Sukahati aku bila terbaca berita Dato' CT dah pregnant 2 bulan. Alhamdulillah, hadir jua penyeri rumahtangga dalam hidup dia setelah sekian lama menanti. Seronok tau bila dengar org pregnant. Mula la rasa nak pregnant juga. Woooot wooooot! Kadang rasa macam skang preggy, kadang rasa, "mmm nantilah tunggu Iskandar boleh jalan!". Walhal umur dah tua, tunggu nanti2 ... taktau merasa ke tak anak kedua. Hati dok anak gegirl plak ni. Buat temankan abang Iskandar nanti ;)
Hasben aku la ni kadang dok buat buat tanya Iskandar, "nak adik tak ....!". Haishhhh....galak sangat aih. Tunggu sat na, nanti mommy ngn babah kasik adik satu kat abang Iskandar. Aiccheeeh.
Dato' CT akan due pada bulan Jun atau Julai 2016. Ish syoooknya nak dapat baby. Masih teringat masa Iskandar lahir. Bau syurga habaq hang. Wangi lain macam!!
To Dato' CT, jagalah kandungan baik2 noooo. Macamlah Dato' CT dok baca blog aku kan. Takpa, aku tetap doakan kesejahteraan diri dan kandungannya. Moga selamat semuanya dengan baik dan lancar! Amin ...
p/s : Anak adalah anugerah tapi jangan lupa ia jua hanya pinjaman. Jangan riak jangan bangga. Didik sesempurna yang mungkin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!