Showing posts with label Migrain. Show all posts
Showing posts with label Migrain. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

SERANGAN MIGRAIN

Assalamualaikum ....



Malam tadi, aku migrain. Antara migrain yang paling teruk aku alami setelah sekian lama sihat walafiat. Sepanjang tempoh 5 bulan kahwin, inilah kali pertama aku kena serangan migrain. Rasa macam nak mati, tapi belooom. Hoih, orang yang pernah migrain je tahu azab juga bila kena serangan yang tak tentu masa datangnya. Kena pasrah manjang.

Aku start migrain dekat office, tengahari after lunch aku dah rasa mata kiri dah sakit, naik kat kepala pulak ... Pastu leher jadi keras tetiba! Entah macam mana kuatnya semangat aku time tu, boleh lagi aku pulun buat kerja. Yelah, sejak 3-4 bulan ni keje banyak sangat. Nak bertangguh tu rasa tak sanggup sebab takut jadi bertimbun-timbun. Maka aku gagahkan diri juga buat keje. Tapi aku dah call hasben awal2 suruh jemput aku on time. Alhamdulillah, hasben aku menurut perintah. Terima kasih sayang.

Sampai rumah, terus aku baring kat sofa. Tapi tak boleh nak lelap mata. Masuk bilik tidur, terus berselimut. Tutup lampu bagi gelap ... sejam aku cuba utk tidur. Sakit jangan cakaplah, Allah sahaja yang tahu ... berdenyut tak hengat! Aku rasa mata kiri macam nak terkeluar je punya sakit. Terlelap sekejap. Tak sampai sejam pun. Tengah2 lelap migrain menyerang teruk sangat ... sebab tak tahan sangat aku terus ketuk dan tampar kepala sendiri berkali kali. Sambil menjerit sakit! Aku bertindak sekelip mata sebab tak boleh kontrol sakit.

Ya Allah ... dugaan apa ini?

Hasben aku yang tengah seronok tgk internet, mesti terkejut. Aku sedar sedar dia dah ada kat sebelah, sambil tanya aku kenapa? Hasben urut urut kepala. Pastu dia siap buat air yang dah dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran untuk aku minum. Aku langsung tak boleh buka mata. Sebab kalau buka, mata rasa sakit sangat. Hasben sudah solat bagai dia temankan aku. Urut kepala, letakkan ubat ... sapu air kat kepala. Aku kalau mula sakit, cakap pun merepek2. Nampak benda bukan2. Hoih, nampak sangat lemahnya diri aku.

Ntah macam mana dan bila, aku dah tertidur. Aku sedar hasben ada kat sebelah. Mesti dia temankan aku dari awal malam. Sian dia, dah la tak makan malam tadi. Aku memang tak masak, balik keje terus cari katil. Aku bangun tengok ... dia cuma makan coklat crispy dalam fridge yang dah keras tu. Rasa sayu sangat hati ini! Yelah, biasanya camna pun aku usaha juga masak kalau tak singgah mana-mana untuk makan malam. Hasben aku memang jenis suka makan. Dia komen tak sedap ke hape ke pasti dia akan makan. Dia pun faham aku takdelah terror sangat pun masak. Bila sakit, apa pun tak boleh buat.

Bangun pagi tadi, kepala masih sakit sikit sikit. Tapi takdelah teruk sangat. Pagi tadi pun aku tak sempat buatkan hasben breakfast. Aku beli je mee grg dekat kafe rumah tu. Tengahari pulak jumpa hasben, dia kata mee grg tu tak sedap. So, nampaknya esok aku kenalah buatkan dia bekal. Kalau tak, kebulur hasben. Office baru dia susah nak cari makan, sebab takde kafe dan jauh pulak tu.

Dan serangan migrain semalam juga, yang pertama hasben tengok aku sakit macam mana. Aku terdengar dengar hasben cakap, 'kenapa sayang tampar kepala sendiri, jangan macam ni...'. Lepas tu hasben cakap apa aku dah tak dengar sebab sakit tu menyebabkan telinga aku jadi berdengung.

Selama ini, aku cerita je kat hasben yang aku ada migrain yang teruk. Kadang makan painkiller pun tak jalan. Sekarang hasben nampak sendiri teruknya sakit yg aku lalui. Walaupun tak selalu datang, tapi sesekali datang rasa macam uiiiisssssshhhhh hazab ok. Sebab tu, aku jaga sangat makan ... aku jaga juga tak bagi kepala berpanas sangat .... aku jaga supaya aku tak berada tahap stress yang melampau. Sebab itulah, kalau aku sedih or terasa hati dengan sapa-sapa aku cuba juga happykan diri aku. Senang cakap, aku tak boleh stress tahap melampau. 

Harap, aku tak selalu sakit camni. Rasa kesian dekat hasben. Ini belum ada anak. Kalau ada anak, hasben la yang amik tanggungjawab jaga masa aku sakit. Dulu masa aku sorang, aku tak kisah sangat sakit. Sekarang dh ada family kecik, rasa biarlah sihat sentiasa supaya aku boleh jaga family kecik aku dengan baik.




p/s : Ya Allah ... Sihatkanlah tubuh badan ku ini. Ameen!