Friday, October 23, 2015

PERBENTANGAN BAJET 2016

Assalamualaikum ...


Bajet 2016 baru je sudah dibentangkan. Apa yang best? Takda bonus weh ... tak best! Tapi takpa la bersyukur dan berusaha ke arah yang lebih baik. Aku tak dapat dengar perihal bajet 2016 sebab pc aku ni speaker takdok. Pasrah je la kan.

Apa cerita dalam Bajet 2016 ? Aku petik sikit la apa yang aku baca dari news online.

BR1M 2016 - dinaikkan! Syok la kan, aku tak dapat BR1M. Nangis kat bucu katil. Pemberian untuk isirumah yang income bawah RM3K akan naik dari RM950 ke RM1,000.00. Dan yang income dari RM3001 ke RM4K akan menikmati BR1M dari RM750 ke RM800. 

Pemberian Khas RM500 untuk penjawat awam! Untuk 1.6 juta penjawat awam. Bayar pada Januari 2016. Lebih kepada persekolahan ni. Aku ingat Jibby akan umum bonus sebulan gaji ke ... atau 1/2 bulan gaji. he he he. Kerajaan juga nak tambahbaik 252 skim perkhidmatan. Kadar pencen minimum ditetapkan RM950.00.
Yang satu ni best sikit la baca dan harap benar - Kerajaan juga akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan ikut gred! Aku harap Januari juga la nooooo

315,500 unit rumah akan dibina sebab nak tangani isu pemilikan rumah. Rumah sekarang dah la mahal melampau. Harga tak logik langsung. Adoi rakyat boleh dok bawah jambatan kalau isu harga rumah ni menteri-menteri tak campur tangan. Celik mata .... dan celik mata hati sikit weh!!

Anak yang sara ibu bapa akan diberi pelepasan cukai RM1,500.00.Kalau anak-anak tak tinggal dengan mak ayah pun akan dapat pelepasan cukai. Cuma syarat yang dikenakan, mak ayah mestilah income bawah RM2K dan berumur 60tahun ke atas. 

Gaji minimum untuk semua sektor pekerjaan di Malaysia dinaikkan dari RM900 kepada RM1K. Perghhh aku dulu start gaji RM600 je tahun 2006 tau. Tapi nasib baik cukup. Mak ayah ajar bersyukur!


Yang ni ja la aku ulas sikit-sikit yang aku rasa best bagi aku. Nak komen lebih yang lain-lain Bajet 2016 lebih kurang sama ja dengan tahun2 terdahulu. 

Nak RM2.6billion boleh? Nak baiki jalan ngan masjid kat kampung saya yang macam dah teruk. Mohon pandang dan jenguk ceruk kampung sikit ye. 

Tolong turunkan kadar tol sebab dulu masa pilihanraya dah janji tol tak akan dinaikkan. Mana janji? Janji dicapati ke? Sekian!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!