Saturday, September 26, 2015

KEGUNAAN TEH

Assalamualaikum....

Aku just nak sharing kegunaan teh. 
Boleh dicuba utk kebaikan.

Sumber gambar dr FB


Aku selalu minum green tea. Rasa selesa je badan minum green tea yg suam2 kuku tu, tp jangan letak gule tau!

Saturday, September 19, 2015

TULIS BLOG

Assalamualaikum ...

Lately aku tak tahu kenapa aku buntu setiap kali nak TULIS BLOG! Haih rasa payah sangat nak buat ayat. Rasa payah sangat nak bercerita. Rasa payah sangat nak edit gambar. Ke ko malas? Okeh tak aku tak malas. Akukan suka menulis cuma aku tak faham kenapa nak tulis blog jadi semakin payah. Sebab Iskandar ke? Oh, tidak Iskandar tak menghalang hobi aku, malah Iskandar juga sumber cerita untuk blog aku.

Aku ada banyak cerita. Aku ada banyak gambar. Aku ada banyak perkara nak share dengan korang. Tapi setiap kali login blog, mood aku terus ke laut! Cis!! Cis!! Sumtime, hasben tanya, "sayang banyak benda yang sayang tak update dekat blog .... tak share dengan readers, terutama tempat kita pergi makan, jenjalan ... ada cerita baru yang best2. Nape tak publish?"

Jawapan aku, "Emmmm...nantilah, okeylah ada masa update la kot. Later-later keh!". 

Hmmmmmmm .... ko dah nape cik puan rann! Ada kengkawan heran nape aku namekan diri aku cik puan rann as owner of this blog! Becoz my hasben call me Rann!! 

Rasa macam susah sangat nak promise to myself, "update blog everyday tau ... at least 1 entry/day sayang!". Sumtime rasa macam banyaknye benda lain nak buat. But, at last blog ni juga aku login, tenung ... blogwalking then logout! Tak hapdet satu hapa pun!

Aku takdelah bajet blog aku mempunyai readers yang tersangatlah ramai. Walaupun cuma ada 2-3 orang yang baca blog aku sehari, cukuplah tu. Bila ada entry baru, best la sikit orang nak hadap blog kita kan? Nak-nak entry yang ada informasi. Kalau entry 'sampah' lambat laun orang pun menyampah nak datang kat blog ni. Kan?? Aku pun taktahu macam mana nak push diri aku update entry selalu. Walhal masa banyak je. Iskandar takde banyak karenah. Kat office pun banyak je masa sebab aku tak update blog guna pc office, itu ini kena block ... so aku guna hp je. Kalau korang tgk asyik typing error tu memang guna hp la tu. So, sorry la untuk segala typo itu! Kat rumah busy pun dari kul 8-10 malam. Bila Iskandar tidor, kadang aku pun sibuk nak tidor juga ... kadang aku sibuk je layan tv tak pun melayan hobi baru aku ... home gardening! Ada masa aku baru boleh share dengan korang pasai hobi yang baru 4-5 bulan menjadi jiwa aku nie. Tak promise tau, takut melanggar janji kang!

Dan sekarang ada lagi satu hobi yang aku sedang belajar. Hobi ini sebagai nilai tambah untuk diri sendiri sebenarnya. Tengok je gambar kat bawah nie. Tapi ini bukan gambar kat dalam rumah aku. Gambar yang aku gugel. 


SEWING!!
Aku baru masuk kelas yang memang dah lama sangat aku idamkan. Sanggup terjah ke kelas menjahit ni walau takde kawan pun. Takde geng maksud aku. Bila aku fikir, dah sampai masa untuk aku belajar menjahit, dapat jahit baju untuk diri sendiri pun dah cukup!!
Now, hobi aku dah bertambah ... dari suka MASAK, BLOGGING ... pergi ke HOME GARDENING and sekang ni SEWING! Clap clap untuk diri sendiri. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Asalnye nak update pasal kebuntuan TULIS BLOG, tetiba ada plak idea cerita pasai hobby. haaa amek kau, bacalah dengan riang ria. hehehehehehe



p/s : Bosannye kena keje weekend. Tak syiooook weh!!




Friday, September 18, 2015

TAHNIAH LISA DAN YUSRY

Assalamualaikum...

