Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

KESIBUKAN LA SANGAT

Assalamualaikum ...


Semalam aku tak sempat langsung  nak update blog. Busy mengalahkan TPM ko! Pengsan. Dekat office sekarang pun tak sempat dah nak berinternet bagai. Apatah lagi nak berblog. Biasanya 5.30 petang baru aku boleh melayari alam maya ini. Kalau sebelum tu jangan haraplah. Kejap-kejap, boss besar panggil. Keja-kejap dia call. Pasrah okey. Apapun aku bersyukur, boss besar aku kali ini sangat baik dan tegas orangnya. Bukan setakat tegas sahaja, malah sangat detail orangnya. 

Walaupun mula rasa kekok, rasa macam ermmmmmm but aku mengambil positif segala teguran. Now, aku dah boleh kerja dengan senang hati sebab aku positifkan minda aku dengan teguran dan ketegasan dia. Lagipun boss besar yang baru nie, follow the rules. Sebab itulah aku double suka dekat dia. Susah kerja sikit takpe, asal esok-esok tak menjerat leher sendiri. Kan kan kan.

Tak boleh menceceh panjang sangat, baru masuk opis nie. Lagipun aku kan dah berazam tak nak guna time opis untuk blogging. Kalau lepas kul 5.30pm blogging takpe … boss  tak marah. Jadi, aku kenalah tunaikan azam aku. Blogging sebelum jam 9.00 am … atau time rehat 1-2pm atau lepas waktu keje 5.30pm. Kat rumah, ikut sukahatilah nak blogging bilakan? Asal hasben tak bebel sudah. Asal makan minum dia cukup, no hal!

Owh, sebelum tu … nak share event minggu ni di Putrajaya. Ada Dato’ Siti Nurhaliza di Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4. Silalah datang meramaikan! Datang … jangan tak datang. Nanti leh jumpa dengan Tok CT ye! Aku tak dapat la pergi, sebabnya aku balik kampuang. As usual!







p/s: Entry pagi tadi tak sempat publish. ekekekek. Sibuk bonar!

Monday, April 14, 2014

KENDURI KAHWIN DAN CIRIT BIRIT

Assalamualaikum ...



Weekend aku suami isteri sentiasa penuh. Amat jarang dapat stay at home bermanja-manjaan. Memang tak dapek leer. Asyik keluar kawasan memanjang. Selalunya kalau tak balik rumah mertua, pasti kena teman hasben untuk urusan kerja dia. Paling kurang balik rumah mertua sebulan dua kali. Dah dokek kan ... konolah balik. Tak pun aku yang kena keje weekend. Itu yang badan aku rasa penat dan lotih. Haiih rumah pun kemas gitu gitu je takde berhias bagai. Sekali pandang cam rumah org bujang pun ada.

Macam weekend baru ni, hari Sabtu aku pi wedding adik kepada kawan hasben. Jauh pulak tu. Dekat Rembau, N. sembilan tak salah aku. Kawasan dia memang kampung betul. Jalan pun boleh masuk ngam ngam satu kete je. Kalau ada kenderaan lain arah bertentangan dah kita kena menyimpang dan berhenti tepi jalan dulu. Cuma suasana kampung tu yang mendamaikan. Syiiiooook!

Menu wedding ayam masak lomak cili api, kari daging kobau dan sup sayur suhun serta fuchuk. Kari daging kobau dia sedap. Daging pun fresh. Yolah, somboleh kobau sekor ... dah tu orang kampung lak masak. Dari niat hati taknak makan nasi ... ambik juga sejomput. Apapun lebih ratah lauk pauk la. Nasi tu buat alas poghut jo, dah perjalanan jauh bonar! Poie lapa balik pun lapa.

Tapi malangnye, kerana majlis kahwin tu ... aku dan hasben kena cirit birit. Hasben takdelah teruk sangat. Yang paling teruk aku. Hazabnye la hai. Tak tahulah sebab makanan daj tercemar atau sebab air sirap tu guna air paip. Belas-belas kali aku ulang pi toilet semalam. Sampai lembik satu badan. Malamnye tu aku tak boleh tidor. Asyik ulang alik bawa diri ke toilet. Hasben aku nak tido pun tak sonang. Yolah, orang rumah dia setiap jam akan terjaga je. Mata mula nak lelap ... dah merengek sakit. Rasa memulas je terus berdesup pi cari toilet. Pagi Ahad tu, aku tidur setengah hari. Cover tidur, sebab semalaman aku tak tidur. Hasben pulak sakit dia kejap-kejap je, takdelah seteruk aku. Dia pun ulang alik toilet juga, cuma tak kritikal. Aku ni sampai berry pun dah takde apa yang keluar. Tinggal air je. Badan dah jadi lembik. Petang Ahad tu, hasben aku pi beli 100plus, bagi aku bertenaga sket. 

