Alhamdulillah, dapat juga aku berblog setelah menghilang 2 minggu kot rasanya. Maaflah kalau ada yang ternanti akan entry aku yang tak semenggah. Eh, ada ke yang dok tunggu? Ke aku perasan ... kikikiki.
Sejak melangkah kaki ke tahun 2014, tetiba aku terbusy lebih dari biasa. Pertama busy dengan kehidupan baru berumahtangga. Kedua busy dengan keadaan office. Ketiga busy melayan perasaan dengan ujian kerjaya yang melanda perjalanan hidup aku. Semua benda nie buatkan aku menyepi dari blogging. Nak membaca blog korang pun aku tak sempat apatah lagi nak update blog sendiri ... lagi lagilah tak kesempatan. Namun, jauh kat sudut hati....kat benak dan naluri aku nie, nak update blog ni hari-hari. Apakan daya ... semua tu hanyalah igauan sahaja buat masa tu. Ini pun aku update bila hasben aku tertidur awal. Kalau dia tak tidur awal, aku plak yang tertidur awal. Tak boleh harap aku nie, asal hasben ajak borak je aku dah berdengkur! Nak-nak bila dia asyik nak layan game bola, lagilah aku kuat nak dengkur.
Bila menghilang lama nie, skills nak menaip dan merapu pun ke laut sket. Ntah kenapa nak mula blogging tu rasa susah je. Tapi takpe, aku merapu apa yang tercaya. Tugas korang cuma baca je ... ngeh ngeh ngeh.
Selama aku menghilang, aku berhadapan dengan situasi yang memenatkan. Sampaikan aku tak mampu fikir nak cerita apalah kat korang dalam blog, walhal banyak je cerita yang ada ... cuma nak mengarang ayat tu yang aku takde idea.
Tempoh aku menghilang, aku sibuk bersujud kepada Tuhan. Menginsafi setiap kesilapan aku dalam kehidupan ini. Bertanya kepada Tuhan kenapa aku yang ditimpa ujian seberat ini walau baru di permulaan 2014. Sampaikan pernah beberapa kali aku menangis tanpa henti setiap kali sudah solat. Setiap kali aku sudah membaca surah yassin, aku menangis seolah ujian yang Allah berikan pada aku terlalu berat. Hampir hari-hari aku baca surah yassin semata-mata untuk menenangkan hati aku. Kerna aku tahu, wa'ima suami sendiri pun tak mampu menenangkan jiwa aku dengan ujian ini. Suami aku hanya mampu berkata, "Sabar sayang ... pasti suatu masa Allah akan tunjukkan kebenaran .... doakan dan minta pada Allah agar orang yang melakukan fitnah itu diberi hidayah oleh Allah. Doa orang yang dizalimi biasanya dimakbulkan Allah".
Aku tahu, aku tak mampu meluahkan apa yang aku lalui di blog ini. Sebab setiap kali aku ingin mereka ayat berkongsi cerita tentang dugaan aku, pasti aku akan menangis seteruknya. Sampai aku aku pernah bercakap dengan Allah, meluahkan apa yang aku rasa .... hinggakan suami aku duduk di katil sebelah aku pun aku tak pedulikan. Suami aku akan tunggu aku sampai aku sudah meluahkan apa yang aku rasa pada Allah. Bila aku selesai, suami aku akan cium dahi aku dan minta aku sabar dengan ujian ini.
Suami aku dan kawan-kawan selalu nasihatkan aku, "jangan stress ... kalau nak preggy cepat kena happy-happy!". Fhuuuuh, makanya hari-hari aku cuba gembirakan hati aku pergi kerja walau sebenarnya aku dah tak happy kerja kat situ.
Ya-Allah ... sabarkan aku dan kuatkan semangat aku! Ameeen ....
p/s : Kalau korang tak faham sangat entry aku nie ... abaikan ajelah. Ianya hanya sekadar luahan perasaan je pun ;=) Biasalah emosi tak stabil, ayat pun takda kesinambungan.
memang tak tahu hujung pangkal...hehehe
ReplyDeletetapi semoga Allah beri ketenagan, kemudahan dan kebahagiaan yang berlipat kali ganda :)
salam, terima kasih banyak2. hanya Allah swt sahaja yg mampu membalas doa baik kamu buat saya.
Deletejangan risau akak CK. teruskan berdoa dan hepi lah selalu. :D
ReplyDeleteterima kasih, in shaa allah....doa tanpa henti utk ketenangan jiwa sendiri.
Deletesabar byk² ye kak..
ReplyDeleteTerima kasih Tina. In Shaa Allah....harap dapat terus sabar
Deletebertabah la ye...dugaan besar hanya untuk org-org hebat saja..
ReplyDeleteIn Shaa Allah, harap mampu terus bertabah. Terima kasih
Delete