Masuk je bulan Februari 2015, adalah bulan aku nebes kuasa 10. Menanti detik kelahiran little khalifah dengan penuh debaran! pheeeeew ... lap peluh yang menitik di dahi dengan tiba-tiba. Lagi 4 hari aku nak kena warded. Belum ada tanda-tanda nak bersalin, but have to get ready awal-awal sebab aku gdm diet control. So, suka tak suka aku memang kena serah diri kat spital sebab doktor dah noted kat buku pink tak boleh overdue. Apa boleh buat taik kambing bulat-bulat. Aku bertabah ajelah!
Untuk hilang nebes kuasa 10 aku nie, mai kita check akaun nuffang yang aku buat-buat lupa sejak beberapa hari ni. Blog pun takda mood nak update, ada hati nak check akaun nuff. Ada ke cpuv yang nuff longgok kat kau? Ada? Ada? Of course la adakan, aku kan anak geli-geli nuff. Sebulan tu mesti ada juga la 2-3 cpuv yang tercampak kat akaun aku walaupun income tak gempak. Bulan Februari nie aku baru dapat 2 cpuv. Alhamdulillah. Rezeki little khalifah yang soleh dan solehah aku nie. Boleh kumpul buat beli stroller. kikikiki ...
Ini sahaja cpuv yang sedang running. bertabahlah ... yang lenlain dah credited. |
2 cpuv dari Physiogel dan Nike Running Tights. Rasanya macam akan ada lagi cpuv nie. Bulan Februari pun baru berapa hari kan. he he he. Kena la rajin update blog. Eh, rasanya aku akan cuti berblog. Berpantang, jaga anak ... then cuti blog sekali. Kalau rajin baru aku update tau. Bila blog ni macam bersawang je, paham-pahamlah korang bahawa aku sibuk nyusukan anak ... hehehehehe. Berdebar dada ini nak jadi mommy kurang dari seminggu!
Apapun aku berharap, walau dah ada anak ... blog ni tetap aku nak update juga. tetap juga nak menulis sebab aku memang suka menulis walau taktau ada ke yang suka dengan cara aku merapu nie? ngeh ngeh ngeh.
p/s : Kengkawan alam maya yang dikasihi, dengan rasa rendah hati, mohon doakan aku agar dipermudahkan melahirkan my anak soleh solehah kurang dari seminggu lagi. Mohon doakan juga agar aku dapat melahirkan secara normal dan semoga semuanya selamat. Di kesempatan ini juga, aku memohon ampun dan maaf kiranya penulisan aku ini ada yang mengguriskan hati kalian semua. Mohon maaf sesungguh hati atas segala kekhilafan.
semoga dipermudahkan urusan bersalin ye..moga sihat anak dan ibu :)
ReplyDeletetahniah dah nak dapat baby....
ReplyDelete