Makan sedap. Tapi tang sakit tuh rasa mak aih ... azab bebenor! Sudahnya hari ini hasben bawa aku pi klinik. Dapatlah MC sehari. Doktor tu pun gelakkan aku sebab aku cerita kat dia, "Semalam dah 15 kali saya ulang alik toilet, pagi ni je 4 kali!".  Takdenya aku buat muke kesian nak minta MC, dah memang sakit. Aku terus cakap yang hari ini aku dah tak berdaya nak pergi kerja. Dapatlah sehari MC. Tengahari tadi dah makan ubat. Skang baru bermaya bangun, relaks-relaks, layan tv dan apalagi ... hasben keje, meh kita update blog sat. he he he 

(Hasben aku cukup tak suke aku edit gambar combine camni. Dia suke kalau aku edit sesatu. Lotih makcik!)




Hasben aku asyik cakap, " dah susut badan sayang ...!". Lawak ke der?





p/s : Baru 24jam cirit birit aku dah rasa badan dah susut sket. Kalau hari2 bolehlah kurus ... kah kah kah! Kurus dengan cara yang menyeksakan.

Thursday, April 10, 2014

SERANGAN MIGRAIN

Assalamualaikum ....



Malam tadi, aku migrain. Antara migrain yang paling teruk aku alami setelah sekian lama sihat walafiat. Sepanjang tempoh 5 bulan kahwin, inilah kali pertama aku kena serangan migrain. Rasa macam nak mati, tapi belooom. Hoih, orang yang pernah migrain je tahu azab juga bila kena serangan yang tak tentu masa datangnya. Kena pasrah manjang.

Aku start migrain dekat office, tengahari after lunch aku dah rasa mata kiri dah sakit, naik kat kepala pulak ... Pastu leher jadi keras tetiba! Entah macam mana kuatnya semangat aku time tu, boleh lagi aku pulun buat kerja. Yelah, sejak 3-4 bulan ni keje banyak sangat. Nak bertangguh tu rasa tak sanggup sebab takut jadi bertimbun-timbun. Maka aku gagahkan diri juga buat keje. Tapi aku dah call hasben awal2 suruh jemput aku on time. Alhamdulillah, hasben aku menurut perintah. Terima kasih sayang.

Sampai rumah, terus aku baring kat sofa. Tapi tak boleh nak lelap mata. Masuk bilik tidur, terus berselimut. Tutup lampu bagi gelap ... sejam aku cuba utk tidur. Sakit jangan cakaplah, Allah sahaja yang tahu ... berdenyut tak hengat! Aku rasa mata kiri macam nak terkeluar je punya sakit. Terlelap sekejap. Tak sampai sejam pun. Tengah2 lelap migrain menyerang teruk sangat ... sebab tak tahan sangat aku terus ketuk dan tampar kepala sendiri berkali kali. Sambil menjerit sakit! Aku bertindak sekelip mata sebab tak boleh kontrol sakit.

Ya Allah ... dugaan apa ini?

Hasben aku yang tengah seronok tgk internet, mesti terkejut. Aku sedar sedar dia dah ada kat sebelah, sambil tanya aku kenapa? Hasben urut urut kepala. Pastu dia siap buat air yang dah dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran untuk aku minum. Aku langsung tak boleh buka mata. Sebab kalau buka, mata rasa sakit sangat. Hasben sudah solat bagai dia temankan aku. Urut kepala, letakkan ubat ... sapu air kat kepala. Aku kalau mula sakit, cakap pun merepek2. Nampak benda bukan2. Hoih, nampak sangat lemahnya diri aku.

Ntah macam mana dan bila, aku dah tertidur. Aku sedar hasben ada kat sebelah. Mesti dia temankan aku dari awal malam. Sian dia, dah la tak makan malam tadi. Aku memang tak masak, balik keje terus cari katil. Aku bangun tengok ... dia cuma makan coklat crispy dalam fridge yang dah keras tu. Rasa sayu sangat hati ini! Yelah, biasanya camna pun aku usaha juga masak kalau tak singgah mana-mana untuk makan malam. Hasben aku memang jenis suka makan. Dia komen tak sedap ke hape ke pasti dia akan makan. Dia pun faham aku takdelah terror sangat pun masak. Bila sakit, apa pun tak boleh buat.

Bangun pagi tadi, kepala masih sakit sikit sikit. Tapi takdelah teruk sangat. Pagi tadi pun aku tak sempat buatkan hasben breakfast. Aku beli je mee grg dekat kafe rumah tu. Tengahari pulak jumpa hasben, dia kata mee grg tu tak sedap. So, nampaknya esok aku kenalah buatkan dia bekal. Kalau tak, kebulur hasben. Office baru dia susah nak cari makan, sebab takde kafe dan jauh pulak tu.

Dan serangan migrain semalam juga, yang pertama hasben tengok aku sakit macam mana. Aku terdengar dengar hasben cakap, 'kenapa sayang tampar kepala sendiri, jangan macam ni...'. Lepas tu hasben cakap apa aku dah tak dengar sebab sakit tu menyebabkan telinga aku jadi berdengung.

