Showing posts with label Sukaduka. Show all posts
Showing posts with label Sukaduka. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 DARI PENULIS REMPITKEHIDUPAN DOT MY BUAT SEMUA PEMBACA TERSAYANG

Assalamualaikum ...


#Entry pertama di tahun baru 2014 dengan tajuk yang agak panjang T_____T.....#

Fara Fauzana dan Faizal Ismail jadi emcee semalam di Putrajaya!


Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Putrajaya .... meriah dengan artis yang superb best sangat ... Amy Search, Ramli Sarip, Hattan, Ella ... dll yang tak sempat aku tengok dgn detail! Best dengan Putrajaya Lighting Festival ... Live Band ...



Alhamdulillah, masih dipanjang usia oleh Yang Masa Esa. Dapat jua bertemu di tahun baru 2014. Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca rempitkehidupan dot my! Dengan adanya pembaca ... dan minat yang masih mendalam untuk terus menulis, walau kadang tenggelam timbul. Maafkan kekhilafan aku kiranya ada tulisan yang merobek hati kalian yg membaca sepanjang aku menulis blog ini sejak 2010 dengan seriusnye. Serius?

Tahun baru 2014, aku harap ada pengharapan dan sinar baru buat aku. Kini bukan lagi sendiri, tapi harapan dan sinar baru dengan suami yang tersayang. Dan Alhamdulillah juga, hari ini genap 60 hari aku menjadi isteri buat sang suami. Love you sayang! Azam 2014? Aku belum lagi merangka sebarang azam walau ia telah disoal oleh hasben beberapa hari sebelum 2013 melabuhkan tirainya. "Kita perlu duduk bincang bersama sayang .... cakap-cakap suami buat isterinya!". 

Ya, 2013 yang penuh pancaroba, tangisan airmata ... ketawa ria, ranjau dan duri serta senyum dan ketawa. Alhamdulillah yang tak terhingga ... aku dapat mengharunginya dengan tabah walau terkadang tenggelam dalam emosi yang sukar untuk aku kawal. 

2013, sendirian selama 10 bulan dan baki 2 bulan itu aku menjadi suri hidup sang suami. Hadiah yang paling berharga dan anugerah yang tak terhingga dari Allah swt dengan restu ayahbonda serta ibu mertua akhirnya aku disatukan dengan hasben dalam suasana yg meriah dan sederhana ... dan aku menjadi penutup untuk sebarang majlis perkahwinan kami 4 beradik. 

Alhamdulillah! Walau berdepan dengan fitnah manusia lemah sekeliling yang tidak tahu apa-apa kisah benar tentang kami, namun ... Allah swt menyatukan kami. Tertulis aku adalah tulang rusuk kiri sang suami. Tertulis akhirnya kami tetap disatukan dengan halal. Aku harap, manusia lemah sekeliling yg menfitnah jalan cinta dan kasih kami dan ada yang sanggup memutus silatur-rahim akan diberikan hidayah oleh Allah swt. Mereka lemah! Tidak tahu apa-apa. Yang tahu hanya Allah swt sahaja. Solat 5 waktu masih gagal membersihkan hati hitam mereka buat masa ini, moga ada sinar hidayah yang Allah swt kirimkan buat mereka. Ameeen.

Aku harap ... 2014 adalah permulaan yang baik buat kehidupan aku sekeluarga (keluarga comel ini). Permulaan yang baik buat kehidupan berkeluarga yang baru bermula ... buat kerjaya yang selama ini berhadapan dengan boss yg giler kuasa dan menafikan hak2 aku sebagai staffnya .... buat perniagaan kecil kami yang bakal bermula ... buat segala-galanya yang aku idamkan. Moga ia menjadi suatu kenyataan. 

Moga 2014 ini, aku dan hasben dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah ... yang sempurna akal dan fizikal serta sihat tubuh badan. Ameeen!! Doa yang tak pernah putus. Moga aku ... moga jiwa dan hati aku lebih tenang, sabar, gembira ... moga segala urusan aku dipermudahkan dan diakhiri dengan kebaikan dan keberkatan. Moga korang jua lalui perkara yang sama seperti aku. 

