Friday, April 8, 2016

PUTU BAMBU DURIAN KLEBANG

Assalamualaikum ....

Sabtu Ahad baru ni aku, hasben dan Iskandar ke Johor utk majlis kahwin. Balik dari Johor, kitaorang pusing-pusing Melaka. Memandangkan cuaca panas sangat dan trip kali agak memenatkan, so hasben decide tidor kat Melaka. On da way ke Melaka tu dah gugel hotel mana nak tidor. Pestime kot tido hotel main terjah je. Selalunya aku book through agoda. Senang terus check in je. Ini satu satu hotel aku call. Ada la dalam 10 - 15 hotel yg aku call dan kebanyakannya penuh. Tahu jelah malam minggukan ... Last-last dpt juga tido dekat Fenix Inn. Hotel room biasa-biasa je, tapi tilam dan bantal empuk. Bilik plak bersih dan tak berbau. Bilik air agak luas. Setakat family ada anak kecik mcm aku boleh lagi. Rate RM140/night.

Esok tu, Ahad kul 10am terus check out. Pergi breakfast nasi lemak kangkung sebelah penjara Melaka then ingat nak la pusing Bandar Melaka sekali lg. Malangnya masa keluar dr kedai makan, naik kete ... jalan lebih 1km, econ kete aku makin panas. Kuatkan econ pn masih panas. Sah econ problem. Kena la pusing cari bengkel plak. Nasib baik ada bengkel yg buka hari Ahad. Part bengkel ni nanti aku share kemudian ya.

Settle baiki econ bagai dah kul 12.30pm, aku ajak hasben gerak balik. Mood nak pusing Bandar Melaka dah takda. Dengan panas lg. Kitaorang gerak balik lalu Klebang. Masih ada hajat hati nak ditunaikan. Klebang Coconut Shake. Wajib singgah. Huhu.

Tapi kali ini bukan setakat dpt Klebang Coconut Shake, ada menu baru yg sedap sgt kat tekak aku. Sampai sanggup cheat diet atkins. Hahahhaha

Ini dia putu bambu durian. Sedap giler kot. Beli sampai 4 pek. Mula tu try dulu 1 pek, sedap!! Terus hasben turun kete sekali beli tambah plak.


Nin dia kedainya. Sederet dgn coconut shake tu. Senang nak cari. Korang patut cuba. Bagi tekak kecik aku ni memang sedap. Pekena plak dgn coconut shake ori tu, perghhhhhhh terangkat!


Yg ni putu bambu pandan mix durian. Yg pandang pun sedap. Tapi aku tetap pilih durian juga!


Ini memang dah masuk list kegemaran. Pi Klebang harus cari lagi. Putu bambu durian sedap sangat!

Korang pi Klebang, Melaka cuba tau putu bambu ni!

6 comments:

  1. SDAPNYE...JAUH LAK TU KAT KELEBANG, MELAKA KAN, SEMALAM LALU KT PINGGIRAN PUTRA...PUTU DURIAN, INGAT BALIK NI NAK TRY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUAT TRIP GI JENJALAN SANA, LEH TRY NANTI ;)

      Delete
    2. u tadi ade join Zumba kat Perbadanan tak?

      Delete
    3. Tak join mana2 zumba pun.
      Tak daya nak berzumba.
      Buat senaman ringan kat rumah dengan 10,000 langkah kat Alamanda dengan i0i Mall je

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!