Selama ini, aku cerita je kat hasben yang aku ada migrain yang teruk. Kadang makan painkiller pun tak jalan. Sekarang hasben nampak sendiri teruknya sakit yg aku lalui. Walaupun tak selalu datang, tapi sesekali datang rasa macam uiiiisssssshhhhh hazab ok. Sebab tu, aku jaga sangat makan ... aku jaga juga tak bagi kepala berpanas sangat .... aku jaga supaya aku tak berada tahap stress yang melampau. Sebab itulah, kalau aku sedih or terasa hati dengan sapa-sapa aku cuba juga happykan diri aku. Senang cakap, aku tak boleh stress tahap melampau. 

Harap, aku tak selalu sakit camni. Rasa kesian dekat hasben. Ini belum ada anak. Kalau ada anak, hasben la yang amik tanggungjawab jaga masa aku sakit. Dulu masa aku sorang, aku tak kisah sangat sakit. Sekarang dh ada family kecik, rasa biarlah sihat sentiasa supaya aku boleh jaga family kecik aku dengan baik.




p/s : Ya Allah ... Sihatkanlah tubuh badan ku ini. Ameen!

Monday, March 3, 2014

GEMUK

Assalamualaikum ...


Tajuk yang agak tak boleh blah. Sekarang ni sesapa saja yang jumpa aku akan cakap aku gemuk. Ok, aku tahu aku gemuk tapi aku tak faham kenapa kau pula merasai beratnya. Aku ok, maka kau juga harus ok. Tak perlu cakap banyak-banyak kali pun sebenarnya, memang aku tahu pun berat aku dah naik. Kain baju, seluar semua dan sendat, padat dan ketat! Salah siapa tu? Perlu beli pakaian baru atau diet? Pilihan di hati sendiri! ngeh ngeh ngeh

1 Mac lalu, genap 4 bulan aku menjadi isteri. Maksudnya, bulan ni dah bulan ke-5 dah jadu isteri .... hoyeeeee. Alhamdulillah, syukur sangat. Hati pun senang. Jiwa pun tenang. Rahmat Allah tu. Cuma belum rezeki lagi untuk bergelar ibu. Tengah usaha tangga kejayaan >**<

Ramai yang perasan akan perbezaan kegemukkan aku. Makin gemuk. Siap ada spare tyre lagi. Alahai, redha ajelah. Dan aku sendiri mulai rimas dengan kegemukan sendiri. Tau kenapa? Kaki aku menjadi sakit, lutut jadi tak kuat ... kaki aku tak mampu menampung berat badan sedia ada. Bayangkanlah, kalau dulu masa tunang, berat baru 55kg, sekarang dah terlebih dari itu. Mana tak sakit kakinye. Memang sakitlah.

Aku tak salahkan sesiapa termasuklah hasben sendiri. Kadang aku rasa badan aku dah nak sesaiz badan hasben dah. Dan kerana terasa gemuknya badan, maka bermula Mac ... aku pelan-pelan akan kembali kepada atkins. Doakan aku menjadi kuat seperti sebelum ini. Nak balik berat 55kg tu. Nak berjalan dengan laju, nak solat dengan mudah, nak berdiri dengan hebat ... bak kata semua naklah! Okeh, tamak ada disitu kalau semua kau nak!!

Moga berhasillah usaha aku. Esok start jalan kaki .....




p/s : bertindak sebelum menjadi parah!

Tuesday, May 28, 2013

TIKUS JADI KUCING

Assalamualaikum ....






Boss tak ada hari nie. Boss sangat besar ke, boss besar sikit ke, boss kecik ke .. semua takde. So, hari ini aku jadi boss. Bila boss takde, semua tikus nak jadi kucing. Yeee! Sonok jugaklah kalau semua boss takde. Boleh buat kerja dengan aman sekali. Eh, betul ke ngko buat kerja mak jemah. Ni ko tengah blogging apahal! Uiii betullah, aku blogging setelah siapkan satu kerja. Habis blogging siapkan satu kerja lagi. Pastu sambung blogging plak. Dan seterusnya macam tulah. He he he boleh ke camtu? Dasarkan aku nie … boss takde terus nak jadi raja.


Kadang aku nie boss cuti hidup tak berapa aman sangat. Sebab boss aku punya pe’el SUKA sms staff dia even dia cuti. Ish, kalau akulah … dah cuti tu, cuti ajelah. Buat apa nak fikir hal office. Orang lain boleh gantikan. Cumanya bila kite takde dalam family orang lain tak boleh gantikan tempat kita. Family first … walaupun kerja adalah punca rezeki kita, kena juga pandai bahagikan masa. Ye dak? Kerjaya-kerjaya juga, tapi family tetap kena utamakan. Wah, kemain ko. Ayat nasihat very the kelassss! He he he


Dapat blogging time office adalah antara saat yang membahagiakan. Tapi tak bolehlah buat selalu. Kang makan gaji bute. Tak berkat. Kalau nak juga blogging, time rehat tak pun time pas keje. Bolehlah. Eh nasihat lagi tu. Semoga semua anak-anak suke dengan nasihat mak jemah ye. He he he. Actually, aku rindu zaman blogging dulu. Kemain hari-hari update. Tunjuk kepoyoan semua gambar-gambar yang aku amek. Walhal takdelah pro sangat pun. Cuma rasa bestlah dapat eksyen dengan korang tunjuk gambar tu. Ha ha ha. Eskyenlah sangat.