Dah lama tenggelam. Ni timbul semula. Salam Jumaat! Dah tertimbul ni, tergodek anak Lisa Surihani dan Yusry KRU. Walaupun nampak dari jauh...tetap terserlah kecomelan.


Comelkan anak dorang. Lisa pun berseri je. Aish mulalah teringin nak ada baby baru. Muahahahaha. Teringin je tp belum bersedia. Kikiki. Tak puas lagi kelek dan belek Iskandar. Hari makin hari 24/7 rindukan Iskandar.

Ermmmm mood mak mak!

Monday, September 7, 2015

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah melanjutkan usia aku. Masih diberi ruang dn peluang utk menghirup udara di muka bumi Allah. Semalam usia aku dah menginjak satu tahun lagi. Setahun dua lagi dh nak masuk 4 series. Selamat ulangtahun kelahiran untuk diri sendiri. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yg Engkau beri. Syukur....syukur!

Ulangtahun kelahiran semalam bertambah bermakna dgn kehadiran Iskandar. Tahun lepas berdua dgn hasben. Tahun ini bertiga dgn hasben dan Iskandar. Semalam celebrate kecik kecik 3 beranak. Bangun awal pg semalam tgk dah ada kad dgn hadiah kt baby chair Iskandar. Hasben suka sgt surprisekan aku. Aku bgn buat susu takde pn kad ngn hadiah tu kat situ. Senyum sipu sipu bl nampak ada hadiah n kad. Tgk hp, hasben wassap ucap selamat jam 3 pg. Time tu aku dh berdengkur kencang sbb malam tu aku kena keje, balik dah 11pm. Makan then terus tido. Masa sampai rumah tgk Iskandar dn hasben dh tido time tu. Mesti time aku dah lena hasben wassap n letak semua hadiah tu. Speechless sekejap tgk hadiah! Tahun lepas hadiah smartphone....tahun ni...tunggu nanti aku share. Tak sempat amek gambar lg...hehehehehe

Lepas dh baca kad then belek hadiah bagai, terus hasben ajak breakfast kat luar. Kitaorg breakfast dekat simpang masuk ke Desa Saujana, Sungai Merab. Roti canai dekat warung tepi jalan tu sedap. Yang ni nanti aku story. Dah siap makan, perut dah penuh...jenjalan plak kat KUD, Presint 3 Putrajaya. Berpeluh ketiak kot jenjalan situ. Sempat la dengar Dato' Aliff Syukri terlajak laris bagi talk dn share pengalaman hidup dia dalam perniagaan. Dato' ni mmg humble. Dan sempat juga la no aku naik untuk cabutan bertuah. Alhamdulillah, bertuah sempena hari kelahiran. Thanks Allah. 2 jam juga la berpanas kat KUD. Nasib baik Iskandar tak cranky. Sampai tertido la Iskandar dlm stroller tu, panas berdenting pun anak soleh aku boleh tido dgn aman. Macam takda apa2 yang berlaku. Hye...sabarlah.

Letih kot jalan2 kat KUD .... Setakat jenjalan ajelah, tak membeli pun. Sekarang ni kena berbelanja berhemah .... Dapat berjalan pun dah cukup baik. Ngeeeee nampak sangat dh bosan dok rumah. Kul 1pm, baru keluar dari KUD. Hasben cakap nak singgah Darussalam dekat 4C11, Presint ... Katanya nak beli makanan untuk lunch. Aku lepak dalam kete je sebab Iskandar tido dr dalam stroller sampai ke kete tak bangun bangun. Anak soleh yg sangat bertuah! Macam nan bg mommy n babah bercintan cintun la tu ... Hehehehhehe.

Tungu punya tunggu ... Rupanya hasben aku bukan pi beli lunch kitaorang tapi pi secret recipe beli kek kat aku. Speechless sekali lagi. Senyum sipu sipu lagi. Hye hubby ... Tq so much, moga Allah sentiasa merahmati hubby dan memurahkan rezeki hubby. Dalam perjalanan balik hasben langsung tak bagi aku pegang kek tu sebab aku dok pegang Iskandar. Sanggup dia drive sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang kek. Aku suruh gantung kat belakang seat pun taknak. Katanya takut kek tu senget. Terharu lagi! 


