Showing posts with label Menulis Blog. Show all posts
Showing posts with label Menulis Blog. Show all posts

Friday, February 6, 2015

CPUV KE 12 DAN 13/2015 - REZEKI BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum ...


Masuk je bulan Februari 2015, adalah bulan aku nebes kuasa 10. Menanti detik kelahiran little khalifah dengan penuh debaran! pheeeeew ... lap peluh yang menitik di dahi dengan tiba-tiba. Lagi 4 hari aku nak kena warded. Belum ada tanda-tanda nak bersalin, but have to get ready awal-awal sebab aku gdm diet control. So, suka tak suka aku memang kena serah diri kat spital sebab doktor dah noted kat buku pink tak boleh overdue. Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat. Aku bertabah ajelah! 

Untuk hilang nebes kuasa 10 aku nie, mai kita check akaun nuffang yang aku buat-buat lupa sejak beberapa hari ni. Blog pun takda mood nak update, ada hati nak check akaun nuff. Ada ke cpuv yang nuff longgok kat kau? Ada? Ada? Of course la adakan, aku kan anak geli-geli nuff. Sebulan tu mesti ada juga la 2-3 cpuv yang tercampak kat akaun aku walaupun income tak gempak. Bulan Februari nie aku baru dapat 2 cpuv. Alhamdulillah. Rezeki little khalifah yang soleh dan solehah aku nie. Boleh kumpul buat beli stroller. kikikiki ...

Ini sahaja cpuv yang sedang running. bertabahlah ... yang lenlain dah credited.

2 cpuv dari Physiogel dan Nike Running Tights. Rasanya macam akan ada lagi cpuv nie. Bulan Februari pun baru berapa hari kan. he he he. Kena la rajin update blog. Eh, rasanya aku akan cuti berblog. Berpantang, jaga anak ... then cuti blog sekali. Kalau rajin baru aku update tau. Bila blog ni macam bersawang je, paham-pahamlah korang bahawa aku sibuk nyusukan anak ... hehehehehe. Berdebar dada ini nak jadi mommy kurang dari seminggu! 

Apapun aku berharap, walau dah ada anak ... blog ni tetap aku nak update juga. tetap juga nak menulis sebab aku memang suka menulis walau taktau ada ke yang suka dengan cara aku merapu nie? ngeh ngeh ngeh.




p/s : Kengkawan alam maya yang dikasihi, dengan rasa rendah hati, mohon doakan aku agar dipermudahkan melahirkan my anak soleh solehah kurang dari seminggu lagi. Mohon doakan juga agar aku dapat melahirkan secara normal dan semoga semuanya selamat. Di kesempatan ini juga, aku memohon ampun dan maaf kiranya penulisan aku ini ada yang mengguriskan hati kalian semua. Mohon maaf sesungguh hati atas segala kekhilafan. 

Tuesday, January 6, 2015

CPUV TAHUN 2015. TERIMA KASIH NUFFNANG KESAYANGANKU

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, baru 6 hari menjejak kaki ke tahun 2015, Mr. Nuffnang dah bagi aku CPUV dari RHB Travel Around The World dan Hotlink OhhSome Street. Sejak aku cashout simpanan Nuff aku bulan April 2014, aku dah tak pernah kering CPUV lagi. Malah makin bercambah-cambah rezeki berblog aku. Terima kasih Ya-Allah. Terus rasa seronok dan bersemangat nak blogging. Walaupun aku tahu, mood aku blogging memang turun naik macam roller coaster tu. Nak-nak time mengandung nie. Ada masanya nak muntah tengok blog. Sorry sangat blog kesayangan ku!


Bila hari ini Nuffnang campakkan CPUV, eh ... meriahnye la pulak. Sekarang nie ada lebih kurang 16 CPUV yang sedang on going dengan gembira kat blog aku. Ada yang earning kencang dan ada juga yang biasa-biasa. Takpelah, janji earning dia bergerak dan meningkat sepanjang masa. Ini yang buat mommy to be bertambah gembira. Hip hip horeeeeey! Income blog aku takdelah kencang macam orang lain. Biasanya aku tunggu simpanan sampai 2-3 ratus baru aku cashout. Dalam bulan April setiap tahun aku akan cashout sebab nak menampung bayar insurans kereta aku tu. Sejak aku aktif dengan nuffnang nie, segala simpanan nuffnang memang aku buat bayar insurans kereta je. Kalau terkurang aku top up la duit gaji sikit. Kiranya berbaloi juga aku blogging. Sejujurnya blog ni berjasa untuk aku. Sebab tu kadang tak berani buat cerita bukan-bukan. Nak bergossip liar pun tak berani sangat. Biarlah income yang aku dapat nie 'clean', paham tak maksud aku? Buat-buat pahamlah ye.