Aku rasa macam nak melalut dan mengarut lagi, tapi ada kerja nak kena buat. Nanti aku sambung ngomel kat sini lagi. Aku harap korang tak pernah jemulah datang baca belog aku, walaupun takde isu best pun aku share dengan korang.



 
Hari ini sang tikus pijak jadi raja!









CK : Hidup aku dah start kelam kabut sikit, orang-orang terdapat sudah menunjukkan taring masing-masing. Sekarang nie tengah urut dada harap aku tenang hadapi segala ujian.



Sunday, May 26, 2013

MAKIN KE LAUT

Assalamualaikum ...





Sekarang nie, update blog pun 4 hari sekali. Makin teruk dan makin ke laut aku rasa. Hye ... napelah tahun 2013 nie aku rasa prestasi aku macam down semacam. Banyak yang serabut daripada yang teratur. Confuse sana sini.


Selagi kerja dan penyerahan tugas ini tak selesai di office, maka makin ke lautlah diri aku. Kalau korang boleh datang office aku ... mesti korang pengsan tengok workstation aku. Semak cakap ko! Giler semak! Lagi teruk dari tahun 2012. Kalau last year sebelum balik, aku akan kemas dulu meja aku. Kasi cantik, kasi tersusun ... supaya esok pagi tu datang dengan mood baru dan semangat nak kerja membuak-buak. 


Sekarang nie, dah la kena balik kerja lambat ... hari-hari ada satu department tu call aku macam nak makan. Lebih garang dari mak singa aku rasa. Hye, kalau tahu teruk camnie peralihan tugas .. baik ajelah aku buat semua benda. Aku takdelah nak pening sangat. Walaupun susah aku sanggup je telan. Skang nie, baru je nak aman sikit hati dan perasaan dah kena sembur! Kadang bila aku malas nak layan, baik aku pi lawat site. Fhuuuh aman! Aman pun sekejap ajelah. he he he



Bab blog kesayangan ini, aku tak pasti berapa lagi perangai ke laut aku nie. Rindu nak menulis hari-hari macam dulu walaupun cerita takdelah best pun. Lagi satu ... aku dengki tengok korang update hari-hari tahu. Bapak jeles!!



Kan best kalau kat rumah aku ada SOHO cam nie ... small office house office. I like!! Boleh blogging sampai lebam *teeeengggg berangan dah!*





CK : Festival Belia Putrajaya 2013 pun sempat pergi tengok malam ... jalan sampai kembang tapak kaki. Haa amekaw!!

Sunday, May 19, 2013

KEMBALI AKHIRNYA

Assalamualaikum ...





Dah berhari-hari aku meninggalkan blog kedaung nie. Bukan tak ingat, sentiasa ingat nak update. Tapi mood adalah  turun naik dengan rutin harian yang berubah seminggu dua nie. So, aku sedang sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan diri, mood dan menyusun semula rutin aku.


Eh, lupa .... sekian lama tak bersua kat sini, aku harap korang semua sihat sentiasa. Sentiasa ceria. Terima kasih sudi lawat blog aku walaupun berhari-hari tak update. Sorry sangat terutama kepada pembaca setia blog aku. Eh, ade ke yang setia? Harap ada ... he he he


Bila dah kembali berblog nie, rasa kekok pun ada. Dalam kepala ... apa nak cerita nie? Apa nak share nie? Kiranya banyak jugalah tanda soal. Nak share pengalaman jadi petugas SPR pun, PRU13 dah berlalu. Semuanya dah tak berbahang sangat, suam-suam kuku je. Untuk pengetahuan, even aku tak update, tapi aku tetap jengah ke blog-blog korang bila ada masa. Nak update blog sendiri memang tak dapatlah. 


Mulai sekarang, aku akan hadapi turun naik berblog. Mungkinlah. Tapi, jika aku ada masa ... aku mungkin update hari-hari juga. he he he. Turun naik berblog nie aku rasa semua blogger hadapi kot. Ada masanya terpaksa lupakan blog seketika kerana diri sendiri ataupun kerana orang lain. Macam aku, sebab aku nak settlekan banyak benda soal kerja dan soal rutin hidup aku. Uih, banyak benda yang aku nak fikir lepas nie. Masalah paling kronik aku skang nie, rindu kat kampung! Rindu mak ayahlah tu ... tapi, nak balik kampung  belum ada kesempatan. Sedih.









CK : Sejak perubahan tugas awal Mei baru nie, aku dah banyak relaks di pejabat. Adalah masa meregangkan otot pulak. Aku rasa sangat lega sebab aku tak perlu lagi buat kerja-kerja rutin yang sama memanjang. Ulang ulang yang tu jugak, aku tak suke macam tu. Aku suka kerja yang berbeza ... atau kerja sama tapi cara berbeza pun bolehlah juga.

