhamdulillah
Mana gmbo kawin nak tgkk..selalu singgah blog pun komoo :-):-)
ReplyDeleteAda kat OP lagi
Delete