Firstly, syukur Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang ... sebab dah longgokkan cpuv yang banyak di blog aku. Tengah on going lagi! Ini kira dah macam rezeki baby mommy to be lah ye! ngeh ngeh ngeh. Walaupun hakikatnya, aku skang kejap ada kejap takde kat dunia blog nie. Nak hapdate pun malas bebenor. Hormon ibu ngandung macam nie kot gamaknye. Ke aku yang mengandung je camnie?
Blog terabai, tapi Nuff masih teruja bagia ku CPUV. Alhamdulillah ... banyak juga. Cuma earning je tak laju sangat. Takpelah, pelan-pelan kayuh la bagi banyak. Ini mesti nak suruh aku update blog hari-hari. Kadang hasben aku pun tanya, nape lame tak update blog. Jawapanya ialah ... 'kurang mood' untuk ngadap pc kat rumah tu. Ini pun aku curi masa office sat update. Boss takde katenye. So, mari curi tulang .... hu hu hu. Tak baik tul kan aku neh .... jangan tiru aksi ini di office anda.
Sederet cpuv yang on going kat blog aku. Buat diri sendiri teruja je. Mulalah mood rajin macam nak jelma dah sikit-sikit. Eh eh eh .... ye ke tu? Jangan mudah tertipu yek. Sejak ngandung nie kadang tak lalu sikit tengok blog. Cuma kalau mood rajin menaik baru aku hadap belog nie. Paling kuat aku buka blog untuk baca entry aku yang lama-lama and blogwalking kat blog korang. Itu jelah yang aku beriya nak buat.
Oh ... ada yang tanya aku camne nk wat wishlist kat bar sebelah blog aku nie. Nanti-nanti la aku story yek. Nak wat tutorial memang takde mood sangat aih. Bukan taknak kongsi ilmu tau ... cuma semua nie amek sedikit masa untuk explain. Nak kena cari idea lebey sket supaya yang bertanya akan lebih paham. In Shaa Allah, ada masa akan ku share juga tutorial yang tak seberapa tu. Bawa bersabar okeh. he he he.
Okeylah aku nak sambung kerja jap. Walaupun keje skang dah tak banyak macam sebelum nie, cuma tahap kerja lebih mencabar berbanding dulu. Keje sekarang kena banyak berfikir lebih mendalam. Sekali dapat task, rasa nak nanges! Mulalah terfikir, 'napelah dulu masa study tak nak amek course business study!!". Senang sikit nak hadapi tugas sekarang neh.
p/s: Sekarang nie lebih teruja dengan baby dalam perooot .... dah menendang bola dah dalam tummy mommy! Suwet tau!!
syukur kak...rezki baby neh...hehhehe
ReplyDeleteBanyaakk. Tahniah tahniah :)
ReplyDelete