Sunday, May 12, 2013

GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum ....





Semalam setengah hari aku lepak kat hospital. Layan adik aku berborak. Sampai dekat 7 malam aku baru baru balik rumah. Puashati aih ... nasib baik nurse-nurse kat situ tak halau aku walhal dah habis time melawat. keh keh keh. Sambil layan adik aku and anak buah, sedap je tengok adik aku makan nasi dengan sambal petai yang aku masak. Balik rumah terus aku ... tengok saki baki sambal petai dalam kuali. Eh, ada sikit lagi. Dok fikir soal diet ... ish tolak ketepi satlah. Minggu nie aku perlukan banyak tenaga ... jadi baby sitter lagi, ulang alik hospital dah seminggu nie nak masuk minggu kedua. Uih, banyaknye alasan nak mengelat dari diet aku nie. he he he



So, sampai rumah semalam ... aku menyediakan ganjaran buat diri sendiri. Bubye sekejap diet tolak nasi nie. Hiks hiks hiks ... aku perlukan tenaga kononnye.



Sambal petai ikan bilis + nasi putih + ikan kembung grill + serunding halia bilis Sarawak. Up dengan milo ais kaw kaw!!! Tak pernah-pernah aku makan nasi pastu minum milo. Sebab kat rumah aku beranilah buat ... kalau makan kat kedai aku tak akan makan nasi pastu minum milo. Gerenti muntah! Sebab kat rumah aku cubalah ... tengahari sebelum pi hantar makanan kat adik aku  tu pun dah dok teringin nak minum milo ais kaw kaw!!


Serunding halia bilis tu aku beli dari Sarawak. Pos laju dari sana. Memang sedap. Sesuai untuk ibu lepas bersalin. Memang buang angin baik punya!! Kalau ada serunding nie kena plak dengan nasi panas ... perghhhh terbaik. Hangat-hangat halia tu buat badan rasa lega. Kadang aku ratah je serunding nie.



Apa macam, hebatkan ganjaran aku. Satgi nak pi timbang ... ntah-ntah dah naik berat aku. Lastweek aku timbang statik kat 57kg je. Nak buang 7kg tu entah bilalah. Aku dapat maintain berat nie pun sebab dah 2 bulan makan rumpai laut .... walaupun diet aku on off! he he he



Okeylah ... aku nak sambung cuci fridge jap. Semalam aku tak perasaan aku tak tutup rapat pintu fridge ... abis berair fridge aku. Ish ... careless sungguh!!







CK : Harap2 hari nie dapat pi shopping ... hu hu


Friday, April 12, 2013

SABAH! 50-50

Assalamualaikum ...






Hari tu aku sibuk-sibuk minta no. phone kereta sewa untuk ke Kota Kinabalu Sabah. Terima kasih kepada korang yang sudi membantu. No phone tu semua aku dah siap save dalam hp dah. Jasa korang sangat-sangat aku hargai ;=)


Tapi, aku sekarang nie dalam dilemma ... jadi ke pergi Sabah nie? Jadi ke tidak? Jadi ke tidak? Aku terlibat dengan PRU, flight aku ke Sabah hujung April nie selepas penamaan calon. Penamaan calon 20 April ... bila dah start penamaan calon, sah-sah nanti busy. Kalau aku tak busy pun, kawan-kawan aku yang pergi sama pun terlibat dengan PRU juga. Huh! 


Bila keadaan macam nie, aku jadi serba salah. Hati nak pergi. Yelah, tiket flight dah beli dari last year lagi. Walaupun rege tiket masa aku beli tu murah, tapi nak sampai ke Sabah  tu akan jadi pengalaman yang mahal dalam hidup aku. Dah la, percutian ke Sabah termasuk dalam wishlist 2013. Huk huk huk. Tengok pada keadaan sekarang, lebih kepada akan cancel trip nie! huwaaaaaaaaaaaa


Masa diumumkan mengundi 5 Mei, aku dah melonjak happy. Tapi bila semalam aku dapat email berkaitan pegawai petugas semasa PRU terus hati rasa ... ermmmmmm!! Hilang mood aku masa tu. Dah la tengah dok tengok hotel kat Agoda. Harga plak berbaloi-baloi. Kalau tahun nie tak dapat pergi Sabah, aku harap tahun dapatlah pergi Sabah ... Medan (ticket dah beli) ... Miri pastu Brunei! ha ha ha giler tamak nak jalan-jalan!



Apa-apapun Sabah, sila tunggu aku datang ... aku senantiasa mendoakan kesejahteraan Sabah dan Malaysia dari pencerobohan manusia durjana!





CK : Kalau dah memang 'kaki berjalan' ko ikat pun terasa nak jalan juga ... ha ha ha

Wednesday, April 3, 2013

CARA AKU MEMBUAT PEMBELIAN KEPERLUAN RUMAHTANGGA SENDIRI

Asaalamualaikum ...