Hidup yang sekejap ini, yang tidak tahu bila akan berakhir ... aku inginkan kegembiraan dan ketenangan jiwa, terutamanya dalam kerjaya yang aku tidak temui dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini. Aku inginkan zaman kegemilangan kerjaya dulu kembali semula! Ya-Allah kembalikan keseronokan bekerja aku yang dulu. Ameeen!!

Dunia blogging rempitkehidupan dot my ... sebahagian daripada jiwa aku. Susah senang ... suka duka, baik buruk aku pernah kongsikan di sini. Tidak semua! Cuma yang padan-padan dan aku rasa yg wajar untuk aku kongsi dengan korang ;=). Walaupun kini, tiada lagi sepenuh tumpuan pada blog, hingga UV sehari yang pernah hampir mencapai 1000UV sehari telah menurun dengan mendadak menjadi 300-400UV sehari .... aku tetap  terus menulis. Dengan senyuman dan kadang dengan airmata! Menulis tetap menulis ... itu minat aku dari kecik. Tertulisnya ayat yang kelamkabut dan kadang tunggang langgang ...aku terus menulis, aku tahu korang masih faham untuk membacanya! terima kasih kerana ada di antara kalian yang setia di sini walau hanya menjadi silent reader. Aku terharu!

Dengan 1362 followers aku telah menulis sebanyak 327 entry di tahun 2013. Jauh di sudut hati ... ingin aku ulangi zaman kegigihan berblog 2011 dengan 717 entry! Apalah yang aku merapu sebenarnya di ketika itu aku sendiri tidak pasti?

Banyak lagi kisah 2013 yang tak tertulis oleh aku, hingga ada yang menjadi pekasam yg bakal lebam T__T


2013, selamat tinggal ... dengan melabuhnya tirai 2013 semalam, 2014 menjelma ... moga ada senyuman dan kebahagiaan yang lebih bermakna buat diri aku, keluarga, sahabat-sahabat, kawan-kawan, musuh-musuh??, pesaing-pesaing ....dan korang semua! 


Suasana pagi di hari pertama 2014 ;=)! Cerah ... tenang ... dengan langit membiru, moga ada harapan yg menjadi kenyataan ... moga kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan hingga syurga Allah SWT.



SELAMAT TAHUN BARU 2014!





CK : Umur makin meningkat dari hari ke hari ..... dah terasa tuanya aku!

Sunday, October 2, 2011

Susah Dahulu, Senang Kemudian ... Rindu Mereka!

Assalamualaikum ....


Selamat pagi cinta ... eh! silap, selamat pagi pembaca blog kesayangan aku! Happy Sunday ye. Tak tau nak buat apa pagi nie. Lepak depan TV dan layan Shaun The Sheep @ TV3. Aku suka sangat cartoon nie. Kelakar tengok anjing dan kambing biri-biri yang pandai tu.


Kejap lagi aku nak siapkan breakfast. Buat bekal masuk office hari nie. Malaslah nak duduk rumah pula. Semalam dah puas berjalan dan makan. Hari ini kita kerja. Memandangkan takda sesape nak temankan aku hari nie, lebih baik lepak office dan settlekan paper meeting. Lagi dua tak siap. Jumaat lepas aku dah pulun sakan siapkan 8 paper untuk meeting. huuu hebat! Buat benda senang apa nak hebat sangat. Ayat sama je. Ulang-ulang benda tu juga. So, memang takda hallah kalau nak disiapkan banyak mana pun. Memang kena pakai template paper yang sama. Kepala pun tak pening! Kadang aku rasa tak mencabar mana pun, tapi layan ajelah. Mencabar sangat pun haru biru pulak kang. hu hu


Rasanya hari ini nak goreng kuewteow ayam. Bolehlahkan ... janji perut terisi. Semalam dah buat sardine puff. Hari nie kita layan kuewteow pulak. Cuma daun kuchai je yang tak ada. Tak best pula. So, aku akan tukar dengan sawi. Sawi letak dalam kuewteow goreng macam tak kena sangat. Tapi belasah ajelah kalau itu je yang ada.


