Wednesday, July 16, 2014

PENCARI RESEPI DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum ...


Bulan puasa ni ramai yang mencari resepi. Dan tak hairanlah blog aku yang UV selalu 300-400 je boleh naik sampai 800uv sehari. Boleh berbanggalah sebab aku blog pun ikut sesedap rasa. So, UV datang pun ikut suka dialah. Kadang banyak, kadang menjunam. Apapun aku berterima kasihlah kepada mereka yang selalu men'google' resepi nie. Bulan puasa je, pakat ramai-ramai cari resepi. Mesti korang  masak best-bestkan??


Tengok UV aku, 8 dan 9 Julai tu sampai 800. Bagi aku dah banyak dah tu. Bagi korang mungkin ciput. Bila aku tengok keywords ... sumer cari resepi. Paling banyak resepi mee goreng dan tomyam. Macamlah best sangat resepi mee goreng aku tuh. hahahahha. Agaknye resepi simple kot. Tu yang pulun cari! 

Bulan puasa ni aku belum share recipe lagi kan? Aku jarang masak. Seminggu 3 kali je masak. Yang lenlain aku keje. So, kadang beli ... kadang hasben masak. Jadi kesimpulannya blog aku takdelah sangat recipe best-best. Sumer recipe biasa dan mudah-mudah sahaja.

Kepada yang sudi try recipe dari blog aku, terima kasihlah. Tak dapat bagi apapun kat korang, dapat share ilmu pun dah kira ok la untuk aku! Sesamalah kita sharing is caring .... ye tak?



p/s : Internet kat rumah masih problem. Nak blogging pun susah....alahai!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!