Echeh, tajuk tak boleh blah kot aku rasa. Keperluan rumahtangga. Eh, macam main kahwin-kahwin kan ko nie. Ahaks! Berikut aku nak share dekat korang macam mana aku buat perbelanjaan dan pembelian barangan untuk keperluan diri dan juga rumahtangga. Rumah je dulu, belum ada tangga lagi. Soon ... In Shaa Allah!


Now, berbalik kepada perkongsian aku. Every month aku dah buat perkiraan pendapatan dan perbelanjaan. Boleh jenguk sini <---- Berapa banyak gaji yg aku dapat, berapa banyak yang perlu disimpan dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan termasuk horra horray!



Baki gaji selepas ditolak perbelanjaan wajib dan saving baru aku akan gunakan untuk belanja diri dan rumah. Kalau negetif bakinya, puasalah bulan tu! ha ha ha



Bagi memudahkan diri sendiri membuat penyemakan keperluan diri dan rumah, aku buat senarai macam dekat bawah nie. Aku senarai semua barang-barang yang aku guna.



See, panjang berjelakan keperluan aku. Baru sorang. Belum berdua. Bertiga dan berempat. Bagi memudahkan aku juga, aku membahagikan keperluan ini kepada 4 perkara ;

  1. Keperluan diri
  2. Keperluan memasak
  3. Keperluan dapur
  4. Keperluan mencuci

Jangan confuse bila keperluan dapur tu ada juga benda pencuci. Ini aku buat untuk faham sendirik sendirik sahaja. Kalau korang nak copy, buatlah cara yang korang faham. Bukan nak tunjuk jiran selang 3 buah rumah pun.


Aku print senarai ini sebanyak 12 salinan. Bermaksud untuk 12 bulan. Tapi, aku bukan beli semua barang-barang ye. Just beli mana yang diperlukan bagi bulan berkenaan sahaja. Yang kita tak beli tu, kosongkan ajelah. Mana ada tambahan baru, aku akan masukkan pada pembahagian yang telah dibuat.


Kenapa aku buat senarai berjela ini?


  1. Memudahkan aku check barang kat dapur apa yang dah habis dan perlu dibeli;
  2. Memudahkan aku mencari barangan berkenaan di pasaraya tanpa tertinggal satu pun. Kalau tak, sampai aje rumah, "alamak lupalah nak beli kicap kipas angin!" ...... "alamak, ingatkan minyak masak cap roda ada lagi, rupernya dah habis ... tak ambil pun kat rak pasaraya tadi!!". Senang cakap tujuan besarnya adalah memudahkan kita ingat. Lagi senang cakap elak LUPA! Melayu mudah lupa;
  3. Membolehkan aku membuat perbandingan harga barangan. Mana yang murah dan mana yang mahal. Aku tak pergi pasaraya yang sama setiap bulan. Kadang pergi Mydin Subang (jauhnye dok Putrajaya pi Mydin Subang), bulan depan pi Giant, A-Eon Big (Dulunya Carrefour) ... kalau nak jimat lagi aku pi kat Balaji, Pasar Borong Selangor je. Kat Balaji nie khas membeli barangan memasak sahaja; 
  4. Sebagai cara untuk mengawal perbelanjaan bulan dan dapat elakkan pembaziran. Kadang benda tu tak wajar pun dibeli, tapi sebab takde list ... korang saja beli sebab rambang mata. Balik rumah tak guna pun, last-last expired ... terutama bahan masakan.
  5. Memudahkan aku merekod perbelanjaan pada bulan berkenaan. Berapa byk belanja kena rekod, nanti senang tengok mana yang nak kena reduce atau potong terus atau tukar brand yang menawarkan harga lebih berbaloi. Ini semua dalam proses berbelanja dengan berhemah! ngeh ngeh ngeh; 
  6. Menjimat masa korang di pasaraya. Takdelah masuk pasaraya kul 8pm dekat kul 11pm baru nak keluar. Tak pun sampai ada announcement pasaraya nak tutup pun korang tak habis lagi shopping barang. Dah tahu dah ..... harap hard disk kat kepala je nak ingat, walhal bapak pelupa!! Dah tahu pelupa, buat list la weh!!!; dan
  7. Sebagai bahan bacaan gantian selain daripada baca pamplet promosi dalam pasaraya. Bahan bacaan tika mood masam muka kepada si teman. Time tu pula bermasam muke dengan si teman sebab tak sekepala bab pilih jenama kicap, boleh la aku baca list nie berulang kali sampai lebam!! Contoh .... hehehehehe

Itu sahaja aku nak share. Kira macam tips jugalah nie. Aku dah guna style nie setahun jugalah. Cuma tahun nie je belum sempat nak print lagi. 


Sila print dan simpan dalam kereta. Senang .... on da way tu boleh tick apa nak beli! Mudahkan??



Boleh je nak tiru style aku kalau korang rasa ia amat berguna. he he he he .... bubye!!





CK : Semua benda nak kena list, bapak pelupa nie .... tertelan banyak semut. ha ha ha

Tuesday, March 26, 2013

TAK SAMPAI SEPARUH

Assalamualaikum ...





