Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 DARI PENULIS REMPITKEHIDUPAN DOT MY BUAT SEMUA PEMBACA TERSAYANG

Assalamualaikum ...


#Entry pertama di tahun baru 2014 dengan tajuk yang agak panjang T_____T.....#

Fara Fauzana dan Faizal Ismail jadi emcee semalam di Putrajaya!


Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Putrajaya .... meriah dengan artis yang superb best sangat ... Amy Search, Ramli Sarip, Hattan, Ella ... dll yang tak sempat aku tengok dgn detail! Best dengan Putrajaya Lighting Festival ... Live Band ...



Alhamdulillah, masih dipanjang usia oleh Yang Masa Esa. Dapat jua bertemu di tahun baru 2014. Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca rempitkehidupan dot my! Dengan adanya pembaca ... dan minat yang masih mendalam untuk terus menulis, walau kadang tenggelam timbul. Maafkan kekhilafan aku kiranya ada tulisan yang merobek hati kalian yg membaca sepanjang aku menulis blog ini sejak 2010 dengan seriusnye. Serius?

Tahun baru 2014, aku harap ada pengharapan dan sinar baru buat aku. Kini bukan lagi sendiri, tapi harapan dan sinar baru dengan suami yang tersayang. Dan Alhamdulillah juga, hari ini genap 60 hari aku menjadi isteri buat sang suami. Love you sayang! Azam 2014? Aku belum lagi merangka sebarang azam walau ia telah disoal oleh hasben beberapa hari sebelum 2013 melabuhkan tirainya. "Kita perlu duduk bincang bersama sayang .... cakap-cakap suami buat isterinya!". 

Ya, 2013 yang penuh pancaroba, tangisan airmata ... ketawa ria, ranjau dan duri serta senyum dan ketawa. Alhamdulillah yang tak terhingga ... aku dapat mengharunginya dengan tabah walau terkadang tenggelam dalam emosi yang sukar untuk aku kawal. 

2013, sendirian selama 10 bulan dan baki 2 bulan itu aku menjadi suri hidup sang suami. Hadiah yang paling berharga dan anugerah yang tak terhingga dari Allah swt dengan restu ayahbonda serta ibu mertua akhirnya aku disatukan dengan hasben dalam suasana yg meriah dan sederhana ... dan aku menjadi penutup untuk sebarang majlis perkahwinan kami 4 beradik. 

Alhamdulillah! Walau berdepan dengan fitnah manusia lemah sekeliling yang tidak tahu apa-apa kisah benar tentang kami, namun ... Allah swt menyatukan kami. Tertulis aku adalah tulang rusuk kiri sang suami. Tertulis akhirnya kami tetap disatukan dengan halal. Aku harap, manusia lemah sekeliling yg menfitnah jalan cinta dan kasih kami dan ada yang sanggup memutus silatur-rahim akan diberikan hidayah oleh Allah swt. Mereka lemah! Tidak tahu apa-apa. Yang tahu hanya Allah swt sahaja. Solat 5 waktu masih gagal membersihkan hati hitam mereka buat masa ini, moga ada sinar hidayah yang Allah swt kirimkan buat mereka. Ameeen.

Aku harap ... 2014 adalah permulaan yang baik buat kehidupan aku sekeluarga (keluarga comel ini). Permulaan yang baik buat kehidupan berkeluarga yang baru bermula ... buat kerjaya yang selama ini berhadapan dengan boss yg giler kuasa dan menafikan hak2 aku sebagai staffnya .... buat perniagaan kecil kami yang bakal bermula ... buat segala-galanya yang aku idamkan. Moga ia menjadi suatu kenyataan. 

Moga 2014 ini, aku dan hasben dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah ... yang sempurna akal dan fizikal serta sihat tubuh badan. Ameeen!! Doa yang tak pernah putus. Moga aku ... moga jiwa dan hati aku lebih tenang, sabar, gembira ... moga segala urusan aku dipermudahkan dan diakhiri dengan kebaikan dan keberkatan. Moga korang jua lalui perkara yang sama seperti aku. 

Hidup yang sekejap ini, yang tidak tahu bila akan berakhir ... aku inginkan kegembiraan dan ketenangan jiwa, terutamanya dalam kerjaya yang aku tidak temui dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini. Aku inginkan zaman kegemilangan kerjaya dulu kembali semula! Ya-Allah kembalikan keseronokan bekerja aku yang dulu. Ameeen!!

Dunia blogging rempitkehidupan dot my ... sebahagian daripada jiwa aku. Susah senang ... suka duka, baik buruk aku pernah kongsikan di sini. Tidak semua! Cuma yang padan-padan dan aku rasa yg wajar untuk aku kongsi dengan korang ;=). Walaupun kini, tiada lagi sepenuh tumpuan pada blog, hingga UV sehari yang pernah hampir mencapai 1000UV sehari telah menurun dengan mendadak menjadi 300-400UV sehari .... aku tetap  terus menulis. Dengan senyuman dan kadang dengan airmata! Menulis tetap menulis ... itu minat aku dari kecik. Tertulisnya ayat yang kelamkabut dan kadang tunggang langgang ...aku terus menulis, aku tahu korang masih faham untuk membacanya! terima kasih kerana ada di antara kalian yang setia di sini walau hanya menjadi silent reader. Aku terharu!

Dengan 1362 followers aku telah menulis sebanyak 327 entry di tahun 2013. Jauh di sudut hati ... ingin aku ulangi zaman kegigihan berblog 2011 dengan 717 entry! Apalah yang aku merapu sebenarnya di ketika itu aku sendiri tidak pasti?

Banyak lagi kisah 2013 yang tak tertulis oleh aku, hingga ada yang menjadi pekasam yg bakal lebam T__T


2013, selamat tinggal ... dengan melabuhnya tirai 2013 semalam, 2014 menjelma ... moga ada senyuman dan kebahagiaan yang lebih bermakna buat diri aku, keluarga, sahabat-sahabat, kawan-kawan, musuh-musuh??, pesaing-pesaing ....dan korang semua! 


Suasana pagi di hari pertama 2014 ;=)! Cerah ... tenang ... dengan langit membiru, moga ada harapan yg menjadi kenyataan ... moga kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan hingga syurga Allah SWT.



SELAMAT TAHUN BARU 2014!





CK : Umur makin meningkat dari hari ke hari ..... dah terasa tuanya aku!

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!