Showing posts with label Mohon Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Mohon Bantuan. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

MOHON BANTUAN - KERETA SEWA DI KOTA KINABALU SABAH



Assalamualaikum …..




Aku nak minta bantuan sket pada korang yang dah pernah melancong ke Kota Kinabalu Sabah atau korang sendiri memang orang Sabah,….


Aku skang dalam plan 50/50 untuk Sabah. Harap-harap j adilah. Tiket dah beli, tapi bergantug kepada keadaan kerja skang, kalau sibuk sangat dengan PRU maka aku terpaksa cancelkan lawatan tapak kaki aku  ke Sabah tu. Sooobss sooobss sedih kalau kena cancel beb! Tapi kalau terpaksa ,,,, aku redha!


Untuk korang yang dah pernah sampai ke Sabah dan dah pusing-pusing Sabah atau memang orang Sabah boleh tak bagi aku contact number kereta sewa. Supaya senanglah aku nak jenjalan kat sana. Aku dah minta kat ex-housemate aku di Sabah nun ... tapi jawapannya, dia tak pernah sewa kereta dan dia plak tak pandai nak drive. He he he. Malaslah aku nak buat permintaan lebih-lebih plak, kang dia tak nak kawan ngan aku. Tak nak la ilang kawan ... kan kan kan.

Kalau korang ada contact number kereta sewa di Kota Kinabalu dengan harga yang berpatutan, silalah tinggalkan no. Contact berkenaan di ruangan komen atau emailkan pada aku di cikkamoo@gmail.com


Kalau korang boleh bagi number tu cepat ... atau lepas baca entry nie terus komen kalau korang tahulah kan .... aku amat amat hargai jasa baik korang!! Thanks thanks thanks .... tauuuuuuuuuuu!






 CK : Aku harap jadilah trip nie, dah jenuh aku kumpul duit nak melancong...he he he

Sunday, July 3, 2011

BERBOGEL MENUJU TUHAN!

Assalamualaikum ...



Saya sedang mencari buku ini! Dan bukan penulis ini, ZAHIRIL ADZIM, pelakon JUVANA ... yang selalu saya tengok di screen TV 14' milik kakak saya, setiap Isnin 9.00 Malam di TV3! Harap dapat buku ini secepat mungkin .... BERBOGEL MENUJU TUHAN!

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"



CK : Mencari buku ini bukan kerana kehenseman penulisnya, tapi kerana tajuk dan sinopsisnya ... mungkin ada sesuatu yang menarik hati kecil saya tentang BERBOGEL MENUJU TUHAN .... saya sedang mencari, sesiapa yang telah membaca sila kirimkan sedikit cerita indah di dalamnya. terima kasih ...