Tengok gigih hasben aku pegangkan kek tu. Nak celebrate 3 orang je, so beli kek sepotong cukup la. Lagipun aku dn hasben bukan penggemar kek moden sangat pun. Sesekali teringin baru beli. Tapi kalau blueberry cheesecake dekat Shah Alam Convention Centre tu setiap kali pegi mmg wajib beli kalau ada. Sedap sangat kek tu!


Ni la cake tu. Apanama taktau la aku. Sedap juga. Makan share dgn hasben. Iskandar tengok ajelah sebab tak boleh makan lagi. Aku suapkan Iskandar puree je. 

Ini ajelah cerita sempena ulangtahun kelahiran aku. Doa untuk diri sendiri, moga dipanjang usia, disihatkan akal fikiran dan tubuh badan, moga rezeki aku dipermurah dan diperluaskan oleh Allah....moga berkat usia ku ini. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMu. Untuk abang, adik2, sahabat dan kawan2 yg ucap selamat serta mendoakan aku, terima kasih banyak banyak. Moga hidup kita semua diberkati Allah hendakNya. Amin....







Friday, September 4, 2015

CPUV NUFFNANG

Assalamualaikum...


Dah lama sangat tak story pasal abang Nuffnang ni. Sibuk cerita Iskandar je lebih. Walhal hampir setiap bulan aku dapat cpuv baru, walaupun earning tak sekencang dulu lagi. Tq Nuffnang sebab sudi juga campak seketul dua cpuv dekat blog suam-suam kuku kaki ni. Lately, aku perasan amount nuff ni susah betul nak dapat RM10 dan ke atas. Dulu senang je. Ini belum sampai seringgit dah credited. Sedih tau mommy ni abang Nuff oi! Kadang campaign yang sama masuk sampai 3. Layankan ajelah.

Dulu nak dapat satu campaign pun susah juga la, tapi ada masanya bertahan sampai 2-3 bulan. Earning pun sakan juga. Sekarang ni biasa-biasa je, tapi boleh lagi la nak kumpul duit nuff ni buat beli emas kat publicgold tu. ngeeeeeeeeeeeeee


Nin dia cpuv aku sehingga hari ini. Berderet dari campaign yang sama. Thanks abg nuff! Ada juga dari takda langsung. Takdelah nak marah kat nuff ni, aku pun kadang takde update blog pun dan malas kadang tu nak update bio kat akaun nuff. Petua amalan dari blogger otai, kena rajin juga update bio kat akaun nuff. Barulah kehadiran anda disedari.

Seronok juga blogging ni. Dapat luah perasaan, pastu reda rasa beban hati. Dapat share ilmu, pendapat dan resepi ... pastu rasa puas dan seronok je. Dapat kawan kat alam maya, boleh la eratkan silaturrahim walaupun tak kenal. Dan dalam masa yang sama, dapat juga income sikit-sikit kan ... buat saving. Bestkan berblog ni???


Korang pula macam mana?? Seronok berblog???


p/s : Bosannye hari ni, takde keje sangat kat opis. Rasa nak tido je.

Thursday, September 3, 2015

PUREE EPAL UNTUK ISKANDAR

Assalamualaikum....


Lately aku merajinkan diri sikit nak menyedapkan puree utk Iskandar. Tahu la Iskandar kalau makanan tak sedap, dia cebik2 mulut tu. Pastu buat muka. Sentap mommy nak oooi! Paling ketara kalau aku buat puree brocolli, macam dipaksa bila nak makan. So, untuk buat Iskandar terus berselera bila nak makan kenalah aku rajin gugel recipe puree ni.

Minggu ni aku dah start pelbagaikan puree Iskandar. Disebabkan working mom kan, so kena la buat stok. Seminggu 2 kali aku restock puree utk Iskandar. Minggu ni aku buat puree epal + kurma dan cauliflower + kurma. Iskandar tak pernah makan lagi puree. Resepi mudah je.

Resepi : Puree Epal dan Kurma

Bahan ;

  • 3 biji epal merah
  • 3 biji kurma
Cara:
  • Kupas epal, basuh dan potong kecik
  • Kurma dibuang biji
  • Kukus kurma dan epal dalam 10 minit
  • Kemudian blend halus kurma dan epal ini
  • Masukkan dalam bekas kecil, labelkan tarikh dan masukkan dalan fridge (tempat beku)

Macam biasa mommy Iskandar test dulu puree ni. Sedap! So, yang baki2 tu memang aku la makan. Rasa lemak lemak, masam manis. Untuk cauliflower pun sama je step dia. Cuma epal tu tukarkan dgn cauliflower. Dah cukup 7 bulan baru aku akan bagi Iskandar makan bubur nasi plak.

