Last week akak ipar aku bagi voucher makan dekat Bumbu Desa Alamanda Putrajaya. Dia beli voucher tu kat groupon. Rajin bebenorlah beli voucher makan. Terima kasihlah sudi beri kat adik ipar mu ini. Nilai voucher yang akak aku bagi tu RM100. Macam tak berbaloi nak makan berdua dengan hasben. Aku bukanya makan banyak pun. Bukan spesis perut stokin. Makan sikit je dah rasa kenyang. Nak-nak sekarang ni selera makan dekat luar agak kurang, lagilah rugi makan berdua je.
Memandangkan rezeki ni orang bagi, tak salah rasanya berkongsi. Bila aku bagitahu hasben pasal voucher makan tu ... terus dia ajak family adik dia sekali. Kiranya berempatlah dewasa yang makan. Anak-anak adik ipar aku takde makan sangat. Anak-anak dia pun kecik comel lagi. Yang pelahap semuanya kitaorang yang dewasa je.
Aku terus call Bumbu Desa Alamanda untuk book meja bagi 4 orang. Susah bebenaulah nak cakap dengan staff Bumbu Desa ni. Dorang speaking susah sangat nak faham sebab sebutan tu dah ke lalut sangat. Cakap bahasa Malaysia pun dorang macam tak reti sangat kat phone. Masa face to face boleh plak cakap bahasa Melayu walaupun tak fasih sangat. Indonesia - Malaysia kan lebih kurang je kan penggunaan bahasa Melayunye.
Makan di Bumbu Desa buat aku teringat kenangan melancong plus shopping di Bandung, Indonesia tahun lepas. Seronok. Makanan di Bandung murah walaupun makan di tempat bertaraf 3-4 bintang. Dah la murah, sedap pulak tu. Jadi bila dinner dekat Bumbu Desa hari tu, aku mengimpikan makanan dekat situ sesedap di Bandung. Harapan yang tak boleh blahkan ... he he he he
Masa kat Bumbu Desa ada soda gembira. Korang kacau2 serupa air bandung tapi rasa susu dia lain sikit. Lebih sedap! Nyuuuuuuum. Kami order nasi liwet (mula2 hasben sebut ... aku ingatkan liwat, keh keh keh), rendang daging, sambel udang yang super sedap, ayam penyet, ayam apa ntah satu lagi ... aku dah lupe. Pegedil jagung, pegedil biasa dan kari sotong. Kari sotong ni korang tak yah orderlah kalau pergi Bumbu Desa, sotong dia tak sedap tapi kuah dia sedap! Camne tu?
Dari 5 bintang aku cuma bagi 3 1/2 bintang je dekat menu di Bumbu Desa. Biasa-biasa je makanan dia. Tak berapa kick bagi tekak aku. Harapan dan mimpi aku ingat makanan kat sini serupa rasa macam di Bandung jauh sekali. Yelah, aku faham ... Bandung lagi original. Makan pun sebab dapat voucher free kan, tak perlu complain banyak sangat.
If aku repeat makan kat Bumbu Desa suatu masa, aku pasti akan order sambel udang dia. Yang ni sedap sangat. Udang dia besau. Sedap pada tekak akulah. Walaupun ada kekurangan sikit dalam rasa makanan tetapi suasana restoran ini adalah cantik, bersih dan kemas. Susun atur dia menarik. Terasa macam di Bandung gitu.
Dan kerana voucher percuma nie jugalah aku ngadap nasi liwat liwet hari tu. Tensi mak okeh kalau ngadap nasi memalam. Kembang lengan mak skang neh. Oh! bila nak kurus balik. Dah kahwin ni muka makin bolaaat diri makin lebaq. Sebab itulah aku on off makan nasi. Kat Bumbu Desa pun aku amek setengah senduk je nasi, lelain ratah lauk je.
Selesai makan, bawa pergi bayar dekat cashier. Sekali kena bayar RM160.00. Tapi cuma bayar RM60 ajelah sebabnya nilai voucher akak aku bagi tu RM100. Kira balance tuh aku belanja ajelah dorang. Lagipun bukannye selalu. Sesaja nak bawa dorang makan memang susahlah kalau aku sendiri pun tak pernah jejak ... he he he he ...
Balik rumah je, terus solat Isyak ... siap-siap tidur! Perut dah konyang, apa lagi yang kau mampu buat selain tidur .... kan kan kan?
#buruk perangai
p/s : Makan ramai2 seronok rasanya, nak-nak bila ada anak kecil .... bestnye! Cepatlah jadi mommy.
presentation dia nmpk sedap...
ReplyDelete