Semalam aku dah khabar dalam entry nak publish and reply semua komen. Tapi sebagai manusia kita cuma merancang sahaja. Tak sampai separuh pun komen tu aku publish and reply. Aku bajet semalam akan sampai rumah awal. Nak rehat! Itu yang utama .... rehat ;=)


Tapi lepas habis kerja, pergi makan dengan darling aku tu ... my BIL call, anak buah aku masuk kecemasan kat Hospital Putrajaya. Apa lagi memecutlah aku ke sana. Sampai je kecemasan adik aku plak sms bagi tahu benda yang sama walhal aku dah sampai depan pintu kecemasan dah. Rupanya, my anak buah yang 4 bulan tu semput. Adik beradik asthma gaklah tu. So, kena amek nep. Dah pergi klinik kesihatan, tapi sebab dah teruk sangat kena masuk kecemasan.


Uihs, kesian .... kesian bila baby besar tu nak kena nep bagai. Hari sebelum tu masa aku jaga dia, memang dah nampak tanda-tanda semput nak kritikal dah. Sebelum nie aku beberapa kali ajak adik aku pergi nap baby dia. Tapi dia nak tunggul husband dia datang juga. So, semalam teruslah dia kena tazkirah dengan aku depan kecemasan. Takdelah nk tazkirah seserius mana ... sambil lalu je tazkirah supaya after this dia alert tentang her baby! Kesihatan baby penting .... sebab muda dijangkiti penyakit.



Dari kecemasan aku gerak agak awal balik rumah. Bawa anak-anak dia yang lain. Sampai rumah cam dah penatlah sangat. Mandi then layan tv ... buka lappy kejap, skype dengan darling pastu mulut dah terkuap kuap. Tengok blog ... ingatkan nak usahalah publish dan reply komen sampai habis. Takdenya mampu .... mata dah takleh tongkat lagi dah. Sudahnya, masuk tidur ajelah! he he he


Malam nie nak cuba lagi publish ... and reply!! Lagi tak buat, tak senang hati ;=)






CK : Hari nie darling aku dapat APC! Dia kata rezeki kahwin ... lately aku memang perasan, rezeki kami berdua makin murah. Rezeki nak kahwin kot gamaknya. Nak saving pun dah senang.

Friday, March 22, 2013

BALIK RUMAH

Assalamualaikum ...





Jumaat rehat lama. 2 jam lebih. Memandangkan rumah dengan office aku cuma kurang 10 minit je, baik balik. Boleh juga buat apa yang patut. Kadang aku jarang balik rumah hari Jumaat, tapi kalau aku rasa macam ramai je tak kuar masa time Jumaat ... baiklah balik takpun pergi Alamanda.


Dok office time rehat, boleh sakit telinga dengar gossip! Hari Jumaat pun bergossip gak weh??


Sampai je rumah tadi, terus kemas ruang tamu ... sapu sampah dan mop lantai. Bagi kilat sket. Susu anak buah aku tumpah sana sini, kang kalau biar lama lantai nampak comot. Aku akan mop lantai bila terlebih rajin dan bila aku rasa lantai tu dah tak sedap dipandang. Hah, masa tu baru sibuk nak cari mop! Kalau tak, jangan haraplah.


Bila balik rumah time rehat, rehat pulak lama ... macam-macam benda boleh buat. Nak basuh baju dan terus sidai pun boleh. Nak masak untuk malam terus pun boleh. Itu kalau rajinlah. Kalau semua dah buat time rehat panjang camnie. Malam nie boleh rehat .... tapi malam nie aku nak pi dating ngan si teman. 3-4 hari tak dating sebab aku kebusy-an di luar kawasan. he he he



Untung juga keje gomen nie ... seminggu sekali boleh rehat lama! Tapi kalau balik rumah setakat nak tidoq, buat sakit kepala ajelah ... ha ha ha




CK : Tadi bukan main mengantuk kat office.





Friday, March 15, 2013

CALL 8 JUTA KALI

Assalamualaikum ....




Aku nie tak tahu spesies ape ... kalau call si teman dia tak pick up, memang aku akan call berkali-kali sampai hilang sakit hati aku dan dia sakit hati pulak! Itu perangai dulu-dulu, masa mula-mula bercinta, selepas aku clash dan bercinta semula sampai sekarang ... aku dah ubah sket perangai tu


Dulu, kalau aku call tak berjawab ... aku akan call dia sampai 8 juta kali! Eh, terdaya ke? he he he takdelah maksud aku sampai 15 - 20 kali ajelah misscalled kat enpon dia. Lepas tu dia jumpa aku bebel-bebel. "Kalau sy tak jawab call, smslah! Nie dok call juga ...". Hah, nampak tak aku gedik sket kat situ. Eh suka hatilah! Aku lagi suka call dari sms, kalau sms nie manjang salahfaham je. Selalunya dialah salah faham, aku sms lain ... benda lain dia faham. Sebab nak cepat, baca sms sepintas lalu je.