Cuaca Putrajaya nie macam mendung-mendung aje. Dah la kejap lagi aku nak merempit. Harap-harap janganlah hujan. Motor kesayangan aku tu dah lama sangat tersadai. Dalam sebulan ada jugak 3-4 kali aku tunggang. Sian dan teramat sayang rasanya dibiarkan terabai. Motor yang banyak berjasa dari zaman aku kat U sampai aku kerja kat Putrajaya. Bila 4 tahun lepas aku dah mampu milik Mybee ... so, tumpuan aku dekat motor tu agak kurang. Lepas tu macam sesal pula dibiarkan terabai. Terus aku tukar sport rim segala ... itu ini, habis juga dalam RM500.00. Sebab itu lah sekarang nie, kejap-kejap aku rasa nak bawa motor. Cuma risau cuaca sahajalah.




Bila ingat zaman motor dulu, agak seronok! Memandangkan tempat aku kerja ramai lelaki, so kawan-kawan aku semuanya lelaki. Tinggal pula di Presint yang sama. So, bila balik kerja memang sama-samalah kalau dorang punya shift start pagi. Aku kerja normal hour. Pergi pagi balik petang. Kecuali jika aku diminta kerja lebih masa sebab ada event, so aku akan tunggulah ... pukul 1 atau 2 pagi baru balik bila event dah settle. Aku tak risau sangat masa nak balik, sebab budak-budak lelaki nie memang  baik. Dorang akan hantar aku sampai aku settle parking motor and masuk lift baru dorang blah balik rumah masing-masing. Alhamdulillah ... aku dianugerahkan kawan-kawan lelaki yang baik dan memang jaga aku betul-betul macam saudara perempuan dorang. Serius rasa macam tuan puteri masa tu ... ha ha ha!



Itu susah aku dulu, kalau hujan ... memang lenjun sampai office. Tapi disebabkan aku dah biasa lalui zaman basah lenjun tu dari zaman belajar lagi. Aku tak adalah hairan sangat. Alhamdulillah ... sepanjang aku tonggeng motor, tak pernah pun accident. Allah memang menjaga aku sesempurnanya dan berkat doa mak ayah aku dari kejauhan. Terima kasih. Tapi motor kesayangan aku tu pernah hempap tuan sendiri bila aku balik kerja tengah-tengah malam, mungkin sebab aku mengantuk kot ... aku ingat aku dah tongkatkan motor, rupanya idak. Terus motor tu terbalik dah hempap aku. Nasib baik aku balik kerja dengan kawan opis aku tu. So, dialah yang tolong angkatkan motor. Dah siap angkat ... siap gelak-gelak. "Nak tidur balik rumah kejap lagi" .... dalam gelak-gelak dia cakap macam tu kat aku. Sabar ajelah!



Zaman motor dulu, aku boleh simpan duit sebulan RM500.00 lebih. Sebab sebulan belanja petrol untuk motor tak sampai pun RM30.00. Rumah dengan office bagi aku agak dekat. Time tu juga aku bukan jenis makan sangat. Duit aku kalau banyak habis pun ... layan movie, jalan-jalan dan shopping pun sikit-sikit. Time itulah aku dapat belikan sofa, peti ais baru dan handphone kat mak ayah aku. Memang senanglah masa tu walaupun susah bermotor kerana sentiasa berhujan dan panas. Redha. Sekarang nie sejak guna Mybee ... nak simpan duit pun susah! Petrol sebulan 3-4 ratus. Servis dah 2-3 ratus. Duit keluar laju macam air ... kadang duit tu lagi laju dari air! Sabar ajelah!



Kalau orang tanya aku, aku masih rindu zaman kerja mula-mula aku bertapak di Putrajaya. Aku rindu kawan-kawan aku yang dulu. Rindu pada sikap mereka yang dulu. Serius teramat rindu. Keadaan sekarang dah banyak berubah. Mereka pun ada yang dah tak macam dulu. Bila masing-masing buat haluan sendiri. Aku bukan hari-hari lagi tatap wajah mereka. Sungguh rindu tak terkata. Dulu makan sama, swimming sama, main pingpong sama, layan bola sama, layan movie sama ... bergaduh sudah pasti bersama!



