Sunday, March 14, 2010

Nasi.Kerja.Diet

Kita tak berduit. Kita berkongsi makan. Kita lebih bahagia bila kita lalui kepayahan sesama
Sebab kita duduk dengan org yg kita sayang. Kita sanggup lalui apa sahaja.


Hari nie saya kerja. Byk kerja yng perlu saya settlekan. Walaupun sorang2. Rasa agak stress dgn kerja yg byk dkt office. Tapi saya perlu kuat berhadapan dgn semua ini. Ini kepuasan yg saya cari dalam kerja. Saya tak ada komitmen lain selain mak ayah dan kerja. Itu sahaja yg saya ada dalam kehidupan saya mungkin.

Selesaikan semua kerjsa sampai jam 7.30pm. Penat. Letih. Lapar. Hujan. Serius saya amat lapar. Sorang2 pulak. Saya drive ke Gate 1 utk beli nasi. Serius terasa nk makan nasi sejak sekian lama saya tak makan nasi. Mengidam makan nasi tomato dan ayam masak merah tiba2. Sampai kat Gate 1, nasi tomato kt kedai yg satu tu tak ada. Saya beli nasi ayam. Yg penting nasi separuh. Balik rumah. Mandi. Solat. Dan mula makan. Baru makan sedikit. Rasa kenyang. Saya mengaku saya tengah diet sekarang. Bersyukur rasa hilang selera makan ini ketika saya sedang berdiet. Ada hikmahnyakan!

Selesai makan. Layan TV dan mula berinternet.

Teringat. Bila kami sama2 susah dulu. Tersenyum saya sendirian. Batu tepi jalan boleh berubah inikan pula hati manusia yg punyai akal fikiran. Ntahlah.....




p/s : Mungkin sudah ada kebencian dihatinya buat saya....mungkin! Tapi saya minta berbuat demikian atas sebab dan alasan saya sendiri. Rahmatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!