Setelah sekian lama aku melupakan tabiat itu, entah Jumaat bila entah ... tabiat call 8 juta kali kembali lagi. hah! Kena marahlah ... apa lagi. SMS je lain kali katanye! Hari Jumaat yang entah bila, lepas solat Jumaat segala, aku ingat dia bawa enpon. Rupanya dia silence dan tinggal enpon kat drawer office. Yang aku nie galaklah dok call dia bertalu-talu. Orang lain dah balik solat Jumaat, ko ke mana? Aku plak lapaq time tu, nak lah ajak dia makan. Sudahnye ... makan hatilah Jumaat entah bila tu.



Hari nie plak, dia siap-siap bagitahu ... kot aku lupa pesanannya sebelum nie, Dia kate, "saya simpan enpon dalam drawer, nanti jangan call sampai 8 juta kali pulak ye ;=)"


Ha ha ha ha, kena sebijik ... untuk cover kesilapan lampau aku jawablah, "eh, saya memang suke call banyak kali sebab saya nie spesies cepat rindu kekasih ... ha ha ha, nak gi solat Jumaat doakan kesejahteraan saye ye ;=)"




In Shaa Allah, lepas nie takkan ada lagilah call sampai 8 juta kali kecuali KECEMASAN sahaja. Aku akan call sampai dia jawab jugak-jugak!!!



#call mak ayah aku lagi senang, sekali dua je ringing dah jawab. kalau mak ayah aku tak jawab ... pagi petang siang malam aku call sampai dapat bercakap juga juga.




CK : Hebatkan, call sampai 8 juta kali .... hu hu hu

Wednesday, March 13, 2013

KERONCONG

Assalamualaikum ....




Tadi aku tak lunch
Rasa macam kenyang semacam je perut nie
Walhal, breakfast sup ayam + daging je pagi tadi
Air putih 1.5 liter. Itu je


Sekarang nie, perot dah keroncong semacam
Keja-kejap bunyi
Cafe mestilah dah takde makanan ... dah dekat time balik dah nie.
Aiyoooook, napelah tadi perut taknak lapar.
Sekarang pulak nak keroncong.


Sudahnye aku asyik tonggeng air putih ...
Kejap-kejap 500ml .... 500ml
Lama-lama boleh kembung perut aku nie.


Haaaish!!







CK : Jangan gastrik sudahlah

Thursday, March 7, 2013

PERCUMA

Assalamualaikum ....





Makan percuma adalah antara perkara yang best dalam hidup! Sapa yang tak suka makan kan? Tambah pulak makan free. Rugi kot tolak. Nasib baik rezeki yang datang pada aku, haritu ...  time aku tengah cheat day. Tak makan macam menyesal. Baik makan .... anggaplah ia sebagai satu cara hargai diri sendiri, walaupun berat yang turun belum mencapai target.... he he he






Gile ko nak tolak makan free yang bernama Pizza Hut nie???? .... 
Tak dapat makan roti, isi atas semua aku sapu ... ha ha ha






CK : Senang hati!!

OH! UNIFI ....

Assalamualaikum ...






Sekarang ni aku perasan, Telekom macam nak paksa pula semua pelanggan streamyx dia upgrade kepada unifi. Kalau bil steamyx aku tertunggak sebulan, pihak Telekom takkan call. Tapi, bila payment bil dah settle, bertalu talu customer service Telekom call....sampai aku dah tension sekarang.


Pagi orang ni call, petang orang lain plak call. Maksud dan tujuan sama je. Kadang bila call terus terjah je bagi promosi. Tak tanya aku tengah sibuk ke hape. Ish, geramnye rasa! Aku dah bagitahu banyak kali yang aku masih belum berminat nak upgrade kepada unifi. Belum minat!


Streamyx tu pun dah ok. Loading masih terbaik. Aku sorang je guna. Apa kejadah nak upgrade. Aku bukan guna internet 24jam. Aku bukan full time blogger yang perlu hadap internet sepanjang masa. Kalau aku full time blogger aku tak pakai streamyx la.  Lagi satu, buat apa aku nak tambah beban perbelanjaan bulanan ... kalau guna pun tak seberapa. Sekarang nie, aku lagi la kurang guna internet. Balik keje je, mandi aku dah tidur. Kebanyakan entry aku kena autopublish, kalau aku rasa akan ada masa-masa sibuk di masa hadapan.


Aku lagi nak berjimat, korang nak suruh aku membazir. Apa kejadahnye?? Orang ada internet, aku pun ada ... Walaupun aku tak langgan unifi, Alhamdulillah aku boleh je blogging. Senang cakap, orang ada kereta ... aku pun ada kereta walaupun made in Malaysia. Orang nak pakai Volkswagon Passat biarlah dia, dia mampu! Kan ... kan ... kan ...


Tengoklah, bila ada duit lebih ... Aku langgan la unifi nie. Itupun kalau aku nak la. If streamyx nie masih tip top utk aku, perlu ke nak upgrade dan tambah duit. Sedangkan fungsi lebih kurang sama je.....


Setakat ini, aku bukan hamba internet .... 





CK : Dah jangan call aku lagi, tak reti-reti!!