Sekian untuk recipe hari ini. Ngeeeeeee


P/s : Update entry dalam kete...tunggang terbalik menaip. Hahahaha

Wednesday, September 2, 2015

ISKANDAR TUMBUH GIGI

Assalamualaikum ...


Cerita ni dah masuk 2 minggu lebih dah. Terperam dalam kepala. Dah type entry separuh tapi malas nau nak sambung. Mommy busy melampau sangat tau. Kat ofis tak busy sangat, tapi balik rumah rasa penat sangat. Sampai rumah nak masak, nak suap Iskandar makan ... kadang hasben tolong suapkan. Nak kemas2 beg Iskandar ... malam kalau rajin terus ion baju keje untuk esok. Kalau malas, kita tido dulu, esok bangun awal memang kelam kabut sangat. Sejak jadi mak-mak ni, rasa tangan dah banyak macam janggut sotong ....................... semput tau! Bak kata orang nak kentut pun tak sempat ... kah kah kah kah!! Nanti ada plak yang cakap, " alaaaa baru sorang!". Okeh sorang. Jadi kalau anak sorang ko kena chill ajelah walau muka dah macam menahan berak punya penat kan. Rumah pun dok bersepah lagi nie. Baju tak berlipat ... hu hu hu, minta assistant pls!!

Okey malas nak mengarut. Nak bagitau khabar gembira, Iskandar dah tumbuh gigi. 2 batang gigi bawah. Suweeet sangat anak mommy dah tumbuh gigi tau. Tu la kamu melasak je gigit jari jemari mommy yang gebu ni. Bila Iskandar dah genap 6 bulan aku dah perasan ada bayang 2 batang gigi bawah. That time malas nak share dan tak terfikir nak share berita gembira ni dengan hasben atau pengasuh aku. Entahlah nape masa tu tak beriya pun nak share ngan hasben. Walhal sebelum ni apa sahaja perkembangan Iskandar akan aku storykan pada hasben dan juga pengasuh. Ni langsung aku tak terfikir. Sudahnya pengasuh aku plak yang excited semacam bila sms aku suruh call balik. Macam ada benda urgent je. Rupanya dia nak bgtau pasal Iskandar.

"Kak ... akak dah tau ke Iskandar dah tumbuh gigi. Akak perasan tak?"

"Owhhh dah, akk dah tahu dah. Minggu lepas lagi akak dah perasan Iskandar dah tumbuh gigi!".

"Owh ye ke ... ingatkan akak tak tahu. Sorry la .. ganggu akak keje".

" Eh, okey je ... akak bukan busy sangat pun".


See, aku tak busy sangat pun kat opis sebab tu secepat kilat aku call pengasuh aku bila dia sms, "hi, please call me back!". Walhal aku risau ingat apa la jadi kat Iskandar. Sebab pengasuh aku tak pernah suruh aku call dia balik. Cuma aku je selalu dok call dia. ha ha ha. Rindu anak tahap cipan beranak.

Bila Iskandar dah bergigi dan gigi pun makin jelas, asyik nak menggigit je. Penuh perasaan plak gegetnye tu. Ingat jari mommy ni durian crepe ke nak ooooi!! Iskandar sekarang pun 6 bulan 2 minggu, dah start nak merangkak. Baru boleh 1-2 step merangkak. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. Orang kata baby ni bila start nak merangkak dia akan susutkan badannya sebab nak senang angkat body bila merangkak. Memang aku perasaan berat Iskandar tak naik banyak pun. Sekarang berat dah 8.5kg! Kengkawan aku ingat Iskandar dah setahun. Walhal baru 6 bulan kot. Badan je sasa, tapi ai is mude lagi tau. kikikiki.

2 minggu lagi Iskandar dah masuk 7 bulan. Sekejap je. Hati mommy rindu sangat time Iskandar lahir. Rasa macam, " hye ... cepatnya masa berlalu, anak mommy dah besar dah ...!". Sendu plak tetiba.

Ok.Bai!



p/s : Tengah type-type entry nie boss besar depan ko punya workstation ... krik..krik..krik...hahahah sib baik dia tak perasan dan nasib baik lunch hour!