Aku seronok tengok blogger lain yang boleh sedut income nuffnang beratus tetiap bulan, malah ada yang beribu riban. Alhamdulillah, rezeki korang. Tak macam aku, nak kumpul seratus pun amek masa 5-6 bulan. Nampak sangat blogger sepi sangat. wakakakaka. Aku tak reti nak main teknik SEO blog untuk naikkan traffic. Menulis main hentam je. Sebab tu kalau korang perasan entry aku lebih kepada cerita makanan. Tempat makan best, resepi yang aku masak ... heh, kadang ada juga yang bosan. So, aku sasarkan pada mereka yang jenis kaki makan ajelah. Ada masanya hati ni teringin sangat nak belajar ilmu blogging sambil jana income. Memang ada masanya niat nak jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan sampingan. Ngadap je pc, taip sikit-sikit itu ini .... mencanak ko punya earning nuffnang. Sapa tak sukakan? Mestilah suka ... ye dak?

Untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan, aku letak azamlah dulu. Manatau tetiba usaha aku untuk blog terlebihkan, bolehlah jadi pemes macam Hanis Zalikha .... eh, glemer plak si Hanis nie 2-3 menjakkan. Sejak-sejak naik stage gegar vaganza. ekekekeke. Idaklah sampai ke tahap tu. Tapi kalau boleh, apa salahnye kan kan kan......mimpikan bintang di langit tinggi nampaknya aku nie. wakakakakaka....

#rezeki tu Allah swt yang bagi, siapa usaha lebih dapatlah lebih. kan kan kan





p/s : makin lama makin seronok blogging. nak-nak hasben bagi green lite. rasa gumbira tak terhingga. 


Monday, October 13, 2014

CPUV BULAN OKTOBER

Assalamualaikum ...


Firstly, syukur Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang ... sebab dah longgokkan cpuv yang banyak di blog aku. Tengah on going lagi! Ini kira dah macam rezeki baby mommy to be lah ye! ngeh ngeh ngeh. Walaupun hakikatnya, aku skang kejap ada kejap takde kat dunia blog nie. Nak hapdate pun malas bebenor. Hormon ibu ngandung macam nie kot gamaknye. Ke aku yang mengandung je camnie? 

Blog terabai, tapi Nuff masih teruja bagia ku CPUV. Alhamdulillah ... banyak juga. Cuma earning je tak laju sangat. Takpelah, pelan-pelan kayuh la bagi banyak. Ini mesti nak suruh aku update blog hari-hari. Kadang hasben aku pun tanya, nape lame tak update blog. Jawapanya ialah ... 'kurang mood' untuk ngadap pc kat rumah tu. Ini pun aku curi masa office sat update. Boss takde katenye. So, mari curi tulang .... hu hu hu. Tak baik tul kan aku neh .... jangan tiru aksi ini di office anda. 


Sederet cpuv yang on going kat blog aku. Buat diri sendiri teruja je. Mulalah mood rajin macam nak jelma dah sikit-sikit. Eh eh eh .... ye ke tu? Jangan mudah tertipu yek. Sejak ngandung nie kadang tak lalu sikit tengok blog. Cuma kalau mood rajin menaik baru aku hadap belog nie. Paling kuat aku buka blog untuk baca entry aku yang lama-lama and blogwalking kat blog korang. Itu jelah yang aku beriya nak buat.

Oh ... ada yang tanya aku camne nk wat wishlist kat bar sebelah blog aku nie. Nanti-nanti la aku story yek. Nak wat tutorial memang takde mood sangat aih. Bukan taknak kongsi ilmu tau ... cuma semua nie amek sedikit masa untuk explain. Nak kena cari idea lebey sket supaya yang bertanya akan lebih paham. In Shaa Allah, ada masa akan ku share juga tutorial yang tak seberapa tu. Bawa bersabar okeh. he he he.

Okeylah aku nak sambung kerja jap. Walaupun keje skang dah tak banyak macam sebelum nie, cuma tahap kerja lebih mencabar berbanding dulu. Keje sekarang kena banyak berfikir lebih mendalam. Sekali dapat task, rasa nak nanges! Mulalah terfikir, 'napelah dulu masa study tak nak amek course business study!!". Senang sikit nak hadapi tugas sekarang neh.




p/s: Sekarang nie lebih teruja dengan baby dalam perooot .... dah menendang bola dah dalam tummy mommy! Suwet tau!!