Walaupun semua masa itu tidak akan berulang dan ada antara mereka pernah bertikam lidah dengan aku angkara orang yang baru, aku tetap doakan kalian bahagia, sejahtera kehidupan dan dipermudahkan segala urusan kalian. Walaupun kita tak baik macam dulu lagi, jujur aku cakap AKU SAYANG KORANG SEMUA DARI HATI AKU sampai sekarang. Korang memang kawan yang baik. Susah senang yang kita tanggung sama-sama aku tak pernah lupa. AKU MASIH RINDU segala yang berlaku antara kita semua. 



Untuk NRA, terima kasih layan karenah aku dulu. Sebab orang lain kita pernah bergaduh sampai tak bercakap. Semua fitnah sebab orang tak suka kita berbaik. Sekarang kita dah tak baik macam dulu, sebab aku terasa hati sebab kau terpedaya dengan cakap org lain. Bila aku jumpa kau, serius aku dah malu nak tegur, tapi aku tengok kau still nak tegur dan layan aku sama macam dulu. Kau tak pernah berubahkan ... mulut kau tetap sama lancang. Aku tetap sayang kau sebagai kawan baik aku dunia dan akhirat. Terima kasih banyak teman aku ke mana-mana dulu!



Untuk MRA, of course aku memang sayang giler kat kau. Terima kasih jaga aku dulu dan kini. Layan perangai aku yang ntah apa-apa. Penuhi segala permintaan dan keinginan aku. Walaupun kau pernah buat aku terluka gila dengan sikap dan keputusan kau, aku harap masa akan buat aku memaafkan kau seikhlas hati. Aku tak pernah benci kau. Itu kau perlu tahu. Kaulah kawan baik, sahabat dan teman dunia dan akhirat aku. Aku masih bertahan sebab persahabatan kita. Aku tak pernah lupa bila aku marah sangat dengan tindakan kau, dan kau datang cari aku dengan soalan, "awak masih nak berkawan dengan saya tak bila semua ini dah jadi??". Aku tahu kau sayang aku juga. Sebab kau tak pernah abaikan aku walau sesaat. Cuma aku selalu ikut emosi sebab tak tahan dengan sesetengah sikap kau! Kau pun tahu ... akukan tamak! Jadi kau kena terima aku macam tu.



Untuk EDYY, kau memang seorang adik yang comel. Cuma kita tak lama bersama. 2 tahun sahaja. Tapi aku tetap tak pernah lupa kau. Tambah-tambah kau pernah buatkan puding roti yang sedap tu. 1st time aku makan puding roti tu. Balik Kedah kita jumpa ...



Untuk MHS, aku minta maaf sebab aku tak tahu pun kau terasa hati dengan aku. Aku terbaca kau tulis kat pc kau yang kau terasa dengan aku. Kau selalu marah aku sebab baik dengan EDYY. Kau cakap aku tak layan kau sedangkan workstation kau belakang workstion aku je. he he he ... tapi sekarang kau dah bahagiakan ada wife dan anak yang comel! hiks ....



Untuk MZA, kita baru je kenal. Tak sangka kau orang yang sumbang bakti dalam sukan pada Malaysia. Aku berkawan dengan atlit rupanya. Kalau tak kita mesti dah kerja sama-sama sampai sekarang. Tapi rezeki kau bukan kat Putrajaya. Aku salute kau ... sebab kau memang tak pernah tinggal solat! Jarang aku jumpa lelaki yang selalu solat diawal waktu. Aku ingat lagi kau cakap, "akak ... solat inilah Allah nak tanya kita esok-esok. Saya takutlah kak...". Tersentuh hati kecil aku. Terasa jahillah masa tu. Aku suka cara kau yang sederhana dan selalu merendah diri. Sampai aku sendiri tak sangka kau selalu wakil Malaysia dalam sukan yang kau suka tu. Dan tak sangka kau masih bertanya khabar kakak kau yang sorang nie sampai sekarang! Terima kasih ya.



Dorang semua nie yang betul-betul rapat dengan aku. yang berkongsi cerita suka dan duka. Usik mengusik. Kata mengata. Memang dorang suka bahankan aku. Okeh aku redha ... sebab korang semua lelakikan. Aku memang takda sapa nak defence pun. Apapun aku tak ambil hati.



Cuma hari ini dan saat ini, aku nak cakap AKU SAYANG KORANG BANYAK-BANYAK DAN AKU RINDUKAN SEMUA KENANGAN TENTANG KITA DULU!






CK : Mood sayu .....